Sunday, February 27, 2011

Chef Wan dah jadi Datuk.. Kini baru ku tahu..

Semalam saya beli majalah mingguan wanita disebabkan terkejut tengok anak perempuan tunggal Chef Wan iaitu Serina dan suaminya Gavin yang dah dapat cahayamata..

Sebenarnya saya dah jarang mengikuti bidang hiburan ini.. Tengok tv pun kalau ada rezeki masa tengok berita ada hiburan, maka dapatlah saya tengok.. Maklumlah biasanya siaran tv di monopoli oleh 2 orang hero saya yang nak tengok kartun.. ;)

Cerita pasal perkahwinan anak Cef Wan pun baru saya tahu minggu lepas.. Itupun setelah menonton satu dokumentari di channel Astro 703. tertengok disebabkan isteri saya meminati bidang masakan.. ;)

Dokumentari tersebut memang saya suka.. kalau diberi peluang untuk saya menilai, saya akan beri 5/5.. Tajuk dokumentari tersebut adalah "One Night: A Malaysia Wedding"

Dokumentari tersebut berkisarkan tentang majlis perkahwinan Serina (anak Chef Wan) dengan pasangannya Gavin.. Tapi yang jadi hero dalam dokumentari tersebut bukan pasangan pengantin tetapi Cheff Wan sendiri.. Dokumentari ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris, dan pastinya ia akan ditonton oleh semua penduduk dunia.. Nampak gayanya semakin popular lah Chef Wan lepas ni..

Sedikit Latar Belakang tentang Chef Wan yang saya tahu..

Chef Wan atau nama penuhnya Redzuan Bin Ismail dilahirkan di Singapura pada tahun 1958. Beliau memperolehi ijazah sebagai tukang masak profesional dan pengurusan hotel daripada Akademi Kulinari California, Amerika Syarikat dan juga memperolehi Diploma daripada Ritz Hotel yang terletak di Paris, Perancis..

Saya pernah mendengar cerita bahawa Chef Wan juga pernah memperolehi Ijazah perakaunan, dan meninggalkan ijazah tersebut semata-mata mahu menjadi tukang masak profesional.. Betul atau tidak saya tidak tahu.. ;).. kalau ada sesiapa yang tahu, boleh lah 'share' dengan menulis komen di bawah entri ini..

Beliau (Chef wan) mahu menjadi Chef disebabkan mahu menggembirakan orang lain melalui masakan.. Beliau berpandangan, makanan mampu membuatkan seseorang bahagia.. Dan beliau percaya, sesuatu masalah akan kelihatan besar jika perut kita kosong..

Disebabkan itu selain menjadi Chef, Chef Wan juga sebenarnya seorang selebriti, penulis, dan juga seorang motivator.. memang mantap..

Patutlah, majlis perkahwinan anak perempuan tunggal beliau di dokumentasikan.. Rupanya Chef Wan ini bukan sahaja terkenal di Malaysia.. Malah terdapat juga masyarakat luar negara yang mengenali beliau.. Buktinya semasa majlis perkahwinan Serina..

Majlis ini bukan sahaja dikunjungi oleh Msyarakat Malaysia, sebaliknya ada kenalan dari luar negara selain daripada keluarga pengantin lelaki juga turut menghadiri majlis ini..

Berbalik semula kepada Dokumentari "One Night: A Malaysia Wedding"..

Dokumen tersebut mengisahkan seorang ayah yang begitu sibuk menguruskan majlis perkahwinan anak beliau.. Banyak perkara yang dilakukan oleh Chef Wan seperti menempah kad jemputan, menghantar kad jemputan, menempah pakaian pengantin, menempah pelamin, dan sebagainya..

Paling menarik sekali Chef Wan sememangnya seorang yang agak cerewat dan teliti.. Sehinggakan "Design" baju perkahwinan pengantin pun beliau yang tentukan..

Ini belum lagi tentang urusan di dapur.. Walaupun terdapat puluhan Chef yang menyediakan makanan sempena majlis tersebut.. Tetapi urusan penyediaan makanan tersebut di pantau oleh Chef Wan sendiri.. Naik berpeluh ketua Chef dibuatnya.. Manakan tidak, ada sahaja komen daripada Chef Wan tentang rasa makanan yang telah disiapkan sebagai percubaan sebelum majlis sebenar berlangsung..

Jadi masa majlis perkahinan tersebut berlangsung, Cheff Wan selaku tuan rumah kelihatan begitu sibuk.. Sekejap melayan tetamu, sekejap mengirakan hal pengantin.. dan ada kalanya curi-curi masa ke dapur memantau masakan yang disediakan oleh puluhan Chef.. Dah ada puluhan Chef yang membantu majlis tersebut pun, masih kena pantau lagi.. hehehe..

Mak datuk sampai begitu sibuk dan teliti sekali ayah pengantin perempuan ini.. Memang wajar majlis perkahwinan ini didokumentarikan..  Ini kerana Chef Wan adalah seorang Super Dad.. Syabas Chef Wan.. Rasa bangga juga saya menonoton dokumentari tersebut.. Ini disebabkan beliau boleh membawa identiti masyarakat Malaysia ke seluruh pelusuk dunia..

Berbalik kepada tajuk asal entri ini..



Sebenarnya saya ingat Serina ni baru berkahwin.. Disebabkan saya baru tahu minggu lepas, apabila secara tak sengaja menonton dokumentari tersebut.. Kemudian bila saya lalu dekat kedai buku, saya tengok gambar pada muka hadapan majalah MW ada gambar beliau bersama suami dan seorang baby..

Masa tu saya ingat, baby tersebut merupakan anak orang lain.. Disebabkan tajuk pada muka hadapan MW tersebut adalah "Serina & Gavin idam lima cahaya mata"..

Tapi bila dibaca isi kandungannya barulah saya tahu anak tersebut merupakan anak paangan ini.. Serina telah selamat melahirkan anak lelaki yang comel bernama Tristan Tareef O'luanaigh pada 13 September 2010..

Dah lama dah rupanya.. Memang ketinggalan betul saya.. hehehe..

Jadi pada kesempatan ini saya ucapkan tahniah buat pasangan Serina dan Gavin di atas kelahiran anak sulung mereka.. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Chef Wan di atas kelahiran cucu sulung beliau..


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Lagi-Lagi Cerita Pasal Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam saya ada membeli majalah mingguan wanita edisi terbaru (25 Februari - 3 Mac 2011)..

Seperti biasa ruangan yang saya suka baca adalah ruangan mengurus kewangan yang ditulis oleh saudara Sunthara Segar.. Untuk makluman anda, saudara Sunthara ini juga merupakan seorang blogger dan juga seorang penceramah dan penulis buku-buku tentang pengurusan kewangan..

Artikel yang beliau tulis pada minggu ini di majalah MW adalah tentang ilmu dalam pelaburan emas.. Menarik untuk dibaca.. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila dapatkan majalah tersebut.. Harga dekat Mukah agak mahal berbanding di semenanjung.. Dekat semenanjung harga majalah MW adalah RM3.30, tetapi dekat Mukah harga MW adalah RM5.50

Tapi disebabkan saya dan isteri memang minat membaca majalah ini, kami beli juga walaupun harganya mahal RM2.20.. huhuhu..

Berbalik kembali kepada artikel tenteng pelaburan emas yang ditulis oleh saudara Sunthara bertajuk "Jangan Jadi Pelabur Pak Turut"

Beliau menyarankan kita supaya menjadi seorang pelabur yang berilmu.. Jangan jadi pelabur pak turut semata-mata.. Orang melabur, kita pun ikut melabur.. Tapi orang yang ada ilmu tahu bagaimana cara untuk mengembangkan pelaburan, tetapi bagi yang tidak berilmu cuma menunggu dan terus menunggu nilai emas naik tanpa berbuat apa-apa..

Sebenarnya dalam pelaburan emas sama juga seperti bidang pelaburan yang lain.. Ada masanya harga emas naik, dan ada masanya harga emas turun.. Kalau tak percaya cuba layari internet dan tengok graf harga emas terkini..

Pada bulan Disember 2010 harga emas naik, kemudian harga emas turun pada Januari 2011.. Dan turun lagi menjelang sambutan tahun baru China.. Dan selepas itu, harga emas dijangka akan naik semula..

Ayah mertua saya pernah bertanyakan kepada seorang tokey emas China yang dah berniaga emas semenjak isteri saya belum lahir lagi.. Kira-kira 30 tahun tokey ini dah terlibat dalam urusan jual beli emas.. Lama tu..

Beliau memberi tahu, satu masa nanti apabila harga emas telah mencecah RM 200/gram.. harga emas akan jatuh agak teruk sehingga berada pada harga sekitar RM100.. Itu menurut analsis yang beliau lakukan setelah berkecimpung dalam pelaburan emas..

Tapi masanya pun kita tak tahu bila.. Dan disebalik kata-kata beliau ada juga perkara yang menggembirakan kita iaitu harga emas akan naik dahulu sehingga RM200/gram sebelum jatuh.. Jadi sebelum sampai masa tersebut lebih baik kita mula melabur emas.. Sekarang...

Jadi nak melabur ini perlua ada ilmu dan strategi.. Kita perlu belajar untuk memenfaatkan setiap situasi.. Contohnya semasa harga emas turun, ada strategi yang perlu dilaksanakan oleh pelabur-pelabur emas untuk mengaut keuntungan..Begitu juga halnya, bila harga emas naik..

Sebenarnya selain melabur emas fizikal kita juga boleh membuat pelaburan emas dalam keadaan yang lebih selamat iaitu dengan membuka Akaun Simpanan Pelaburan Emas.. Melalui akaun Simpanan pelaburan emas kita tidak perlu menyimpan emas sendiri, tidak memerlukan modal yang besar, dan selamat dari risiko emas hilang seperti tercicir atau dicuri orang.

Sebelum membuka Akaun Simpanan Pelaburan emas terdapat beberapa perkara yang seorang pelabur perlu tahu seperti:
  1. Bagaimana hendak membuka akaun pelaburan emas?
  2. Bank mana yang tawarkan belian pada harga tertinggi dan jual pada harga yang lebih rendah?
  3. Bagaimana mahu menjana untung ketika harga emas sedang jatuh?
Sebenarnya terdapat beberapa laman web yang dapat memberi panduan kepada kita untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas..

Sekiranya anda benar-benar serius ingin melabur emas, saya sarankan anda layari laman-laman web berikut untuk mendapatkan sumber maklumat tetang bidang pelaburan ini:-
  1. Bagaimana untuk Melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (Klik Di Sini)
  2. Bagaimana untuk memaksimumkan Pelaburan Emas (Klik Di Sini)
  3. Buku-buku rujukan tentang pelabuarn (Klik Di Sini)


 Semoga anda berjaya membuat keuntungan dalam apa juga bidang pelaburan yang diceburi melalui ilmu yang anda perolehi daripada pakar-pakar pelaburan..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..