Tuesday, February 8, 2011

Hadiah Buat Haikal..

"Terima kasih ayah.. Terima Kasih Ibu..
Ekal Sayang Ayah.. Sayang Mama.. Sayang Adam.."

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut anak sulung saya..
tatkala meja belajar yang kami hadiahkan kepadanya selesai di Pasang..

Haikal begambar bersama hadiah yang baru diterima

Semoga Haikal, akan lebih rajin belajar selepas ini..
Dan menjadi seorang anak yang baik dan pelajar yang cemerlang pada satu hari nanti..


Admin blog
 http://sembanghari2.blogspot.com/
 http://discount-hari2.blogspot.com/
Read more...

Pasar Malam DI Satok

Sekiranya berkunjung ke Sarawak..
jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Pasar Satok..
(hanya beberapa Kilometer sahaja dari Water Front)

Pasar Satok terkenal disebabkan di sinilah tempat orang ramai mendapatkan Ikan Terubok masin..
Selain ikan terubok masin, pengunjung juga suka pergi ke Pasar Satok disebabkan terdapat pasar malam yang menyajikan pelbagai makanan yang sedap..

Terdapat pelbagai gerai yang menyajikan pelbagai masakan untuk dinikmati..

Begitu ramai pengunjung yang datang..

Selain itu terdapat juga pasar-pasar yang menjual sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian, dll..


Pada kali ini, saya agak terkilan disebabkan tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Pasar Satok ini pada siang hari disebabkan jadual aktiviti (jalan-jalan) kami begitu padat.. tak sempat nak cuci-cuci mata memilih ikan terubok masin.. Walaubagaimanapun kami dapat juga membeli beberapa ekor ikan terubok masin yang dijual di pasar malam tersebut..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..