Tuesday, August 24, 2010

Ebook Keusahawanan untuk Diedarkan Secara Percuma

Salam satu Malaysia diucapkan buat semua pembaca blog sembang hari-hari...

Bagi yang beragama Islam saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa. Diharapkan kita dapat bersama-sama memperoleh keberkatan dan semoga seluruh amal ibadah kita diterima olehNYA dalam bulan yang mulia ini..

Bagi seluruh rakyat Malaysia bulan ini juga merupakan bulan yang begitu bermakna kepada kita semua. Bulan ini merupakan satu nostalgia dimana pejuang-pejuang negara telah berusaha bermati-matian untuk mempertahankan tanah air kita supaya kita dapat merasai segala kenikmatan dan kemakmuran negara pada hari ini.. Hayatilah semangat kemerdekaan dalam diri anda...

Syukur Alhamdulillah pada petang ini saya berkesempatan untuk menulis sedikit Post berkenaan dengan ebook pertama saya yang berjudul "MENCARI SUMBER PENDAPATAN DI INTERNET". Ebook ini diedarkan secara percuma kepada bekas pelajar poiteknik Mukah Sarawak Khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya..




                                         (Klik Di Sini Untuk Muat Turun PERCUMA)

Tujuan ebook ini dihasilkan adalah untuk berkongsi sedikit ilmu keusahawanan yang diperolehi hasil daripada pembacaan dan sedikit pengalaman yang saya timba secara tidak langsung dengan mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah diajar oleh beberapa orang usahawan.

Diharapkan dengan ebook ini akan dapat membuka minda lebih ramai orang untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, terutamanya usahawan internet. Saya akui banyak ruang untuk dibaiki bagi memantapkan hasil penulisan ebook ini. Justeru itu, setelah anda selesai membaca ebook ini, diharapkan anda dapat memberi sedikit komen supaya dapat membantu saya memperbaiki hasil penulisan saya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik lagi pada masa akan datang..

Tujuan sebenar ebook ini dihasilkan adalah sebagai cenderamata/hadiah kepada pengunjung yang sudi melayarai laman web http://www.cariilmu.net/

Namun begitu atas masalah capaian internet (broadband) yang tidak memuaskan di kawasan tempat saya tinggal menyebabkan proses meng "upload" fail-fail laman web ke server tidak berjaya dilaksanakan. Justeru itu, saya memohon maaf sekiranya anda cuba untuk mengakses laman web tersebut tetapi tidak berjaya..

Jadi sebagai gantinya, sudilah kiranya anda menjadi follower blog ini, supaya anda dapat mengikuti perkembangan terbaru tentang laman web cariilmu.net dan juga pelancaran ebook terbaru saya nanti.

Sekiranya terdapat apa-apa cadangan penambahbaikan sila tinggalkan komen anda di blog ini, ataupun menghantar email kepada anuarmarsib@gmail.com

Setakat ini sahaja untuk Post pada kali ini.. Selamat menghayati amal ibadah di bulan Ramadhan ini serta menghayati detik-detik kemerdekaan..

Sekian, terima kasih...
Name:
Email Address:
Messege





Get your own free form like this one.

Read more...

Saturday, July 24, 2010

Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 3 (Akhir)


Bertemu lagi di Bahagian 3 bagi tajuk Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu...

Pada malam tersebut setelah mengambil bagasi, saya terus mencari beg plastik dan masking tape.. Saya membuat tambahan lagi balutan dengan satu lapisan baju, kemudian di bungkus dalam beg plastik dan digamkan dengan masking tape.. Tidak cukup denga itu saya tambahkan balutan dengan surat khabar dan beg plastik lagi, dengan harapan supaya dapat menghilangkan bau durian tersebut.. Selepas selesai membalut saya cuba menyusun semua barang termasuk tupperware berisi durian tadi ke dalam tupperware besar.. Alhamdulillah rasa lega malam tersebut setelah dibalut saya mendapati tiada lagi bau durian..

Keesokan paginya seawal 5.15 pagi, saya pergi ke ruang legar daftar masuk untuk membalut keseluruhan tupperware besar tersebut..Alhamdulillah mujur kaunter membalut tersebut telahpun di buka. Semasa proses membalut dilakukan, pekerja di kaunter tersebut dapat mengesan bau durian. Pekerja tersebut memaklumkan kepada saya supaya mengeluarkan durian tersebut sebelum tupperware besar itu dibalut. Ini dikhuatiri tupperware tersebut tidak dibenarkan di bawa masuk semasa di kaunter pengimbas nanti.

Saya maklumkan kepada pekerja tersebut supaya meneruskan sahaja membalut tupperware besar tersebut. Dan sekiranya saya tidak berjaya membawa tupperware tersebut ke Sibu saya terpaksa redha dengan mengaggap ianya bukan rezseki saya. Ini disebabkan saya sudah kehabisan idea untuk menangani bau durian tersebut.

Seterusnya masa yang begitu mendebarkan adalah semasa tupperware tesebut di imbas sebelum memasuki kaunter daftar masuk. Pegawai yang mengimbas tupperware besar tersebut ada bertanyakan kepada saya apa benda yang terkandung dalam tupperware besar ini. Saya maklumkan bahawa dalam tupperware besar tersebut terdapat makanan dari Kelantan seperti keropok Lekor, Keropok Kering, Gula Kabung dan lain-lain.. Pegawai tersebut bertanyakan kepada saya samada saya ada membawa sebarang buah di dalam tupperware besar tersebut?

Jadi sekali lagi saya terpaksa (bohong sunat) dengan menafikan terdapat buah dalam tupperware besar tersebut.. Syukur Alhamdulillah, pegawai tersebut percaya dengan kata-kata saya.. Akhirnya matlamat saya untuk membawa Durian Siam yang di beli di Kota Bharu ke Mukah berjaya di capai..

Penerbangan dari LCCT ke Sibu pada jam 6.55 pagi dan sampai ke Sibu pada jam 9.00 pagi.. Apabila sampai di Sibu saya mengambil keputusan untuk menaiki bas untuk perjalanan seterusnya dari Sibu ke Mukah (selalunya naik bot).. Ini disebabkan pada kali ini saya ingin merasai kembali pengalaman menaiki bas yang kali terakhir saya merasainya kira-kira dua tahun yang lepas.

Perjalanan menaiki Bas dari Sibu ke Mukah yang berjaya saya perolehi adalah pada pukul 12.30 tengahari.. Jadi  saya andaikan dapat sampai ke Mukah pada jam 4.30 petang..




Inilah bas yang membawa saya ke Mukah.. Hehehe.. walaupun tak semantap bas di semenanjung, tapi bas Lanang merupakan pengangkutan yang mempunyai jadual perjalanan dari Sibu ke Mukah secara dua hala paling kerap. Terdapat juga bas lain, tetapi masa perjalannya tidak sekerap bas lanang dan masa perjalanan bas lain juga biasanya tidak bersesuaian dengan masa yang kita inginkan..

Perjalanan pada kali ini agak mencabar. Ini disebabkan Jalan diantara Simpang Balingian ke Simpang Selangau semakin teruk. Anda boleh melihat keadaan-keadaan jalan yang sempat saya tangkap dengan kamera digital. 







Inilah keadaan jalan yang saya lalui dari Sibu ke Mukah.. Keadaan jalan menjadi semakin teruk disebabkan hujan.. Terdapat kereta yang tersangkut di jalan berlumpur.. Tapi syukur Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya ke Mukah kira-kira jam 5.30 petang.. Walaupun lewat satu jam dari masa yang saya anggarkan untuk sampai ke Mukah, tetapi itu semua tidak penting.. Yang penting saya selamat sampai...

Apa dah jadi agaknya Durian yang saya bawa dari Kota Bharu???


Hehehe.. Inilah rupa Durian yang saya bawa dari Kota Bharu.. Dah tak jadi Durian, dah masam.. Nampaknya dah jadi Tempoyaklah.. hehehe.. Pesanan saya kepada semua pembaca. Sekiranya anda hendak mengikuti jejak saya membawa durian dalam penerbangan, saya syorkan anda tidak membawa durian siam. Sebaliknya bawa durian kampung. Durian siam mengeluarkan bau yang lebih kuat daripada durian kampung.. Dan baunya akan menjadi semakin kuat dari semasa ke semasa.. Kesian isteri saya kempunan nak makan durian siam.. Mujur jugaklah saya ada bawa makanan lain iaitu Mertabak Kota Bharu..



Murtabak ini besar dan berharga RM12 seketul. Berbaloi beli, rasanya pun sedap.. Tapi saya dapat percuma sahaja Murtabak ini. Ianya merupakan buah tangan yang diberikan secara percuma oleh Urusetia bersama Mesyuarat Lembaga pada kali ini iaitu Politeknik Kota Bharu..

Inilah perkongsian pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke Kota Bharu disamping menempuhi perjalanan yang mencabar dari mukah ke Kota Bharu.. Jangan lupa untuk mengikuti Post yang seterusnya iaitu perjalanan kami sekeluarga dari Mukah ke Sibu untuk menguruskan permit kerja pembantu rumah kami..

Sekian dahulu untuk kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu...

Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..