Saturday, November 12, 2011

Persoalan tentang Aqiqah telah terjawab.. Syukur Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang sedikit info yang menjadi persoalan saya selama ini tentang Ibadah Aqiqah...


Sempena Hari Raya Aidil Adha pada minggu lepas saya dan isteri melaksanakan Aqiqah untuk putera kedua kami, Adam... 


Seperti yang kita semua sedia maklum, Aqiqah ini merupakan sunat Muakad yang perlu dilakukan untuk setiap kelahiran cahaya mata dalam keluarga kita... 


Menurut Aqiqah yang saya faham, Kadar Aqiqah bagi seorang Anak lelaki ialah dua ekor kambing, dan seekor kambing bagi anak perempuan..


Saya faham dan jelas tetang bahagian ini disebabkan ianya ada ditulis di buku-buku agama dan kitab... Tetapi perkara yang saya kurang jelas adalah berkenaan bahagian Aqiqah untuk anak lelaki bagi seekor lembu...


Perkara ini telah menjadi pendebatan di antara saya dan ibu saya, dari dahulu sehinggalah ke hari ini..


Saya mengatakan memadai mengaqiqahkan anak lelaki dengan hanya satu daripada tujuh bahagian lembu..  


Manakala bagi pendirian ibu saya pula, Aqiqah untuk anak lelaki perlu dilakukan dengan dua bahagian lembu...


Sebenarnya saya pernah bertanyakan tentang perkara ini kepada rakan-rakan saya yang agak veteran semasa hendak mengaqiqahkan anak sulung saya pada tiga tahun yang lepas .. Setakat ini semuanya mengatakan Aqiqah untuk anak  lelaki memadai dengan hanya satu bahagian lembu sahaja... Ianya turut disokong oleh pendirian Ayah mertua saya...


Tetapi hujah yang diperkatakan oleh ibu saya turut berasas juga... Beliau mengatakan sekiranya kita mengaqiqahkan kambing untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing iaitu dua kali ganda daripada anak perempuan.. Jadi begitu juga halnya sekiranya ia digantikan dengan lembu, Ianya perlu dilakukan dalam nisbah 2:1 untuk anak lelaki dan perempuan..


Disebabkan saya telah mengaqiqahkan kedua-dua anak lelaki saya dengan satu bahagian lembu sahaja, maka timbullah perasaan tidak senang hati di benak fikiran saya... ialah takut ibadah yang kita lakukan tidak sempurna....


Jadi untuk mengatasi perasaan ini, saya pun mulalah membuat pencarian diinternet untuk mencari jawapannya...


Syukur Alhamdulillah... Saya telah pun memperolehi jawapannya yang dapat memuaskan hati kedua-dua belah pihak...


Mari kita sama-sama membaca persoalan dan jawapan yang saya perolehi daripada dua sumber yang boleh dipercayai:

Sumber Pertama: 

Assalamualaikum. 

Saya nak pastikan berapakah bahagian utk aqiqah bagi anak lelaki utk seekor lembu? 
Setahu saya, bagi seekor lembu, aqiqah untuk anak lelaki mahupun anak perempuan , masing-masing satu bahagian aqiqah. 

Betulkah fahaman saya ini?
- Rosmawati Ab. Raub -

Jawapan

Waalaikumusalam. 

1. Disunatkan bagi mengaqiqahkan anak lelaki dengan 2 bahagian dan perempuan cuma 1 bahagian sahaja. 
1/7 bahagian adalah sama dengan seekor kambing. 

2. Walau bagaimanapun boleh mengaqiqah untuk anak lelaki dengan 1 bahagian sahaja. 2 bahagian adalah bagi orang yang mampu. Jika menyempurnakan 1 bahagian sahaja, tak mengapa bermakna aqiqah itu diterima oleh syarak dan agama. 

3. Yang penting ada ibadah aqiqah dilakukan, tidak mengira 1 atau 2 bahagian.
Wallahualam.

Note:
* Setiap soalan akan dijawab oleh Panel Ustaz dari Unit Hal Ehwal Islam Shared Services Organization, Bahagian Sumber Manusia. 


Sumber : www.bakit.com.my


Sumber Kedua:  

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadiwajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). 



Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawaRasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


Sumber : http://www.mybengkung.com/aqiqah.html



Berdasarkan kepada kedua-dua sumber ini, maka terjawablah sudah persoalan yang menjadi kemusykilan saya tentang Aqiqah bagi anak lelaki...

Jadi pegangan ibu saya adalah betul, dan ibadah aqiqah yang saya lakukan juga tidak salah..

Disebabkan dua bahagian lembu untuk anak lelaki merupakan sunat muaqad (sama seperti dua ekor kambing).. Jadi kalau ada rezeki dikemudian hari digalakkan untuk mengaqiqahkan satu bahagian lagi....

Wallahualam..

Semoga amal Ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T... Amin...

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
  Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..