Bermula pada petang ini saya bersama isteri dan 2 orang anak lelaki (hero) akan memulakan cuti sempenan tahun baru Cina..
Destinasi yang kami tuju adalah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak.. Dah agak lama sebenarnya tak buat trip berjalan-jalan bersama keluarga ke Kuching.. Last sekali buat family trip ke Kuching pada Disember 2008.. Masa tu anak baru sorang.. ;)
Jadi, pada kali ini, memang teringin sangat nak pergi memandangkan anak ke 2 kami dah pandai berjalan (umur setahun 1 bulan).. hehehe..
Jadi pada petang ini kami akan bertolak ke sibu dan bermalam di sana sebelum bertolak ke Kuching pada esok hari.. Tak lama pun kami berada di Kuching.. hanya 5 hari jer, dan akan kembali ke Mukah pada hari Ahad..
Jadi seandainya saya tak berkesempatan untuk update blog ini, harap anda semua faham.. Pemiliknya sedang bercuti-cuti Malaysia..
Bagi rakan-rakan blogger yang sedang ternanti-nanti pemenang tempat 1 hingga ke 3 Contest GA pertama blog sembang hari2.. Diharap anda semua boleh bersabar.. Keputusan akan cuba diumumkan dalam masa yang terdekat ini.. ;)
Read more...
2025 Malaysian Challengers results
6 days ago