Tuesday, May 22, 2012

Walaupun tak menang RM200,000 dan Kereta, tapi Readers Digest tetap membawa tuah kepada Blog SH2

Masih ingat lagi tak tentang artikel yang pernah saya tulis tentang Peraduan Readers Digest.. Sekiranya anda masih belum pernah membaca artikel tersebut, sila klik di sini

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Readers Digest kerana sudi mengirimkan kepada saya 3 envelop secara bersiri tersebut..






Kesemua envelop tersebut kesudahannya saya buang ke dalam tong sampah sewaktu mengemas barang untuk berpindah dari Mukah ke semenanjung.. 

Tetapi sebelum saya membuang envelop-envelop tersebut, sempat juga saya mengabadikan pengalaman menerima envelop daripada Readers Digest ke dalam blog sembang hari2..

Hasilnya.. Apabila pengguna internet menaip perkataan Readers Digest di 'google search',  Blog  sembang hari2  berjaya tersenarai di muka surat pertama.. 

Contohnya apabila anda menaip keyword "Pemenang Readers Digest 2011" pada 'google search'.. Anda akan mendapati blog  sembang hari2  berada pada ranking pertama hasil pencarian tersebut..


Dapatlah juga sedikit trafik daripada google walaupun blog ini agak jarang berupdate.. setakat ini google merupakan penyumbang trafik terbesar kepada blog  sembang hari2 .. 

Cuba tengok gambar di bawah.. Trafik yang disumbangkan oleh google terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan trafik yang datang daripada pelbagai sumber lain seperti busuk.org, yahoo, facebook dan sebagainya..  


Inilah kelebihan berbaik dengan Encik google.. Boleh dapat trafik secara automatik, tanpa perlu kerap update blog dan blog walking.. Terima kasih Google dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Readers Digest... 



Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..