Thursday, December 24, 2009

Haikal Super Bun Dapat Adik..


Alhamdulillah

Syukur kehadrat Allah s.w.t, hari ini Haikal anak saya yang pertama dapat seorang adik. Lahir pada 23 Disember 2009, jam 1.54 petang di Hospital Mukah Sarawak. Semoga dengan kehadiran baby saya yang kedua ni akan lebih menceriakan kehidupan kami sekeluarga.

Nama anak
Setakat ini nama cadangan Muhamad Adam ............ Bin Muhamad Anuar.
Bila lahir 'baby' yang kedua ni saya teringat balik kenangan menimang cahaya mata pertama. Anak saya yang pertama berumur 2 tahun 2 bulan. Namanya bukan main panjang lagi iaitu Muhamad Amsyarhadi Haikal Bin Muhamad Anuar. Siapa punya kerja ni bagi nama panjang-panjang?

Itulah soalan yang biasa orang ajukan kepada saya. Jawapannya dan tentulah emak ayah dia yang beri hehehe. Pengalaman masa kami nak pilih dan daftarkan nama anak pertama saya. Saya rujuk buku nama-nama pilihan dalam Islam setiap kali ada masa lapang. Setiap kali selak muka surat baru dalam buku ada cetusan idea baru dari saya dan isteri.

Sehingga ke hari nak buat pendaftaran pun masih ada cadangan nama baru. Lastnya nama sekarang ni adalah nama muktamad yang sama-sama kami persetujui. Masa tu kami tak rasa pula nama tu terlalu panjang. Maklumlah tengah 'excited' dapat baby pertama. Tapi bila kami isi borang atau buat pembelian tiket kapal terbang baru kami sedar nama tersebut terlalu panjang untuk anak kami hehehe..


Untuk anak kedua ni nampak gaya macam panjang juga namanya. Jadi saya kena bincang balik dengan isteri untuk bagi nama yang bersesuaian. Kalau dapat pendek sikit dari nama anak pertama pun dah kira baik hehehe.

Nampaknya setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Diharap semua pembaca dapat bersama-sama mendoakan keberkatan anak kami... Amin




Read more...

Jimatkan perbelanjaan

Salam 1 Malaysia..

Disini saya ada salah satu cara nak jimatkan duit poket. Cara ini telah pun diamalkan oleh rakan-rakan sekerja saya.



Beli kek hari jadi secara beramai ramai. Caranya:-
1) Sambut hari jadi pada masanya sekadar ala kadar. Memadai untuk beli sepotong kek, atau makan dekat
    mana-mana restoran dengan 'special person'
2) Sambut hari jadi dengan rakan sekerja yang lahir dalam bulan yang sama (sebaik-baiknya sambut pada
     hujung bulan)
3) Berkongsi perbelanjaan untuk mengadakan majlis tersebut bersama rakan-rakan yang diraikan

Wah seronoknya, dapat beli satu kek besar dan tulis nama ramai-ramai atas kek tersebut. Bab makanan pula dah menjimatkan. Sekali makan sahaja secara beramai-ramai. Masa untuk mengadakan majlis hari jadi pun dapat dijimatkan.

Saya ambil contoh macam gambarajah di atas. Ada 8 nama yang menyambut hari jadi dalam bulan yang sama. Sekiranya setiap orang daripada rakan-rakan saya nak adakan majlis hari jadi masing-masing, kita perlu mengadakan 8 majlis sambutan hari lahir.

Dengan menggabungkan 8 majlis kepada satu majlis akan mendatangkan banyak kelebihan kepada kita seperti jimatkan masa, jimatkan kos, jimatkan penggunaan gula (sekarang susah nak dapatkan gula), dan yang pastinya ianya lebih meriah untuk meraikan banyak-banyak orang daripada seorang.

Fikir-fikirkanlah. Ini sekadar perkongsian sahaja. Sekian dulu, jumpa lagi di lain waktu..
Read more...

Macamana Nak Masak Lobster aka Udang Kara


Salam satu Malaysia..

Lagi Promosi percuma tentang Mukah..

Kalau ada sesiapa yang berhajat nak membeli Lobster dengan harga yang setimpal, rasanya sesuai datang ke Mukah. Dekat sini Lobster (belum masak) boleh didapati dengan harga lebih kurang seekor RM10. Biasanya dijual kira longgok atau kilo. Biasanya kalau selonggok tu ada 3 ekor dijual RM30, kira seekor sepuluh ringgit kan. saya ni lemah juga matematik walaupun ada mengajar matematik ;)

Bila tengok Lobster dekat pasar Mukah jer memang teringin nak makan. Tapi bila bab nak masak yang tu saya tak berapa reti. Tengok Channel rancangan memasak dekat ASTRO tu macam-macam cara mat salleh masak. Tapi kebanyakannya guna arak. Ada kawan saya tu (lelaki masih bujang) terpengaruh dengan masakan mat Salleh ni. Dia suka guna istilah 'Half Cook' semasa memasak (hehehe malas saya nak komen lebih-lebih). Tapi yang pastinya, bila masak Lobster ni dia tukar arak tu guna Coca-Cola;). Tentang rasanya saya tak berani nak komen sebab tak pernah rasa masakan beliau. Tapi yang pernah rasa tu dapat lah 5 bintang daripada 10. Kira Ok lah kan.

Jadi kalau ada sesiapa yang ada resepi atau tips cara nak masak lobster ni boleh ler berkongsi di laman Blog ni. Nanti saya akan sampaikan dekat rakan saya yang sukan masak lobster 'Half Cook'. Gambar yang saya paparkan di atas menunjukkan Lobster yang sedang di rebus. Kemudian saya tuangkan kuah 'Sweet-sour'. Bolehlah asal dapat masuk perut.




Read more...

Jom Pi Mukah, Sarawak - Part 2

Salam 1 Malaysia..

Ok pada kali ini kita sambung kembali pasal Mukah Sarawak. Mukah merupakan satu tempat yang aman dan tenang. Siapa yang tak suka dengan kehidupan yang sesak macam dekat Kuala Lumpur, asyik jalan jem jer bila keluar rumah dengan menaiki kereta.. Jadi Mukah adalah tempat yang sesuai untuk menjauhkan diri daripada kesibukan kota. Dapat cari ketenangan. Untuk makluman anda semua dekat Mukah ni langsung tak ada lampu isyarat.  'Roundabouts' banyak gunakan di Mukah untuk mengawal lalu lintas. Sebabnya saya sendiri pun kurang pasti. Mungkin untuk mengurangkan kos Maintanence.

Kedudukan Mukah dari Bandar-bandar Besar
Bandar terdekat dengan Mukah ni adalah Sibu iaitu sekitar 3-4 Jam perjalanan. Bandar Kedua terdekat adalah Bintulu iaitu sekitar 4-5 jam perjalanan. Kemudian bandar Kuching dalam 10 jam perjalanan dan bandar Miri dalam 8 jam perjalanan. Jarak dari Mukah ke bandar-bandar besar biasabya kita tak ukur guna Kilometer sekiranya melalui jalan darat. Kita ukur guna berapa lama masa yang diambil untuk sampai dari destinasi ke destinasi. Nak tahu sebabnya? Insya Allah saya akan cerita pada sesi yang lain.. Tunggu..

Cara nak sampai ke Mukah

Ada 3 cara untuk sampai ke Mukah. Pertama kita melalui jalan Darat (Cara ini adalah tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung). Cara kedua dengan menggunakan pengangkutan air (Express). Biasanya kita guna pengangkutan air dari Sibu (2 Jam) dan dari Sarikei. Cara ni ramai orang guna sebab lebih selesa, cepat, murah dan dapat mengurangkan kesengsaraan melalui jalan darat. Cara ke 3 guna pengangkutan udara dengan menaiki pesawat kecil (lebih kurang 20 orang penumpang). Ianya sesuai untuk anda yang datang ke Mukah dari Kuching dan Miri. Perkidmatan penerbangan dari tempat lain belum lagi ditawarkan oleh MasWing setakat ini.

Gambar yang kita sama-sama tengok dekat atas tu merupakan pemandangan dalam sebuah 'express' nak ke Sibu. 'Express' ni merupakan pengangkutan yang 'Hot'. Jadi, seboleh-bolehnya pemandu 'express' ni akan menyumbat sebanyak mungkin muatan termasuk penumpang sebelum bergerak meninggalkan Jeti.


gambar di atas merupakan 2 orang jejaka Hansome yang naik 'Express'. Salah seorangnye mungkin pembaca semua dah biasa tengok. Seorang lagi tu 'rezeki' dia dapat masuk dalam blog ni hehehe. Yang pasti korang berdua memang Macho hehehe.


Gambar di atas ni pula menunjukkan pemandangan yang dapat di lihat dari dalam 'express'. Ok, setakat ini perkongsian saya dengan pembaca semua tentang Mukah, Sarawak. Lain kali kita sambung lagi ye..
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..