Friday, October 28, 2011

Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kelab Catur (AR 201), Unit Sukan Dan Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) buat julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011..


Pertandingan ini dibuka kepada seluruh warga pelajar dan staf PSIS yang berminat.. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai Pertandingan ini..

Pertandingan ini akan berlangsung pada:

Tarikh   : 29 Oktober 2011
Hari       : Sabtu
Masa    : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang..
Tempat : Cafe Admin
Format Pertandingan : Rapid Sistem Swiss (5 Pusingan)
Kawalan masa : 50 Minit / Game

* Penyertaan Terhad kepada 60 orang peserta sahaja...

Yuran Penyertaan : RM2.00 (Murah sahaja)

Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu, kategori staf dan pelajar.. Hadiah-hadiah yang disediakan bagi setiap kategori adalah seperti berikut...

Kategori Pelajar:
Tempat Pertama : Trofi
Tempat ke 2        Trofi
Tempat ke 3      : Trofi


Kategori Staf :

Tempat Pertama : Trofi
Tempat ke 2        Trofi
Tempat ke 3      : Trofi


Jemput warga PSIS beramai-ramai memeriahkan Pertandingan ini...

Maklumat lanjut tentang pertandingan ini, boleh hubungi:

Anuar (016-5425547)
Naqib  (013-2835879)
Syazwan (013-4242962)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Read more...

Thursday, October 20, 2011

Kisah Hari Jadi Bos dan setiausaha Peribadi (Ini Bukan 18 SX)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada post kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kisah hasil daripada pembacaan saya suatu ketika dahulu, tetapi saya cuba menyampaikannya mengikut corak penulisan saya..

Kisahnya begini....

Ada seorang bos bernama Ali (bukan nama sebenar) pemilik syarikat ABC (bukan nama syarikat sebenar)...

Kebetulan hari ini merupakan hari lahir Ali yang ke 45 tahun.. (Dah tua dah)...

Pada pagi tersebut tentu berseri-seri wajah Ali sempena hari kelahirannya yang ke 45.. Jadi Ali pun turunlah ke meja makan dengan harapan isterinya akan mengucapkan kalimah yang biasa didengarinya pada setiap kali hari kelahiranya sebelum ini iaitu:

"Selamat Ulang Tahun Suamiku Tersayang"

Tetapi alangkah hampanya Ali, Isterinya tidak mengucapkan sepatah kata pun pada pagi tersebut kepada dirinya.. Isterinya bersiap-siap bersarapan lalu pergi bekerja...

Tapi Ali berfikiran positif.. Ali mengandaikan  isterinya terlupa kerana kesibukan mengejar masa untuk ke tempat kerja.. Jadi Ali berharap selepas ini anak-anaknya pula akan mengingati hari kelahirannya dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya..

Anak-anak Ali datang ke meja makan untuk bersarapan.. Tetapi mereka juga sama seperti isteri Ali.. tidak mengucapkan satu patah kata pun... Lalu Ali pun pergilah ke pejabat dalam keadaan yang sangat sedih...

Di pejabat, ketika Ali masuk ke pejabat, setiausaha beliau Tipah (bukan nama sebenar) menyapanya dan mengucapkan..

"Selamat Pagi Boss, Selamat Ulang Tahun"

Fuh... Terubat kesedihan Ali.. Akhirnya ada juga orang yang mengingati hari Lahirnya dan mengucapkannya pada ketika dia mengharapkannya...

Ali mula bersemangat kembali untuk bekerja pada hari itu, sampaikan beliau tak sedar dah tengahari.. Kemudian pintu Bilik Ali di ketuk oleh setiausahanya, Tipah..

"Saya tengok begitu tekun Boss bekerja pada hari ini, sampai tak sedar dah tengahari.. Disebabkan hari ini adalah hari Lahir Boss, jom kita pergi Lunch, hanya kita berdua sahaja"

Dalam Hati Ali melonjak kegembiraan.. Tapi biasalah dekat muka cover baik punya... Lalu mereka pun pergi Lunch bersama...

Mereka pergi menikmati makanan tengahari di sebuah restoran Mewah yang agak "Privacy".. Maklumlah golongan Boss makan bersama setiausaha peribadi...

Setelah selesai makan mereka pun bergerak untuk pulang ke pejabat...

Dalam perjalanan pulang ke pejabat.. Tipah berkata...

"Bukankah hari ini merupakan hari yang indah, saya fikir kita tidak perlu pulang awal ke pejabat"

Ali berkata..

"Tidak perlu.. Awak ada sebarang perancangan yang lebih menarik ker??"

Tipah berkata..

"Apa kata kita singgah sebentar di Apartment saya, saya ada satu kejutan buat Boss"

Dengan perasaan gembira Ali menuruti kehendak Tipah... Sampai di Aparment kediaman Tipah.. Tipah berkata..

"Boss, jika boss tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan kemudian akan memberi sesuatu yang istimewa kepada Boss"

Ali dengan senang hati berkata..

"Tentu sahaja Boleh"

Tipah pergi ke kamar tidur.. Dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun besar diiringi oleh isteri Ali, Anak-anak Ali dan sejumlah rakan sekerja Ali sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun...

Ali hanya terpaku di sana, di sebuah sofa panjang.. Hanya memakai seluar dalam sahaja... malunya..

Moral Cerita : Jangan Berfikiran Kotor atau otak kuning seperti Ali...


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Read more...

Wednesday, October 19, 2011

Kisah Cucu Kencing Malam Di Telinga Atuk (Ini Bukan 18 SX)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan seharian...

Pada post kali ini saya berminat untuk menulis satu kisah yang saya perolehi semasa belajar kemahiran berkomunikasi masa muda-muda dahulu ;).. Saya pun tak pasti samada kisah ini benar atau pun tidak.. Tetapi ia memadai untuk kita merehatkan sedikit minda kita daripada kesibukan kerja kita seharian....

Kisahnya begini...

Ada sebuah keluarga bahagia terdiri daripada ayah, ibu, dan Ali (bukan nama sebenar)... Pada ketika itu Ali baru berumur 4 tahun.. Kiranya baru pandai bercakap dengan lancar...

Disebabkan Ali anak tunggal dalam keluarga ini..  jadi Ketiga-tiga beranak ini tidur sekatil.. Seperti kanak-kanak  lain, pada kebiasanya Ali akan menggerakkan samada ibu atau bapanya ditengah malam untuk membuang air kecil...

Biasalah budak kecil lagi.. Tak pandai nak pergi ke tandas sorang-sorang di tegah malam..

Bapa Ali telah mengajar satu bahasa isyarat kepada Ali yang berbunyi:

"Ali kalau nak pergi tandas kecing malam, Ali cakap jer Ali nak nyanyi.. Nanti emak dan ayah faham"

Disebabkan dah terlalu lama menggunakan istilah perkataan tersebut, maka bila Ali sebut sahaja "Ali nak nyanyi" maka kedua ibu dan bapa Ali fahamlah bahawa Ali nak kencing malam di tandas...

Nak dijadikan cerita, satu hari emak dan ayah Ali bertugas di luar kawasan... Jadi Ali terpaksa di hantar ke rumah atuk dan neneknya...

Ibu dan bapa Ali terlupa untuk memesan sesuatu kepada Datuk dan nenek Ali...

Semasa malam pertama berada di rumah Datuk dan nenek Ali..

Seperti kebiasannya, ditengah-tengah malam Ali berasa nak terkencing.. Jadi Ali pun menggerakkan atuknya...

Atuk Ali yang dalam keadaan agak mengantuk pada ketika itu pun bertanya kepada cucunya..

"Kenapa Cu?"..

Lalu Ali pun menjawab..

"Atuk, Ali nak Nyanyi"

Dengan mata terpejam, sambil tersenyum atuknya berkata...

"Nyanyilah dekat telinga atuk Cu, Nyanyi slow-slow yer"

Kesudahan cerita ini anda yang berhak memikirkannya...

Moral daripada cerita ini: Berhati-hati ketika mengajar anak-anak kecil menggunakan Bahasa Isyarat ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Tuesday, October 11, 2011

Blog siapa agaknya yang bakal memenangi Pertandingan ABPP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (ABPP) sekarang ni sedang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan Blogger.. Setakat ini dah ada 401 buah blog yang mendaftar untuk menyertai Pertandingan ini... Dan bilangan tersebut semakin bertambah daripada sehari ke sehari... Syukur Alhamdulillah...

Sekarang ni, Pertandingan ABPP dah masuk ke minggu 18.. Kiranya tinggal lagi 4 minggu sebelum tempoh pertandingan ini tamat pada 15 Nov 2011... Debaran semakin terasa.. Blog manakah agaknya yang akan berjaya memenangi Pertandingan ini????

Hadiah yang disediakan dalam pertandingan ini agak lumayan..


Senarai Hadiah Pertandingan Anugerah Blog paling popular adalah seperti berikut:
  1. Tempat Pertama : RM600
  2. Tempat Kedua : RM300
  3. Tempat Ketiga : RM200
  • Blog Kategori Agama dan Pendidikan Popular : RM100
  • Blog kategori Peribadi Dan Informasi Popular : RM100
  • Blog Kategori Kesihatan Dan Alam Sekitar Popular : RM100
  • Blog Kategori Kecantikan dan Penampilan Diri Popular : RM100
  • Blog Kategori keusahawanan Dan Pelaburan Popular : RM100
  • Blog Kategori Masakan Popular : RM100
  • Blog Kategori Isu Semasa Dan Hiburan Popular : RM100
  • Blog Kategori Cerpen, Puisi Dan Cinta Popular : RM100
  • Blog Kategori Robot Dan Teknologi Popular : RM100
  • Blog Kategori Hobi dan Percutian : RM100
Kategori Banner Paling Menarik : RM 200

Hadiah Bonus:
30 Hadiah Misteri menanti pemenang yang berjaya mendapat 30 undian tertinggi


22 Hadiah Mingguan Untuk Dimenangi oleh Seorang peserta yang mendapat Undian Tertinggi Pada Setiap Minggu..



Hadiah-hadiah Pertandingan ini disumbangkan oleh:
(Jom layari laman web Penaja Pertandingan)

::: Net KL

Adakah Blog Sembang Hari2 turut menyertai Pertandingan ini??

Ya!! Blog Sembang Hari2 turut menyertai pertandingan ini walaupun blog ini, bukannya sebuah blog yang popular... Sekadar nak mencuba nasib... Lagipun undian dilakukan secara menulis komen... Takkan ada unsur penipuan di sini walaupun 2 blog kepunyaan penganjur turut bertanding....

Semua orang boleh melihat pada ruangan komen undian yang diberikan... Lagipun blog Sembang Hari2 tak dapat banyak undian... Cukuplah setakat 3-6 undian seminggu... Tapi disebabkan blog ini mendapat undian secara Konsisten, jadi banyak jugalah undian yang berjaya dikumpulkan setakat ini....

Dimanakah kedudukan Blog Sembang Hari2 setakat ini??


Setakat ini blog Sembang Hari2 berjaya mendapat undian terkumpul tertinggi, iaitu sebanyak 51 undian... Kemudian diikuti oleh blog Discount Hari2 (49 undian),Blog nurulimankehidupan (48 Undian), Blog Sjiehan.com (44 Undian), Blog RobotGeek(42 undian) dan lain-lain...




Nampak gayanya tak lama lagi Blog Sembang Hari2, akan jauh ditinggalkan oleh blog-blog popular yang lain.... Walaubagaimanapun, Pertandingan sedang berjalan... Agak sukar nak jangka, blog mana yang berpotensi untuk memenangi pertandingan ini...

Bagi kategori undian Banner pula, Blog Sembang Hari2 mendapat tempat lima teratas setakat ini dengan mendapat 28 undian.. Jauh ketinggalan berbandingan dengan blog yang mendapat undian banner tertinggi iaitu blog Sjiehan.com yang telah berjaya mendapat 38 undian terkumpul setakat ini...



Bagi anda yang masih berminat untuk menyertai Pertandingan ini, anda masih berpeluang untuk mendaftar di blog Coretan Anuar... Pertandingan ini diadakan secara mingguan selama 22 minggu bermula daripada 15 Jun dan akan berakhir pada 15 Nov 2011..

Objektif Pertandingan ini adalah untuk "Menanamkan Minat Suka Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Melalui Bidang Penulisan Blog"

Sekiranya berminat untuk menyertai Pertandingan ini, anda boleh klik pada banner di bawah untuk membuat pendaftaran di blog Coretan Anuar...


Sekiranya anda meminati blog Sembang hari2, jangan lupa undi blog saya... Cara nak mengundi mudah sahaja, anda hanya perlu menaip perkara tersebut pada ruangan komen tempat undian:

Blog Pilihan saya pada minggu ini adalah:
1) http://sembanghari2.blogspot.com
2) http://discount-hari2.blogspot.com
Banner pilihan saya pada minggu ini adalah:

Read more...

Monday, October 10, 2011

BE Terkini Blog Sembang Hari2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya memohon maaf disebabkan lama dah tak update blog... Memang saya akui agak sibuk sejak akhir-akhir ini dengan urusan kerja.. Disamping menguruskan blog Coretan Anuar dan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (PABPP)...

Sedar tak sedar PABPP dah masuk minggu yang ke 18... Dan setakat ini dah ada 401 peserta yang bertandingan dalam PABPP.. Dan dalam masa yang sama masih ada penaja lagi yang berminat untuk menaja hadiah mingguan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular...

Nampak gayanya tempoh pertandingan tersebut mungkin terpaksa dipanjangkan lagi untuk menghabiskan hadiah mingguan yang disumbangkan oleh para penaja.... Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua penaja kerana memberi support untuk saya menjayakan Pertandingan ini...

Dalam kesibukan menguruskan Pertandingan tersebut, ada lagi beberapa rezeki datang dari Nuffnang... Sungguh saya tak sangka, walaupun blog sembanghari2 ni jarang di update, pihak nuffnang masih lagi sudi memberikan BE...



Jadi buat masa ini terdapat 4 BE sedang aktif di blog sembang Hari2... Syukur Alhamdulillah... Walaubagaimanapun saya tak berani menaruh harapan yang tinggi hasil pendapatan yang boleh saya perolehi daripada setiap BE ini.. Maklumlah blog Sembang hari2 ni takder banyak trafik macam blog Coretan Anuar...

Harap2 lepas ni pihak Nuffnang boleh bagi BE dekat blog Coretan Anuar pula, baru lah boleh bertambah sedikit rezeki yang boleh saya perolehi melalui pengiklanan Nuffnang...
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..