Syukur alhamdulillah..
Pejam celik-pejam celik.. Minggu ini merupakan minggu ke 3 saya berada di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.. Setelah melapor diri pada 1 Julai 2011..
Dalam tempoh sebulan pertama ini, banyak perkara yang perlu saya pelajari di tempat baru disamping untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan rakan sekerja yang baru..
Antara perancangan saya berada ditempat baru ini adalah untuk menceburkan diri semula dalam permainan catur yang telah saya tinggalkan hampir 7 tahun..
Kebetulan pula dekat politeknik ini ada menawarkan ko kurikulum kelab catur.. Jadi minggu pertama saya sampai ke sini, saya terus hubungi unit yang bertanggungjawab mengendalikan kursus kokurikulum, sekiranya masih ada kekosongan tenaga pengajar untuk mengendalikan kelab catur..
Sebaik sahaja saya bertanyakan hal tersebut, pegawai sukan dan kokurikulum terus mempelawa saya untuk mengendalikan kelab tersebut.. Syukur alhamdulillah.. Harap-harap tercapailah impian saya untuk aktif bermain catur semula..
Di Politeknik ini.. selain saya ada lagi seorang pensyarah yang turut meminati permainan ini.. Nama beliau tersebut Cik Izzati.. Cik Izzati ni orangnya cantik, manis dan baik hati.. Sebelum ini beliau yang mengendalikan kelab catur ini.. Tapi memberi peluang kepada saya sekiranya saya berminat untuk mengendalikan kelab ini..
Cik Izzati ini sebenarnya pernah mewakili UPSI ke beberapa pertandingan catur sewaktu belajar di sana suatu ketika dahulu.. Kiranya boleh tahan jugalah Cik Izzati ni.. Jadi berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang ini, telah membantu beliau mengendalikan kelab catur ini pada semester lepas dengan jayanya..
Jadi ada geng lah saya dekat sini.. Kalau ada apa-apa tournement yang melibatkan kumpulan sekurang-kurangnya saya dah ada dua orang dalam satu pasukan.. Tinggal cari lagi 2-3 orang untuk melengkapkan pasukan..
Mana nak cari tu? Apa lagi.. Cari dikalangan ahli kelab catur yang berpotensi untuk diketengahkan... Itulah gunanya ada kelab catur.. hehehe.. Selain melaksanakan proses P&P, kita juga boleh menganjurkan atau menyertai pertandingan catur di peringkat luar...
Itu semua baru angan-angan dan perancangan.. Secata realitinya belum tahu lagi bagaimana perlaksanaannya.. Harap-harap semuanya dapat berjalan dengan lancar.. Amin..
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
imanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...
Saturday, July 23, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Discount Hari2 kini di Lot.My
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dunia blogging terlalu luas skopnya.. Selain daripada berkongsi informasi, kita juga boleh menjadikan Blog sebagai sebuah "kedai internet"..
Anda boleh menjalankan urus niaga "kedai Internet" anda secara serius untuk mencari pendapatan sampingan atau sekadar mencuba-cuba untuk mengisi masa lapang..
Selain blog Sembang hari2 dan blog Coretan Anuar saya juga mempunyai blog perniagaan yang dikenali sebagai Discount Hari2..
Blog perniagaan ini sebenarnya dihasilkan untuk membantu rakan-rakan, kenalan atau saudara mara untuk memasarkan perniagaan mereka di internet.. Di samping itu, saya juga cuba-cuba menjual beberapa item untuk menguji pasaran..
Nak kata untung banyak melalui perniagaan internet ni.. Takdelah.. Tapi adalah juga sedikit rezeki yang berjaya dihasilkan.. tetapi domain blog perniagaan ini takderlah menarik sangat.. Sebab ada perkataan blogspot.com di belakang nama domain tersebut..
Tak nampak seperti sebuah blog/ laman web profesional dengan Domain yang diakhiri dengan .com, .com.my, .info, .my, .net dan sebagainya..
Nak dijadikan cerita pada minggu lepas, saya terjumpa satu laman web yang membolehkan kita membuka kedai internet dengan menggunakan domain seakan-akan domain sendiri...
Nampak macam sebuah laman web dengan domain sendiri kan??
Tapi anda jangan salah faham.. kalau anda berkunjung ke laman web penyedia Domain dan Hosting.. anda pasti takkan dapat mendaftar laman web dengan domain.lot.my
Ini kerana ianya hanya boleh diperolehi secara PERCUMA di http://www.lot.my/
Jadi laman web perniagaan anda yang didaftarkan dibawah laman web ini merupakan subdomain kepada laman web http://www.lot.my/
Betul ker pendaftaran PERCUMA???
Ya betul.. memang percuma.. Tapi... ada tapinya.. Laman web perniagaan seperti zen Chart ini hanya membenarkan kita mengiklankan 4 item sahaja.. Sekiranya nak tambah item, kena ugrade ke akaun berbayar dengan bayaran RM39.90 sebulan..
Kepada anda yang ingin mencuba menjalankan perniagaan internet, saya syorkan anda boleh membuat pendaftaran laman web anda di http://www.lot.my/ sekarang juga..
Buat permulaan ini, iklankan 4 jenis item terlebih dahulu secara Percuma.. Bila perniagaan anda dah semakin rancak, masa tu baru buat penambahan item..
Selamat mencuba..
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)

