Friday, July 6, 2012

Bagaimana dapat duit secara Percuma melalui Blog?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini saya nak berkongsi sedikit info.. Bagaimana untuk mendapat duit secara percuma melalui blog walaupun tanpa perlu menjual apa-apa..

Sekiranya difikirkan balik memang pelik bunyinya.. Ialah dalam dunia ini siapalah yang bermurah hati nak bagi duit kepada kita secara percuma.. Secara logiknya, kalau kita nak dapat duit, kita kena bekerja atau menjual sesuatu.. Kalau tak bekerja atau menjual, siapa nak bagi kita duit? Betul tak?

Ini kerja pun tidak.. menjual pun tidak.. Tapi boleh dapat duit secara Percuma.. Tak masuk akal betul.. ;)

Mungkin itulah tanggapan bagi orang ramai yang tidak tahu, tentang selok belok menjana pendapatan secara percuma menerusi blog..

Betul!! Ini bukan cerita tipu.. Dah ramai dah orang buat duit melalui cara ini.. Ada rakan blogger tu dah dapat sampai beribu-ribu ringgit melalui blog mereka.. hanya dengan menulis blog.. (klik di sini)

Bagaimana cara nak dapat duit secara Percuma melalui Blog??

Caranya mudah sahaja.. Anda boleh mengikuti tips secara ringkas seperti berikut:
  • Anda hanya perlu mempunyai sebuah blog.. 
  • Kemudian anda menulis seikhlas hati di blog anda.. 
  • Buka akaun nuffnang
  • Daftarkan url blog anda di akaun nuffnang
  • Letakkan tiga iklan nuffnang di blog anda
  • Teruskan menulis dengan seikhlas hati..
  • Rajin-rajin melawat blog rakan-rakan dan meninggalkan komen
  • Rajin-rajin berkongsi maklumat terkini di blog anda dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter dan sebagainya
  • Pelajari teknik SEO
  • Cuba dapatkan trafik sebanyak yang mungkin..


Sekali sekala cuba anda semak dekat akaun nuffnang samada anda ada berjaya memperolehi sebarang Buffered Earning daripada Nuffnang.. 


Apabila anda berjaya mendapat Buffered Earning (BE) daripada nuffnang, inilah masa yang paling baik untuk anda menjana pendapatan secara Percuma.. 

Dengan adanya BE anda tidak memerlukan sebarang respon daripada pengunjung blog anda untuk menjana pendapatan.. Anda tidak memerlukan pengunjung blog anda klik sebarang iklan untuk mendapatkan duit.. Memadai sekadar pengunjung datang ke blog anda, untuk membolehkan anda mendapat duit.. ;)

Walaubagaimanapun nilai pendapatan yang boleh kita perolehi menerusi BE bergantung kepada trafik blok kita.. Semakin tinggi trafik blog anda semakin banyak duit yang akan berjaya anda perolehi.. Insya Allah..

Macamana senang tak nak dapat duit menerusi blog? Sebenarnya takderlah susah manapun.. Yang penting kita kena bersabar dan teruskan berusaha.. 

Insya Allah.. Penat lelah kita mencari idea untuk menulis blog akan membuah hasil juga pada suatu hari nanti.. Percayalah.. ;)

P/s: Anda boleh klik disini untuk mempelajari beberapa teknik menjana pendapatan menerusi blog..



Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..