Friday, December 31, 2010

Kisah Perjalanan Hidupku

Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua pembaca blog Sembang Hari2

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran kerana masih di beri nafas dan masih mempunyai tubuh badan dan minda yang sihat untuk kita sama-sama meneruskan kehidupan sehingga ke penghujung tahun 2010.

Alhamdulillah esok kita akan melanggkah ke tahun Baru 2011. Jadi kita semua perlu mempunyai azam baru sempena tahun baru ini. Diharap kita semua telah mencapai azam pada tahun 2010.

Sekiranya ada diantara kita masih belum mencapai azam tahun 2010, azam tersebut jangan ditinggalkan berkubur begitu sahaja. Ianya perlu dibawa ke tahun 2011. Jadi tahun 2011 tentunya lebih mencabar kepada golongan ini. Anda perlu menyelesaikan azam tahun 2010 dalam masa yang sama anda juga perlu mencapai azam tahun 2011. Semoga Berjaya.

Oklah pada post kali ini saya ingin berkongsikan sedikit tentang perjalanan hidup saya. Sehingga hari ini, saya telah bertugas selama hampir 5 tahun di Politeknik Mukah Sarawak. Tempoh tersebut boleh dikira lama bagi penjawat awam yang bertugas di satu-satu tempat.

Harapan saya tentunya saya mahu berpindah ke tempat yang baru dan menimba pengalaman kerja di persekitaran kerja yang baru. Tapi nak berpindah ke mana ye? Sasaran saya tentulah hendak berpindah ke kawasan Perak, negeri kelahiran saya.. Tapi macam tak dapat jer.. Setakat ini saya telah pun mengemukakan 3 kali permohonan, tapi tidak berjaya. Takper cuba lagi semester hadapan dengan menukar tempat permohonan.


Untuk pengetahuan pembaca semua, saya pernah menjalani latihan praktikal di PUO, Perak selama 2 bulan. Kemudian saya menjalani latihan praktikal yang ke dua di POLISAS, Pahang selama 1 bulan.. Dan akhir sekali berkhidmat di PMU, Sarawak selama 5 tahun. Gambarajah di atas menceritakan kisah perjalanan hidup saya di Politeknik.

Secara kebetulan telah membentus satu garisan lurus daripada pengalaman hidup saya. Jadi untuk politeknik seterusnya agak-agak ke mana yer? Kalau masih nak mengekalkan "kelurusan" garisan tersebut saya perlu berpindah ke Pulau Pinang, Perak, Pahang atau Sarawak.. hehehe..

Tapi bagi saya tak kisahlah dapat berpindah mana pun selepas ini. Apa yang penting kami sekeluarga dapat hidup dalam keadaan sihat, aman dan tenang.. Amin..


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..