Saturday, March 12, 2011

Rumah baru untuk anakku...

Petang semalam saya ada menghadiri satu mesyuarat tentang aktiviti perkhemahan pelajar semester 1 polibriged yang dirancang untuk diadakan pada 1-4 April 2011 di Padang Politeknik Mukah Sarawak..

Kebetulan sebelum meeting tersebut diadakan saya solat Jumaat di masjid Mukah, manakala isteri saya dan Pn. Aida pergi membeli barang di sekitar Mukah.. Masa sedang berjalan-jalan isteri saya terpandang khemah yang agak murah dijual di One Stop, Mukah..

Disebabkan kami sebenarnya dah lama survey harga khemah untuk membelinya.. Kebetulan pula terjumpa khemah yang berharga RM85.00, jadi isteri saya tanpa berfikir panjang menyuruh jurujual membuka khemah tersebut.. Memandangkan harganya berpatutan dengan saiz dan material yang digunakan, maka isteri saya pun membeli sebuah khemah.. Walaupun beliau sendiri tidak pernah bermalam di dalam khemah.. ;)

Haikal "perposing" di Khemah baru beliau..

Berkhemah di dalam rumah..

Beg Khemah.. Mudah di bawa ke mana-mana..

Reaksi Haikal bila saya dan isteri memasang khemah..

Dengan penuh gembira beliau mengucapkan terima kasih kepada saya dan isteri.. "Terima kasih Ibu dan terima kasih ayah, sebab belikan Ekal khemah.. Ekal sayang Ibu, Ekal sayang Ayah"..

Sebenarnya khemah tersebut kami beli sapaya kedua-dua anak kami dapat bermain bersama-sama.. Sebelum ini isteri saya ada "mendirikan" sebuah rumah untuk mereka berdua..Tetapi saiznya terlalu kecil dan dibuat dengan susunan kepingan-kepingan huruf.. Sajer je suka-suka.. Teringat masa zaman kecil-kecil dahulu... Saya dan isteri orang kampung.. Walaupun kami tak pernah bersua muka atau kenal mengenali antara satu sama lain.. ;)

Tapi yang pasti, kami berdua pernah merasai pengalaman bermain pondok-pondok di kampung.. Disebabkan anak-anak kami hidup di kawasan bandar, mereka tidak akan dapat merasai pengalaman tersebut.. Jadi kami cuba mencari alternatif lain untuk mereka..

Rumah ini roboh disebabkan...

rumah asal sebelum di sepak bola..

Binaan rumah ini tidak kukuh..

Adam dan Haikal.. Main sama-sama yer..

Disebabkan isteri saya tidak pernah tidur di dalam khemah.. Jadi malam tadi kami anak beranak tidur dalam khemah yang dipasang di dalam rumah..Kebetulan pula khemah yang dibeli muat untuk kami sekeluarga (Queen Size)..

Dengan adanya khemah ini, selepas ini mungkin lebih panjang lagi episod cuti-cuti Malaysia kami sekeluarga.. ;).. Doakan kami sekeluarga murah rezeki dan juga mempunyai kesihatan yang baik..

Admin blog

Anda Juga Mungkin Meminati:

Read more...

Kem Alapong (Siri 6) - Refleksi dan perjalanan pulang ke PMU

Entri pada kali ini merupakan tulisan saya yang terakhir tentang program yang diadakan di kem Alapong, Lundu, Sarawak.. Sekiranya anda tidak berminat dengan siri kem Alapong yang saya tulis sebanyak 6 siri ini saya memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki ;)..

Nak buat macamana disebabkan blog ini wujud untuk saya berkongsi pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling saya ;).. Insya Allah akan ada entri yang menarik minat anda bakal menyusul tidak lama lagi..

Ok berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini.. Seperti yang telah saya kongsikan pada entri sebelum ini, iaitu setiap peserta melakukan aktiviti berjalan malam meredahi kawasan gelap di luar kawasan kem secara berseorangan dengan hanya bergantung kepada sebatang lilin..

Terdapat beberapa cek point untuk memantau pergerakan para peserta.. Saya jaga cek point ke dua terakhir.. Dalam keadaan gelap gelita, kami melihat seorang demi seorang peserta datang ke cekpoint kami dengan sebatang lilin..

Ada juga peserta yang terpadam lilin di tengah jalan.. ;)

Perkara positif yang saya suka dengan para peserta kem pada kali ini adalah, tiada seorang pun yang kelihatan betul-betul takut semasa melakukan aktiviti ini.. baik lelaki mahupun perempuan.. ;)
Walaupun ada kalanya terdapat para penjaga cek pont yang cuba menyakat mereka.. Tetapi mereka "Stay cool"..

Aktiviti berjalan malam ini dilaksanakan pada jam 11.00 malam dan berakhir pada jam 1.15 pagi..

Pada hari terakhir kami berada di kem ini,kami mengadakan sesi refleksi dan penutup.. iaitu sebelum berangkat pulang pada jam 10.00 pagi..
(kami terpaksa pulang awal disebabkan perjalanan yang jauh untuk kami pulang ke Mukah)

Sesi Refleksi tersebut sekali lagi dikendalikan oleh Tuan Hj. Reduan.. Melalui kepakaran beliau mengendalikan sesi reflaksi tersebut telah menyebabkan beberapa orang peserta menitiskan air mata.. terutamanya peserta perempuan...

Sebelum berangkat pulang, sempatlah kami mengambil gambar kenang-kenangan di kem ini ;)


Semua peserta dan pensyarah kelihatan ceria..

Kami bertolak dari kem Alapong pada pukul 10.00 pagi.. Kemudian kami singgah di pasar Srikein.. Sampai di Sarikein pada jam 12.00 tengahari.. Disebabkan kesuntukan masa, kami diberikan masa cuma 30 minit sahaja untuk "bershopping".. Sebenarnya kalau diikutkan masa tersebut sememangnya tidak mencukupi.. :(

Masa 30 minit yang diberikan hanya cukup untuk kami berjalan melalui gerai-gerai yang terdapat di Sarikein sahaja ;).. Dari hujung ke hujung..

Kalau nak tahu apa yang terdapat di Sarikein, anda boleh klik pada pautan di bawah:-
Jalan-jalan Di Sarikin..

Disebabkan hanya 30 minit masa yang diperuntukkan, semua orang tak sempat nak bershopping.. Cuma beli mana yang dah terniat di hati.. Sempat jugalah saya membelikan tikar seperti yang dikehendaki oleh isteri saya ;)


Tikar yang diperbuat daripada buluh dan sulaman benang..

Tapi tak sempat pula untuk beli ini....


Jubah Bersulam dari Indonesia..

Kebanyakan para peserta membeli cermin mata hitam.. ;) dan rata-ratanya membeli kerepek..

Kami bertolak dari Sarikein pada jam 1.00 petang.. kemudian singgah di kedai makan di Kuching.. Dan seterusnya singgah di Lachau untuk bersolat dan segarkan badan mana yang patut..



Pekan Lachau..

Itu sahaja gambar terakhir yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan kami dari Alapong ke Mukah.. Kami tiba di Mukah pada jam 2.00 pagi.. 

Memang penat melalui perjalanan yang lama iaitu selama 17 jam.. Tetapi rasa puas hati disebabkan apa yang kami rancangkan telah berjaya dilaksanakan..

Semoga kami akan berpeluang untuk mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang.. Insya Allah..

Admin blog

Anda Juga Mungkin Meminati:

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..