Sunday, April 1, 2012

Boleh buat duit Ke dengan menulis Blog??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi pada kali ini.. Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..

Hmmm.. Agak lama juga saya tak berkesempatan untuk menulis blog.. Maklumlah agak sibuk sejak akhir-akhir ini dengan pelbagai kerja harian saya di pejabat.. ;)

Walaupun sibuk saya tetap juga cuba mencuri-curi masa untuk menulis blog.. Maklumlah dah minat.. pada ketika ini jam didinding menunjukkan pukul 3.00 pagi.. Tapi saya baru nak memikirkan apa yang saya nak tulis pada kali ini.. ;)

Bermula tulisan saya pada kali ini...
------------------------------------------------------------------------------------------
Saya mula berminat untuk menulis blog, setelah melihat seorang x kelas mate saya begitu komited menulis blog.. Pada ketika itu saya terfikir apa yang menyebabkan rakan saya begitu termotivasi untuk terus menulis blog?? Tak jemu ke beliau menulis blog?? Tak letih ke jari beliau menulis??

Jadi untuk menjawab persoalan tersebut, saya telah membeli sebuah buku terbitan PTS yang berjudul buat duit dengan blog tulisan Yazid Yahaya.. zaman sekarang ni mudah sahaja nak mendapatkan ilmu.. Dekat kedai buku terdapat bermacam-macam buku yang boleh membantu kita untuk mencari maklumat.. ;)

Melalui buku tersebut baru saya tahu kenapa kebanyakan blogger tak pernah jemu menulis blog.. Rupa-rupanya sambil berkongsi informasi dengan pembaca blog mereka, mereka juga boleh memperolehi pendapatan sampingan...

Jadi bermula pada bulan Disember 2009, saya mula melibatkan diri dalam dunia penulisan blog.. Masa tu timbul pula pertanyaan daripada rakan-rakan saya.. Boleh jadi Kaya ker dengan menulis Blog?? Berapa pendapatan sebulan yang saya perolehi melalui blog??

Agak letih juga sebenarnya saya nak menjawab soalan-soalan seumpama ini.. Soalan-soalan seperti ini juga boleh menjatuhkan motivasi blogger-blogger baru.. Terutamanya sekiranya mereka menulis blog semata-mata untuk mencari duit.. Jadi sebelum anda menceburkan diri dalam penulisan blog, pastikan anda benar-benar berminat dalam bidang ini..baru anda akan merasai kepuasannya.. ;)

Membuat duit dengan menulis blog adalah satu perkara yang benar.. Berapa banyak yang kita boleh dapat bergantung kepada usaha kita dan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T..

Untuk berjaya dalam bidang ini sebenarnya kita perlu membuat penyelidikan, kena tahu teknik-teknik menjana trafik, kena rajin memberi meklumbalas kepada pengunjung blog kita dan lain-lain.. Apa yang penting kena rajin berusaha dan tidak jemu belajar daripada rakan-rakan blogger yang lain..

Tidak dinafikan ada sesetengah blogger yang memperolehi pendapatan yang lumayan melalui blog mereka.. Tetapi ramai di kalangan rakan-rakan blogger cuma memperolehi pendapatan yang agak sedikit sahaja.. Contohnya blog sembang hari2.. Berikut merupakan contoh pendapatan yang pernah saya perolehi melalui pengiklanan nuffnang..


Sebenarnya tak ada apa pun yang nak dibanggakan dengan pendapatan tersebut.. Nilainya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan blogger-blogger otai yang lain.. Tetapi cukuplah untuk memberi motivasi kepada saya untuk terus menulis blog..

Walaupun sedikit, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah saya perolehi.. ;)

Selain daripada pengiklanan nuffnang dapatlah juga beberapa ringgit daripada rakan-rakan usahawan internet yang lain. Contoh pendapatan adalah seperti dalam gambar di bawah:


Lagi sedikit daripada pengiklanan nuffnang.. Walaupun tak banyak.. Tapi duitlah juga kan.. Siapa yang nak bagi??..

Nasihat saya kepada anda yang turut terlibat dalam penulisan blog.. Pastikan anda menceburi bidang ini kerana minat.. Bukan kerana untuk mencari wang semata-mata..

Insya Allah Dengan infomasi bermanfaat yang kita kongsikan akan dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.. dan juga memudahkan kerja orang lain..

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Semoga jumpa lagi di lain kali...




Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/



Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..