Tuesday, February 26, 2013

10 Blogger Terbaik Malaysia

kali Sembang2


Entri 10 Blogger Terbaik Malaysia dari Blog Coretan Anuar... Sekadar Copy And Paste Entri ini, sebab tengah malas nak pikirkan idea untuk menulis entri baru... ;)

Bagaimana nak menentukan 10 Blogger terbaik di Malaysia?

Persoalan ini sentiasa berlegar-legar di fikiran saya, sewaktu ingin menyertai Contest SEO 10 Blogger terbaik Malaysia anjuran blog OhCikgu.com.. 

Sebenarnya Contest ini dah lebih sebulan diadakan.. Tapi untuk menyertai Contest ini, saya perlu menyenaraikan 10 Blogger terbaik di Malaysia.. 

Untuk membuat senarai tersebut bukannya satu tugas yang mudah..Bukannya senang nak buat penilaian.. Sebab kebanyakan blog mempunyai kelebihan dan kekuatannya tersendiri.. Melainkan kesemua blog ni menyertai satu pertandingan, dan terdapat beberapa juri khas yang membuat penilaian termasuk undian pembaca..  barulah saya boleh berlapang dada untuk menentukan 10 Blogger terbaik Malaysia... 

Tetapi apabila terpaksa membuat penilaian secara individu, sudah pasti pilihan tersebut bukan merupakan pilihan yang tepat.. nanti mungkin ada sesetengah pihak yang mempertikaikan pemilihan saya... betul tak?

Tapi tak mengapalah... Apa nak buat... Saya dah tiada pilihan lain... Saya perlu juga menyenaraikan 10 Blogger Terbaik Malaysia untuk menyahut seruan blog OhCikgu.com, bagi menyertai Contest SEO yang beliau anjurkan..




Kenapa saya perlu menyertai Contest 10 Blogger Terbaik Malaysia?

Pada pendapat saya, contest ini sangat mencabar.. Ini disebabkan pemilihan pemenang dilakukan dengan membuat semakan melalui Google Incognito (Google.com) bagi keyword "10 Blogger Terbaik Malaysia". Bukan search engine Google Malaysia (Google.com.my) seperti Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati yang pernah saya sertai sebelum ini... 

Untuk menempatkan blog Coretan Anuar di Page pertama Google.com, pastinya lebih sukar berbanding page pertama Google.com.my... Jadi, saya perlu mencubanya.. Kata orang, belum cuba belum tahu... Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. 

Lagipun hadiah yang disediakan untuk Cotest ini tersangatlah lumayan.. Rugi kalau saya tak mencuba.. kalau nak tahu apa hadiahnya,Jom kita tengok dalam senarai di bawah:
  • Hadiah tempat pertama – RM500 + Platinum Hosting Perfotmance selama setahun dari Fivio.com (Bernilai RM680) + Buku Jimi dan Kertas Ajaib dari Contengconteng.com + tajaan Domain.MY dari Kakimedia.MY selama 2 tahun.
  • Hadiah tempat kedua – RM250 + Gold Hosting Perfotmance selama setahun dari Fivio.com (Bernilai RM580) + Buku Jimi dan Kertas Ajaib dari Contengconteng.com + tajaan Domain.MY dari Kakimedia.MY selama 2 tahun.
  • Hadiah tempat ketiga – RM120 + Silver Hosting Perfotmance selama setahun dari Fivio.com (Bernilai RM380) + Buku Jimi dan Kertas Ajaib dari Contengconteng.com + tajaan Domain.MY dari Kakimedia.MY selama 2 tahun.
  • 1 pack serbuk keju (cheese powder) jenama Cheeze Maz dari cheezemaz[dot]blogspot[dot]com dan juga 6 perfume dari Dubai gred AAA dari RanggilifeStyles.com untuk 6 pemenang.
  • Artikel yang paling banyak menerima G+ akan dipilih sebagai Otai G+ dan menerima hadiah seguhati sebanyak RM120 (1 baucer tunai RM50 untuk satu pembelian di kedaicotton.com).
  • Artikel yang paling banyak menerima LIKE akan dipilih sebagai Otai LIKE dan menerima hadiah saguhati sebanyak RM120 + 1 keping Silver Bar 10g dari Minda Emas Network + (1 baucer tunai RM50 untuk satu pembelian di kedaicotton.com)
  • 1 Artikel atau review terbaik akan dipilih sebagai Otai review dan menerima hadiah saguhati sebanyak RM120.

Hah... Macamana? Lumayan tak hadiah yang disediakan untuk Contest 10 Blogger Terbaik Malaysia? 

Disebabkan itu, sekiranya anda mempunyai sebuah blog, saya syorkan anda menyertai Cotest ini... Menang kalah adat pertandingan.. Kita cuba sahaja.. Manalah tahu ada rezeki boleh menang salah satu hadiah yang disediakan dalam Contest ini... 



Tapi, sebelum anda menyertai Contest ini, anda perlu tahu Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh semua blogger iaitu:

  • Mesti klik butang like fanpage blog ini. (Taip “ohcikgu.com” di browser anda dan klik butang LIKE disidebar sebelah kanan)
  • Mesti klik butang G+ blog ini. (Sama seperti langkah 1)
  • Mesti hantar link penyertaan di ruangan komen entri Pertandingan
  • Apa jua teknik, taktik dan strategi untuk bermain dengan SEO dibenarkan.
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat lain tentang Contest ini, saya syorkan anda klik di sini
Hmmm... Banyak juga syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta... Saya akan cuba memenuhi semua syarat tersebut... Diharap penganjur boleh menerima penyertaan saya.. ;)


Saya perlu menilai berdasarkan beberapa kriteria untuk memilih 10 Blogger terbaik Malaysia.. Jadi, di sini saya menyenaraikan 8 kriteria yang wajar untuk dinilai bagi menentukan 10 Blogger terbaik Malaysia pilihan saya.. 
  1. Page Rank (PR) sesebuah blog (Bukan senang nak dapat PR yang tinggi)
  2. Bilangan komen yang kerap diterima untuk sesebuah entri/artikel
  3. Info yang diberikan boleh memberi impak yang besar kepada individu/masyarakat/negara
  4. Penulis blog merupakan seorang yang pakar dalam sesuatu bidang/seorang yang berpengaruh
  5. Pengikut/jaringan blog
  6. Mempunyai pelbagai kaedah untuk mendekati dan berinteraksi dengan pembaca contohnya Video, ebook, buku dan sebagainya
  7. Blog kemas dan dapat menarik hati pembaca
  8. Mempunyai ranking Alexa yang baik di peringkat Global dan Malaysia (Sekadar sebagai rujukan, untuk menguatkan 7 kriteria di atas)

Berdasarkan 8 kriteria di atas dengan sukacitanya, saya ingin mengumumkan... 10 Blogger terbaik Malaysia berdasarkan pilihan saya ialah.. 


10 BLOGGER TERBAIK MALAYSIA

1) Malaysia Kini - PR7


Malaysiakini.com merupakan blog/portal 4 bahasa yang mempunyai Pagerank (PR) tertinggi setakat ini di Malaysia iaitu PR7.. Bukannya senang untuk sampai ke tahap ini.. Kebanyakan blog-blog popular di Malaysia sekadar dapat mencapai PR3 dan PR4 sahaja.. Dapat capai PR4 pun dah kira hebat, inikan pula sebuah blog yang mampu memperolehi PR7..  

Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 17 Januari 2013 menunjukkan Malaysiakini mempunyai Rank ke 16 dalam Malaysia dan Rank ke 4,021 secara global.. Fuhh.. Hebat tu.. 

Sekiranya anda belum pernah melayari blog Malaysia kini.com, saya syorkan anda melawat blog tersebut.. Dalam blog tersebut anda mempunyai pilihan membaca dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Jadi, semua rakyat Malaysia boleh membaca blog ini mengikut kesesuaian bahasa masing-masing..  

Maklumat yang terdapat dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Blog itu mempunyai lebih 50,000 pengunjung sehari dan lebih tiga juta pageview dalam sebulan. ;)

2) Amanz.my - PR5


Amanz.my merupakan sebuah lagi blog yang telah mendahului blogger-blogger lain di Malaysia dengan mendapat PR 5.. Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 17 Januari 2013 menunjukkan blog Amanz.my mempunyai Rank ke 118 dalam Malaysia dan Rank ke 23,689 secara global..

Blog ini mengandungi informasi tentang teknologi terkini dan gadget dalam Bahasa Melayu. Artikel-artikel yang ditulis banyak memfokuskan tentang dunia IT di dalam mahupun luar negara. Termasuklah ulasan-ulasan berkenaan gajet-gajet terkini seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan lain-lain.

Seronok membaca Blog Amanz.my, lebih-lebih lagi sekiranya anda berhajat nak membali gadget atau komputer baru.. ;)


3) Beautifulnara - PR4




Blog mengenai gosip artis dan hiburan di Malaysia ini mempunyai status PR4.. Blog ini  berada di kedudukan ke 86 ranking Alexa Malaysia dan kedudukan ke 14,233 ranking Alexa Global.. 

Niche area blog beautifulnara yang berkisarkan tentang dunia hiburan dan gosip artis telah mempopularkan blog ini.. Seperti yang kita semua sedia maklum, golongan yang suka membaca blog ini biasanya terdiri daripada remaja, belia dan surirumah.. Dan golongan ini kebanyakannya suka membaca cerita-cerita berkaitan dunia artis dan hiburan..  

Biasanya entri terkini di blog ini turut memuatkan foto, video, hiburan sensasi, dan pelbagai cerita terkini di dalam negara serta antarabangsa. Ada sahaja cerita baru atau berita terkini tentang dunia artis dimuatkan di blog beliau.. Kadang tu cerita tersebut belum sempat lagi keluar dalam mana-mana akhbar, tetapi telahpun dipaparkan di blog Coretan Anuar Beautifulnara.. 

Macamana Beautifulnara boleh dapat gosip dengan pantas? itu saya tak tahu.. Sekiranya anda berminat nak tahu, anda boleh bertanya sendiri dengan Bro Beautifulnara.. 
Saya pernah bersua muka dengan Bro Beautifulnara sekali sahaja... Iaitu sewaktu menyertai mini Seminar Sembang Subsale Bersama Abang Ensem.. Masatu saya tak kenal pun itu Bro yang bergambar sekali dengan saya adalah Beautifulnara.. Tapi bila dah tengok gambar, dekat blog Abangensem.. baru saya tahu... Orang yang turut bergambar sekali dengan saya pada ketika itu adalah bro Beautifulnara.. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini


4) Paultan.org - PR4



Paultan.org merupakan sebuah blog automotif yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Saya rasa para peminat kereta di Malaysia, tentu dah biasa berkunjung ke blog ini.. .

Blog ini mengandungi gambar-gambar kereta yang cukup cantik.. Bila tengok gambar-gambar tersebut, boleh membuatkan saya rasa teringin nak menaiki salah sebuah kereta mewah pada satu masa nanti. Tapi mungkin setakat berangan jelah.. 

Daripada saya membeli kereta mewah, lebih baik saya gunakan wang tersebut untuk melabur dalam pelaburan Hartanah.. ;)

Blog berstatus PR4 ini mempunyai Rank ke 124 di Malaysia dan 15,161 di peringkat global..
5) Denaihati.com  - PR4




Denaihati.com merupakan blog yang sememangnya terkenal dalam kalangan rakan-rakan blogger.. Tuan Denaihati terkenal sebagai seorang blogger yang pemurah.. Ada sahaja hadiah yang disediakan untuk pengunjung blog Denaihati.. Belum habis tamat satu contest atau segmen, beliau buat lagi contest atau segmen yang lain.. Lepas tu hadiah yang disediakan pun boleh tahan juga mahalnya..

Kalau saya nak bercerita tentang Blog Denaihati ni rasanya sampai 3 hari 3 malam pun tak boleh nak habis.. Jadi, saya buat point-point sahaja tentang maklumat lain lagi yang anda perlu tahu tentang Denaihati, seperti berikut:
  • Hidupkan Untuk Memberi terlalu sinonim dengan blog ini yang sangat pemurah
  • Pakar dalam bidang SEO
  • Blog Berstatus PR 4
  • mempunyai rank ke 139 dalam Malaysia dan rank ke 19,420 peringkat global.. 
  • Menghasilkan Perisian Waktu Solat dengan kerjasama eizil.com untuk panduan/rujukan umat Islam
  • Mempunyai beberapa orang penulis jemputan di blog beliau seperti Puanbee.com, eizil.com, Ariffshah.com dan sebagainya.. 
  • Beliau telah menarik ramai blogger-blogger untuk bernaung di bawah jenama Denaihati. 
  • Pernah memenangi anugerah Best of The Best Blog of The Year 2012 oleh MSMW 2012 
  • Banyak berkongsi tentang tips-tips motivasi, perniagaan, isu semasa, pengalaman kembara serta kisah peribadi yang memberi inpirasi kepada pembaca blog beliau. 
  • Entri bersiri yang paling diminati pada ketika ini ialah "Kisahnya Secebis Hati"
  • Mempunyai lebih 70,000 pengikut tidak kira daripada Malaysia, Singapura ataupun Indonesia 
  • Dan Lain-lain



6) chedet.cc - PR4



Chedet.cc merupakan blog peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.. Blog ini berkisarkan isu-isu semasa yang melibatkan rakyat Malaysia, isu-isu berkaitan negara-negara Jiran, isu-isu Politik, ekonomi dan pelbagai cerita lain lagi sehingga ke peringkat Antarabangsa.. Adakalnya pandangan beliau tentang isu-isu politik di Malaysia masih releven untuk dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin di Malaysia.. Jadi, blog beliau terus menjadi ikutan golongan pihak atasan dan pemimpin negara kita mahupun pemimpin negara luar..

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan blogger veteran yang wajar dihormati oleh golongan blogger muda seperti saya.. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam mentadbir sebuah negara.. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia, pastinya saya berlapang dandang membaca pandangan dan pengalaman yang beliau ada dalam menikmati kehidupan melebihi 80 tahun.. 

Saya pernah teringat lagi satu cerita daripada seorang penceramah yang pernah berpengalaman pergi ke luar negara.. Semasa berada di luar negara beliau pernah bertanyakan kepada beberapa orang penduduk di negara tersebut samada mereka mengenali Malaysia.. Terdapat beberapa orang penduduk mengatakan mereka mengenali Malaysia disebabkan mereka mengenali Tun Dr. Mahathir Mohammad melalui televisyen.. Ini menunjukkan satu ketika dahulu Tun pernah menjadi satu Icon kepada Malaysia untuk menjadikan negara kita dikenali di mata dunia.. Orang luar negara pun boleh mengenali Tun Dr. Mahathir, inikan kita rakyat Malaysia.. Yang boleh membaca banyak info tentang beliau melalui buku-buku, keratan akhbar atau blog beliau sendiri...

Untuk makluman kita semua.. Selain menulis blog, Tun juga turut menulis buku dan ebook.. Saya percaya, terlalu banyak info yang ingin dikongsikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui hasil-hasil penulisan beliau.. Jadi, rugi tak baca hasil tulisan beliau...


7) Fatin Liyana – PR4



Blog ke 7 pilihan saya merupakan blog kepunyaan si cantik manis yang menggunakan platfom Blogspot.. Walaupun menggunakan webhosting dan domain percuma, tetapi blog Fatin Liyana berjaya mendapat PR4.. Disamping kedudukan Rank yang baik dalam Malaysia ataupun diperingkat global.. 

Pencapaian terbaik blog Fatin Liyana ialah ketika memenangi salah satu hadiah dalam Malaysia Social Media Week 2012..  Dan pada tahun ini, nampaknya beliau turut menyertai Pertandingan tersebut dalam kategori Fovourite Lifestyle Blog.. Semoga Fatin Liyana boleh menjadi salah seorang pemenang pertandingan ini.. 



Pengalaman Bertemu Fatin Liyana di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi sememangnya sememangnya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.. Bakal seorang Doktor ini sememangnya mempunyai kecantikan yang asli, baik dan peramah.. Beliau mempunyai pakej wanita ideal yang menjadi idaman jejaka Malaya.. Tidak mustahillah blog beliau boleh mempunyai 49 926 Pengikut sehinga kini... Dan bilangan pengikut blog beliau, pastinya akan menjangkau melebihi 50 000 tidak lama lagi...  

Saya suka dengan cara penulisan beliau yang sempoi, dan sentiasa menggambarkan keseronokan ketika berkongsi info tentang kecantikan, penjagaan diri, penampilan, jalan-jalan dan sebagainya...  Dahlah orangnya cantik, tulisan menarik, bijak pula tu.. Pastinya dapat membuatkan orang ramai tertarik untuk mengunjungi blog beliau... 




Selain glamour dalam dunia penulisan blog... Beliau juga turut dikenali ramai disebabkan beliau seorang model sambilan yang pernah beberapa kali menghiasi Majalah, masuk TV dan surat khabar. 



8) Abangensem.com -PR3

Sekiranya anda merupakan pembaca setia blog Coretan Anuar, pastinya anda mengenali Blogger Jutawan In The Future.. Saya rasa dah ada banyak entri yang pernah saya tulis tentang blog brader ini..Walaupun blog ini sekadar mendapat PR3, tetapi penulis blog ini iaitu jejaka berbaju Pink, mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi blogger terbaik di Malaysia... 

Blog beliau mempunyai banyak info tentang pelaburan hartanah dan kewangan disamping ayat-ayat nakal yang pastinya memualkan para pembaca blog beliau... Setelah membaca blog beliau, adakalnya saya rasa sepeperti nak termutah... Tetapi apabila mengenangkan info yang disampaikan mengenai pelaburan Hartanah cukup santai tetapi padat, telah membuatkan saya ketagih membaca blog beliau sehingga kini...   
Seperti juga blog Denaihati, sekiranya saya nak bercerita tentang Blog Abang ensem, 3 hari 3 malam pun mungkin tak akan habis.. Jadi saya buat point-point yang perlu anda tahu tentang Blog Abang Ensem seperti berikut:
  • Berasal dari Teluk Intan Perak
  • Seorang bekas pegawai Bank yang kini menjadi Full Time Blogger dan pelabur hartanah berjaya
  • Mempunyai 14 buah rumah sewa, walaupun sekadar menaiki kereta buatan Malaysia..
  • Pakar dalam membeli rumah Subsale dan pernah membeli rumah tanpa mengeluarkan modal
  • Pernah ditemuramah dalam satu rancangan Televisyen terbitan ASTRO (klik di sini)
  • Telah menulis beberapa buah ebook sebelum ini dan yang terbaru sebuah buku Fizikal yang diterbitkan pada awal tahun 2013
  • Menjadi penulis jemputan untuk Majalahniaga.com
  • Menjadi Penceramah utama untuk Mini Seminar Sembang Subsale Bersama Abang Ensem dan penceramah-penceramah jemputan untuk beberapa seminar pelaburan Hartanah
  • Dan yang terbaru beliau dipelawa untuk menjadi Penulis Jemputan majalah Apartment Impiana terbitan Karangkraf..
  • Dan lain-lain..


9) Hanis Zalikha – PR4



Blog yang menggunakan Domain dan web hosting percuma ini merupakan anak kepada seorang blogger wanita dan model 80an yang kerap kali menghiasi sisipan akhbar dan majalah.. 

Wajah beliau kerap menghiasi beberapa majalah disamping pernah menghiasi muka hadapan Pancaindera yang merupakan salah satu sisipan dalam akhbar Mingguan Malaysia.. Selain seorang blogger, Beliau juga merupakan seorang model terkenal, pengacara TV , Pelakon sambilan dan merupakan seorang graduan cemerlang di Universiti tempat beliau belajar..(klik di sini)

Orang yang saya maksudkan, tidak lain dan tidak bukan ialah blogger si Cantik Manis yang bernama Hanis Zalikha.. Dengan populariti yang beliau ada telah membolehkan blog beliau mempunyai 41 747 Pengikut sehingga kini..


Blog beliau berkisarkan tentang dunia fesyen, penjagaan kecantikan, dan peribadi.. Pencapaian terbaik blog Hanis Zalikha ialah sewaktu beliau pernah menjadi salah seorang pemenang dalam Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards yang disertai oleh puluhan ribu blog di asia. 

Semenjak kemenangan tersebut, blog beliau telah menjadi salah sebuah blog kesayangan nuffnang sehingga membolehkan beliau pergi bercuti keluar negara secara Percuma.. Bestkan jadi blogger popular.. ;)  


10) RotiKaya.com - PR3

Blog yang terakhir sekali dalam senarai 10 Blogger terbaik Malaysia pilihan saya ialah Blog rotikaya.com.. Seperti juga blog Beautifulnara.. Blog ini berkisarkan tentang dunia   hiburan, gosip selebriti terkini, kisah-kisah artis Malaysia,Indonesia dan Hollywood..
Walaupun blog ini sekadar mempunyai PR3, tetapi berjaya memdapat ranking ke 133 Malaysia dan ranking ke 23 169 Global hasil semakan yang telah dibuat pada 17 Januari 2013..
Seperti yang telah saya ulas dalam Blog Beautifulnara... Blog Hiburan dan gosip artis ni memang ramai orang suka baca.. Disebabkan kebanyakan orang yang suka melayari internet terdiri daripada golongan remaja, belia dan surirumah.. Kebanyakan golongan ini suka mengikuti cerita-cerita tentang dunia hiburan....
Fuhhhh... Lega Rasanya....
Akhirnya saya berjaya juga menyenaraikan 10 Blogger terbaik Malaysia dan sedikit info bagi setiap blog seperti yang dikehendaki oleh pihak penganjur Contest ini .... Naik letih jari jemari saya dibuatnya... Diharap penganjur dapat menerima penyertaan saya... ;)
Selain 10 blog yang saya senaraikan di atas... Sebenarnya terdapat ramai lagi Blogger terbaik Malaysia pilihan saya... Tapi apaka daya.. Pihak penganjur nakkan 10 sahaja.. Jadi saya telah cuba memilih 10 yang terbaik...
Sebelum senarai tersebut berjaya dihasilkan... saya telah membuat semakan tentang Page Rank dan Alexa Rank kepunyaan hampir 50 buah blog... Sudah pasti ianya bukanlah satu tugas yang mudah.. 
Walaupun tidak semua blog dapat saya senaraikan dalam 10 Blogger terbaik Malaysia... tetapi bagi pendapat peribadi saya blog yang saya turut senaraikan di bawah, semuanya hebat-hebat belaka... 
Kalau tak percaya jom kita sama-sama tengok Page Rank dan Alexa Rank bagi blog-blog hebat tersebut:
  • Beritasemasa.com - PR4| 224 Rank Malaysia| 45,006 Rank Global
  • Apesal.com - PR4  | 298 Rank Malaysia| 55,972 Rank Global  
  • AriffShah.com - PR4 | 626 Rank Malaysia| 71,538 Rank Global
  • Forblogger.net - PR4 | 634 Rank Malaysia| 69,515 Rank Global
  • Cik Epal - PR4 | 2,011 Rank Malaysia| 243,974 Rank Global
  • Zaharuddin.net - PR4 | 2,168 Rank Malaysia| 259,253 Rank Global
  • Tiffinbiru.com - PR3 | 1,402 Rank Malaysia| 155,920 Rank Global
  • Puanbee.com - PR2 | 342 Rank Malaysia| 59,159 Rank Global
  • Ciktom.com - PR3 | 319 Rank Malaysia| 69,007 Rank Global
  • Eyriqazz.com - PR3 | 345 Rank Malaysia| 69,702 Rank Global
  • Maria Elena – PR3 | 924 Rank Malaysia| 184,518 Rank Global
  • Irine Nadia Marcello – PR3 | 3,846 Rank Malaysia| 424,611 Rank Global
  • Oh Bulan - PR3 | 146 Rank Malaysia| 25,840 Rank Global
  • KuJie2.com - PR3 | 286 Rank Malaysia| 62,399 Rank Global
  • Ben Ashaari – PR3| 519 Rank Malaysia| 70,151 Rank Global
  • Irfan Khairi - PR3 | 3,595 Rank Malaysia| 437,010 Rank Global
  • Minda Tajdid - PR3 | 2,580 Rank Malaysia| 337,630 Rank Global
  • Mazidul Akmal - PR3 | 640 Rank Malaysia| 115,247 Rank Global
  •  Papagomo - PR3 | 507 Rank Malaysia| 75,022 Rank Global
  • Broframestone - PR3 | 386 Rank Malaysia| 65,079 Rank Global
  • Zarulumbrella -PR3 | 1,029 Rank Malaysia| 174,484 Rank Global
  • Redmummy.com - PR3 | 1,097 Rank Malaysia| 148,487 Rank Global
  • Penmerah.com - PR2 | 1,717 Rank Malaysia| 263,685 Rank Global
  • Nadot.my - PR2 | 2,127 Rank Malaysia| 254,774 Rank Global
  • Lyssa Faizureen – PR2 | 888 Rank Malaysia| 135,479 Rank Global 
  • Justkhai.com - PR2 | 4,208 Rank Malaysia| 430,644 Rank Global
  • Ohcikgu.com - PR2 | 729 Rank Malaysia| 126,597 Rank Global
  • Earncent.com - PR1 | 606 Rank Malaysia| 97,148 Rank Global
  • Dan lain-lain....


Tentu ada dalam senarai blog di atas yang anda kenali/lawati... Cubalah anda lawati blog-blog mereka... Setiap blog ini mempunyai kelebihan atau kekuatannya yang tersendiri..  Sekiranya mempunyai kelapangan masa, saya akan cuba membuat ulasan bagi setiap blog di atas...  Supaya penulis blog-blog ini tahu, Bahawa saya sangat menghargai blog mereka...
Oh... Nasib baik tak terlupa... 




Nuffnang Ads

P/s : Bagaimana dengan pendapat anda pula? Adakah anda setuju dengan 10 Blogger terbaik Malaysia pilihan saya... Sekiranya anda tidak bersetuju, saya harap anda sudi mencadangkan 10 Blogger terbaik Malaysia pilihan anda pada ruangan komen entri ini ..

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..