Monday, February 28, 2011

Harga Minyak Ron 95 kekal.. Syukur Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah...

Kerajaan mengekalkan harga minyak Ron 95 walaupun harga minyak dunia meningkat ekoran pergolakan di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara.

Bernafas lega kita semua sebagai rakyat Malaysia.. Dan diharapkan ianya berlanjutan sampai bila-bila..

Itu harapan kita lah.. Tapi kita sendiri tidak dapat nak menjangka apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang.. Dengan kenaikan harga minyak dunia yang berlaku sekarang ni pun telah menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM10.3 billion.. Banyak tu..

Sementara kerajaan mampu nak tanggung subsidi ni mungkin kita boleh bernafas lega. Tapi sampai bila kerajaan mampu menanggung subsidi ini. lambat laun mungkin pihak kerajaan terpaksa melepaskan juga subsidi ini sedikit demi sedikit untuk ditanggung oleh rakyat..

Jadi sebagai rakyat, kita perlu cuba memahami situasi sebenar yang berlaku tentang kenaikan harga minyak ini.. Walaupun sememangnya diakui kita berasa tidak selesa dengan situasi kos peningkatan sara hidup yang membelenggu kita akibat kesan kenaikan harga minyak.. Tapi sebagai seorang yang berfikiran rasional, kita harus bersabar.. Mungkin ada hikmah disebaliknya..

Untuk maklumat lanjut anda boleh membaca kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri dalam laman web utusan seperti berikut:

Namun subsidi ini tidak melibatkan RON 97 kerana ia berdasarkan harga minyak semasa
Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.


Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak. - Bernama

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm&arc=hive

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Minyak Oh Minyak..
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Aplikasi f-Commerce Di Facebook

Dunia teknologi dan teknologi maklumat semakin pantas berkembang.. Kalau sebelum ini kita biasa mendengar cerita pasal e-commerce..Tapi pada kali ini dah aplikasi baru dalam teknologi maklumat dikenali sebagai f-commerce..

 
Saya rasa f-commerce ini dah agak lama juga digunakan oleh beberapa individu atau syarikat untuk memasarkan perniagaan mereka.. Tapi baru hai ini saya tahu manalah rupanya yang dikatakan sebagai f-commerce ini.. setelah mengunjungi laman web seorang usahawan internet yang bernama Syed Shazni..

 
Rupa-rupanya f-commerce ini lebih kurang macam e-commerce juga.. Memasarkan barangan jualan di internet.. Cuma e-commerce memasarkan barangan jualan di laman-laman web.. Tapi f-commerce memasarkan barangan di laman web sosial yang begitu di sukai ramai iaitu facebook..

Sebenarnya pengguna facebook sekarang ni dah mencecah 600 juta orang (596,372,920 orang). Ini telah menjadikan facebook sebuah laman web yang cukup berpengaruh. Sebanyak 927,469 website di-'link'-kan dengan facebook. Untuk maklumat lanjut tentang statistik ini anda boleh klik di sini

Apakah ilmu yang menarik terdapat di laman web ini?
  • Mengetahui apakah manfaat yang anda akan perolehi dengan f-commerce
  • Bagaimana untuk memulakan f-commerce
  • Bagaimana untuk mendapatkan produk atau servis tanpa modal
  • Bagaimana menguruskan f-commerce
  • Bagaimana untuk 'leverage'
  • Pemasaran f-commerce
  • Mengekalkan pergerakan dan momentum f-commerce anda
  • Memberikan anda keyakinan dan keberanian berniaga secara online

 Jadi sekiranya anda yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang f-commerce, boleh lah layari laman web tersebut.

  


 

 

Admin blog
 
Anda Juga Mungkin Meminati:

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..