Tuesday, December 6, 2011

Pen Al-Quran Digital..

Assalamualaikum w.b.t...

Baru-baru ini ada seorang usahawan internet terkenal iaitu saudara Rahman Basri menghantar email kepada saya.. Beliau mengajak saya untuk bersama-sama memasarkan produk jualan terkini beliau iaitu Pen Al-Quran Digital..

Seperti yang anda sedia maklum, Blog sembang hari2 bukanlah sebuah blog yang popular.. Trafik yang datang pun sekadar cukup-cukup makan sahaja... Tetapi disebabkan cuba sedaya upaya untuk memenuhi jemputan tersebut, maka saya pun berkunjung ke laman web jualan beliau.. 

Setelah saya selesai melawat laman web jualan tersebut, saya bersetuju untuk memasarkan Pen Al-Quran Digital ini di blog saya.. Pada pendapat saya, kita wajar memberi sokongan kepada produk inovasi yang baik seperti Pen Al-Quran Digital ini untuk perkongsian kita bersama.. Secara tidak langsung produk seumpama ini akan dapat menarik minat golongan muda untuk menghayati bacaan-bacaan Al-Quran... 


Apa kebaikan Pen Al-Quran Digital ini?

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi di laman web berikut (Klik Di Sini), terdapat 6 kebaikan Pen Al-Quran digital iaitu:
  1. Ia mudah digunakan
  2. Dilengkapi 30 Juzuk Al-Quran, Iqra' dan doa harian..
  3. Dilengkapi dengan Terjemahan 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  4. Bacaan daripada Imam Besar Masjidil Haram dan Qari Terpilih
  5. Bacaan berdasarkan pilihan dan sentuhan pen anda..
  6. Berfungsi sebagai 'MP3 Player'

Kata orang tak kenal maka tak Cinta...  Jadi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pen Al-Quran Digital ini sila klik pada video di bawah ataupun terus melayari laman web Pen Al-Quran Digital pada pautan berikut (Klik Di Sini)




Sekian sahaja perkongsian di blog sembang hari2 pada kali ini... Semoga melalui perkongsian ini kita akan dapat bersama-sama memperolehi manfaat daripadanya... Insya Allah...
Read more...

Antara Papago! dan Garmin berdasarkan pengalaman ku...

Pada zaman teknologi ini, GPS merupakan satu keperluan kepada kita.. Terutamanya kepada orang-orang yang tak biasa memandu kereta di bandar-bandar besar seperti saya.. Tanpa GPS, Saya mungkin terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke satu destinasi, sedangkan orang lain boleh sampai ke destinasi yang sama dalam masa yang singkat sahaja...

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya memerlukan bantuan GPS sebagai penunjuk jalan... Pada masa sekarang ini terdapat banyak jenis GPS yang berada di pasaran yang boleh dimiliki secara Percuma..  Dalam banyak-banyak GPS ini yang mana satu yang terbaik kepada kita? Dan yang paling penting sekali GPS tersebut perlu mesra pengguna...

Setakat ini saya hanya pernah menggunakan dua GPS sahaja iaitu Garmin dan Papago! Kedua-dua GPS yang pernah saya gunakan ini di "install" ke dalam "handphone"... GPS Papago! di "install" ke dalam "Handphone" isteri saya, manakala GPS Garmin di "Install" ke dalam "handphone" saya...

GPS Papago!  dan Garmin dalam Hanphone saya dan isteri...

Saya mula menggunakan GPS Garmin Versi 2008 pada tahun 2009.. Semasa saya memandu kereta di Kawasan negeri Sabah dan Sarawak, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Garmin.. Tetapi bila memandu di kawasan Kuala Lumpur, jalan yang ditunjukkan oleh Garmin ada kalanya sukar untuk difahami.. sehingga menyebabkan beberapa kali saya tersalah memilih jalan.... ;)

Paparan GPS Papago! dan Garmin di telefon bimbit... 

Saya pernah bertanya kepada rakan saya tentang perkara tersebut... menurut rakan saya, jalan-jalan di Kuala Lumpur sering berubah.. Jadi untuk membolehkan Garmin yang kita guna serasi dengan perubahan jalan tersebut, kita perlu kerap mengupdate Sofware Garmin yang kita gunakan... Kalau tidak, jalan-jalan yang ditujukkan oleh Garmin ada kalanya sudah tidak wujud lagi... Dan Garmin terpaksa "recalculate" semula untuk mencari jalan yang baru setiap kali kita tersalah jalan... Fuh letih betul dibuatnya...

Baru-baru ini kami sekeluarga pergi ke Kelana Jaya untuk menghadiri majlis Kenduri Perkahwinan sepupu isteri saya... Nak dijadikan cerita, Handphone saya mengalami masalah pada ketika itu sehingga tidak dapat digunakan di sepanjang perjalanan kami...

Jadi Tak dapatlah nak gunakan Garmin.. Tapi nasib baiklah ada Papago!.. Seperti biasa saya memandu dan isteri saya jadi penunjuk jalan dengan menggunakan bantuan GPS (Papago!).. Semasa memandu pada kali ini, saya berasa agak seronok disebabkan semua arah yang ditunjukkan oleh isteri saya adalah tepat.. Takder sekali pun kami sesat larat (istilah orang Perak) seperti sewaktu kami menggunakan Garmin... ;)

Nak tahu apa rahsianya???

Sila tengok pada gambar di bawah... 

Paparan yang ditunjukkan oleh Papago! sama seperti keadaan sebenar..

Setiap kali ada sahaja simpang, papago! akan mengeluarkan paparan gambar jalan sama seperti keadaan sebenar... Dan menunjukkan arah anak panah pada jalan mana yang sepatutnya kita pilih... Patutlah semua jalan yang kami pilih tepat... Tak pernah sekalipun kami tersalah masuk simpang seperti yang pernah kami alami pada sebelum ini...

Secara kesimpulannya saya mengesyorkan anda menggunakan GPS Papago! kerana ianya lebih mesra pengguna... Ataupun menggunakan GPS Garmin versi terkini.. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada enteri ini...

Read more...

Karya Seni si Pujaan Hati... (Tips mengelakkan diri daripada mengantuk)

Entri ini ditujukan khas buat isteriku yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati...

Selain pandai memasak, isteriku juga pandai menghasilkan karya seni tertutamanya di saat-saat beliau mencari ilham sewaktu berada di dalam mesyuarat, perjumpaan atau perhimpunan... 

Keikhlasan niat beliau untuk mengelakkan diri daripada pengantuk, telah memberi ilham demi ilham kepada beliau untuk menghasilkan corak demi corak yang kelihatan cantik pada pandangan mataku... 

Ilham ini berjaya dihasilkan sewaktu Jayawara Transformasi Politeknik

Open Source Operating System..

Meeting JMSK...

Jadi, untuk mengelakkan anda daripada mengantuk sewaktu menghadiri apa-apa seminar, mesyuarat, atau perjumpaan... Cubalah gerak-gerakkan tangan anda untuk melukis... Mana tahu anda berjaya menghasilkan sebuah lukisan yang menarik... Selamat mencuba.. ;) 

Read more...

Tahniah diucapkan kepada 5000 Lepasan Ijazah Pendidikan...

Tahniah diucapkan kepada 5000 lepasan Ijazah Sarjana Pendidikan (ISMP) dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berjaya menjadi guru di sekolah menengah di bawah kementerian Pelajaran mulai Januari tahun Depan..

Bilangan pengambilan guru tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 14% berbanding jumlah pengambilan guru pada tahun ini iaitu seramai 4,318 orang sahaja...

Ini menunjukkan satu petanda positif kepada para pelajar yang sedang mengikuti kursus Pendidikan (ISMP) di IPTA.. dan secara tidak langsung dapat menangkis isu yang kononnya graduan ISMP 'dianaktirikan' dalam pemilihan guru di sekolah di bawah Kementerian Pelajaran...

Sebenarnya isu anak tiri ini timbul apabila terdapat kira-kira 5,000 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) merasakan diri mereka di anak tirikan oleh kementerian pendidikan berbanding Lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG)..

Sebagai penyelesaiannya mereka meminta agar Kementerian Pelajaran tidak menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan Ijazah bukan pendidikan..

Sebagai seorang pendidik saya juga menaruh harapan yang tinggi, supaya isu ini berjaya diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan... Maklumlah Pelajar ISMP terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang pendidikan sebelum layak menjadi guru.. Sedangkan pelajar KPLI hanya mengambil masa selama setahun sahaja... Jadi pelajar ISMP merasakan penat lelah mereka menghabiskan masa selama 4 tahun untuk menghabiksan pengajian seakan tidak 'dihargai' oleh pihak kementerian...

Syukur Alhamdulillah... Dengan Pengambilan 5,000 ISMP untuk mengisi jawatan guru di sekolah menengah pada tahun hadapan merupakan satu langkah yang harus dipuji dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini....

Kepada anda yang tersenarai dalam kalangan 5000 orang tersebut, saya ucapkan tahniah..

Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak Malaysia... Anda merupakan salah seorang penggerak dalam memenuhi matlamat kerajaan untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020...
Read more...

8 Ferrari dan Sebuah Lamborghini antara 'Supercar' terlibat dalam kemalangan..

Gara-gara memandu dengan laju dalam satu konvoi telah menyebabkan 8 buah Ferrari dan sebuah Lamborghini terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh raya Chugoku, Jalan utama ke Selatan Honshu, Jepun..

Menurut seorang saksi, kereta-kereta ini dipandu dengan laju diantara 140 hingga 160 km/jam.. Sedangkan had laju yang ditetapkan untuk jalan tersebut adalah 80km/jam.. Maklumlah kereta berkuasa besar macam ni, mana sedap bawa perlahan...

Tapi seperti kata orang malang tidak berbau.. Ketika sedang memandu laju, salah sebuah daripada kereta tersebut berpusing dan kereta-kereta lain tidak sempat untuk menekan brek lalu menyebabkan kemalangan..

Untuk maklumat lanjut tentang kejadian selepas kemalangan, mari kita sama-sama menonton video di bawah:


Berhati-hati semasa memandu.. Ingatlah orang-orang yang kita sayangi.. Pandu Cermat, jiwa selamat.. ;)
Read more...

Kek Angry Bird Menjadi Pilihan Mia...

Baru-baru ini salah seorang rakan sepengasuh anak saya, Mia menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke tiga.. Mia merupakan anak sulung kepada rakan sekerja saya di PSIS.. Buat masa ini beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga, sebab belum ada rezeki untuk dapat adik lagi...

Mia juga seperti kanak-kanak lain yang cukup meminati Angry Bird..  Tidak cukup dengan koleksi Angry Bird pada baju, beg dan kasut yang beliau ada...  Beliau turut meminta kek Angry Bird sempena meraikan Hari Lahir beliau.. Lihat tu betapa besar penangan Angry Bird ini terhadap minda kanak-kanak...;)..

Nasib baik lah dekat Sungai Besar ada kedai kek yang boleh buat kek Angry Bird... Cantik pula tue.. Betapa gembiranya hati Mia apabila melihat kek Angry beliau...;)

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 3... MIA... ;)

Kek Angry Bird yang cantik...

Adam juga turut meminati kek tersebut... 

Qilah kelihatan tenang.. Tapi tengoklah masa makan nanti, siapa yang jadi Heroin ;)

Haikal, Faiz  dan Hanim tiada dalam gambar ini disebabkan masing-masing ada urusan tersendiri...

Selepas ini akan tiba pula giliran menyambut hari lahir Adam... Nampak gayanya kena cari kek juga untuk Adam.. Tapi kami tak rancang lagi nak beli kek apa?? Tunggu sahajalah sampai tiba masanya nanti...

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..