Sunday, January 16, 2011

Rancangan Warung Kita ke Bintulu

Bestnya semalam tengok rancangan Astro: warong kita musim ke 3 di Sarawak yang di hostkan oleh Along Raja Lawak..


Jangan Lupa untuk mengikuti Rancangan Warung Kita di Astro Prima
Sabtu : 9:30am
Ahad : 6pm
Khamis : 7pm

Semalam Along pergi ke tempat-tempat makan yang menarik di Bintulu, Sarawak.. Beliau sempat singgah di Pasar Tamu, Bintulu sambil beli belacan.. ;)

Kemudian along juga sempat pergi ke kedai makan selera kampung.. Bukan main sedap lagi masakan yang diorder.. Ada Nasi Burung Puyuh Penyek, Burung Puyuh masak Bodo, Udang masak Bodo dll..

Minggu lepas saya makan dekat Kedai selera kampung ni.. Tapi tak terfikir pula nak makan Nasi Burung Puyuh Penyek.. Sekali tengok along raja lawak makan, rasa nak pergi lagi sekali makan dekat sana.. hehehe..

Makanan yang saya order hari tu Sup Ayam, Ikan Bawal "Sweet Sour", udang goreng tepung, sotong goreng tepung dan sayur..

So, lepas ni kalau anda pergi bintulu jangan lupa singgah di Warong Selera Kampung. Ianya terletak berhadapan dengan Farley, Bintulu..


Read more...

Meraikan perpisahan rakan sekerja..

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu kepada semua pembaca blog sembang hari2..

Syukur Alhamdulillah, pada pagi ini sempat saya curi-curi masa untuk update blog sembang hari2 setelah agak sibuk pada minggu lepas..

Minggu lepas saya masuk ke jabatan yang baru, jadi sibuk kemas barang, susun barang, siapkan kerja-kerja di jabatan yang lama dan nak sesuaikan diri di jabatan yang baru.. huhuhu..

Sambil-sambil tu melayan majlis-majlis rakan-rakan yang berpindah ke semenanjung.. Majlis yang terakhir sekali yang saya hadiri pada minggu lepas adalah majlis Abang 3A...

Staf JMSK menyanyikan lagu untuk Abang 3A yang diraikan

Anak2 staf turut bersama ibu2 mereka menyanyi.. Tiba2 anak siapa la pula ni.. ;)

Hadiah kenang-kenangan dari Staf JMSK untuk Abang 3A disampaikan oleh pengarah

Sambutan Hari Lahir secara beramai-ramai (Dari bulan September hingga Disember)..
2 orang heroku pun join sekali.. ;)

Sambil meraikan majlis perpisahan Abang 3A, terdapat juga majlis meraikan sambutan hari lahair bagi beberapa orang staf JMSK yang lahir pada bulan Sepetember hingga Disember.. Satu langkah penjimatan.. Meraikan sambuatan hari lahir beberapa orang sekali gus ;)

Berbalik kepada yopik utama... Tahun ini dah ada 17 orang berpindah kembali ke wilayah asal mereka.. Kepada yang berpindah saya ucapkan selamat berpindah dan semoga bergembira di tempat kerja yang baru..

Kepada yang yang tidak berjaya berpindah, jangan kecewa.. teruskan dengan kerja-kerja kita mendidik anak bangsa di Mukah.. Insya Allah rezeki kalian akan tiba juga pada suatu hari nanti..

Pada kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah buat abang 3A sekeluarga, terima kasih banyak-banyak atas segala bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini.. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan kepada abang sekeluarga sepanjang perkenalan kita.. Semoga success di tempat kerja yang baru.. 
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..