Tuesday, November 22, 2011

Disney Magic English sesuai untuk anak anda...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang satu set produk pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun untuk mempelajari Bahasa Inggeris...

Produk yang saya maksudkan adalah Disney Magic English...


Satu Set Disney Magic English ini dilengkapi dengan 26 buah buku, 26 buah DVD Interaktif dan percuma satu rak penyimpanan DVD dan buku... 

Satu Set Disney Magic English

Buku-buku dan DVD-DVD yang telah disusun di atas Rak..

Setiap buku dan DVD Interaktif ini disediakan secara berpasangan.. Setiap pasangan (DVD+buku) mempunyai isi kandungan yang sama membuatkan kanak-kanak dapat mempelajari bahasa Inggeris melalui pelbagai kaedah pembelajaran seperti pembacaan, permainan game dan menonton isi kandungan DVD...

Kanak-kanak boleh memilih isi kandungan yang dikehendaki pada setiap DVD...

Isi kandungan dalam buku dan DVD juga tidak membosankan.. Terdapat cerita, permainan perkataan, lagu, pilihan gambar, puzzle, memadankan gambar dengan suara dan sebagainya... 

Isteri saya membeli Satu set Disney Magic English ini daripada seorang jurujual di pejabat beliau bekerja tanpa meminta pendapat saya terlebih dahulu...

Apabila beliau memberi tahu kepada saya, beliau ada membeli satu set Disney Magic English dengan harga melebihi RM1,000 saya mula rasa tak senang duduk dibuatnya...rasa marah juga pada mulanya... 

Ialah beli barang mahal-mahal... Kemudian, kita pula tak tahu sejauh mana keberkesanan produk tersebut... Walaupun bayaran dibuat secara ansuran RM60 sebulan selama 2 tahun, tapi kena keluar duit jugalah kan...

Isteri saya cuba menerangkan kepada saya rasional beliau membeli produk tersebut...
  1. Anak saya suka menontot televisyen. Rancangan yang kerap ditontonnya adalah cerita kartun dan Ultraman yang tidak mendatangkan apa-apa faedah...
  2. Kami sedang mencari satu alternatif sebelum ini untuk mengurangkan atau menghindarkan anak kami daripada suka menonton cerita ultraman yang berunsur keganasan
  3. Kami sedang mencari sesuatu perkara berfaedah yang dapat menarik minat anak kami seperti bahan bacaan atau CD pembelajaran
  4. Kami tidak mempunyai kemahiran atau pendekatan yang terbaik untuk mengajar anak kami Bahasa Inggeris.. Jadi diharap melalui cara ini anak kami dapat mempelajari Bahasa Inggeris dengan mudah... 

Hari pertama isteri saya menunjukkan produk tersebut kepada anak sulung saya, Haikal (4 Tahun)... Beliau begitu berminat sekali dengan DVD interektif tersebut...  Namun begitu ianya bertahan selama 2 hari sahaja... Kemudian beliau dengan tabiat lamanya iaitu suka menonton cerita kartun dan Ultraman...

Risau juga kami dibuatnya... Kami telah mengeluarkan satu perbelanjaan yang besar ke arah kebaikan anak-anak kami tetapi ianya seakan tidak berjaya...

Tetapi kami terus bersabar dengan perangai anak-anak kami... Kami cuba pelbagai cara supaya anak-anak kami berminat untuk menonton DVD dan buku Disney Magic English tersebut... Antara langkah yang kami lakukan adalah dengan membekalkan buku tersebut semasa menghantar mereka ke rumah pengasuh...  

Syukur Alhamdulillah... Lama-kelamaan anak saya Haikal mula menunjukkan minat untuk menonton DVD-DVD tersebut dan juga kerap kali menyuruh saya membacakan isi kandungan buku-buku tersebut...

Sekarang ni setiap kali berada di rumah sahaja, beliau meminta saya memasangkan satu demi satu DVD Disney Magic English... Kemudian beliau meminta bantuan saya untuk menyelesaikan Puzzle, meneka gambar, mengisi tempat kosong dan sebagainya...

Sekarang ni saya dan isteri pula rasa sedih disebabkan tak berpeluang untuk menonton televisyen.. Walaubagaimanapun saya rasa sangat gembira disebabkan ada perubahan positif pada diri anak saya... 

Hasil daripada pembacaan buku dan menonton DVD Disney Magic English, banyaklah juga perkataan english yang terkeluar dari mulut beliau setiap kali saya bertanyakan tentang sesuatu benda...

Bila difikirkan balik, berbaloi pelaburan isteri saya membeli Disney magic English ni... Terima kasih isteriku.... Semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat... Insya Allah..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
  Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Ulasan Mengenai Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada entri kali ini saya ingin mengulas sedikit tentang Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011 yang diadakan pada 29 Oktober 2011 di Kafeteria Politeknik Sultan Idris Shah ... 




Untuk pengetahuan anda, catur merupakan sukan/permainan yang agak baru diketengahkan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di PSIS.. Pertandingan catur ini buat pertama kalinya diadakan di PSIS..  Disebabkan permainan ini tidak sepopular sukan-sukan yang lain, jadi sambutan yang diberikan untuk pertandingan ini agak hambar...

Kebetulan pula semasa pertandingan ini diadakan, kebanyakan pelajar dan staf mempunyai agenda masing-masing.. menyebabkan tidak ramai pelajar berada di kawasan PSIS pada tarikh tersebut....

Secara jujurnya saya mengatakan pertandingan ini kurang mendapat sambutan disebabkan kelemahan dari segi Perancangan, di samping kelewatan menetapkan tarikh pertandingan ini...

Selain itu tiada promosi yang dilakukan.. Dan banner pertandingan ini hanya sempat digantung sehari sebelum ianya diadakan...

Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah, pertandingan ini dapat juga diadakan dengan jayanya...  Walaupun bilangan peserta yang menyertai pertandingan ini hanya seramai 22 orang..

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa berlangsungnya pertandingan ini...

Para peserta begitu tekun mengatur strategi...

Berikut merupakan senarai pemenang Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011...

Tempat Ketiga : Muhammad Syukur Bin Azmi

Tempat Kedua : Mohamad Fadhil Bin Ahamad 

Tempat Pertama : Syed Farid Firdaus.

Tahniah buat para peserta yang berjaya memenangi pertandingan ini.. Bagi yang tidak berjaya, jangan berputus asa... boleh cuba lagi pada tahun hadapan...

Setinggi penghargaan terima kasih saya ucapkan buat pelajar dan staf yang turut sama memeriahkan pertandingan ini pada kali ini...

Insya Allah pada tahun hadapan kelab Catur PSIS akan membuat perancangan dengan lebih rapi dan teliti supaya pertandingan ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya...

Dengan terlaksananya Pertandingan Catur Tertutup PSIS ini, maka berakhirlah sudah aktiviti kelab catur bagi tahun 2011...

Bila dah hujung semester semua pelajar sibuk menghantar SMS tanya markah Penilaian Berterusan... Saya memang sengaja tidak menampal markah tersebut pada mana-mana papan kenyataan disebabkan kebanyakan pensyarah di PSIS juga tidak berbuat demikian...

Tapi kalau nak tahu juga markah, saya hanya boleh memaklumkan senarai pelajar yang mendapat A sahaja.. Pelajar yang tidak mendapat A, harap bersabar... Anda boleh mengetahui markah anda pada slip keputusan peperiksaan nanti...

Senarai pelajar yang mendapat A untuk koko kelab catur adalah.... 

Khalilah, Noor Safinah, Mohamad Fadhil, Nur Fazlina, Siti Zulaikha, Nur Qurratul Aini, Nurhafiza, Nur Amira, Chong, Syed Farid Firdaus, Muhammad Syazewan, Norfatiha, Mohd Arif Aiman, Maariyaye, Muhammad Nur Adha, Akmal Bahri, Nasrul Naqib, dan Nadia Harlina..

Tahniah buat para pelajar yang telah mendapat A untuk kursus AR201 (Kelab catur)... Statistik keputusan Penilaian Berterusan untuk pelajar yang lain adalah seperti berikut:

3 orang mendapat A-, 
5 orang mendapat B+,
5 orang mendapat B, dan 
2 orang mendapat B-   

Diharapkan semua pelajar berpuas hati dengan markah yang diperolehi....

Pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan sepanjang mengendalikan kelab ini... Terima kasih di atas segala komitmen yang diberikan sepanjang bersama kelab ini... Insya Allah, kita akan bertemu lagi di lain waktu sekiranya panjang umur dan diizinkan oleh Allah S.W.T...

Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan akhir dan semoga berjaya menjawab semua soalan dengan jayanya dan memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang seperti yang diharapkan.... Amin...

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..