Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah buat semua umat Islam di bandar Mukah, seluruh Sarawak, seluruh Malaysia dan juga seluruh Dunia..

Untuk makluman anda semua Maulidur Rasul merupakan sambutan umat Islam terhadap satu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..

Sempena maulidur rasul ini, mari lah kita luangkan masa sejenak untuk berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.. Sebenarnya nak berselawat tidaklah susah.. Sambil membuat kerja pun kita boleh berselawat.. Sambil menulis blog pun kita boleh berselawat ;).. Nak lagi mudah selepas sembahyang, ambil masa beberapa minit untuk berselawat..

Malam tadi alhamdulillah dilapangkan masa oleh Allah S.W.T untuk saya menjejakkan kaki ke Pusat Islam PMU bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz bertajuk "Mencuri dalam Sembahyang"

Saya suka isi kandungan ceramah ini disebabkan ianya memberi teguran kepada kita supaya lebih berhati-hati semasa sembahyang.. Pastikan kita melaksanakan dengan betul kesemua 13 rukun Solat..
Sebagai rukun Islam ke 2 dan juga tiang agama, solat merupakan satu perkara yang wajib dilakukan dan amalannya akan dihisab oleh Allah S.W.T semasa di akhirat nanti..

Sekiranya kita tidak melaksanakan solat dengan betul (mencuri dalam sembahyang), nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengaku kita sebagai umatnya.. Masya Allah.. Jika ini berlaku, dengan siapa kita nak minta pertolongan semasa di hisab nanti..

Jadi sebagai renungan buat kita semua, mari kita bersama-sama menjaga dan memperbaiki solat kita supaya sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat..

Dalam zaman IT ini, laman web facebook juga dapat memainkan peranan penting dalam mengajak orang ramai ke arah kebaikan.. Baru-baru ini di wall paper akaun Facebook saya telah di tag oleh JK Pusat Islam untuk memaklumkan aktiviti yang diadakan oleh mereka sempena sambutan Maulidur Rasul..


Akaun facebook Saya di Tag oleh AJK Pusat Islam PMU

Maklumat yang ingin disampaikan sempena Sambutan maulidur Rasul..

Terima kasih di atas informasi yang diberikan.. Insya Allah jika diberi kelapangan masa, saya akan turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan..

Saya masih teringat lagi semasa mula-mula bertugas di PMU pada tahun 2006.. Masa tu pelajar dan staf tidak ramai.. Jadi semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat Mukah Sarawak, kami semua dikehendaki menyertai Perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di sekitar bandar Mukah..

Bila teringat balik.. Seronok masa tu.. Dalam cuaca yang panas kami Berarak (berjalan kaki) di sekitar bandar Mukah.. Masa tu tengah "excited" untuk mengenali Mukah.. hehehe.. Tapi dah lama tak turut serta dalam perarakan seumpama ini.. Ternyata kontinjen perarakan PMU saban tahun semakin baik.. Kami pernah memenangi kategori kontinjen terbaik.. Diharapkan kontinjen PMU dapat meneruskan kecemerlangan mereka pada perarakan tahun ini.. cayok, cayok..

Untuk makluman anda semua selain menyertai perarakan di bandar Mukah.. Terdapat beberapa aktiviti lain yang dianjurkan oleh Pusat Islam PMU sempena sambutan Maulidur Rasul ini. Berikut merupakan senarai aktiviti yang dianjurkan:-

PROGRAM MINGGU MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH
PERINGKAT POLITEKNIK MUKAH SARAWAK 2011


Perarakan Maulidur Rasul (14 ha’drah, 10 AJk, 31pelajar)
Hari: Selasa
Masa: 7.00pagi-11.00 pagiTarikh: 15/2/11Tempat: Bandar Mukah

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak (TERBUKA KEPADA ANAK STAFF)
Hari: Selasa
Masa: 10.30am-12.30tgh
Tarikh: 15/2/11
Tempat: Pusat Islam

SUKANEKA (TERBUKA KEPADA PELAJAR PMU MUSLIM) (1 kumpulan-10 orang)
Hari: Selasa
Masa 9.00am-12.30tgh
Tarikh: 15/2/11
Tempat: Pusat Islam

Pertandingan Memasak (Kari Ayam)(5 kumpulan)(TERTUTUP)
Hari: Selasa
Masa: 1.30pm-4.00pm
Tarikh: 15/2/11
Tempat: Pusat Islam

Gotong Royong (Memasak+mengemas Pusat Islam)(TERBUKA)
Hari: Selasa
Masa: 1.30pm-4.00pm
Tarikh: 15/2/11
Tempat: Sekitar Pusat Islam

Pertandingan Membaca Ayat Lazim (kanak-kanak, Anak2 staf)(TERBUKA)
Hari: Selasa
Masa: 4.30pm-5.30pm
Tarikh: 15/2/11
Tempat: Pusat Islam

Ceramah “Qudwah Muslim Cemerlang”(TERBUKA)
Hari: Selasa
Masa: 8.00pm-8.30pm
Tarikh: 15/2/11
Tempat: Pusat Islam

Pertandingan Membuat Sepanduk (TERBUKA KEPADA SEMUA)
Hari: Rabu
Masa: 5.30pm-10.30pm
Tarikh: 16/2/11
Tempat: Pusat Islam

Pertandingan “Muslim Design Wallpaper” (TERBUKA KEPADA SEMUA)
Hari: Rabu
Masa: 5.30pm-10.30pm
Tarikh: 16/2/11
Tempat: Pusat Islam

Bacaan Yassin
Hari: Khamis
Masa: 7.00pm-8.00pm
Tarikh: 17/2/11
Tempat: Pusat Islam

Tayangan Video Sempena Maulidur Rasul (Lion Of The Desert)
Hari: Khamis
Masa: 8.00pm-9.30pm
Tarikh: 17/2/11
Tempat: Pusat Islam

Pendaftaran Peserta Nasyid (ANTARA JABATAN- 1 JABATAN 1 WAKIL)
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 ptg
Tarikh: 18/2/11
Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU)

Pertandingan Nyasid Antara Jabatan
Hari: Sabtu
Masa: 7.00 pagi
Tarikh: 19/2/11
Tempat: Dewan Kuliah Utama(DKU)

Majlis Penutupan
Hari: Sabtu
Masa: 3ptg
Tarikh: 19/2/11
Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU)

Memang banyak aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Islam PMU sempena sambutan Maulidur Rasul.. Semoga mereka dapat menganjurkan kesemua program ini dengan jayanya..

So sekarang, bagaimana pula dengan sambutan Maulidur Rasul di tempat anda.. Mungkin kita boleh bersama-sama berkongsi-kongsi peristiwa sambutan Maulidur Rasul di tempat masing-masing..

Doa Memohon Disampaikan Salam Kepada nabi Muhammad S.A.W
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, Tuhan Yang menghalalkan dan mengharamkan,Tuhan pemelihara masy'aril haram,
tuhan pemilik baitillahil haram, rukun Yamani dan Makam Ibrahim,
Sampaikanlah salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w

Doa semoga Dapat Berziarah ke Makam Rasulullah S.A.W
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, semoga engkau limpahkan ke sejahteraan atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W. dan para keluarganya.
Ya Allah, semoga kiranya engkau beri aku rezeki yang cukup sehingga aku dapat berziarah ke makam Rasulullah S.A.W di dunia ini, dan mendapat syafa'atnya di akhirat nanti..


P/s: Jangan lupa juga untuk menyedekahkan Al Fatihah buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Sunday, February 13, 2011

Minyak Oh Minyak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya rasa isu ini telah lama disebut-sebut oleh seluruh rakyat Malaysia, iaitu tentang isu kenaikan harga minyak pada setiap tahun.. Sebenarnya dah lama nak tulis tentang perkara ini, tapi disebabkan kesibukan dalam menjalani aktiviti seharian sampai dah terlupa langsung untuk mencoretkan isu kenaikan harga minyak ini di blog sembang hari2

Hari ini kebetulan sedang anak-anak tidur, dan dalam masa yang sama baru balik dari mengisi minyak kereta, jadi terdetik semula di hati untuk menulis tentang isu ini..

Teringat masa zaman saya belajar dahulu.. Pergi balik dari kuliah ke rumah sewa menunggang motorsikal 2 lejang.. Masa tu setiap kali isi minyak, saya akan pilih pam warna hijau (saya kira Ron 97).. Masa tu saya tak tahu pun ada Ron 95 dan Ron 97.. Yang saya tahu ada 3 pilihan minyak, dan kita tinggal pilih samada nak beli minyak dari pam berwarna Kuning/Merah, Hijau atau Biru..( Regular, Super dan V Power)

Minyak dari pam Hijau menjadi pilihan utama suatu ketika dahulu
Sumber : Dari cariaan gambar di Google.com.my

Masa tu kalau pilih pam warna hijau, dengan mengeluarkan wang poket sebanyak RM5.00 sudah memadai untuk memenuhkan tangki minyak motor saya.. Tapi pada masa sekarang ini, dengan mengisi minyak motor dari pam berwarna hijau sebanyak RM5.00, saya hanya berjaya memenuhkan 1/4 tangki minyak motor..Huh.. Zaman telah jauh berbeza..

Adakah ini terjadi disebabkan oleh kesan inflasi, atau kesan kejatuhan matawang Dollar US, atau lain-lain kesan ekonomi yang melanda dunia dan negara kita pada hari ini? Namun apa yang pasti, kenaikan harga minyak akan turut menyebabkan kenaikan pelbagai harga barang...

Sebenarnya semua lapisan masyarakat turut merasai kesan kenaikan harga minyak ini, terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah.. Emm.. Mungkin golongan yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.. Walaubagaimnapaun ianya bergantung kepada strategi kita menguruskan penggunaan minyak petrol.. betul tak??

Graf harga minyak dari Tahun 2004 sehingga 2011
Sumber : Laman Web Malaysia Kini..

Pada tahun 2004, masa saya masih belajar lagi, harga minyak Ron 97 adalah RM1.42 seliter.. Pada tahun 2011 harga minyak Ron 97 dah jadi RM2.40 seliter.. Disebabkan ini, saya tidak mampu untuk menggunakan minyak Ron 97 pada hari ini.. Lari Budjet..

Walaupun saya ada terbaca di internet, kereta yang mempunyai 1500 cc keatas disyorkan menggunakan Ron 97 untuk mendapat lebih kuasa.. Ada orang kata kereta yang mempunyai 1500 cc ke atas sekiranya menggunakan Ron 95, kereta akan jadi kurang "pick up"..


Ron 95 : RM1.90 seliter..

Tapi apakan daya harga minyak tersebut terlalu mahal, jadi terpaksalah guna Ron 95 (Pam Warna Kuning).. Setakat ini alhamdulillah, kereta 1600 cc yang saya pandu setiap hari tidak mempunyai sebarang masalah walaupun tidak menggunakan minyak Ron 97.. Fuh.. Nasib baik..

Siapakah yang kita harus persalahkan dengan kenaikan harga minyak ini?

Secara peribadi.. Sebelum kita menyalahkan sesetengah pihak, lebih baik kita kaji habis-habisan kenapa harga minyak tersebut sentiasa naik dari masa ke semasa.. Kita sebagai pengguna juga perlu bijak dalam menangani isu kenaikan barang termasuk kenaikan harga minyak ini.. Betul tak?

Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang untuk mengatasi masalah ini?

Antara perkara yang kita boleh lakukan adalah dengan:
  • Bebelanja secara berkhemah
  • rancang perjalanan harian
  • Cuba mencari pendapatan sampingan
  • Mula membuat pelaburan untuk menampung kos sara hidup di masa akan datang..
  • dan lain-lain..
 Bagaimana pula untuk menangani permasalahan ini dari segi teknikal terhadap kenderaan?

Untuk menjawab soalan tersebut, saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang ini..  Tetapi sahabat internet saya ada menghasilkan ebook tentang perkara tersebut.. Beliau membenarkan saya untuk mengedarkan ebook beliau secara percuma melalui blog ini..

Untuk mendapatkan ebook tersebut, anda boleh memuat turun secara percuma dengan klik pada gambar hadiah di bawah:-


Semoga dengan informasi yang diberikan oleh penulis ebook ini akan dapat memberi informasi yang bermanfaat kepada anda dalam menangani isu kenaikan harga minyak yang menjejaskan keadaan ekonomi kita pada hari ini..

 Sekian, terima kasih..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..