Tuesday, January 25, 2011

Minggu Terakhir "Contest" Giveaway Pertama Blog Sembang Hari2

Pejam celik-pejam celik sudah hampir sampai ke penghujungnya "Contest" Giveaway pertama blog Sembang Hari2 ini berlangsung..

Rasa seronok disebabkan inilah julung-julung kalinya "contest" ini saya anjurkan dan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan blogger begitu menggalakkan. Setakat hari ini terdapat sebanyak 100 buah blog yang turut sama mengambil bahagian dalam "contest" ini. Terima kasih di atas penyertaan anda semua. Tanpa anda semua siapalah saya.. Chewah.. ;)

Untuk makluman anda semua "contest" ini akan tutup pada 31 Januari 2011. Jadi bagi rakan-rakan blogger yang belum menyertai "contest" ini anda masih berpeluang untuk berbuat sedemikian pada minggu yang terakhir ini.

Setakat ini terdapat beberapa buah blog yang begitu aktif mendorong rakan-rakan blogger untuk menyertai "contest" ini. Dan mereka dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi hadiah pendorong terbanyak keseluruhan.

MamiuyunContest telah berjaya mendorong 10 buah blog menyertai "contest" ini.
Namarul-Contest telah berjaya mendorong 4 buah blog menyertai "contest" ini
Nellythestrange telah berjaya mendorong 9 buah blog menyertai "contest" ini
Zai Kulim telah berjaya mendorong 19 buah blog menyertai "contest" ini


Tuan rumah hanya berjaya mendorong 10 buah blog menyertai "contest" ini

 dan juga terdapat blog-blog lain yang tidak kurang juga hebatnya. Namun atas keterbatasan masa, saya tidak dapat untuk menulisnya satu persatu..

Walaupun kelihatan hadiah pendorong terbanyak keseluruhan seakan sudah mempunyai pemenang, namun begitu "contest" ini masih berjalan selama seminggu dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ianya diibaratkan sebagai sebuah permainan bola sepak. Baki masa 1/5 masa perlawanan boleh merubah segala-galanya.. ;)

Justeru itu bagi anda yang berminat untuk memenangi hadiah pendorong terbanyak keseluruhan dan juga hadiah tempat pertama hingga ke 3, inilah masa yang sebaik-baiknya untuk anda menyertai "contest" ini.

Maklumat lanjut tentang "contest" ini, anda boleh lihat 2 syarat berikut:
Semoga Berjaya

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..