Friday, February 11, 2011

Apa akan terjadi jika Laman Web Facebook ditutup?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tentu anda pernah mendengar cerita bahawa Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook) membuat kenyataan bahawa facebook akan ditutup pada 15 Mac.. Berita ini telah dipaparkan diinternet pada 9 Januari 2011, dan ianya telah menerima sebanyak 15,750 komen dari seluruh dunia.. Untuk maklumat lanjut tentang kesahihan berita ini anda boleh layari laman web berikut Klik Di Sini

Bagi pengguna-pengguna internet yang gemar menggunakan laman web sosial ini, pastinya akan merasai kesan ketiadaan facebook sekiranya kenyataan Mark tersebut adalah benar.

Sebagai seorang blogger dan juga pengguna facebook, saya juga turut akan merasai kesannya.. Ini kerana facebook merupakan salah satu alternatif untuk menjana trafik ke blog saya.. Setakat ini trafik yang datang ke blog saya melalui facebook adalah sekitar 20-30%..

Jumlah tersebut dianggap banyak.. Dan saya kira kebanyakan usahawan internet juga menjana trafik melalui facebook dengan cara masing-masing.. Ini kerana terdapat lebih 400 juta pengguna internet dari seluruh dunia yang menggunakan facebook.. Jadi facebook merupakan satu medium terbaik pada hari ini untuk usahawan-usahawan internet memasarkan perniagaan internet mereka. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di sini

Seperti yang anda semua sedia maklum, facebook merupakan laman web sosial yang mempunyai banyak aplikasi untuk pelbagai kegunaan.. Disebabkan itu, pada hari ini facebook merupakan laman web sosial yang menjadi kesukaan ramai dan mempunyai trafik paling banyak berbanding laman-laman web yang lain.. Faktor ini telah menyebabkan Mark (pengasas facebook) menjadi Multi jutawan dalam usia yang muda..


Pada hari ini terdapat pelbagai pihak yang menggunakan facebook untuk menyebarkan informasi seperti pemimpin-pemimpin negara, ahli-ahli politik, tokoh-tokoh koporat, syarikat-syarikat swasta, badan-badan kerajaan, usahawan-usahawan internet, orang perseorangan, selebriti, pelajar IPTA, malahan pelajar sekolah juga turut menggunakan facebook.

Disebabkan itu, ramai usahawan internet yang telah mengkaji beberapa teknik pemasaran yang efektif di facebook.. Sekiranya laman web facebook ini benar-benar ditutup pada 15 Mac, nampak gayanya pengguna-pengguna facebook kena beralih arah ke laman web sosial yang lain seperti My Space, Twitter, Friendster dan sebagainya..

Jadi, sekirtanya facebook ditutup pada 15 Mac, saya menjangkakan perkara berikut akan berlaku:-
  • Pengguna-pengguna facebook terpaksa mencari alternatif lain untuk bersosial di internet
  • Peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan yang menjadikan facebook sebagai platform utama untuk mengiklankan perniagaan mereka juga terpaksa mencari alternatif lain untuk memasarkan perniagaan mereka
  • Usahawan-usahawan internet dan blogger-blogger akan kehilangan trafik sehingga 50%
  • Usahawan internet yang menjana keuntungan dengan membuat pengiklanan di facebook, mungkin perlu kembali membuat pengiklanan secara tradisonal seperti yahoo, google, bidvertiser, advertiser dan sebagainya..
  • Badan-badan kerjaan, syarikat-syarikat swasta, selebriti juga perlu mencari alternatif lain untuk meluaskan jaringan sosial mereka bersama peminat-peminat dan pengikut-pengikut mereka..
Justeru itu, sebelum facebook ini benar-benar ditutup, mari kita memanfaatkan aplikasinya semaksimum yang mungkin.. Mungkin sebahagian besar daripada kita (pengguna-pengguna Facebook) belum pernah menggunakan beberapa aplikasi yang telah digunakan oleh para usahawan internet.

Jadi untuk mempelajari salah satu daripada teknik aplikasi facebook, anda boleh muat turun ebook ini secara PERCUMA dengan klik pada gambar ebook di bawah..


Diharapkan anda akan mendapat manfaat dengan teknik yang dikongsikan oleh Saudara Muaz Hadi, salah seorang usahawan internet yang saya kenali..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Read more...

Wednesday, February 9, 2011

Doa buat rakan-rakan blogger.. (Daripada blogger untuk blogger)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebagai seorang blogger, tentu masing-masing mempunyai sebab tersendiri kenapa menceburkan diri dalam bidang ini? Pastinya ada rakan-rakan blogger yang mengatakan tujuan mereka berblog adalah kerana ingin mencari ramai kenalan, ingin berkongsi informasi dengan orang ramai, ingin memperolehi pendapatan sampingan, ingin memperomosikan perniagaan dan sebagainya..

Pernah saya bertanya kepada diri saya, kenapa saya menjadi seorang blogger?

Pada awalnya saya ingin menjadi seorang blogger disebabkan ingin berkongsikan kisah kehidupan saya yang jauh di perantauan.. Tempat di mana saya bekerja sekarang ini,merupakan tempat yang ramai orang tidak mahu bertugas di sini.. Sebahagian besar rakan-rakan saya yang berada di sini (Mukah) adalah dari golongan-golongan muda yang dengan rela atau paksa rela dihantar bertugas di sini..

Kebanyakan orang ramai tidak mahu bertugas di sini kerana memikirkan beberapa kekangan yang terpaksa mereka hadapi untuk bertugas di sini.. Jadi dengan berpegang kepada peribahasa "Tak kenal, maka tak cinta", maka saya cuba untuk berkongsikan kehidupan di Mukah ini kepada rakan-rakan sekerja saya di luar sana samada di yang berada di semenanjung atau di Sabah melalui blog... ;)

Kemudian melalui beberapa sumber bacaan, saya mendapat maklumat bahawa kita boleh menjana pendaptan sampingan melalui blog.. Justeru itu, saya mula mempelajari selok belok untuk mencari pendapatan sampingan melalui blog.. Jadi setelah beberapa minggu saya berblog, saya mempunyai beberapa matlamat sebagai seorang blogger antaranya adalah:
  • Berkongsi tentang apa juga informasi yang saya terima secara langsung atau tidak langsung
  • Berkongsi sedikit kisah pengalaman hidup saya di Mukah Sarawak
  • Mempromosikan perniagaan saudara mara, kenalan dan rakan-rakan di blog Discount Hari2
  • Menjana pendapatan dengan nuffnang dan affiliate
  • Berkongsi peluang perniagaan melalui internet
  • Mempromosi Pak Ya Home Stay
  • Mencari kenalan di Internet
  • Berkongsi kegembiraan yang saya kecapi dengan orang lain
Jadi untuk mencapai kesemua matlamat tersebut, saya tidak boleh duduk diam dan goyang kaki.. Prinsip hidup saya adalah kita perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki.. Saya cuba mengelakkan diri daripada menerima rezeki yang datang bergolek kepada kita tanpa sebarang usaha yang kita lakukan.. Betul tak?
Melalui blog, antara usaha yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan adalah dengan menulis dan terus menulis untuk tatapan pembaca blog kita..

Pada hari ini ramai orang menulis rencana atau artikel untuk dihantar kepada majalah atau akhbar untuk mendapatkan bayaran.. Tetapi sebagai seorang blogger kita menulis secara sukarela, dan sekiranya ada rezeki dapatlah sedikit imbuhan hasil usaha yang telah kita lakukan..

Justeru itu untuk mencapai matlamat tersebut, kita kena sentiasa berusaha dan dalam masa yang sama kena juga sentiasa berdoa semoga kita dimurahkan rezeki..

Ya Betul!! Kita perlu berdoa setiap kali sebelum dan selepas mengupdate blog.. Ini kerana rezeki yang kita terima datangnya daripada Allah s.w.t.. Lebih-lebih lagi rezeki yang kita terima melalui sumbangan daripada pembaca blog yang 'tergerak hati' untuk klik, download, beli barang dan sebagainya..

Terdapat beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk memeperolehi kebahagaiaan dan dimurahkan rezeki.. Jadi jangan lupa baca doa-doa di bawah ini setiap kali sebelum menulis blog, selepas menulis blog, dan selepas memperolehi rezeki..

Doa Memohon Kebahagiaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keberuntungan pada-Mu dalam hal ketetapan (keputusan), tempat orang-orang yang mati syahid, kehidupan orang-orang yang bahagia, dan kemenangan terhadap musuh

Doa Memohon Kemenangan Dan Kemuliaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah maka kuatkanlah aku, dan sesungguhnya aku ini hina, maka muliakanlah aku, dan sesungguhnya aku ini fakir, maka kayakanlah aku, wahai Dzat Yang paling Penyayang

Doa Memohon Keluasan Rezeki
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, Dzat yang kaya dan Pemurah, Dzat yang mempunyai anugerah yang Agung. Dzat yang luas pemberian dan kedermawanan-Nya. Kayakanlah aku dengan apa-apa yang engkau halalkan,
dan cukupkanlah aku dengan kemurahan-Mu dari siapa saja selain-Mu

Doa Memohon Kekayaan Berupa Harta
Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Ya Allah, Tuhan yang maha kaya dan Maha Terpuji, Tuhan yang menakdirkan, kasihan dan Maha Kasih Sayang, berilah aku kekayaan harta yang engkau halalkan bukan yang engkau haramkan,
berilah aku kelebihan dari yang lain dengan berkat kurnia-Mu

Doa Ketika Memperoleh Rezeki
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih
Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki padaku tanpa daya dan upaya dariku.
Ya Allah, berkatilah rezekiku ini.

Doa Ketika Menerima Sedekah dan Hadiah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Semoga Allah memberi pahala padamu terhadap apa yang telah engkau berikan,
dan semoga Allah menjadikannya sebagai pembersih untukmu.
Dan semoga Allah memberkati harta yang masih tertinggal padamu..


Sebagai renungan buat kita semua:
Rezeki sebenarnya bukan hanya harta dan kekayaan semata-mata.. Jadi janganlah anda berasa gusar atau bimbang sekiranya anda telah berusaha, tetapi tidak memperolehi rezeki seperti yang anda harapkan.. Mendapat kesihatan tubuh badan, kelapangan masa, keluarga yang bahagia, anak-anak yang comel, sihat dan bijak juga rezeki yang cukup berharga buat kita semua..

Admin Blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..