Sunday, July 31, 2011

Bilangan kaum lelaki telah mengatasi bilangan kaum perempuan di Malaysia..

Pada hari ini bilangan rakyat lelaki telah mengatasi bilangan rakyat perempuan di Malaysia dengan nisbah 106:100..  Daripada 28.3 juta rakyat Malaysia, 14.56 juta adalah rakyat lelaki manakala 13.77 juta merupakan rakyat perempuan..

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang statistik bilangan rakyat Malaysia, anda boleh lihat pada carta Pai di bawah:

Sumber : Berita Harian

Carta Pai di atas merupakan data yang saya perolehi di akhbar berita harian.. Data ini diperolehi hasil bancian Taburan Penduduk di Malaysia pada tahun 2010..

Laporan ini telah dibentangkan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nor Yaacop di Putrajaya semalam.. Pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010..

Statistik tersebut menunjukkan bilangan kaum lelaki di Malaysia semakin meningkat berbanding 10 tahun dahulu.. Pada ketika itu bilangan kaum perempuan di Malaysia adalah 3 kali ganda berbanding kaum lelaki..

Pada ketika itu saya masih di alam pengajian lagi.. Teringat kata-kata seorang guru pada ketika itu yang mengatakan bilangan lelaki di Malaysia semakin pupus.. dan kepupusan kaum lelaki pula dikaitkan dengan kisah dunia akhir zaman..

Antara salah satu tanda hari kiamat semakin hampir adalah Bilangan kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki.. Ini bukan saya yang kata.. tetapi maklumat yang saya terima pada ketika itu.. Pada kira-kira 10 tahun yang lepas..

Pada ketika itu, kaum lelaki kononnya boleh jual mahal.. perasan jadi lelaki melayu terakhir.. Ada yang berangan nak kahwin lebih dari satu dengan alasan supaya semua kaum perempuan tidak terkecuali untuk menikmati alam rumah tangga.. kalau tak nanti akan ramai kaum perempuan yang tidak dapat berkahwin...

Besar sungguh angan-angan tersebut.. Ingat senang ke nak kahwin lebih daripada satu ni..  Ingat kahwin daripada satu ni semudah kita membeli dan memakai baju.. Kemudian boleh tambah koleksi baju bila-bila kita berkenan..

Hakikatnya tak semudah itu kawan.. Banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum bercita-cita untuk berkahwin lebih daripada seorang macam pelakon dan pelawak terkenal Salleh Yaacob tu..

Bukan senang nak memenuhi hati pasangan kita.. Disamping itu kena wujudkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan sanak saudara pasangan kita.. Itu belum termasuk lagi memenuhi hati setiap anak yang lahir dalam perkahwinan kita..

Kalau tak mempunyai kekuatan dari segi psikologi.. boleh huru-hara dibuatnya.. Betul tak??

Ini semua cerita 10 tahun dahulu.. Masa tu bilangan kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki.. Pada ketika itu kaum perempuan kononnya perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan hidup..

Tetapi sekarang ni situasi sebaliknya pula yang berlaku.. Bilangan kaum lelaki pula yang melebihi bilangan kaum perempuan.. Walaupun bilangannya sekadar 106:100 tapi ada cerita menarik disebaliknya.. berdasarkan komen individu-individu tertentu.. nak tahu lebih lanjut kisahnya, anda boleh ayari laman web Berita Harian (Klik Di SIni)



Jadi nampak gayanya sekarang ni kaum perempuan pula boleh jual mahal.. Tambahan pula pada masa ini kaum perempuan lebih cemerlang dari segi pencapaian akademik berbanding kaum lelaki.. Kaum perempuan pada hari ini boleh buat satu senarai semak panjang sebelum memilih seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup..

Fuh.. Nasib baiklah saya dah kahwin.. Dah terlepas dari persaingan untuk mendapatkan pasangan hidup.. Hehehe gurau jer..

Sebenarnya soal jodoh dan pertemuan di tangan tuhan.. Kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya..

Walaubagaimanapun kepada anda (kaum lelaki) yang masih bujang.. ambillah perkara ini sebagai satu cabaran positif.. Perbaikilah diri..  Banyakkan amal ibadah..Tingkatkan kecemerlangan diri supaya anda menjadi seorang yang berjaya.. Insya Allah anda akan dapat jodoh yang terbaik.. 

Sempena bulan Ramadhan ini.. marilah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk kita sama-sama meningkatkan amal ibadah..

Jangan lupa Berpuasa di siang hari.. dan Berterawih di malam hari.. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Selamat berpuasa.. Semoga segala ibadah kita pada kali ini diterima oleh NYA,,



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Saturday, July 30, 2011

Tahniah kepada 13,000 GSTT yang berjaya diserap sebagai guru..

Tahniah diucapkan kepada 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana diserap sebagai guru tetap untuk terus menabur khidmat bakti kepada anak bangsa sebagai seorang pendidik..

Kebanyakan GSTT ini sebenarnya ada kelulusan Ijazah.. Tapi mereka tidak mempunyai kelayakan Ikhtisas yang menjadi syarat utama untuk membolehkan mereka menjadi seorang guru tetap..

Walaubagaimanapun kebanyakan rakan-rakan GSTT yang saya kenali sememangnya pandai mengajar.. Syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk menyerap mereka menjadi guru tetap setelah berkhidmat lebih daripada 2 tahun adalah wajar..

Bagi pandangan saya.. 2 tahun merupakan satu tempoh yang sesuai untuk seorang GSTT "menghayati' alam pekerjaan sebagai seorang guru.. Dalam tempoh tersebut banyak perkara yang dapat dipelajari oleh seorang GSTT seperti kemahiran P&P dalam kelas, pentadbiran dalam pendidikan, pengurusan pelajar dan sebagainya..

Semoga dengan perlantikan mereka sabagai guru tetap, akan dapat meningkatkan semangat mereka untuk bekerja dengan lebih bermotivasi... Secara tidak langsung diharapkan akan dapat membantu dalam memartabatkan sistem pendidikan di negara kita.. Amin..

Sebenarnya bukan senang nak jadi guru ni.. Banyak cabarannya.. Tugas sebagai guru memerlukan kita berhadapan dengan pelajar, ibu bapa, peralatan dan segenap lapisan masyarakat..

Ada masanya guru disanjung, ada masanya guru dicemuh.. Tugas guru zaman sekarang tak sama dengan tugas guru zaman dahulu.. Pada Zaman dahulu apabila guru merotan pelajar, ibu bapa boleh menerimanya sebagai satu hukuman yang "wajar" dikenakan kepada anak mereka..

Tapi pada zaman sekarang ni, semua guru perlu menggunakan pendekatan lain untuk memperbetulkan kesalahan pelajar-pelajar mereka.. Kalau tersilap langkah kita balik yang akan dipersalahkan, walaupun mungkin tindakan yang kita lakukan betul..  ;)

Sememangnya besar cabaran sebagai seorang guru.. Hanya mereka yang benar-benar sabar, ikhlas dan tabah sahaja yang sanggup menyahut cabaran ini..

Justeru itu, tindakan pihak kerajaan menyerap 13,000 GSTT sebagai guru tetap adalah wajar.. Kerana telah memberi peluang kerjaya ini kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini..


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..