Showing posts with label NKRA. Show all posts
Showing posts with label NKRA. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

7 NKRA untuk mengurangkan bebanan kos Sara Hidup Rakyat

Assalamualaikum dan SAlam Sejahtera..


Semalam semasa sedang lalu di sebuah kedai buku.. Saya tertarik membaca Tajuk Muka Hadapan Surat Khabar Berita Harian (Khamis, 28 Julai 2011) yang berbunyi "NKRA kos Sara Hidup".. 


Tiba-tiba tergerak hati saya untuk membeli surat Khabar tersebut.. dan membaca seluruh isi kandungannya sewaktu berada di rumah..


Sebenarnya saya nak tahu lebih lanjut.. Tentang Apa itu NKRA?? Mungkin ada sesetengah daripada kita baru pertama kali mendengar istilah ini..  NKRA ini sebenarnya sudah agak lama diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu kira-kira 2 tahun yang lalu..


NKRA merupakan panggilan singkatan bagi "Bidang Keberhasilan Utama Negara" .. Tujuan NKRA ini diperkenalkan adalah untuk mengkaji dan membuat penelitian mengenai apa yang dikehendaki rakyat dan yang perlu dilakukan kerajaan untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat Malaysia terutamnya dari segi faktor ekonomi.. 


Justeru itu, pihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri perlu merangka, menyediakan dan melaksanakan satu pelan penyelesaian bagi mengurangkan bebanan rakyat dan pengguna...


Untuk merealisasikan impian tersebut, sebelum ini pihak kerajaan telah memperkenalkan Enam NKRA iaitu: 
  1. memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan; 
  2. mengurangkan kadar jenayah; 
  3. memerangi rasuah; 
  4. meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; 
  5. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman 
  6. menambah baik pengangkutan awam.
Berikutan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu telah mewujudkan satu fenomena global mengenai kenaikan harga barang, terutamanya harga makanan. 


Kesan daripada fenomena ini, telah menyebabkan keadaan ekonomi rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terjejas. Rentetan daripada fenomena ini, telah menyebabkan pihak kerajaan sedang merangka satu lagi NKRA.. Menjadikannya NKRA yang ke tujuh bertujuan membantu rakyat menangani permasalahan ini.. 


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..  satu pelan penyelesaian akan disediakan bagi mengurangkan beban rakyat dan pengguna., perlaksanaan NKRA ketujuh ini akan diketuai Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dan kementerian berkaitan.


Justeru itu, marilah kita sama-sama nantikan apakah dia NKRA ketujuh yang dijangka akan diumumkan oleh perdana menteri semasa pembentangan budget  2012 yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober ini..


Dengar cerita banyak pihak dipanggil oleh kerjaan untuk memberi input bagi menghasilkan NKRA ke tujuh ini.. Antara pakar terbabit ialah pereka Pendrive, Pua Khein-Seng; Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin; pemuzik, Amy Search; Presiden FOMCA, Datuk N Marimuthu; Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation, Johan Mahmood Merican dan pemain skuash kebangsaan, Azlan Iskandar.


Tengok tu.. Pemuzik terkenal Amy Search pun turut dipanggil sama dalam menghasilkan NKRA ke tujuh ini.. Ialah setiap lapisan dalam masyarakat ada kisahnya yang tersendiri.. Hanya mereka yang berada dalam komuniti tersebut yang lebih arif  tentang permasalahan tersebut.. 


Jadi input yang diberikan oleh pelbagai lapisan masyarakat ini, diharapkan akan dapat mengupas semua permasalahan yang melibatkan keadaan ekonomi yang wujud dikalangan rakyat Malaysia.. 


Bagus strategi dan pendekatan ini.. Saya kira ianya merupakan satu langkah yang baik.. daripada pihak kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia..


Diharapkan NKRA ketujuh akan dapat memberi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia terutama golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.. Amin..


P/s: Saya selaku rakyat Malaysia sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang cuba untuk mengusahakan sesuatu perkara yang baik buat seluruh rakyat Malaysia..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..