Friday, March 11, 2011

Kem Alapong (Siri 5) -Awas Ada Mummia..

Untuk entri pada kali ini, saya gabungkan beberapa aktiviti yang kami jalankan di kem alapong selepas iaitu LDK ke 2, riadah petang, BBQ dan slot uji bakat peserta..

Untuk maklumat lanjut tentang isi kandungan LDK, anda boleh mendapatkan modul LDK di entri pertama tentang kem Alapong.. Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat saya tangkap untuk sesi aktiviti-aktiviti tersebut..

Maaf disebabkan tidak sempat menangkap banyak gambar disebabkan saya terlibat sebagai fasilitator dan juga pengadil ;)

Kumpulan ini mempunyai strategi yang baik semasa melaksanakan tugasan.. ;)
Didenda oleh salah seorang pensyarah sebelum mendapatkan tandatangan...

Kesiannya Mumia ni.. Jauh perjalanan yang terpaksa ditempuhi..
Ini gara-gara tidak merancang dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.. ;)

Dengan Mummia sekali kena denda.. ;)

Jadi ker ombak mummia ni.. ;)

Ni lagi satu Mummia yang terpaksa berkerah ke sana ke sini..

3 Mummia dihadapan saya..
Siap lah korang sebab tak tepati masa .. ;)

Selepas selesai LDK ke 3 kami beriadah di pantai.. Bermain bola baling pantai.. Nak tahu lebih lanjut tentang permainan bola baling pantai, sila baca modul LDK yang telah saya sertakan dalam entri pertama tentang kem Alapong..

Saya bertindak sebagai pengadil dalam permainan tersebut untuk memberi peluang rakan-rakan pensyarah yang lain turut sama bermain permainan tersebut.. Jadi ada 4 pasukan yang menyertai pertandingan tersebut..

Gambar??? Maaf, gambar tak sempat nak tangkap di sebabkan semua orang berada di dalam air.. Kecuali cik Wahidah dan Cik Wan Amirah yang tak sanggup nak turun air ;)..

Kumpulan mana yang memenangi permainan bola baling pantai tersebut?
Tiada kumpulan yang menang.. Ini kerana para pengadil tidak sampai hati melihat pasukan staf yang tewas.. Jadi pengadil terpaksa melupakan bilangan skor yang diperolehi.. ;)

Selepas selesai beriadah, kami mengadakan BBQ..

Menghidupkan api..

Aktiviti memanggang..

Sebahagian ayam dan sosej yang telah siap dibakar..

makan sambil menjilat jari..

Peserta yang sedang menikmati makanan yang dihidangkan..

Selepas semua peserta kekenyangan, setiap kumpulan dipinta untuk mengadakan satu persembahan bertemakan lagu Hijau, dendangan Zainal Abidin..

Tiada syarat khusus untuk persembahan tersebut.. Yang penting ianya mengikut tema.. Jadi para peserta boleh membuat lakonan, pentomen, sajak, syair, atau apa juga bentuk persembahan..

Persembahan oleh salah sebuah kumpulan..

Nantikan entri terakhir tentang kem alapong.. Yang berkisarkan tentang refleksi tentang kem ini dan juga perjalanan pulang ke PMU.. ;)

Kisah-kisah lain tentang Kem Alapong:
Kem Alapong (Siri 4)
Kem Alapong (Siri 3)
Kem Alapong (Siri 2)
Kem Alapong (Siri 1)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..