Monday, February 8, 2010

Mukah-Dalat-Sibu-KL-Ipoh (Bahagian 2)

Syukur Alhamdulillah..

Akhirnya kami sekeluarga berlepas meninggalkan Bumi Kenyalang buat sementara waktu untuk berjumpa ayah,ibu dan ahli keluarga tercinta di samping melaksanakan satu misi yang telah diamanahkan kepada saya..Satu misi yang perlu dilaksanakan dengan telus demi masa depan anak-anak didik di tempat saya bekerja..

Gambar saya bersama Haikal sedang menunggu untuk menaiki pesawat

Walaupun perjalanan kami agak memenatkan tetapi dengan kerenah anak sulung kami yang sentiasa menghiburkan, membuatkan kami sentiasa bertenaga untuk meneruskan perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi yang di tuju..


Suasana di Lapangan Terbang Sibu pada malam tersebut

Pada malam ini, seperti biasa tidak banyak penerbangan. Jadi tidak banyak pengunjung yang datang ke Lapangan Terbang Sibu. Kebanyakan kaunter daftar masuk telah pun kosong disebabkan kebanyakan penumpang telah pun "Check In" dan bersedia untuk "terbang".

Kami berlepas dari Sibu ke LCCT pada pukul 8.50 minit malam.. Dan kami tiba di LCCT lebih kurang pukul 11.00 malam..

Gambar Haikal dan Adam yang berada di atas pangkuan isteri saya dalam kapal terbang


Alhamdulillah.. Inilah kali pertama Adam naik kapal terbang dan merupakan kali yang ke 19 buat Haikal.. Untungnya kanak-kanak zaman sekarang.. Umur tak sampai setahun pun dah merasa naik kapal terbang.. Saya dan isteri dapat merasai pengalaman pertama menaiki kapal terbang sewaktu berumur 25 tahun ;)

Sukur.. disebabkan segala yang dirancang pada malam tersebut berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja sampai di LCCT kami hanya menunggu lebih kurang 20 minit sebelum 2 orang adik ipar saya datang dengan menaiki kereta dan membawa kami pulang ke Ipoh..

Kami tiba di Ipoh hampir pukul 4.00 pagi setelah beberapa kali berhenti di kawasan rehat di sepanjang perjalanan kami. Peringkat ke 2 perjalanan saya telah pun selesai. Tapi saya perlu pergi ke Shah Alam pada hari Selasa 9 Februari 2010.. Nak naik apa nak pergi ni?

Disebabkan kepenatan dan terlalu seronok berjumpa ahli keluarga pada pagi-pagi buta tersebut, jadi saya tangguhkan untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut pada keesokan harinya.. Jawapan yang berlegar-legar di kepala saya nak tumpang sesiapa sahaja yang pergi ke Kuala Lumpur.. Maklumlah dekat-dekat nak cuti Tahun Baru China ni tiket bas selalunya dah habis di jual... Rasanya setakat ini sahaja penulisan saya pada kali ini.. Harap kita jumpa lagi di lain kali...
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..