Monday, January 3, 2011

Pemandangan waktu petang dari Pasar Mukah..

Pemandangan waktu petang yang dapat dilihat dari pasar lama Mukah..

Gambar-gambar ini ditangkap sewaktu menunggu ikan merah yang saya beli disiang oleh penjual ikan..

Ikan fresh yang baru "dilontarkan" oleh nelayan dari botnya.

Bot-bot yang terdapat di Jeti

Pemandangan Sungai dari pasar mukah

Ikan merah yang saya beli telah siap disiang..

Harga ikan sekarang ni saya pun tak pasti mahal atau murah berbanding harga ikan di semenanjung.. Suatu ketika dahulu harga ikan di pasar mukah ni memang murah.. Pada ketika itu kebanyakan ikan-ikan yang di tangkap di sini dijual di bandar Miri, kerana ikan dapat dijual dengan agak mahal di Miri berbanding di Mukah.

Tetapi pada hari ini harga ikan di pasar Mukah dah hampir sama dengan harga ikan di tempat-tempat lain.. Ikan Merah yang saya beli ini dijual pada harga RM17 sekilo. Kalau nak bandingkan dengan harga pasaran disemenanjung saya tak pasti lah pula.. Sebab jarang membeli ikan besar2 di semenanjung..

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..