Monday, January 25, 2010

Bangsa Membaca Bangsa berjaya

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada pembaca semua..

Diharap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu dalam menjalankan kehidupan seharian.

Minggu ini merupakan minggu yang terakhir kita berada dalam bulan Januari 2010. Dalam tak sedar kita sudah berada hampir sebulan dalam tahun 2010. Begitu cepat masa meninggalkan kita..

Berbalik kepada kempen mari membaca dengan tema "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" yang telah diwarwarkan oleh pihak kerajaan sehingga kini bagi menyeru Rakyat Malaysia supaya suka membaca. Setakat manakah anda telah menyahut seruan tersebut? Berapa buah buku yang telah anda baca pada tahun ini? Adakah sebuah, 2 buah atau lebih daripada 2 buah. Sekiranya lebih daripada 2 buah buku, saya ucapkan tahniah.. Kerana anda bukan dalam senarai "Purata rakyat Malaysia membaca 2 buah buku dalam setahun". huhuhu

Harap-harap saya pun tidak termasuk dalam senarai tersebut hehehe.. Setakat ini saya hanya berjaya membaca sebuah buku sahaja iaitu buku berjudul "Menjejaki Jutawan Senyap" hasil karya Chef Li atau Dato' Dr. Rusly Abdullah (Ph.D). Saya juga ada membaca beberapa buah buku yang lain, tetapi belum sampai muka surat yang terakhir.. huhuhu
Saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua berkenaan buku yang telah saya baca ini. Buku "Menjejaki Jutawan Senyap" ini telah lama berada di pasaran. Tetapi baru kini saya berkesempatan untuk membaca buku tersebut. Maklumlah duduk jauh (Sekadar alasan hehehe...)

Buku ini sesuai untuk memotivasikan kita dalam kehidupan kita pada hari ini yang segala-galanya memerlukan wang. Dalam buku ini, Chef Li memberi inspirasi kepada insan biasa supaya mengejar kejayaan hidup dengan sabar dan mulakan secara kecil-kecilan.

SIAPA JUTAWAN SENYAP?

Siapakah jutawan-jutawan senyap yang di singkap oleh Chef Li dalam buku-bukunya? Istilah jutawan senyap di sini adalah golongan insan yang sudah mencapai tahap jutawan, tetapi tidak dikenali, langsung tidak glamour, dan mungkin tidak dikenalpasti oleh masyarakat. Jutawan Senyap ini menjalankan peniagaan yang tidak sensasi seperti peniaga pasar malam, penjaja di lorong-lorong kecil, peniaga jalanan yang tidak di pandang orang. Sebahagian mereka buta huruf, tamat darjah enam, janda atau ibu tunggal.

Tidakkah itu membuatkan anda terfikir bagaimana mereka melakukannya? Pertama sekali, Chef Li memperkenalkan anda kepada golongan misteri ini, kisah duka mereka dan bagaimana mereka melakukannya. Chef Li memberi petunjuk kepada anda bagaimana untuk mengenal mereka serta memahami konsep perniagaan betul. Tiada gunanya bisnes yang besar itu kalau keuntungannya kecil. Untuk memahami rahsia kejayaan ini anda perlu melihat dengan teliti dan membetulkan persepsi anda tentang perniagaan.

KISAH TELADAN UNTUK PEMBAKAR SEMANGAT

Melalui kisah-kisah kejayaan mereka ini, kita dapat memahami perniagaan dari ertikata etika dan sikap yang betul. Sikap itu yang membawa perniagaan tersebut menjadi atau hancur.  Chef Li memberi panduan bagaimana untuk memiliki semangat yang besar dan melupuskan segala rasa malu, rendah diri dan takut gagal.

Barangkali masih ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan kerja pasar malam, tanam sayur, bela ayam dan jual cendol itu tidak ada potensi dan masa depan. Pelajar-pelajar di universiti juga tidak terlepas dari pemikiran tersebut sebenarnya. Berapa ramai yang tamat pengajian dan menulis resume berbanding yang tamat pengajian dan menulis kertas kerja projek. Walau pun begitu, kecenderungan masing-masing adalah sesuatu yang kita harus terima sebagai subjektif. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah, rezeki yang tidak di pandang orang itu kadang kala adalah rahmat yang tidak di singkap, di bongkar dan di selongkar oleh manusia.

Saya sangat-sangat mengesyorkan buku ini sebagai penunjuk jalan bagi teman-teman yang mencari haluan mula dalam perniagaan. Chef Li sendiri telah menyedari kewujudan golongan jutawan senyap ini semasa beliau bekerja sebagai pegawai bank dan bertemu ramai insan yang seumpamanya. Beliau sanggup berhenti dari pekerjaannya dan memulakan peniagaan pasar malam kerana ingin mengubah masa depannya. Kini, beliau adalah pengasas kepada institut teknologi kulinari Anjung Utara (ITKAU) dan pakar motivasi yang banyak memberi inspirasi pada orang lain.

Buku “MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP” ini adalah terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Setebal 222 muka surat berharga RM29.00 (semenanjung) @ RM 32.00 (sabah/sarawak). Sekiranya berminat untuk memiliki buku ini anda boleh klik Di sini

“Anda patut menjadi kaya.
Anda tidak berhak menjadi miskin.
Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang”
~ Chef Li


Kata-kata dari Chef Li ini mengingatkan saya kepada salah seorang jutawan senyap yang didedahkan dalam buku ini.. Jutawan Senyap tersebut bukan warganegara Malaysia.. Beliau adalah pendatang dari Indonesia. Semasa berada di Kuala Lumpur Jutawan Senyap ini suka memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan kota raya tersebut.

Beliau berasa kagum terhadap rakyat Malaysia yang kebanyakannya berduit. Jadi beliau terfikir macamana nak dapatkan duit dari rakyat Malaysia ini dengan menjual benda yang murah tetapi disukai oleh orang ramai. Akhirnya beliau telah menjual sesuatu yang berharga RM 1.00 di sekitar Kuala Lumpur. Disebabkan perniagaannya telah berkembang menyebabkan beliau berjaya menjadi jutawan. Bukan Jutawan dalam nilai Rupiah, tetapi jutawan dalam nilai Ringgit Malaysia.. Nak tahu apa yang beliau jual? Saya syorkan anda dapatkan buku ini di kedai-kedai berhampiran anda untuk mendapatkan jawapannya..

Perkara yang cuba saya sampaikan daripada cerita pendatang dari Indonesia ini adalah tentang keadaan beliau yang datang ke Malaysia dengan menaiki kapal dan hidup sebatang kara di Malaysia. Tetapi dengan berkat kegigihan beliau berusaha dalam masa yang sama mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan akhirnya menjadikan beliau berjaya. Orang Indonesia pun boleh jadi kaya bila datang ke Malaysia. Jadi betullah kata Chef LI "Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang"

Sebenarnya banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berniaga. Tidak semestinya anda perlu menyara kehidupan kita dengan kerja makan gaji. Anda sendiri sedia maklum bahawa 9/10 dari pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Walaupun anda makan gaji dengan syarikat tempat anda bekerja, tetapi pendapatan tersebut berpunca dari peniagaan yang dilakukan oleh syarikat tersebut.. Betul tak?

Apa nak jual? Saya tak ada modal? Itu antara persoalan yang biasa kita dengar. Persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam minda semua orang semasa baru mula hendak berniaga. Jadi untuk menjawab semua soalan-soalan tersebut, saya nasihatkan anda carilah ilmu tentang dunia perniagaan. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca ;)

Mungkin anda seorang yang kreatif. Boleh menjadi seorang designer untuk t-shirt, kraftangan, banner, muka hadapan buku  dan sebagainya.. Sekiranya anda ingin mendapat maklumat berkaitan perniagaan menjual t-shirt yang menguntungkan anda boleh klik pada pautan di bawah..

Klik Di Sini untuk dapatkan maklumat perniagaan T-Shirt secara PERCUMA


Terdapat maklumat yang diberikan secara percuma (Klik Di Sini) yang mungkin dapat membuka minda anda untuk berniaga t-shirt. Tetapi ini tidak bermaksud saya menyuruh anda berniaga t-shirt. Mungkin ada perniagaan lain di luar sana yang lebih sesuai dengan anda dan boleh diceburi untuk menjadikan anda seorang usahawan..

Walaubagaimanapun, yang penting anda perlu menanamkan sikap suka membaca dalam diri anda.. Melalui pembacaan mungkin dapat menjadikan kehidupan anda pada masa akan datang lebih baik pada hari ini. Insya-Allah... Sekian dulu coretan perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain kali.


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH




Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..