Monday, January 11, 2010

Buat Perancangan Untuk Perbaiki Keadaan Ekonomi Anda

Salam Satu Malaysia...

Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat dalam mengharungi hari demi hari dalam tahun 2010. Kini kita telah pun berada dalam hari ke 11. Ini bermaksud kita telah pun 11 hari meninggalkan tahun 2009.

Sebagai seorang manusia kita perlu sentiasa memperbaiki diri kita supaya keadaan kita pada Hari ini lebih baik dari semalam, keadaan kita esok lebih baik pada hari ini, keadaan kita minggu ini lebih baik dari minggu lepas, keadaan kita bulan ini lebih baik dari bulan lepas, dan keadaan kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Saya percaya ramai di kalangan kita terutama yang bekerja makan gaji akan mendapat anjakan gaji sempena peralihan tahun 2010. Bagi anda yang memperolehi kenaikan gaji walau berapa pun nilainya saya ucapkan tahniah. Semoga anda mempunyai perancangan yang bijak dalam menguruskan lebihan kewangan anda pada tahun ini. Bagi anda yang tidak mendapat sebarang kenaikan gaji pada tahun ini, pertingkatkan usaha anda terokailah pelbagai peluang yang tersedia di Malaysia ini untuk anda mempertingkatkan keadaan ekonomi anda.

Bagi memastikan anda tidak di belenggu masalah kewangan pada tahun ini, kaji kedudukan kewangan anda pada tahun lepas. Adakah kedudukan kewangan anda stabil? Adakah anda mempunyai wang simpanan setiap bulan? Berapakah budget yang dikeluarkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan? Berapa pula wang yang digunakan setiap bulan untuk memenuhi kehendak? dan pelbagai soalan lagi perlu ditimbulkan untuk anda menyemak balik penggunaan wang anda di sepanjang tahun 2009 supaya dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk merancang dan memperbaiki keadaan ekonomi anda pada tahun ini.

Cara yang paling mudah untuk memperbaiki keadaan kewangan kita adalah dengan mengamalkan konsep gaya hidup yang sederhana. Kita boleh menilai orang yang menjalankan kehidupan yang sederhana biasanya
mempunyai sifat berjimat cermat yang berhemah.

"Adakah kita berjimat cermat didalam semua perkara?. Jika Jawapannya "Ya", kita tergolong dalam orang yang hidup sederhana. Jika sebaliknya "Tidak", faham-fahamlah sendiri.

Terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu anda berjimat cermat di dalam perbelanjaan anda:
  • Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda: Adakah saya benar-benar perlukan ini? Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah? Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
  • Batalkan/tangguhkan pembelian/pembuatan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – Contohnya anda ingin membuat kabinet dapur dan bajet yang anda peruntukkan hanya RM1500. Tetapi setelah anda survey, didapati kebanyakan bernilai RM2000. Jadi anda mesti membuat keputusan untuk membatalkan atau menangguhkan. Jangan sesekali anda cuba top-up RM500 untuk melaksanakan impian anda. Ini akan membuat 'lubang baru' didalam hutang anda.
  • Minimakan penggunaan – jimat penggunaan elektrik dengan menutup lampu yang tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin dan tutup semua alatan elektrik
  • apabila tidak digunakan.
  • Kurangkan sampah atau kitar semula – gunakan kertas di keduadua belah muka surat dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.
  • Baiki barang yang rosak yang masih boleh digunakan – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi. 
  • Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
  • Cari hiburan yang percuma atau murah. Contohnya bersukan bersama rakan-rakan, berekreasi ditempat yang percuma atau tubuhkan kumpulan yang mempunyai minat yang sama.
  • Berkongsi dalam pembelian yang besar. Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda boleh berkongsi membeli barangan yang boleh dibeli dengan harga murah jika diambil dalam kuantiti yang banyak atau pukal. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.
  • Bertukar barangan atau perkhidmatan. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat wang. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan.
Selain itu pakar-pakar ekonomi juga menyarankan supaya melakukan tindakan berikut untuk menjamin kesihatan kewangan anda:
  • simpan dulu baru belanja
  • paksa simpan (auto debit)
  • sabar dengan kehendak anda
  • belanja berkira
  • pantau perbelanjaan harian
  • mula menyimpan awal
  • tumpukan pada yang utama
  • enjoy apa yang ada
  • ubahsuai rumah dengan kadar yang sesuai
  • elak aksesori kereta
  • beli/belanja 1 level bawah kemampuan anda
  • jangan kejar fashion
  • beli yang berkualiti
  • kurangkan/pendekkan panggilan telefon
  • pergi shopping dengan perut penuh
  • toilettries dan makeup yg murah
Sekian dahulu coretan daripada saya yang dapat dikongsikan hasil daripada bacaan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun saya berharap kita dapat buat perancangan kewangan kita dan laksanakannya dengan lebih baik pada tahun ini.


Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkaitan dengan perancangan kewangan dan penjimatan anda boleh klik Di Sini 
 


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..