Saturday, February 18, 2012

Blog Perniagaan Untuk dijual pada Harga RM50 ribu??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Tahukah anda terdapat beberapa orang pemilik laman web didunia ini menjadi billionnare hasil daripada menjual laman web mereka???


Ini merupakan cerita sebenar yang pernah saya baca menerusi sumber-sumber yang boleh saya percayai.  Malah ada dikalangan usahawan internet di Malaysia juga pernah berjaya menjual laman web mereka di luar negara dengan harga puluhan ribu US Dollar..


Jadi Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi cara untuk menjana pendapatan di internet iaitu dengan menjual laman web atau blog..  


Tetapi sebelum itu, saya ingin meminta pandangan anda.. Agak-agak boleh tak blog Discount Hari2 dijual pada harga RM 50 ribu??


Sebenarnya saya bergurau sahaja.. Buat masa ini mustahil saya mampu menjual blog DIscount Hari2 pada harga semahal itu.. Sebabnya blog Discount Hari2 hanyalah sebuah blog perniagaan pengiklanan percuma.. Guna Domain Percuma daripada Blogger.com.. dan Trafik pula tidaklah sehebat mana.. 

Tetapi manalah tahu pada suatu hari nanti blog Discount Hari2 dapat dijual pada harga tersebut dan mungkin harganya jauh lebih mahal daripada harga tersebut.. Sama-samalah kita nantikan 10-15 tahun akan datang.. ;)

Bagaimana Untuk Menjual laman Web/Blog Di Internet??

Terdapat banyak cara untuk menjual laman web/blog di iternet. Malahan terdapat laman web yang dibina dalam masa satub hari sahaja, kemudian boleh dijual dengan pantas diinternet menerusi sebuah laman web yang dikenali sebagai Flippa..

Flippa merupakan laman khas yang berperanan membolehkan orang menjual beli laman web atau domain.

Domain laman web sebenarnya diumpamakan sebagai sebuah jenama perniagaan. Semakin terkenal dan popular sesebuah domain, ianya akan menjadi semakin bernilai.. Disebabkan itu, kenapa para usahawan internet dan blogger sibuk berusaha untuk menarik trafik datang ke blog mereka.

Jadi sekiranya anda mempunyai perancangan untuk menjual domain/laman web/blog pada harga yang tinggi, saya syorkan anda menjualkannya di laman web Flippa..

Namun begiru, untuk menjual laman web atau domain di Flippa tidak semestinya mudah. Anda perlu mengetahui:  
  • cara mencari nice yang hot dan laris seblum menjual di Flippa
  • Bagaimana memindah hak milik domain/laman web/blog secara teknikal
  • berapa bidaan yang paling sesuai
  • plugin-plugin penting untuk blog yang pastinya membuat ramai orang berminat membeli
  • Mempunyai domain yang unik, mudah diingati dan mesra SEO
  • Pastikan Blog/laman web anda berkualiti dan nampak elegan supaya ramai pembeli tertarik dengan blog anda
  • Pastikan blog anda mempunyai banyak trafik.. (lebih 5000 UV sehari)
  • Mempunyai bilangan Subscribe yang ramai (Lebih 5000 orang)
  • Mempunyai Followe blog yang ramai (lebih 5000 orang)
  • Plugin Post Outoupdate yang akan update segala artikel blog anda
  • Blog anda mesra SEO dan SERP..

Semua info diatas diharap dapat membantu anda untuk menjual domain/blog/laman web anda pada suatu hari nanti..

Ingat!!! Sebelum anda berhajat untuk menjual domain/blog/laman web anda, sila pastikan ianya benar-benar mantap sehingga ianya boleh menjadi rebutan para pembeli..

Ok.. Sekarang mari kita lihat senarai domain laman web yang paling mahal didunia yang telah berjaya dijual:


1. Insure.com, dijual kepada QuinStreet pada harga $16 Juta pada tahun 2009.






2. $%#.com, dijual pada harga $12-$14 juta pada tahun 2006.



  *** Awas laman web ini di larang sama sekali untuk dilawati****


3. Fund.com, dijual pada harga $9.99 juta pada tahun 2008.




4. %*$#.com, dijual pada harga $9.5 juta pada tahun 2007.

      *** Awas laman web ini di larang sama sekali untuk dilawati****


5. Business.com,dijual pada harga $7.5 juta pada harga 1999.





6. Diamond.com, dijual kepada Ice.com pada harga $7.5 juta pada tahun 2006.




7. Beer.com, dijual pada harga $7 juta pada tahun 2004.





8. Israel.com, dijual pada harga $5.88 pada tahun 2004.



9. Casino.com, dijual pada harga $5.5 juta pada tahun 2003.



10. Toys.com, dijual kepada Toys ‘R Us pada harga $5.1 juta pada tahun 2009.






Dahsyat kan.. Senang-senang sahaja pemilik-pemilik laman web ini menjadi Jutawan.. Nampak sahaja senang, tetapi sebelum itu terdapat banyak teknik yang perlu kita kuasai..


Selain daripada senarai laman web di atas terdapat juga beberapa lagi laman web yang mencecah nilai ratujan juta dan berbillion ringgit.. Contohnya seperti dalam senarai di bawah:

  1. Google.com bernilai $ 3.119 Billion
  2. Yahoo.com bernilai $ 0.789 Billion
  3. Google.co.uk bernilai $ 0.340 Billion
  4. Blogger.com bernilai $ 0.316 Billion
  5. sina.com bernilai $ 0.303 Billion
  6. youtube.com bernilai $ 0.268 Billion
  7. flickr.com bernilai $ 0.219 Billion
  8. amazon.com bernilai $ 0.187 Billion
  9. facebook.com bernilai $ 0.159 Billion
  10. live.com bernilaai $ 0.156 Billion

Sumber : yourwebsitevalue.com


Sumber di atas saya perolehi daripada sebuah laman web yang tertera di atas.. Dan artikel ini mungkin telah ditulis agak lama.. Jadi nilai tersebut mungkin telah meningkat dari masa ke semasa..  Terutamanya laman web Facebook yang menunjukkan peningkatan pengguna daripada sehari ke sehari... Pada ketika ini laman web facebook mungkin telah pun berharga berbillion ringgit.. 


Sekiranya anda perasan kesepuluh laman web bernilai ratusan juta hingga billion dollar di atas memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai.. Tetapi dalam masa yang sama menawarkan ruangan pengiklanan berbayar.. 


Dengan erti kata lain, mereka memperolehi banyak trafik melalui perkhidmatan percuma yang disediakan untuk pengguna internet di seluruh dunia.. Kemudian mereka memperolehi pendapatan melalui ruangan iklan berbayar yang di buka kepada pengguna internet di seluruh dunia..  ;)


Jadi, pada zaman sekarang ni macam-macam cara orang boleh buat duit.. Pokok pangkalnya kita kena sentiasa berusaha dan tidak jemu untuk menimba ilmu..


Namun yang penting kita perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Semoga kita murah rezeki.. Supaya dapat menjadi seorang yang dermawan dengan rezeki yang kita perolehi..


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..