Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama orang-orang yang anda sayangi dan hormati. Alhamdulillah kita semua patut bersyukur kerana masih diberi nafas untuk berpijak di bumi ini dan dapat meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama kita juga masih berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.

31 Disember 2009 telah pun meninggalkan kita. hari ini 1 Januari 2010 merupakan satu lagi lembaran baru dalam hidup kita. Isikan slot-slot kehidupan kita yang baru ini dengan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat kepada kita di kemudian hari samada di dunia ataupun diakhirat..

Masihkah ada lagi saki baki perancangan yang tidak berjaya dilaksanakan pada tahun 2009? Sekiranya ada janganlah ianya ditinggalkan begitu sahaja. Bawakannya ke tahun ini. Justeru itu anda perlu menyelesaikan perkara yang tidak berjaya di selesaikan pada tahun 2009 dalam masa yang sama berusaha untuk mencapai perkara yang dirancang pada tahun 2010.

Biar siapa pun kita samada seorang pelajar, cikgu, jurutera, usahawan, menteri, perdana menteri, artis, ahli sukan, saintis sehinggakan tiada sapa-sapa (tak tahu diri dalam kategori mana) tetap akan ditinggalkan oleh masa. Masa tidak pernah mengenal batas usia. Ia akan terus bergerak dan bergerak. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat memanfaatkan masanya dengan sebaik mungkin dan menghargai setiap masa yang ada. Manakala orang yang tidak berjaya adalah orang yang membenarkan masa tersebut pergi begitu sahaja tanpa memenfaatkan masa tersebut dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Anda berada dalam kategori yang mana? Adakah dalam golongan orang yang berjaya memanfaatkan masa dan telah menuai hasil-hasil kejayaan atau dalam golongan orang yang membiarkan masa tersebut pergi tanpa melakukan apa-apa. Cermin-cerminkanlah diri anda..

Sekiranya sebelum ini anda banyak membiarkan masa meninggalkan anda tanpa sebarang pengisian yang berfaedah lakukanlah perubahan sempena tahun baru ini. Lakukanlah muhasabah diri. Dimana anda sekarang? Apakah kejayaan yang telah anda capai dalam hidup anda?  Apakah perkara yang telah berjaya anda sumbangkan buat keluarga, masyarakat, agama, negara, bumi dan alam semester?

Dalam kita menyambut tahun baru pada hari ini kita dikhabarkan berita yang tidak menggembirakan. Harga gula naik 20 sen. Kenaikan harga gula ini akan banyak memberi kesan dalam kehidupan kita. Dengan kenaikan harga gula ini, ianya akan memberi ruang atau alasan kepada peniaga kedai makan untuk menaikkan harga makanan dan air. Dalam masa yang sama kenaikan harga gula ini juga akan mengakibatkan pihak-pihak lain turut mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang jualan ada perkhidmatan merka. Yang pastinya bila harga sesuatu barang atau perkhidmatan telah naik harganya mustahil ianya akan turun kepada harga asal.

Cuba anda bayangkan apa akan berlaku pada 5 tahun akan datang sekiranya harga barang-barang keperluan kita naik dari masa ke semasa? Apakah persediaan anda untuk menghadapi kehidupan pada masa tersebut?

Jadi hari ini adalah permulaannya. Berazamlah pada hari ini bahawa anda akan melakukan perubahan pada diri anda supaya anda berjaya dengan cemerlang dalam apa juga bidang yang anda ceburi. Jadikan diri anda pada hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan pencapaian anda pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Penuhilah azam-azam tahun baru anda dengan mencipta kejayaan-kejayaan baru dalam hidup anda.Semoga anda akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..





Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..