Showing posts with label Pendapatan Terumpuk. Show all posts
Showing posts with label Pendapatan Terumpuk. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Trafik Blog Sembang hari2 telah melebihi 100K

Syukur Alhamdulillah..

Setelah terlibat dalam penulisan Blog hampir 3 tahun, Akhirnya Trafik blog sembang hari2  telah melebihi 100,000 trafik..


Lama betul saya menunggu saat-saat ini.. 

Disebabkan Blog  Sembang Hari2  ini blog yang biasa-biasa sahaja, jadi susah sikit nak dapat banyak trafik.. Terlalu kerdil trafik blog Picisan ini jika hendak dibandingkan dengan blog-blog yang seusia dengannya..Pada masa sekarang ni terdapat banyak blog yang berjaya mencapai lebih 1 juta trafik dalam tempoh 3 tahun kewujudannya di alam Cyber.. 

Antara penyebab utama kelembapan trafik yang singgah di blog sembang hari2 adalah disebabkan blog ini jarang berupdate.. maklumlah Sejak akhir-akhir ini saya lebih banyak memberi tumpuan kepada Blog Coretan Anuar dan juga blog Discount hari2..

Walaupun Blog  Sembang Hari2  jarang berupdate, tetapi pihak nuffnang masih sudi lagi memberikan BE kepada blog picisan ini.. Terima kasih Nuffnang..

BE terbaru yang sedang aktif di Blog Sembang Hari2 ialah Colgate Palmolive MBBC.. Pada pandangan saya.. iklan Colgate pada kali Ini merupakan antara iklan paling menarik daripada nuffnang.... 


Kalau nak tahu apa yang menarik, jangan lupa untuk mengunjungi Page Colgate di Facebook dengan klik pada banner Colgate yang tertera di blog  Sembang Hari2 ..

Terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung blog ini, sehingga membolehkan blog picisan ini berjaya memperolehi lebih 100K trafik..



Read more...

Sunday, April 1, 2012

Boleh buat duit Ke dengan menulis Blog??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi pada kali ini.. Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..

Hmmm.. Agak lama juga saya tak berkesempatan untuk menulis blog.. Maklumlah agak sibuk sejak akhir-akhir ini dengan pelbagai kerja harian saya di pejabat.. ;)

Walaupun sibuk saya tetap juga cuba mencuri-curi masa untuk menulis blog.. Maklumlah dah minat.. pada ketika ini jam didinding menunjukkan pukul 3.00 pagi.. Tapi saya baru nak memikirkan apa yang saya nak tulis pada kali ini.. ;)

Bermula tulisan saya pada kali ini...
------------------------------------------------------------------------------------------
Saya mula berminat untuk menulis blog, setelah melihat seorang x kelas mate saya begitu komited menulis blog.. Pada ketika itu saya terfikir apa yang menyebabkan rakan saya begitu termotivasi untuk terus menulis blog?? Tak jemu ke beliau menulis blog?? Tak letih ke jari beliau menulis??

Jadi untuk menjawab persoalan tersebut, saya telah membeli sebuah buku terbitan PTS yang berjudul buat duit dengan blog tulisan Yazid Yahaya.. zaman sekarang ni mudah sahaja nak mendapatkan ilmu.. Dekat kedai buku terdapat bermacam-macam buku yang boleh membantu kita untuk mencari maklumat.. ;)

Melalui buku tersebut baru saya tahu kenapa kebanyakan blogger tak pernah jemu menulis blog.. Rupa-rupanya sambil berkongsi informasi dengan pembaca blog mereka, mereka juga boleh memperolehi pendapatan sampingan...

Jadi bermula pada bulan Disember 2009, saya mula melibatkan diri dalam dunia penulisan blog.. Masa tu timbul pula pertanyaan daripada rakan-rakan saya.. Boleh jadi Kaya ker dengan menulis Blog?? Berapa pendapatan sebulan yang saya perolehi melalui blog??

Agak letih juga sebenarnya saya nak menjawab soalan-soalan seumpama ini.. Soalan-soalan seperti ini juga boleh menjatuhkan motivasi blogger-blogger baru.. Terutamanya sekiranya mereka menulis blog semata-mata untuk mencari duit.. Jadi sebelum anda menceburkan diri dalam penulisan blog, pastikan anda benar-benar berminat dalam bidang ini..baru anda akan merasai kepuasannya.. ;)

Membuat duit dengan menulis blog adalah satu perkara yang benar.. Berapa banyak yang kita boleh dapat bergantung kepada usaha kita dan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T..

Untuk berjaya dalam bidang ini sebenarnya kita perlu membuat penyelidikan, kena tahu teknik-teknik menjana trafik, kena rajin memberi meklumbalas kepada pengunjung blog kita dan lain-lain.. Apa yang penting kena rajin berusaha dan tidak jemu belajar daripada rakan-rakan blogger yang lain..

Tidak dinafikan ada sesetengah blogger yang memperolehi pendapatan yang lumayan melalui blog mereka.. Tetapi ramai di kalangan rakan-rakan blogger cuma memperolehi pendapatan yang agak sedikit sahaja.. Contohnya blog sembang hari2.. Berikut merupakan contoh pendapatan yang pernah saya perolehi melalui pengiklanan nuffnang..


Sebenarnya tak ada apa pun yang nak dibanggakan dengan pendapatan tersebut.. Nilainya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan blogger-blogger otai yang lain.. Tetapi cukuplah untuk memberi motivasi kepada saya untuk terus menulis blog..

Walaupun sedikit, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah saya perolehi.. ;)

Selain daripada pengiklanan nuffnang dapatlah juga beberapa ringgit daripada rakan-rakan usahawan internet yang lain. Contoh pendapatan adalah seperti dalam gambar di bawah:


Lagi sedikit daripada pengiklanan nuffnang.. Walaupun tak banyak.. Tapi duitlah juga kan.. Siapa yang nak bagi??..

Nasihat saya kepada anda yang turut terlibat dalam penulisan blog.. Pastikan anda menceburi bidang ini kerana minat.. Bukan kerana untuk mencari wang semata-mata..

Insya Allah Dengan infomasi bermanfaat yang kita kongsikan akan dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.. dan juga memudahkan kerja orang lain..

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Semoga jumpa lagi di lain kali...




Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/



Read more...

Thursday, August 18, 2011

Blog Sembang Hari2 telah kehabisan BE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberi BE (Buffert Earning) atau pendapatan terumpuk kepada blog sembang hari2..

Kalau dikirakan banyak juga BE yang blog sembang hari2 dapat.. Ada 8 kesemuanya setakat ini.. Tetapi sayang.. sebab tak berpeluang nak mengaut income yang banyak.. sebab blog sembang hari2 tak banyak trafik.. huhuhu sedihnya..

Kalau blog-blog femes macam blog Ben Ashaari, Red Mummy, Cik Epal, Hanis Zalikha tentu dia orang dah dapat ribu-riban dengan BE yang blog dia orang dapat.. Itulah kelebihan blog yang banyak trafik..


Sekarang ni tinggal satu BE sahaja yang tinggal di blog sembang Hari2.. Standard Chartered Liverpool LR merupakan produk kad kredit atau kad hutang.. BE yang lain semuanya telah tamat tempoh kempen.. Harap-harap lepas ni pihak nuffnang dapat memberikan lebih banyak BE kepada blog sembang hari2..

Satu kemusykilan yang saya sedang mencari jawapannya tentang BE ni.. Saya mempunyai dua blog iaitu blog sembang hari2 dan blog coretan Anuar.. Dari segi trafik, blog coretan Anuar mempunyai lebih banyak trafik berbanding blog sembang hari2..

Tapi BE yang saya perolehi melalui nuffnang diberikan kepada blog sembang hari2 dan bukannya kepada blog coretan Anuar.. Sedihlah juga, sebab trafik blog sembang hari2 sikit.. Jadi sikitlah income yang masyuk..

Saya berharap pihak nuffnang sudi memberikan BE kepada blog coretan Anuar.. Supaya dapatlah juga saya merasa lebihan pendapatan bulanan melalui pengiklanan nuffnang.. ;)


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

  Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan 
Bayi Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..