Wednesday, February 9, 2011

Doa buat rakan-rakan blogger.. (Daripada blogger untuk blogger)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebagai seorang blogger, tentu masing-masing mempunyai sebab tersendiri kenapa menceburkan diri dalam bidang ini? Pastinya ada rakan-rakan blogger yang mengatakan tujuan mereka berblog adalah kerana ingin mencari ramai kenalan, ingin berkongsi informasi dengan orang ramai, ingin memperolehi pendapatan sampingan, ingin memperomosikan perniagaan dan sebagainya..

Pernah saya bertanya kepada diri saya, kenapa saya menjadi seorang blogger?

Pada awalnya saya ingin menjadi seorang blogger disebabkan ingin berkongsikan kisah kehidupan saya yang jauh di perantauan.. Tempat di mana saya bekerja sekarang ini,merupakan tempat yang ramai orang tidak mahu bertugas di sini.. Sebahagian besar rakan-rakan saya yang berada di sini (Mukah) adalah dari golongan-golongan muda yang dengan rela atau paksa rela dihantar bertugas di sini..

Kebanyakan orang ramai tidak mahu bertugas di sini kerana memikirkan beberapa kekangan yang terpaksa mereka hadapi untuk bertugas di sini.. Jadi dengan berpegang kepada peribahasa "Tak kenal, maka tak cinta", maka saya cuba untuk berkongsikan kehidupan di Mukah ini kepada rakan-rakan sekerja saya di luar sana samada di yang berada di semenanjung atau di Sabah melalui blog... ;)

Kemudian melalui beberapa sumber bacaan, saya mendapat maklumat bahawa kita boleh menjana pendaptan sampingan melalui blog.. Justeru itu, saya mula mempelajari selok belok untuk mencari pendapatan sampingan melalui blog.. Jadi setelah beberapa minggu saya berblog, saya mempunyai beberapa matlamat sebagai seorang blogger antaranya adalah:
  • Berkongsi tentang apa juga informasi yang saya terima secara langsung atau tidak langsung
  • Berkongsi sedikit kisah pengalaman hidup saya di Mukah Sarawak
  • Mempromosikan perniagaan saudara mara, kenalan dan rakan-rakan di blog Discount Hari2
  • Menjana pendapatan dengan nuffnang dan affiliate
  • Berkongsi peluang perniagaan melalui internet
  • Mempromosi Pak Ya Home Stay
  • Mencari kenalan di Internet
  • Berkongsi kegembiraan yang saya kecapi dengan orang lain
Jadi untuk mencapai kesemua matlamat tersebut, saya tidak boleh duduk diam dan goyang kaki.. Prinsip hidup saya adalah kita perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki.. Saya cuba mengelakkan diri daripada menerima rezeki yang datang bergolek kepada kita tanpa sebarang usaha yang kita lakukan.. Betul tak?
Melalui blog, antara usaha yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan adalah dengan menulis dan terus menulis untuk tatapan pembaca blog kita..

Pada hari ini ramai orang menulis rencana atau artikel untuk dihantar kepada majalah atau akhbar untuk mendapatkan bayaran.. Tetapi sebagai seorang blogger kita menulis secara sukarela, dan sekiranya ada rezeki dapatlah sedikit imbuhan hasil usaha yang telah kita lakukan..

Justeru itu untuk mencapai matlamat tersebut, kita kena sentiasa berusaha dan dalam masa yang sama kena juga sentiasa berdoa semoga kita dimurahkan rezeki..

Ya Betul!! Kita perlu berdoa setiap kali sebelum dan selepas mengupdate blog.. Ini kerana rezeki yang kita terima datangnya daripada Allah s.w.t.. Lebih-lebih lagi rezeki yang kita terima melalui sumbangan daripada pembaca blog yang 'tergerak hati' untuk klik, download, beli barang dan sebagainya..

Terdapat beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk memeperolehi kebahagaiaan dan dimurahkan rezeki.. Jadi jangan lupa baca doa-doa di bawah ini setiap kali sebelum menulis blog, selepas menulis blog, dan selepas memperolehi rezeki..

Doa Memohon Kebahagiaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keberuntungan pada-Mu dalam hal ketetapan (keputusan), tempat orang-orang yang mati syahid, kehidupan orang-orang yang bahagia, dan kemenangan terhadap musuh

Doa Memohon Kemenangan Dan Kemuliaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah maka kuatkanlah aku, dan sesungguhnya aku ini hina, maka muliakanlah aku, dan sesungguhnya aku ini fakir, maka kayakanlah aku, wahai Dzat Yang paling Penyayang

Doa Memohon Keluasan Rezeki
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, Dzat yang kaya dan Pemurah, Dzat yang mempunyai anugerah yang Agung. Dzat yang luas pemberian dan kedermawanan-Nya. Kayakanlah aku dengan apa-apa yang engkau halalkan,
dan cukupkanlah aku dengan kemurahan-Mu dari siapa saja selain-Mu

Doa Memohon Kekayaan Berupa Harta
Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Ya Allah, Tuhan yang maha kaya dan Maha Terpuji, Tuhan yang menakdirkan, kasihan dan Maha Kasih Sayang, berilah aku kekayaan harta yang engkau halalkan bukan yang engkau haramkan,
berilah aku kelebihan dari yang lain dengan berkat kurnia-Mu

Doa Ketika Memperoleh Rezeki
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih
Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki padaku tanpa daya dan upaya dariku.
Ya Allah, berkatilah rezekiku ini.

Doa Ketika Menerima Sedekah dan Hadiah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Semoga Allah memberi pahala padamu terhadap apa yang telah engkau berikan,
dan semoga Allah menjadikannya sebagai pembersih untukmu.
Dan semoga Allah memberkati harta yang masih tertinggal padamu..


Sebagai renungan buat kita semua:
Rezeki sebenarnya bukan hanya harta dan kekayaan semata-mata.. Jadi janganlah anda berasa gusar atau bimbang sekiranya anda telah berusaha, tetapi tidak memperolehi rezeki seperti yang anda harapkan.. Mendapat kesihatan tubuh badan, kelapangan masa, keluarga yang bahagia, anak-anak yang comel, sihat dan bijak juga rezeki yang cukup berharga buat kita semua..

Admin Blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..