Tuesday, January 31, 2012

Dapatkan Ebook Aplikasi Facebook Secara Percuma..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Facebook, sebagai laman web jaringan sosial paling popular di seluruh dunia terus mendapat liputan hangat daripada pelbagai pihak termasuk media, akhbar, majalah, ahli politik, ahli muzik, penulis buku, penulis ebook, usahawan internet, dan sebagainya..

Pergilah kemana sahaja, atau tontonlah iklan samada di televisyen, majalah atau akhbar.. Pasti kita akan terjumpa logo facebook.. Bak kata orang, kalau kita tak ada akaun facebook, kita tidak mengikuti perkembangan teknologi IT pada hari ni... Betul ker macam tu???

Walaupun kata-kata tersebut mungkin tidak berasas, tetapi kita lihat fenomena penggunaan Facebook pada hari ini semakin berleluasa, tanpa mengira peringkat umur atau latar belakang seseorang..
  • Pemimpin tertinggi negara atau ahli politik menggunakan facebook untuk menarik sokongan para penyokong
  • Ahli perniagaan menggunakan Facebook untuk memasarkan produk keluaran syarikat mereka
  • Pelajar tamat pengajian menggunakan Facebook untuk terus berhubung dengan rakan-rakan lama mereka.
  • Remaja menggunakan Facebook untuk berchating dengan rakan-rakan mereka
  • Artis menggunakan facebook untuk berkomunikasi secara dua hala dengan para peminat mereka.
  • dan sebagainya... Sehinggakan Facebook berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu yang ke 26 ;)
Secara positifnya, facebook telah memudahkan masyarakat di seluruh dunia untuk berkomunikasi dengan cara yang paling menjimatkan. Disebabkan itu sebahagian besar pengguna internet memilih facebook untuk berkomunikasi di alam Cyber.. Berikut merupakan sedikit maklumat tambahan secara ringkas berkenaan dengan facebook yang anda perlu tahu:
  • Pengguna di Facebook telah mencapai 600 juta orang pengguna.
  • Laman web yang paling lama di layari pengguna internet di dunia.
  • Urusniaga di Facebook telah mencecah jutaan USD setiap hari.
  • Dan anda juga berpeluang menjana pendapatan dengan Aplikasi "Just For Fun" di Facebook.
Sebagai seorang blogger seperti saya, laman Facebook sangat membantu dalam menjana trafik ke blog. Kebanyakan blogger terkenal seperti Red Mummy, Hanis Zalikha, Cik Epal, Beautiful Nara dan sebagainya mempunyai puluhan ribu pengikut di Fan page blog mereka.

Jadi setiap kali mereka menulis artikel terbaru di blog mereka, rakan-rakan di Fan page mereka inilah yang akan berkunjung ke blog mereka untuk membaca artikel terbaru tersebut.. Berikut merupakan contoh akaun facebook persendirian dan fan Page blog di facebook..:

Akaun Facebook persendirian

Fan Page Blog Sembang hari2

Saya sebenarnya antara golongan blogger yang agak ketinggalan untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat di Facebook.. Fan page blog sembang hari2 pun baru berumur sebulan ;).. huhuhu..  

Disebabkan terlalu banyak kelebihan menggunakan facebook, seorang rakan saya telah menghasilkan sebuah ebook tentang aplikasi facebook.. Berita baiknya, ebook tersebut diberikan secara percuma..

Ebook ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu, supaya kita dapat mempelajari pelbagai teknik dalam mengoptimumkan penggunaan pelbagai aplikasi yang terdapat di facebook..

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ebook tersebut secara Percuma, sila layari pautan di bawah:

Muat Turun Aplikasi Facebook Percuma (klik Di Sini)


Read more...

Monday, January 30, 2012

Lagu Awan Nano berjaya memenangi AJL 26...

Tahniah diucakan kepada Hafiz AF7, Datuk M. Nasir, Budi Hidayat dan tidak lupa juga Herman Tino kerana lagu Awan Nano berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu untuk edisi ke 26..

Syabas diucakan kepada Hafiz AF7 kerana memberikan persembahan Vokal yang cukup mantap pada malam AJL pada kali ini, sekaligus membolehkan beliau memenangi Hadiah untuk Kategori Vokal Terbaik...

Hafiz yang tampil membuat persembahan dengan gaya yang bersahaja.. hanya memakai seluar tracksuit dan berbaju t-shirt ternyata mampu memukau ribuan penonton.. dan seterusnya menarik perhatian juri sehingga membolehkan beliau mengungguli AJL pada kali ini..

Cayalah Hafiz!! Suara mantap, penampilan sempoi, persembahan Smart, yang penting  jimat kos... Dan berjaya jadi juara lagu.. Itu yang kita mahu...

Berikut merupakan keputusan keseluruhan Pemenang Anugerah Juara Lagu 26:
  • Tempat Pertama            : Awan nano   (Hafiz AF7)
  • Tempat Kedua              : 3 Suara          (Ning Baizura,Shila Amzah, jacklyn victor)
  • Tempat KeTiga             : Karma            (Faizal Tahir)

  • Vokal Terbaik                : Hafiz AF7
  • Persembahan Terbaik  : Alya

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. Menang dan kalah merupakan adat pertandingan.. Bagi para Artis yang tidak berjaya memenangi AJL pada kali ini, jangan berputus asa..Anda sebenarnya sama hebat dengan artis-artis yang lain.. Cuma nasib mungkin tidak menyebelahi mereka pada kali ini...

Jadi, Boleh cuba lagi untuk AJL pada siri-siri yang akan datang...

Sebagai menghargai lagu yang memenangi AJL pada kali ini, marilah kita sama-sama menonton Video Klip lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7...


Read more...

Sunday, January 29, 2012

Video ke 2 Blog Sembang Hari2 di You Tube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada hari ni sebenarnya takder mood nak menulis entri... Kebetulan malam tadi saya ada uploadkan satu Video pendek ke Youtube berkenaan anak saya Adam..

Jadi kalau anda sudi nak tengok video tersebut boleh lah klik play pada video di bawah...

 

Selamat bercuti di hujung minggu... dan luangkanlah masa di hujung minggu anda untuk bersama keluarga tercinta...




Read more...

Thursday, January 26, 2012

Pertandingan Mencipta Video Pendek Sempena MITF 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Siapa pandai menghasilkan Video Pendek angkat tangan????", tanya seorang guru dalam sebuah kelas 

"Saya Cikgu", jawab seorang pelajar bernama Ali (bukan nama sebenar)..

"Kalau betul awak pandai menghasilkan Video pendek, Jom masuk Pertandingan Mencipta Video Pendek Di PSIS" balas guru tersebut..

"PSIS tu dekat mana Cikgu?" Tanya pelajar yang lain..

"PSIS tu nama singkatan untuk Politeknik Sultan Idris Shah yang terletak di Sungai Lang, Bagan Nakhoda Omar, Selangor" Jawab guru tersebut...

"Sekarang ni PSIS sedang menganjurkan Program Multimedia Dan IT Fest 2012. Menghasilkan Video pendek merupakan salah satu tentatif dalam Festival tersebut"  penjelasan guru tersebut lagi dengan panjang lebar..

"Kalau macam tu jom kita pergi PSIS untuk menyertai Pertandingan tersebut" Kata Ali yang berminat untuk menjadi pengarah seperti Syamsul Yusof..


Kepada anda yang mempunyai bakat menghasilkan sebuah video pendek seperti Ali.. Kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk memeriahkan Pertandingan Mencipta Video Pendek sempena MITF 2012.. 

Yuran penyertaan cuma RM10 sahaja.. Hadiah lumayan menanti pemenang bertuah...

Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pertandingan ini, sila klik pada pautan di bawah:

Muat Turun Borang Penyertaan (Klik Di Sini)

Selamat Berjaya...
Read more...

Pertandingan Foto Journalism "DESA" sempena MITF 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Kepada anda yang meminati bidang Fotografi, di sini ada berita baik buat anda...

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ada menganjurkan pertandingan Fotografi sempena Program Multimedia IT Fest 2012 (MITF)..  Pertandingan ini dikenali sebagai Pertandingan Fotojournalism "Desa"..

Jom kita beramai-ramai memeriahkan pertandingan ini.. Melalui pertandingan ini secara tidak langsung dapat mengetengahkan bakat anda sebagai seorang jurugambar profesional... 

Manalah tahu, selepas menyertai pertandingan ini rezeki anda bertambah...Dapat tempahan menjadi jurugambar rebutan untuk majlis-majlis Perkahwinan di sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar... Siapa tahu??

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tetapi tidak melebihi tiga penyertaan.. Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10..

Pemenang akan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria seperti daya seni dan kreativiti, keaslian, penceritaan, dan mengikut tema yang ditetapkan..

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut tentang pertandingan ini, sila klik pada pautan di bawah:

Muat Turun Borang (Klik Di Sini)



Read more...

Pertandingan Video Game sempena MITF 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terdapat satu berita baik buat peminat 'Video Game' atau kaki Video Game..

Pertandingan Video Game akan diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sempena Multimedia Dan IT Fest 2012 (MITF)..


Jadi marilah beramai-ramai memeriahkan Pertandingan ini.. Manalah tahu rezeki anda untuk memenangi hadiah yang disediakan iaitu:
  • Tempat Pertama        RM150
  • Tempat Kedua          RM100
  • Tempat Ketiga          RM50

Kata orang tuah ayam nampak di kaki... Tuah manusia siapa yang tahu... Asalkan anda pernah bermain Video Game, anda sebenarnya mempunyai potensi kebarangkalian untuk memenangi salah satu hadiah yang disediakan...

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran, boleh dapatkan borang penyertaan dengan klik pada pautan di bawah:





Read more...

Multimedia & IT Fest 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) akan menganjurkan program Multimedia Dan IT Fest 2012...

Encik/Cik/Tuan/Puan/Dato'/Datuk/Tan Sri dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Festival ini yang akan berlangsung selama seminggu, iaitu bermula pada 30 Januari 2012 hingga 3 Februari 2012...



Festival ini akan diadakan di Dewan Sebaguna PSIS, bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.. Jemput rakan-rakan dan saudara mara anda yang berada di sekitar negeri Selangor untuk datang beramai-ramai memeriahkan Festival ini..

Datang, jangan tak datang... Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.. Antaranya:

  • Jualan Produk IT dan Multimedia
  • Produk IKS dan Bazar Rakyat
  • Pertandingan Video Pendek
  • Pertandingan Foto Jurnal
  • PC Game Challenge
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
  • Karaoke "Suara Emas PSIS"
  • Cabutan Bertuah Setiap Hari
  • MITF Explore Quest
  • Kempen Derma Darah
  • dan Macam-macam lagi... 




Read more...

Thursday, January 19, 2012

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS sempena Perayaan CNY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bagi rakan-rakan yang bekerja di sektor kerajaan, Esok merupakan hari terakhir bekerja sebelum memandu  ke destinasi yang dirancang sempena perayaan tahun Baru Cina kali ini.. Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung, atau bercuti ke mana-mana destinasi percutian di Malaysia.. 

Seperti kebiasannya semasa musim perayaan, lebuh raya sibuk bermula pada esok pertang.. Untuk memastikan keadaan lebuhraya terkawal, pihak PLUS telah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara Selatan sempena perayaan tersebut..
klik pada gambar untuk memperolehi paparan yang lebih besar..

Saya pun tidak tahu sejauhmana keberkesanan perlaksanaan cadangan ini.. Tetapi diharapkan semoga segalanya dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. Apa yang penting??
Pandu Cermat, Jiwa Selamat.. Ingatlah orang-orang tersayang yang sentiasa menanti kepulangan kita..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh pembaca blog ini...
Read more...

Sunday, January 15, 2012

Wanita Palsu.. Dunia akhir zaman..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Zaman sekarang ni rupanya dah semakin ramai wanita palsu ni wujud.. Walaupun nampak ciri-ciri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semua sama seperti wanita tulen.. Tapi rupa-rupanya wanita palsu.. Auu!!! Tak kuasa aku!!!

Awas!! kepada kaum lelaki di luar sana.. Jangan ada sampai yang "cair" dengan kecantikan wanita dalam kategori ini.. Ingatkan wanita, rupa-rupanya Auu!!!

Saya rasa terpanggil untuk menulis artikel tentang wanita palsu ini setelah menonton video di bawah: 


Masa pertama kali saya tengok video ni, saya tak kuatkan "volume" speaker.. Sebabnya video ini berbahasa Thailand.. Confirm saya tak faham.. 

Tetapi bila sampai ke satu babak tu, saya rasa agak hairan.. Kenapa semua orang ketawa?? Saya melihat tidak ada satu perkara pun yang melucukan.. Jadi saya tonton buat kali yang kedua dengan menguatkan 'volume' speaker saya...

Pada ketika itu barulah saya tahu, apa yang melucukan.. Rupa-rupanya si wanita cantik ini bukan wanita tulen.. Rupa-rupanya... Auuuu!!!!

Ini kisah benar dalam sebuah realiti TV yang berlaku di Thailand.. "Pi lantaklah kat depa, depa bukan orang Islam" Kata saya dalam hati.. 

Lagi pun memang banyak "Auu!!" ada dekat Thailand sana.. Dia orang siap buat pertandingan ratu cantik lagi.. Memang tidak dinafikan kebanyakan Auu!! yang ada dekat Thailand ni cantik-cantik belaka.. Siap ada dalam kalangan mereka jadi pelakon TV, Host, dan model... 

Mana saya tahu semua ni?? Saya tahu melalui akhbar.. Sebab pertandingan ratu cantik Auu!! dekat thailand pernah masuk dalam surat khabar.. Memang femes gak berita tu...

---------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan pula semasa saya sedang menonton video di atas, isteri saya turut sama menonton video tersebut... Kami sama-sama nak menyaksikan babak "lucu" tersebut..... Setelah habis menonton video tersebut, isteri saya memberitahu dekat Malaysia pun ramai geng Auu!! ni.. Siap ada pertandingan ratu Cantik Auu!! lagi... 

Isteri saya tahu cerita ni sebab beliau pernah terbaca kisah kontoversi tentang pertandingan tersebut yang turut membabitkan seorang artis tanah air... Biar betul ni??? Ada artis Auu!! juga ke dekat Malaysia ni???

Sebagai seorang blogger, saya pun carilah kesahihan berita tersebut dekat laman web Youtube.. manalah tahu terjumpa video pasal pertandingan ratu cantik Auu!! ni.. nak di jadikan cerita terjumpalah pula video tersebut.. Subhan Allah...

Jadi saya dan isteri pun sama-samalah menonton video tersebut... memang tidak dinafikan rakyat Malaysia tidak pernah ketinggalan berbanding negara-negara serantau dalam segala hal.. 

Termasuk juga perkara-perkara yang kurang baik... Walaupun kita sebuah negara Islam.. Dan golongan Auu!! yang masuk pertandingan ratu cantik ini pun saya percaya kebanyakannya beragama islam... Sebabnya nama mereka, nama orang melayu...



Memang dah sah dunia akhir zaman.. Masya Allah..

Apakah kekuatan yang ada pada kita untuk menasihatkan mereka supaya kembali ke pangkal jalan?? 

Setakat ini saya tiada idea.. Cuba apa yang saya boleh lakukan adalah berdoa, semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk berubah, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...
  • Memanglah golongan auu!! ni tak kacau orang.. Itu saya tahu dan semua orang tahu.. 
  • Mereka lakukan pembedahan dan "menghias diri" semua dengan duit sendiri.. 
  • Kubur pula lain-lain.. Buat apa nak jaga tepi kain orang.. 

Ini merupakan sebahagian  komen-komen yang sempat saya baca dalam video tersebut... ;)

Sebenarnya kita tegur mereka bukan nak cari pasal dengan mereka.. Kita tegur mereka sebab kita sayang dengan mereka.. Kita prihatin dengan mereka.. Kita bersimpati dengan mereka.. Kita sama-sama saudara seagama yang tegur menegur ke arah kebaikan.. 

Perkara yang nyata salah dalam peraturan agama, adalah tetap salah.. dan perkara yang salah perlu diperbetulkan... Semoga mereka segera bertaubat, selagi pintu taubat masih menerima mereka.. Wallahualam... 

Read more...

Wednesday, January 11, 2012

Menyelesaikan masalah Cube Puzzle dalam tempoh 5 saat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Adakah anda pernah bermain Cube Puzzle seperti dalam gambar di bawah:


Berapa lama rekod terpantas yang pernah anda lakukan untuk menyelesaikan masalah Cube Puzzle??

Kalau anda betul-betul expert cuba pecahkan rekod mesin ini yang berjaya menyelesaikan masalah Cube Puzzle dalam tempoh 5 saat sahaja..



Selamat Mencuba.. ;)


Read more...

Monday, January 9, 2012

Kisah Disebalik Lukisan Yang Habis Terjual

Assalamualikum dan Salam Sejahtera..

Pada Artikel kali ini saya ingin berkongsi satu kisah tentang seorang Artis yang telah berjaya menghabiskan kesemua lukisannya di sebuah galeri lukisan.. Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.. Ianya sekadar sebuah cerita kelakar yang pernah saya baca dalam salah sebuah buku jenaka...

Ceritanya begini....

Ada seorang Artis, yang telah mempamerkan kesemua 15 hasil lukisannya di sebuah galeri lukisan.. Selepas tujuh hari lukisan beliau dipamerkan di galeri tersebut.. Artis ini pun datang semula ke galeri tersebut untuk bertanyakan kepada pemilik galeri tentang lukisan beliau, kalau-kalau ada orang yang berminat untuk membelinya... 

Pemilik Galeri tersebut berkata: "Ada berita baik dan berita buruk tentang lukisan anda"

"Apa dia Berita yang baik dan apa Pula berita yang Buruk? Cer Citer.." Tanya pelukis tersebut dalam loghat Perak..

"Berita baiknya ada seorang lelaki yang bertanyakan mengenai lukisan tersebut dan ingin tahu adakah harga lukisan-lukisan tersebut akan meningkat setelah kematian pelukisnya" kata pemilik Galeri

Pemilik Galeri menambah : " Bila saya katakan ya, dia membeli kesemua 15 lukisan tersebut"


"Wow! Baguslah kalau begitu" kata Artis tersebut

"Tapi apa pula berita yang buruk? Cer Citer" tanya artis tersebut kepada pemilik galeri

Dengan berhati-hati pemilik galeri tersebut berkata " Berita buruknya ialah orang yang membeli kesemua lukisan tersebut adalah doktor peribadi anda"

Read more...

Koleksi Wang Kertas Malaysia Siri Baharu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suka betul tengok koleksi Wang kertas Malaysia siri baru ni.. Tapi tak tahu bila boleh mengumpulkan kesemua wang kertas ini.. Setakat ini wang kertas RM50 dan RM10 sahaja yang pernah saya pegang..

Kesemua wang kertas ini mempunyai gambar-gambar yang menarik, menunjukkan keunikan alam semulajadi yang terdapat di Malaysia.. Berikut merupakan tema yang digunakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menghasilkan wang kertas ini..
  • Wang kertas RM20 : Hidupan Laut
  • Wang kertas RM100 : Keajaiban Alam Semula jadi
  • Wang kertas RM50 : Pertanian Dan Teknologi
  • Wang kertas RM10 : Flora
  • Wang kertas RM5 : Hidupan Liar
  • Wang kertas RM1 : Sukan Tradisional

Sekiranya nak tahu lebih lanjut tentang wang kertas ini, jom sama-sama kita menonton video berikut:


Read more...

Layan Lagu Cinta Muka Bulu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kadang tu layan lagu yang merapu-rapu ni Best juga.. Sekadar untuk merehatkan minda bagi mengisi masa lapang dan untuk tergelak sorang-sorang.. ;)


Kalau anda rasa terhibur mendengar lagu ini, klik Like pada simbul like facebook yang terdapat di bawah Post ini.. Kalau tak suka, tolong bagi tahu dekat kawan-kawan yang lagu ni tak best.. Dan jangan sekali-kali dengar lagu ini...

Walauapapun respon anda, saya dahului dengan ucapan terima kasih... Sekian, terima kasih.. ;)

Read more...

Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 telah dibuka

Permohonan Kemasukan Ke Instistusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Premier, Institusi Pendidikan dan Latihan Vokasional (TEVT-Politeknik) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) telah dibuka bermula pada hari ini 9 Januari 2012 (Isnin) pada jam 12 tengahari.. dan Permohonan ini akan ditutup pada 2 April 2012..

Sumber : Pencarian Google.com

Permohonan adalah melalui Aplikasi dalam talian sahaja. Anda boleh mula mula membeli nombor unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dijual pada harga RM10.60 (untuk lepasan SPM/Setaraf) dan RM15.60 (Untuk Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf).

Anda boleh membeli ID tersebut dengan membuat pembayaran samada melalui kaunter BSN, Mesin ATM, SMS Banking dan Internet Banking ke nombor akaun UPU seperti berikut: 14100-29-83030691-5

Untuk mendapatkan maklumat tepat, lengkap dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke IPTA, TVET (Politeknik) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), sila layari laman web berikut:


Terdapat sedikit perbezaan pada permohonan kemasukan ke Politeknik pada kali ini iaitu permohonan kemasukan ke tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Ipoh), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi  (BPKP JPT)..

Ini bermaksud permohonan masuk ke Politeknik Premier sama dengan permohonan masuk ke Universiti-Universiti tempatan lain untuk Sesi Akademik 2012/2013.. Ini merupakan satu berita baik kepada pihak pengurusan Politeknik, yang sedang berusaha menjadikan salah sebuah Politeknik tersebut sebagai Politeknik Universiti menjelang tahun 2015..

Kepada anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke Politeknik, sila dapatkan maklumat dengan setepatnya sebelum mengisi borang permohonan. Saya sendiri kurang pasti samada terdapat perbezaan dari segi syarat kelayakan masuk ke Politeknik Premier dan Politeknik biasa.. Tetapi setakat yang saya tahu sehingga hari ini, syarat kelayakan masuk ke Program Diploma antara Politeknik masih lagi sama..

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, saya syorkan anda baca maklumat-maklumat terkini yang terdapat di laman web tersebut:  http://upu.mohe.gov.my

Semoga anda berjaya menyambung pengajian anda ke salah sebuah institusi pengajian awam di Malaysia samada IPTA, Politeknik, TEVT-Politeknik dan ILKA.. Dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian anda dengan jayanya...

Read more...

Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) dan Pertandingan My Skills 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti yang tersenarai dalam iklan di bawah dijemput untuk menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2012 dan Pertandingan MySkills 2012..

Tiada yuran yang dikenakan untuk menyertai PKM, manakala yuran sebanyak RM100 dikenakan untuk menyertai Pertandingan My Skills 2012.. Tempoh pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini adalah pada/sebelum 16 Januari 2012..  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan permohonan dan cara untuk mendaftar, sila baca iklan di bawah:

Sila klik pada imej di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih besar

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tetang kedua-dua pertandingan ini, sila layari pautan berikut:


P/s: Bagi rakan-rakan blogger yang mahir dalam membangunkan laman web juga boleh menyertai pertandingan ini.. Terdapat kategori Web Design yang turut dipertandingkan dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2012 pada kali ini..

Selamat mencuba dan semoga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bagi kedua-dua pertandingan tersebut..
Read more...

Sunday, January 8, 2012

E3062 (Programming 1)

E3062 Programming 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

E3062 Programming 1 merupakan kursus teras bagi program Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) untuk Politeknik di seluruh Malaysia.

Tujuan Page E3062 ini diwujudkan adalah untuk memudahkan pelajar mendapatkan bahan-bahan pembelajaran bagi Kursus ini. Melalui page ini para pelajar dapat memuat turun Perisian yang digunakan, nota-nota, Lembaran Kerja makmal, dan juga ebook sebagai bahan rujukan untuk kursus ini..

Diharapkan para pelajar Politeknik yang mengambil kursus e3062 Programming 1, terutamanya para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dapat memanfaatkan Page ini dengan sebaik-baiknya...

Semua fail-fail yang terdapat di page ini di muat naik ke laman web Ziddu.com. Ziddu.com merupakan sebuah laman web yang membenarkan kita memuat naik (upload) fail-fail yang kita kehendaki secara Percuma. Dan kemudian membenarkan pengguna internet lain memuat turun (download) fail-fail tersebut juga secara Percuma..


Selain memberi kemudahan memuat naik dan memuat turun secara Percuma, Ziddu.com turut menyediakan ruangan pengiklanan secara berbayar. Disebabkan itu sesiapa sahaja boleh menempah ruangan pengiklanan di Ziddu.com dengan bayaran tertentu..

Sekiranya terdapat iklan-iklan yang kurang senonoh dipaparkan pada laman web tersebut, saya berharap tolong abaikan iklan-iklan tersebut. Iklan-iklan tersebut mungkin tidak mendatangkan sebarang faedah kepada anda. Jika timbul sebarang masalah disebabkan anda menekan banner-banner pengiklanan tersebut, sila tanggung sendiri akibatnya.. Saya tidak mahu bertanggungjawab untuk masalah tersebut..


Cara untuk memuat turun fail-fail ini mudah sahaja. Anda hanya perlu klik pada perkataan (klik di Sini) yang terdapat pada setiap fail. Kemudian anda akan di bawa ke laman web Ziddu.com.. Muat turun Di laman web tersebut dengan klik pada butang Download seperti pada gambarajah di bawah:


atau seperti gambarajah di bawah:



Perisian Yang Digunakan Untuk Kursus E3062

  1. Turbo C++ (Klik Di Sini)
  2. Dev C++    (Klik Di Sini)
  3. Visual Basic 6.0 (Klik Di Sini)

Nota E3062 (Format Microsoft Word)

  1. Unit 0  (Klik Di Sini)
  2. Unit 1  (Klik Di Sini)
  3. Unit 2  (Klik Di Sini)
  4. Unit 3  (Klik Di Sini)
  5. Unit 4  (Klik Di Sini)
  6. Unit 5  (Klik Di Sini)
  7. Unit 6  (Klik Di Sini)
  8. Unit 7  (Klik Di Sini)
  9. Unit 8  (Klik Di Sini)
  10. Unit 9  (Klik Di Sini)
  11. Unit 10 (Klik Di Sini)


Practical Lab Untuk E3062 (Format PDF)

  1. Practical Lab 1 (Klik Di Sini)
  2. Practical Lab 2 (Klik Di Sini)
  3. Practical Lab 3 (Klik Di Sini)
  4. Practical Lab 4 (Klik Di Sini)
  5. Practical Lab 5 (Klik Di Sini)
  6. Practical Lab 6 (Klik Di Sini)
  7. Practical Lab 7 (Klik Di Sini)
  8. Practical Lab 8 (Klik Di Sini)


eBook C++ untuk rujukan (Format PDF)

  1. C++ For Dummies  (Klik Di Sini)
  2. The C++ Programming Language (Klik Di Sini)
  3. C++ Timesaving Techniques for Dummies (Klik Di Sini)
  4. C Programming For Microcontroller (Klik Di Sini)
  5. Schaum's Outline of Theory And Problem Of Programming With C++  (Klik Di Sini)
Slide E3062 untuk Topik Visual basic 6 daripada encik Zeid, PSIS
Kepada pelajar Jab. Kej. Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah yang mengambil Kursus E3062, sila gunakan Lab Cover yang standard yang diberikan oleh pensyarah kursus anda pada awal sesi pertemuan. Sekiranya anda tidak mempunyai Lab Cover Standard tersebut, sila muat turun dengan klik pada URL di bawah:..

Lab Cover Standard untuk JKE, PSIS (Klik Di Sini)

Pemarkahan untuk amali E3062 juga telah ditetapkan seperti dalam rajah di bawah.. Jadi sekiranya anda ingin medapatkan markah yang tinggi dalam amali untuk kursus ini, sila penuhi kriteria pemarkahan yang ditetapkan untuk mendapatkan markah 'good' bagi setiap item.. Semoga Berjaya..


(Sila klik pada gambar untuk memperolehi view yang lebih besar)

(Sila klik pada gambar untuk memperolehi view yang lebih besar)

Kursus E3062 ini merupakan kursus lama untuk program Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)..  Sekiranya terdapat sebarang komen atau cadangan penambahbaikan untuk kursus ini, sila beri maklum balas dengan meninggalkan komen pada page ini.. Insya Allah, saya akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan atau kekurangan yang berkaitan dengan kursus ini dari masa ke semasa...

Segala ilmu yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan perkara yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri sebagai hambanya.. Wallahualam...











Read more...

Wednesday, January 4, 2012

Jom Semak Page Rank Blog Anda...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ini saya suka-suka semak Page Rank (PR) Blog-blog terkenal seperti Blog Red Mummy (3 PR), Blog Denai Hati (4 PR), Blog Haniz Zalikha (4 PR), Blog Ben Ashaari (4 PR), Blog beautiful nara (3 PR), Cik Epal (4 PR), dan sebagainya.. Hebat juga Page Rank blog mereka ni.. 

Tapi setakat ini saya belum pernah terjumpa blog dari Malaysia yang berjaya mendapat page Rank 9/10.. Paling tinggi pun yang pernah saya tahu cuma PR 7/10.. Tapi saya tak ingat blog siapa??

Setelah terlibat selama 2 tahun dalam penulisan blog, saya juga teringin untuk mengetahui berapa page Rank Blog Sembang Hari2.. Cara nak semak page Rank ini mudah sahaja.. Anda hanya perlu menaip URL blog anda pada kotak di bawah:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
Setelah itu tekan 'button' Check PR.. Kemudian anda perlu menulis semula kod yang diberikan untuk mengesahkan URL yang telah anda masukkan.. Setelah itu Page Rank Blog anda akan dipaparkan.. Macamana ok tak PR blog anda??

PR blog sembang Hari2 pun taklah sehebat mana.. Cuma PR 1/10 sahaja...


Read more...

Sunday, January 1, 2012

Kemalangan Ngeri Di Lekir Menjelang Tahun Baru 2012..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang sambutan Tahun baru 2012, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan 1 lori, 2 kereta dan 2 motor di Kilometer 6 Jalan Lekir Manjong malam tadi.. Berdasarkan maklumat yang saya terima melalui akhbar Kosmo dan blog taotauajer, Kemalangan tersebut telah menyebabkan 12 kematian...

Innalillahiwainnalillahirajiun... Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini..

Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T disebabkan tiada ahli keluarga kami yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.. Sebenarnya kami turut sama melalui jalan tersebut kira-kira 10 minit sebelum tragedi tersebut berlaku..

Pada malam tadi, kami sekeluarga makan di Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung, dekat Batu 8, Lekir, Perak.. Kami pergi ke sana dengan menaiki tiga buah kereta..

Sewaktu pulang daripada restoran tersebut, adik ipar saya yang memandu sebuah Myvi tidak turut sama pulang disebabkan beliau menemui dua orang rakan beliau yang kebetulan turut sama makan di restoran tersebut.. Jadi daripada tiga kereta, dua kereta sahaja yang pulang terlebih dahulu kira-kira pada jam 11.00 malam tadi..

Semasa kereta saya dan kereta ayah mertua saya melalui kilometer 6 jalan lekir (tempat kejadian) keadaan jalan dalam keadaan baik.. Tiada sebarang kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.. Tetapi semasa adik ipar saya pulang kira-kira 20 minit selepas kami pulang, berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut..

Adik ipar saya yang kebimbangan, terus menelefon ayah mertua saya untuk memastikan kami berada dalam keadaan selamat... Syukur Alhamdulillah pada ketika tersebut, kami telah pun berada di Sitiawan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari kawasan tragedi tersebut...

Menurut adik ipar saya, terdapat 6 buah motor dan dua buah 'kereta' terlibat dalam kemalangan tersebut.. Beliau yang ketakutan menyaksikan secara 'live' keadaan mangsa-mangsa kemalangan tersebut berasa takut untuk memandu pulang.. Mujur ada kawan beliau yang dapat menggantikan tempat beliau untuk memandu pulang...

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mangsa kejadian ini ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman (bagi yang beragama Islam).. Amin...
Read more...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2011 telah pun pergi meninggalkan kita.. 
Walaupun permergiannya baru sahaja beberapa jam.. 
Tetapi ianya tetap menjadi nostalgia dalam kehidupan kita..
Disebalik 365 hari yang telah berlalu pastinya ada meninggalkan pelbagai kisah..
Mungkin di dalamnya ada tawa, sedih, menangis, gembira, kesengsaaraan dan sebagainya...

Usah dikenang kepada perkara yang telah berlalu pergi..
Mana yang baik, jadilkanlah sebagai teladan.. 
Yang buruk pula jadikanlah ianya sebagai pengajaran..
Walau apa pun yang berlaku, Hidup tetap perlu diteruskan..
Selagi kita terus bernafas di bumi ini...

Marilah kita sama-sama membuat semakan...
Adakah kita telah berjaya mencapai Azam tahun 2011??
Mungkin kita telah mencapai sepenuhnya azam tersebut..
Mungkin ada di kalangan kita hanya mencapai sebahagian sahaja..
Mungkin ada pula dikalangan kita yang langsng tidak berjaya mencapai azam tersebut...
Tepuk dada tanya pada diri sendiri... ;)

1 Januari menjelma lagi dalam diari kehidupan kita..
Inilah masanya untuk merancang perjalanan kehidupan 365 hari kita yang baru..
Seandainya ada matlamat tahun 2011 yang masih belum kita capai, jangan lupakan ianya begitu sahaja.. 
Selitkan  matlamat tersebut ke dalam perancangan tahun baru 2012...
Semoga kita dapat menjalani kehidupan baru di tahun 2012 dengan penuh kejayaan.. Amin..

Jadikanlah esok lebih baik daripada hari ini,
Hari ini lebih baik daripada semalam, 
Semalam lebih baik daripada har-hari yang sebelumnya


Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.. Walaupun hasil tulisan tersebut tidak tahu untuk diletakkan dalam kategori mana.. Tetapi harapan saya semoga anda dapat memahami mesej yang cuba saya sampaikan dalam tulisan tersebut...

Pada kesempatan ini saya ingin Mengucapkan Selamat tahun Baru masihi 2012 kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya samada di alam nyata ataupun melalui alam Cyber... Semoga anda berjaya  melakar kejayaan demi kejayaan pada tahun 2012 ini..


Read more...

Percutian Bersama Keluarga Ke Cameron Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah.. Baru-baru ini saya bersama keluarga di sebelah isteri saya berkesempatan bercuti ke Cameron Highland, Pahang..

Sebenarnya jarak Cameron Highland dari rumah mertua saya tidaklah jauh sangat..Lebih kurang satu jam setengah perjalanan sahaja.. Tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi ke kawasan tanah tinggi tersebut. Maklumlah ada sahaja urusan itu dan ini yang perlu diselesaikan setiap kali ada kelapangan masa. Tapi Pada kali ini, Syukur Alhamdulillah... sampai juga kami sekeluarga ke sana..

Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Cameron Hingland lebih kurang 10 tahun yang lalu semasa mengikuti Program Jelajah Titiwangsa (klik Di Sini) .. Pada Masa tersebur saya pergi atas urusan Universiti bersama sepasukan "penyelidik" yang ingin mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Malaysia..

Tetapi untuk kali ini, saya pergi bersama seisi keluarga untuk bercuti.. Perjalanan pergi dan balik ke Cameron pada kali ini tersangatlah tidak seronok, disebabkan terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas hampir di sepanjang perjalanan kami.. Terutamanya sewaktu berada di kawasan tanah tinggi.. Kebanyakan masa kami dihabiskan dalam kereta..

Silap kami juga kerana membuat perancangan ke sana semasa cuti sekolah.. ditambah lagi dengan cuti Krismas.. Walaubagaimanapun sempat jugalah kami melawat beberapa tempat seperti Brinchang, Strawberry Point dan lain-lain... Berikut merupakan sebahagian daripada koleksi gambar yang sempat kami ambil semasa berada di sana...

Adam dan Khalisha merupakan watak utama dalam Program percutian ini...

Adam dan Khalisha.. Action!!!

Nanti Dulu  Tuan Director.. Kami tak hafal Script lagi...

Macamana nak lakonkan babak ni Khalisha??


Lakonan pun bermula.. ;)

Gambar-gambar di atas di ambil untuk kenang-kenangan sahaja.. Dialog yang sebenar bukanlah seperti yang tertulis pada gambar-gambar tersebut.. ;)

Gambar-gambar di bawah ini juga turut diambil sebagai kenang-kenangan...

Adam bersama bunga-bunga penyeri kehidupan keluarga Pak Ya.. ;)

Saya bersama Ayah Khalisha dan Adam..

Haikal melakonkan babak memetik Strawberry..

Uncle Yus bersama Hero dan Heroin..

Adam bersama mama Adam, Uncle Yus dan Mak Uda..

Semenjak dapat berpindah ke semanjung ni,ada sahaja aktiviti bersama keluarga yang dapat kami sertai.. Insya Allah, pada masa akan datang sekiranya ada kelapangan masa boleh pergi jalan-jalan lagi di sekitar semenanjung Malaysia.. Syukur Alhamdulillah...







Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..