Wednesday, December 29, 2010

Penyertaan "Contest" Giveaway pertama Blog Sembang Hari2 (Part 2)

Makluman tambahan:

Untuk makluman semua peserta, setiap penyertaan "contest" ini akan direkodkan ke dalam microsoft excell 2007. Ianya bagi memudahkan kami menyemak perkembangan pemenang mingguan..

Setakat penyertaan pada hari kedua ini, berikut adalah senarai 5 pendorong tertinggi mengikut turutan:

  1. http://sembanghari2.blogspot.com                  mendorong 9 blog
  2. http://thecolourfulisland.blogspot.com             mendorong 3 blog
  3. http://contestcontestcontest.blogspot.com      mendorong 2 blog
  4. http://hezesuze.blogspot.com                         mendorong 2 blog
  5. http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com mendorong 2 blog


 
 Namun begitu pendorong-pendorong ini belum tentu lagi dapat memenangi hadiah pendorong tertinggi minggu pertama dan juga pendorong tertinggi keseluruhan.. Ini kerana tempoh pertandingan untuk memilih pendorong tertinggi minggu pertama masih ada baki 4 hari lagi.. Rakan blogger yang baru turut serta dalam "contest" ini juga masih berpeluang menjadi pemenang pendorong tertinggi mingguan dan pendorong tertinggi keseluruhan..

Jadi rebut peluang keemasan ini.. Semoga rakan-rakan blogger dapat bersaing secara sihat dalam memeriahkan "contest" ini..

P/s: Untuk memudahkan anda mengetahui berapa bilangan pendorong blog anda, sila semak di bahagian komen yang ditinggalkan oleh para peserta..

Read more...

Penyertaan "Contest" Giveaway pertama Blog Sembang Hari2 (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog sembang hari2..


Semalam 28 Disember 2010 merupakan hari pelancaran Giveaway pertama blog sembang hari2. Jadi hari ni masuk hari kedua contest ini berjalan. Petang tadi saya buka blog dan rasa sangat gembira dan bersyukur dengan sambutan yang diberikan..

Tidak disangka "contest" ini telah pun disertai oleh 36 rakan-rakan blogger dari seluruh Malayisa. Terima kasih di atas sokongan semua rakan-rakan yang sudi menyertai contest ini. Jadi kalau dah semakin banyak rakan-rakan blogger yang menyertai pertandingan ini tentu agak sukar untuk saya memilih pemenang. Betul tak?


Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya pun berbincang dengan Ayah mertua dan isteri tentang perkara ini. Ayah mertua saya berpandangan untuk memilih pemenang blogger itu perlu ada kelebihan yang lain berbanding rakan-rakan blogger yang turut menjadi peserta. Lalu saya bertanya kepada ayah mertua saya berkenaan kelebihan tersebut.

Berikut adalah pandangan ayah mertua saya:

  1. Terdapat pelanggan yang menyewa Pak Ya Hometay yang mendapat informasi daripada blog pemenang (Pemenang pertama blog yang mendapat penyewa terbanyak diikuti blog kedua dan ketiga); Sekiranya tiada juga pemenang
  2. Blog yang rajin memberi komen di entri-entri lain di blog sembang hari2; sekiranya tiada juga pemenang
  3. Blog yang meletakkan blog sembanghari2 dalam senarai blog role ; Sekiranya tiada juga pemenang
  4. Bilangan semua penyertaan akan dibahagikan dengan 3 bahagian. Kemudian nombor penyertaan terakhir pada setiap bahagian akan dipilih sebagai pemenang tempat Pertama, kedua dan ketiga. Contohnya 99/3: Pemenang tempat pertama adalah penyertaan yang ke 33 dikuti penyertaan ke 66 (pemenang kedua) dan diikuti penyertaan yang ke 99 (pemenang ketiga)

Setakat itu sahaja 4 cara untuk memilih pemenang "contest" ini. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Jadi secara turutannya, kita memilih pemenang berdasarkan syarat yang pertama. Jika tiada yang memenuhi syarat pertama kita akan menggunakan syarat kedua, sekiranya tiada juga kita akan mengikuti syarat yang ketiga dan akhir sekali baru kita akan mengikuti syarat yang keempat.

Nota: Sebelum ini, Pak Ya Homestay dikunjungi oleh penyewa yang mendapat informasi daripada laman web Mudah.my. Tetapi untuk menjayakan contest ini saya tidak update iklan di mudah.my bagi memberi peluang kepada blogger untuk memeriahkan "contest" ini.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..