Monday, January 31, 2011

Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan (Usahawan Internet Berjaya)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit kisah kejayaan 2 orang usahawan internet. Pesan orang tua-tua

"Sekiranya kita ingin menjadi seorang yang berjaya dalam sesuatu bidang, kita kena mencari seorang guru yang benar-benar arif dalam bidang tersebut"

Sebenarnya dalam perniagaan internet pun tidak terkecuali daripada lumrah tersebut. Ramai orang yang berjaya dalam perniagaan internet pada hari ini disebabkan mereka menimba ilmu dengan mencari maklumat demi maklumat tanpa mengenal erti putus asa.

Pada hari ini ramai usahawan internet yang telah berjaya dengan karier "part time" mereka pada awalnya dan bertukar menjadi karier "full time". Nama besar seperti Dr. Irfan Khairi mungkin sudah tidak asing lagi bagi pengguna-pengguna internet. Tetapi mungkin ada diantara kita yang jarang terdengar nama-nama usahawan internet lain seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Mawardee, Saudara Jamal, Muaz Hadi, Khairulnahar, Norizam Shah, Seth, Puan Sarah, Team Penang, Aboon dan ramai lagi..

Jika anda benar-benar berminat untuk menjadi usahawan internet, anda perlu mengikuti kisah-kisah kejayaan beberapa orang usahawan internet ini dan belajar daripada pengalaman mereka bagaimana mereka boleh berjaya dalam bidang ini walaupun pada awalnya mereka hanya melakukan perniagaan ini secara "part time" sahaja dari rumah.

Sebenarnya untuk menjadi seorang usahawan internet anda tidak semestinya menjual produk fizikal seperti yang saya lakukan. Anda juga boleh menjual produk digital seperti ebook, software, video dan sebagainya. Malahan produk-produk digital dapat memberikan lebih banyak keuntungan daripada menjual produk-produk fizikal.

Jadi pada hari ini saya ingin berkongsikan kisah kerjayaan 2 orang pakar perniagaan internet yang telah meraih pendapatan internet yang sangat lumayan dengan menjual produk digital. Beliau adalah saudara Patric Chan dan saudara Zamri Nanyan.

Siapa Patric Chan?

Berikut adalah sedikit latar belakang beliau yang telah saya perolehi melalui beberapa bacaan daripada internet:
  • Ramai usahawan internet mendapat testimoni kejayaan hasil tunjuk ajar beliau dan testimoni tersebut terdiri daripada orang biasa hinggalah penulis terlaris di New York Times.
  • Beliau telah berkecimpung di dalam bisnes ini semenjak tahun 2003 lagi, dan Beliau juga telah dijemput untuk memberikan seminar untuk topik perniagaan internet di lebih 11 negara semenjak tahun 2005 lagi.
  • Produk dan kursus beliau disyorkan dan dipromosikan oleh ramai guru perniagaan internet di seluruh dunia (menunjukkan yang produk beliau mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi.)
  • Beliau menjadi Jutawan internet atas usaha beliau sendiri - bukannya diwarisi.
  • Berdiri sama tinggi di pentas seminar bersama ramai penceramah bertaraf antarabangsa, yang juga telah menghasilkan jutaan dolar di internet, seperti Stephen Pierce, Matt Bacak, Mike Filsaime, Armand Morin, Adam Ginsberg, Dave Lakhani, Christopher Guerriero dan ramai lagi.
  • Mempunyai kredibiliti yang memudahkan beliau melakukan "Joint Venture" dengan guru pemasaran internet yang lain.
  • Kisah kejayaan beliau telah banyak kali dipaparkan di dalam akhbar dan majalah perniagaan.
  • Menerima anugerah daripada World Internet Summit setelah berjaya membuktikan beliau dapat menjana pendapatan melalui internet secara LIVE dalam masa 24 jam.
  • RHB Bank promosi seminar perniagaan internet beliau - tidak ada internet marketer yang dipromosikan oleh institusi perbankan sebelum ini.
 Baru-baru ini Patric Chan telah  bekerjasama dengan seorang pakar perniagaan Internet dari Malaysia iaitu Saudara Zamri Nanyan untuk menghasilkan satu produk perniagaan internet iaitu Bagaimana Cara Membuat Duit dengan Software

Zamri Nanyan dapat membuktikan bagaimana software yang diberikan dalam Pakar Software dapat mencipta sebuah aplikasi mudah dan sangat memberi manfaat kepada orang ramai.
Klik Di sini Untuk Mengetahui Maklumat Lanjut Tentang Pakar Software

Produk pakar Software ini mempunyai beberapa modul yang perlu anda ketahui:

Dalam modul 1 beliau ingin mendedahkan rahsia kejayaan sesebuah software. Disebabkan itu, ramai orang sangat "impress" dan kagum kepada Patric Chan dan Zamri Nanyan yang telah berjaya menghasilkan produk ini. Dari mula mencari idea buat software, kepada mencari seseorang untuk menghasilkannya sehingga menangani isu berkaitan penciptaan software semuanya didedahkan. 

Modul 2 pula menunjukkan bagaimana anda boleh hasilkan pendapatan melalui software... dan anda
tidak semestinya menjual software sahaja untuk buat duit. Terdapat 6 contoh yang diberikan cukup untuk membuatkan anda sibuk menyiapkan projek software anda. Dan contoh yang terakhirlah paling special kerana model inilah yang digunakan oleh Patric untuk menjana setengah juta RM.

Modul 3 pula memang straight-forward. Kalau anda berminat menjadi seorang usahawan internet dengan menjual software, inilah cara paling best!

Selain itu di laman web Pakar Software, Zamri Nanyan ada janjikan software yang dapat bina software.
Anda boleh Lihat sendiri bagaimana Zamri mencipta software simple beliau dengan "Bina Pakar Software" di URL berikut: 
http://www.youtube.com/watch?v=QUBa9uIyLkw
 
Zamri ingin berkongsikan video ini sebagai tutorial kepada semua orang supaya Zamri nak anda lihat sendiri bagaimana orang tak tahu programming pun boleh klik, klik dan klik untuk hasilkan software.
  
Jadi ini mungkin peluang yang terbaik untuk anda memulakan perniagaan internet pertama anda. Daripada tidak tahu nak jual apa bagi memulakan perniagaan internet dan menjadi seorang usahawan internet dengan menjual Software.

Dalam masa yang sama Zamri Nanyan turut memberi jaminan pulangan wang semula selama 30 hari bagi produk ini. Untuk maklumat lanjut tentang jaminan wang yang dijanjikan saya syorkan anda layari laman web ini:  

Setakat ini, inilah perkongsian maklumat yang paling menarik yang saya pernah temui untuk tahun 2011 ini. Satu benchmark yang tinggi telah diletakkan oleh Pakar Software untuk disaingi.

Tahniah Zamri Nanyan Dan Patric Chan di atas informasi berguna ini! Secara tidak langsung anda telah membantu ramai orang yang ingin memulakan perniagaan internet tetapi tidak tahu produk apa yang sesuai untuk dipasarkan di internet.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan tentang pakar Software ini, anda boleh sertai teleseminar Pakar Software yang akan diberikan oleh Zamri Nanyan secara PERCUMA. Untuk maklumat lanjut tentang Teleseminar tersebut anda boleh klik pada pautan berikut:


  







Read more...

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Bahagian 5)

Ujian MBTI untuk Kod 4:
Menguji samada anda dalam golongan Judger (J) ataupun  Perceiver (P)

Sila beri maklum balas dengan memilih samada Setuju (S)/Tidak Setuju(T) kepada setiap penyataan tersebut:
  1. Saya mempunyai senarai perkara yang perlu dilakukan (S/T)
  2. Saya bukanlah seorang yang tidak fokus. Cuma saya mempunyai cara tersendiri melakukannya(S/T)
  3. Saya tidak suka perkara yang belum diputuskan (S/T)
  4. Saya biasanya menunggu saat akhir bagi menyiapkan sesuatu tugasan (S/T)
  5. Saya mementingkan masa (S/T)
  6. Saya seorang yang fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan (S/T)
  7. Saya memastikan semua cukup sebelum memulakan sesuatu tugas (S/T)
  8. Saya berehat jika saya mahu berehat (S/T)
  9. Saya menghabiskan kerja saya terlebih dahulu sebelum berehat (S/T)
  10. Saya suka melakukan tugasan baru walaupun tugasan  lama belum disiapkan (S/T)
 Sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda berdasarkan ujian MBTI untuk kod 4, sila emailkan maklum balas anda terhadap sepuluh pernyataan di atas kepada anuarmarsib@gmail.com
  
Contoh email:
 ---------------------------------------------------------------------------

Tajuk email: Personaliti saya berdasarkan Ujian MBTI untuk Kod 4
Nama:

Respon saya terhadap sepuluh pernyataan adalah seperti berikut:

  
1.S
2.S
3.S
4.S
5.S
6.T
7.T

8.T
9.T
10.T
---------------------------------------------------------------------------

Nota: email anda akan di balas dalam tempoh 1-3 hari daripada email dihantar. Anda juga boleh meminta rakan, pasangan atau kenalan anda memberi respon terhadap 10 pernyataan ini sekiranya anda ingin mengetahui personaliti mereka
Read more...

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Bahagian 4)

Ujian MBTI untuk Kod 3:

Menguji samada anda dalam golongan Thinker (T) ataupun Feeler (F)

Sila beri maklum balas dengan memilih samada Setuju (S)/Tidak Setuju(T) kepada setiap penyataan tersebut:

  1. Saya tidak mahu emosi memepengaruhi diri saya  (S/T)
  2. Saya selalu dikatakan terlalu sensitif (S/T)
  3. Saya berfikir berdasarkan logik dan rasional (S/T)
  4. Saya suka dihargai (S/T)
  5. Saya suka berdebat dan mempertahankan pendapat saya (S/T)
  6. Kadangkala saya mengalami masalah memberitahu apa yang saya mahu (S/T)
  7. Kawan saya mengatakan saya tidak mengambil kira pendapat orang lain pun (S/T)
  8. Saya suka bercakap mengenai perhubungan dan emosi (S/T)
  9. Saya tidak malu memperbetulkan kesilapan orang lain (S/T)
  10. Saya sukar hendak memberitahu kawan saya yang saya kurang bersetuju dengan pendapatnya  (S/T)

 Sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda berdasarkan ujian MBTI untuk kod 3, sila emailkan maklum balas anda terhadap sepuluh pernyataan di atas kepada anuarmarsib@gmail.com
Contoh email:
--------------------------------------------------------------------------- 
Tajuk email: Personaliti saya berdasarkan Ujian MBTI untuk Kod 3
Nama:

  
Respon saya terhadap sepuluh pernyataan adalah seperti berikut: 

1.S
2.S
3.S
4.S
5.S
6.T
7.T
8.T
9.T
10.T 
---------------------------------------------------------------------------

Nota: email anda akan di balas dalam tempoh 1-3 hari daripada email dihantar. Anda juga boleh meminta rakan, pasangan atau kenalan anda memberi respon terhadap 10 pernyataan ini sekiranya anda ingin mengetahui personaliti mereka
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..