Saturday, July 17, 2010

Pemasaran Internet di Portal Ebay.com

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

 Syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk saya menulis sedikit Post untuk dikongsikan oleh pembaca semua.. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Kelantan kerana menghadiri mesyuarat Lembaga peperiksaan. Sambil menunggu bas dari Sibu ke Mukah pada pukul 12.30 saya gunakan kesempatan ini untuk menaip sedikit perkongsian ilmu tentang pemasaran di internet..

Sebenarnya saya bercadang hendak menulis post tentang perjalanan saya sepanjang menghadiri mesyuarat Lembaga. Tetapi disebabkan terdapat gambar-gambar yang perlu dipaparkan dari kamera saya, jadi saya tangguhkan dulu di masa akan datang. (Asyik dapat post yang belated jer huhuhu...)

Untuk post pada kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang pemasaran internet menggunakan Portal ebay.com. Saya rasa kebanyakan daripada pembaca semua tentu pernah mendengar ebay.com. Ianya merupakan sebuah portal perniagaan secara online di peringkat antarabangsa.

Hampir semua benda boleh dijual di ebay.com. Daripada barang yang kecil seperti koleksi stem, jam tangan, VCD, buku, beg sehingga barang-barang yang besar seperti kereta, karpet, motorsikal, Jet dan sebagainya. Anda boleh memasarkan apa juga barangan yang ada disekitar anda samada barang-barang baru atau pun barang-barang terpakai.

Menjual barang-berang di e-bay.com sama juga konsepnya dengan menjual barang-barang di portal tempatan seperti lelong.com dan juga mudah.my. Cuma bezanya di e-bay.com anda boleh menjual barang-barang anda sehingga ke peringkat antarabangsa.

Terdapat dua tip yang dapat saya kongsikan tentang satrategi pemasaran di e-bay.com.

Tip Pertama
Anda boleh menjual barang-barang yang mudah didapati dipasaran pada hari ini seperti minyak wangi, tikar, buku, barangan elektronik, komputer riba, aksesori kereta, aksesori komputer, telefon bimbit, tudung, kain baju dan sebagainya. Tetapi dengan syarat anda dapat mencari pembekal yang dapat membekalkan barangan tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Dengan mendapat bekalan yang murah anda boleh menjual di Portal e-bay dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran walaupun setelah dicampurkan dengan kos mengepos produk. Harus diingat pembeli tidak akan membeli barang-barang yang anda jual di e-bay sekiranya ianya jauh lebih mahal daripada harga pasaran.

Tip Kedua

Namun begitu anda boleh menjual barang-barang di e-bay dengan harga yang lebih mahal sekiranya barangan tersebut sukar didapati di pasaran. Antara barangan yang saya maksudkan adalah barangan koleksi seperti piring hitam penyanyi veteran (seperti michle jackson, elvis pallesly) stem, jam tangan lama, kereta antik, wang lama, emas lama dan sebagainya.

Untuk menjual barang-barang seperti ini saya syorkan anda memberi peluang untuk pembeli membuat bidaan terhadap harga barangan tersebut. Sekiranya terdapat bidaan tertinggi yang memenuhi kehendak anda, anda menghentikan bidaan tersebut dan menjualkannya kepada pembeli yang meletakkan harga tertinggi tersebut.
Terdapat beberapa orang rakan saya yang meraih keuntungan yang lumayan dengan membeli jam tangan daripada pembeli di e-bay, kemudian beliau menyelenggara jam tangan tersebut dan menjualkannya semula secara lelong di portal e-bay. Rakan saya tersebut telah memperolehi keuntungan daripada 40%-70% hasil daripada jualan yang telah beliau lakukan. Menarik bukan.

Menjual di e-bay adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ini kerana terdapat seorang rakan saya yang baru berpindah ke rumah yang baru dibelinya. Semasa beliau mengemas rumah tersebut, beliau ada menjumpai beberapa barangan lama seperti frame gambar, piring hitam, dan beberapa barangan lain. Pada mulanya beliau hendak membuangkan atau menyimpan sahaja barang-barang tersebut. Tetapi beliau terlintas untuk mengiklankan barangan tersebut di portal e-bay.com.

Tanpa disangka-sangka seminggu selepas beliau mengiklankan barangan tersebut di portal e-bay, terdapat seorang pembeli dari luar negara yang berminat untuk membeli barangan terpakai tersebut. Nah lihat kelebihan mengiklankan barangan terpakai anda di e-bay.com. Adakalanya barangan itu dirasakan tidak bernilai bagi kita. Tetapi terdapat orang lain di luar sana yang mungkin meminati barangan-barangan terpakai yang ada disekitar kita.

Jadi sekiranya anda ada baju terpaki, aksesori komputer terpakai, aksesori kereta terpakai dan sebagainya yang anda tidak mahu gunakan lagi cuba anda iklankan di portal e-bay.com. Mungkin ada pembeli yang tercari-cari barangan tersebut.

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pakar tentang berniaga di Portal e-bay.com. Apa yang cuba saya sampaikan adalah perkongsian yang saya perolehi daripada pengalaman rakan-rakan saya. Sekiranya anda berminat untuk berniaga di Portal e-bay.com saya syorkan anda klik pada banner dibawah untuk mempelajari selok belok perniagaan di ebay.com daripada seorang yang pakar.

 Video Panduan eBay

Selain itu, saya juga menyarankan anda mengunjungi laman web berikut untuk mempelajari teknik berniaga di Lelong.com.my. Anda boleh mempelajari dan menganalisis cara-cara untuk menjalankan perniagaan di kedua-dua portal perniagaan ini.

Video Panduan Lelong

Selain itu anda juga boleh mengunjugi laman web berikut untuk mempelajari bagaimana untuk medapatkan barangan yang murah dan berkualiti dari negara China untuk menjualkannya di Portal perniagaan samada lelong.com.my atau di e-bay.com. Rakan saya telah menjana keuntungan atas angin dengan mendapat bekalan barangan yang murah dari negara China dan menjualkannya ke seluruh dunia.

eBook Import Dari China

Sekiranya anda inginkan kaedah berniaga dengan lebih mudah di kedua-dua portal perniagaan ini anda boleh menjual CD-ROM yang mengandungi pelbagai e-book yang anda boleh beli dan jual semula sebanyak mana yang anda mahukan. Untuk menjalankan perniagaan seumpama ini anda memerlukan ilmu yang digunakan oleh otai-otai. Bagaimana otai-otai dapat menjalankan perniagaan menjual e-book secara automatik di portal e-bay.com sedangkan pihak e-bay.com melarang kita menjual produk digital. Jadi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang strategi perniagaan yang mereka lakukan klik pada banner di bawah.

Automatic eBay Powerseller
Panduan menjana wang secara 100% otomatik di eBay!


Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya pada post kali ini.  Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada anda yang ingin menambah pendapatan secara sampingan. Semoga ceria-ceria dan success-success selalu.


Name:
Email Address:
Messege












Get your own free form like this one.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..