Monday, December 5, 2011

Gambar Anak-anakku Di Teluk Batik...

Sekali sekala kami sekeluarga meluangkan masa untuk bersantai di tepi pantai Teluk Batik... menikmati keindahan pemandangan laut sambil menghirup udara segar di tepi pantai... 

Ohh.. Alangkah indahnya alam semula jadi ciptaanmu wahai sang Pencipta yang mencipta dan mentadbir seluruh alam... 

Syukur Alhamdulillah... Saya masih bernafas di muka bumi ini untuk menikmati saat-saat indah bersama insan-insan tersayang..  Melihat anak-anak membesar di hadapan mata merupakan satu anugarah terindah buat seorang lelaki bergelar bapa... 

Sebelum ini episod jalan-jalan kami banyak berkisarkan tempat-tempat di kawasan Borneo... Tapi untuk entri-entri selepas ini banyak berkisarkan kawasan-kawasan di semenanjung Malaysia tempat tanah tumpah darah kami dilahirkan.... Kita bermula dengan Teluk Batik dan selepas ini Insya Allah akan menyusul tempat-tempat lain lagi....

Gambar anak-anakku dan anak pak mertuaku di Teluk Batik... 

Adam dah pandai bermain pasir... ;)

Haikal dengan aktiviti rutinnya ditepi pantai mengutip cengkerang kerang...

Cengkerang kecil merupakan cengkerang pilihan Haikal...

Cukup kecil cengkerang yang berjaya Haikal kutip...

Read more...

Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung, Lekir, Perak

Pada entri kali ini saya ingin mempromosikan satu tempat makan menarik yang terletak di Batu 8, Lekir Perak yang dikenali sebagai Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung....

Tempat makan ini terletak di Muara Sungai dan kedudukannya agak terpencil.. Tiada sebarang banner atau papan tanda promosi diletakkan di jalan besar untuk menuju ke kedai makan ini.. Tapi disebabkan makanan yang disediakan di kedai ini sedap, maka pengunjung dari jauh boleh sampai ke kedai ini melalui penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut...

Sebenarnya saya baru pertama kali sampai ke kedai ini setelah di bawa oleh sepupu isteri saya... Untuk makluman anda, sepupu isteri saya agak cerewet dalam bab pemakanan.. Disebabkan sepupu isteri saya kerap berkunjung ke kedai ini, jadi dari awal lagi kami dah dapat mengagak keenakan makanan yang disediakan di kedai ini..

Selama ini saya tidak tahu menahu pun terdapat sebuah kedai makan terpencil di kawasan tersebut walaupun jalan tersebut kerap saya lalui... Mungkin ini menjadi salah satu faktor, rancangan jalan-jalan cari makan TV3 tak pernah datang ke sini... ;)

Sebuah kedai makan kampung yang kelihatan agak low profile...


Terletak di Muara Sungai... 

Kami datang ke kedai tersebut seawal yang mungkin supaya tidak bersesak dengan pelanggan yang datang... Biasanya pada waktu malam, ramai pengunjung datang ke kedai ini... Jadi kami mengambil langkah selamat untuk mengelakkan diri daripada kesesakan tersebut... ;)


Haikal dan Adam mengambil kesempatan untuk melihat kelibat ikan dan ketam di dalam air...

Pilih sahaja bahan mentah yang diminati untuk di masak...

Ikan Siakap antara menu yang menjadi pilihan pengunjung...

Sotong Goreng Tepung dan Ikan Bakar yang telah siap disediakan.. 

Ikan masak Kerabu antara menu yang menjadi kegemaran sepupu isteri saya...

Sup Ekor.. Memang Power...

Udang masak Lada Kering.. Yummii...

Semua makanan yang kami pesan memenuhi citarasa kami terutamanya isteri dan sepupu isteri saya yang agak cerewat dalam bab pemakanan... Kalau tak sedap confirm punya sepupu isteri saya tidak akan berkunjung semula ke kedai tersebut...

Disebabkan makanan yang disediakan di kedai ini memang sedap, jadi saya syorkan anda singgah di kedai ini sekiranya berkunjung ke kawasan Manjung, Lekir, Setiawan, Teluk Batik atau kawasan-kawasan lain yang sewaktu dengannya...







Read more...

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Pada Tahun 2012

Berikut merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan Pada Tahun 2012 mengikut Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011 dengan nombor rujukan ANM(T)81/10/6/10/Jld.5(46)


Semoga info ini berguna buat anda yang bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan dalam membuat perancangan kewangan setiap bulan pada tahun 2012 nanti...

Dalam pembentangan Bajet 2012, PM telah memberitahu terdapat kenaikan gaji penjawat awam pada tahun hadapan.. Ini merupakan satu berita yang sangat menggembirakan buat kakitangan kerajaan... Tapi awas!!! Selepas ini kena berhati-hati menjaga lebihan sedikit wang tersebut.. supaya tidak mengalir laju macam aliran air paip... ;)

Kata orang bila gaji naik, perbelanjaan pun akan turut naik.. Maklumlah pada zaman sekarang ini segala-galanya memerlukan wang... Lebih-lebih lagi bila tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.. 

"Start" sahaja enjin kereta, kemudian memandu dalam beberapa kilometer dah kena keluar duit poket bayar tol.. Itu belum lagi pergi ke mana-mana mall atau shopping Complex.. Rambang mata kita dibuatnya.. Ada sahaja benda yang menarik perhatian kita untuk dibeli.. Betul tak?? 

Banyak mana pun wang gaji yang kita perolehi pasti tidak akan cukup sekiranya kita membelanjakan wang tersebut tanpa kawalan...  Jadi sama-samalah kita membuat perancangan dengan sebaik-baiknya supaya wang gaji yang diperolehi dapat digunakan untuk menampung kehidupan kita pada masa sekarang dan sebagai bekalan pada masa hadapan...

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..