Thursday, March 8, 2012

Lama betul rasanya tak naik kapal terbang..

Lama Betul rasanya tak naik Kapal Terbang (Belon)..

Semasa berada di kepulauan Bornea dahulu hampir setiap bulan merasa naik kapal Terbang MAS.. Seronok juga masa tu.. Maklumlah dapat naik kapal terbang MAS percuma guna waren tiket gomen.. Masa tu ekonomi negara tengah Tip Top.. Pekerja gomen merasa Bonus 1 bulan gaji pada setiap tahun.. Jadi tak ada masalah nak sponsor tiket MAS..


Lepas tu bila ekonomi negara merudum sedikit, dapat juga naik kapal terbang.. Cuma kalau sebelum ni dapat naik MAS, bertukar kepada naik Air Asia Pula... Tiket penerbangan tambang murah lah katakan..


Bagi saya naik mana-mana kapal terbang pun tak kisah.. Yang penting selamat pergi dan selamat pulang.. Cuma setakat ini belum berkesempatan naik kapal terbang ke luar negara.. Teringin juga nak melancong ke mana-mana negara..



Tapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil ni buasnya boleh tahan.. Jadi kami tangguhkan dahulu hasrat tersebut... Insya Allah bila ada kelapangan nanti teringin nak pergi ke luar negara, terutamanya Vietnam..  

Kata orang dekat Vietnam ni harga barang murah.. Ramai orang membeli barang dekat Vietnam untuk dijual di Malaysia... Bila dengar cerita-cerita orang, teringin sangat nak pergi Vietnam... Tapi masalahnya tak boleh pergi sorang-sorang... Kena bawa dengan keluarga sekali... Jadi kena tunggu anak-anak besar sedikit supaya boleh tolong angkat-angkat barang... Kalau tak lunyai saya dibuatnya...



Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..