Sunday, June 27, 2010

Pengangkutan Ke Mukah Sarawak..

Suatu ketika dahulu pengangkutan ke Mukah Sarawak merupakan suatu yang hangat diperkatakan.. Tetapi pada hari ini, walaupun isu tersebut masih ada, tetapi ianya telah sedikit reda dengan pertambahannya beberapa kemudahan pengangkutan di samping jalan utama yang menghubungi Mukah dan bandar-bandar besar semakin baik daripada sebelum-sebelum ini..

Untuk ke Mukah anda boleh menggunakan 3 pengangkutan samada melalui darat, sungai ataupun udara.. Kesemua kemudahan ini ada kelebihan dan kelemahan masing-masing namun apa yang pasti semua perkhidmatan tersebut lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Sebagai contoh pengangkutan udara telah di tambah jadual penerbangannya daripada beberapa kali seminggu kepada 3-4 kali sehari.. Jadi anda mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menaiki kapal terbang berbanding sebebelum-sebelum ini yang terpaksa bersaing untuk berpeluang menaiki kapal terbang.. huhuhu..

Menaiki kapal terbang dari Mukah ke Kuching atau Mukah ke Miri memberi pengalaman berharga kepada anda. Ini kerana ianya seakan-akan anda menaiki sebuah bas mini. Anda berpeluang untuk melihat pemandu (pilot) kapal terbang mengendalikan pesawat tersebut. Untuk saya kongsikan pengalaman tersebut, saya turut sertakan beberapa keping gambar seperti berikut:-


Bagi pengangkutan air pula anda mempunyai pilihan samada menaiki bot kecil atau bot besar. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Suatu ketika dahulu saya teringin sangat hendak menaiki bot besar. Ini kerana ianya lebih selesa dan lebih stabil. Sudah tentu saya akan dapat merasai lebih kepuasan sekiranya menaiki bot besar berbanding bot kecil. Untuk pengetahuan pembaca semua untuk menaiki bot besar dari Mukah, anda perlu berada di Jeti Dalat sebelum jam 6.30 pagi.. Dan untuk menaikinya dari Sibu anda perlu berada di jeti Sibu sebelum pukul 11.30 pagi..

Nak dijadikan cerita suatu hari saya berpeluang menaiki bot besar pada jam 11.30 pagi dari Sibu.. Tetapi pada hari itu kebetulan saya merasai suatu pengalaman yang kurang menyeronokkan semasa menaiki bot besar. Pertamanya ialah bot besar yang saya naiki di tahan oleh penguat kuasa sungai. Setiap penumpang di dalam bot diperiksa dokumen kewarganegaraan seorang demi seorang. Nasib baik saya bawa kad pengenalan, kalau tidak saya akan dibawa menaiki bot penguat kuasa sungai ke pusat tahanan di Sibu.. Huhuhu..

Disebabkan bilangan penumpang dalam bot besar tersebut ramai, pemeriksaan tersebut berlangsung selama satu jam dan membuatkan bot tersebut berhenti di tengah-tengah sungai selama tempoh masa tersebut. Hilang masa saya sejam di situ..huhuhu

Perkara ke dua yang tidak menyenangkan hati saya adalah terdapat sebuah beg yang terjatuh ke dalam sungai semasa perjalanan. Habis basah beg tersebut. Nasib baik bukan beg saya yang mengandungi dokumen-dokumen peperiksaan.. Kalau tidak nahaslah saya.. huhuhu..



Untuk pengangkutan darat pula sama seperti biasa cuma keadaan jalan semakin baik. Jika suatu masa dahulu perjalanan saya dari Sibu ke Mukah mengambil masa 4 jam, tetapi kini dalam masa 3 hingga 3 setengah jam sahaja. Jadi kepada anda yang ingin ke Mukah, anda tidak perlu lagi risau tentang pengangkutan.. Tetapi terlebih dahulu saya syorkan anda buat semakan diinternet di laman web maswing.com..

Tetapi sekiranya anda ingin menimba pengalaman untuk merasai kenikmatan menggunakan alternatif lain, ianya sangat dialu-alukan. Seperti rakan-rakan saya yang menjejaki alumni-alumni UTHM yang hadir ke Mukah baru-baru ini. Mereka berpeluang merasai pengalaman menaiki bas, menaiki bot dan akhir sekali menaiki kapal terbang.. Jadi mereka telah merasai pekej yang lengkap perjalanan ke Mukah.. Syabas saya ucapkan kepada delegasi CARE UTHM atas kunjungan ke Mukah tempoh hari..
Name:
Email Address:
Messege




Get your own free form like this one.

Read more...

Cuti-cuti Malaysia Bahagian 2 (Mukah-Miri)

 Bersambung kita dalam post yang lalu iaitu cuti-cuti Malaysia bahagian 2. Setelah selesai meronda mini zoo Miri atau dikenali sebagai taman buaya kami pergi mendaftar masuk ke Dinasty Hotel Miri.. Terkilan juga masa tu sebab tak dapat memenuhi 2 perkara pada ketika itu.

Pertama pertama saya tidak puas meronda di mini zoo tersebut disebabkan anak ke 2 saya kepenatan.. (meragam).. Rasa rugu juga beli tiket RM15 bagi buaya makan. Tapi tak dapat ronda-ronda keseluruhan tempat tersebut.. Huhuhu

Perkara yang ke 2 saya terkilan sebab tak dapat nak tengok sempadan Miri-Brunei.. Jarak sempadan Miri-Brunei dari Taman Buaya tersebut lebih kurang 15KM. Tetapi disebabkan kesuntukan masa dan nak segera mendaftar masuk ke hotel jadi kami tangguhkan dulu hasrat tersebut dan berharap akan kembali lagi pada petang tersebut atau pada keesokan harinya. Disebabkan tuhan tidak mengizinkan, maka tak jugalah saya pergi ke sempadan Miri-Brunei untuk perjalanan kali ini. Insya-Allah dilain waktu sekiranya berkesempatan akan saya laksanakan misi seterusnya iaitu perjalanan dari Mukah ke Kota Kinabalu...

Ok, kita sambung balik cerita selanjutnya...

Kami mendaftar masuk ke Dinasty Hotel pada pukul 3 petang.. Setelah berehat-rehat sebentar, mandi, salin baju, solat dan sebagainya di hotel, destinasi seterusnya kami pergi ke Boulevard shopping complex.. Di sana adalah kami shopping barang sikit-sikit terutamanya barang-barang keperluan anak-anak. Setakat itu sahaja perjalanan saya pada hari tersebut.. Kami menghabiskan masa kami di shopping complex tersebut untuk membeli belah sebelum pulang ke hotel..

Pada hari keempat kami mendaftar keluar dari Dinasty hotel sekitar pukul 12 tengahari. Pada mulanya kami berhasrat untuk bertolak terus ke Mukah. Tetapi setelah ronda-ronda di sekitar Miri, kami mengubah rancangan di saat-saat akhir (disebabkan terlajak masa dekat miri).. Jadi, pada petang tersebut sekali lagi kami pergi ke Bintang Mall disamping pergi ke Marina Bay dan membuat tinjauan di Park City Everly Hotel.. (Hotel kegemaran En. Azman hehehe...)

Di Everly Park City saya hanya sempat tangkap gambar swimming pool sahaja.. Tak sempat nak ronda-ronda sekitar hotel.. Tak pe lain kali kalau ada masa boleh datang lagi.. Tapi tengok keadaan swimming pool dan persekitaran hotel nampak menarik.. Saya boleh bagi 7/10 bintang hehehe..

Destinasi seterusnya Marina Bay..



Kami berehat-rehat di Marina Bay lebih kurang setengah jam sebelum ke Bintang Mall dan seterusnya bertolak meninggalkan Miri ke Bintulu.. Sebenarnya sama bukanlah orang yang expert memandu dan cari jalan ke sesuatu destinasi.. Tetapi dengan bantuan GARMEN (GPS) telah memudahkan perjalanan saya..
Walaupun dalam perancangan saya, kami mahu ke Bintulu dengan menggunakan jalan pesisir pantai, tetapi kesudahannya kami ke Bintulu dengan menggunakan jalan biasa yang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah.. (Macam tak jau jer beza masa antara guna jalan pesisir pantai dan jalan lama)..

Sesampai di bintulu kami mencari tempat untuk penginapan.. Puas sudah kami menjelajah.. Dari hotel yang murah sehingga ke hotel terbaru dan termahal iaitu NEW WORLD SUITE.. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel budjet di tengah-tengah antara hotel-hotel yang telah kami survey.. Hotel tersebut adalah Everly Park City, Bintulu (Merasa juga Duduk dekat Everly Park City guna duit sendiri akhirnya)...



Pada keesokan harinya sempat juga kami meronda-ronda di sekitar bandar Bintulu.. Tempat paling lama kami singgah tentulah di Shopping Complex New World Suite.. Saya sempat mecari buku dekat POPULAR dan sedikit barang keperluan..Setelah itu dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang ke Mukah...

Kami tiba di Mukah dalam pukul 6 petang.. Terasa begitu penat menempuhi perjalanan selama beberapa hari..Tetapi ianya berbaloi kerana saya telah mencapai salah satu target saya sepanjang berkhidmat di Mukah...
 



Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Read more...

Pesta Kaul Mukah Sarawak

Salam satu Malaysia dan salam perpaduan kepada semua pembaca blog ini..

Alhamdulillah pagi ni saya berkesempatan untuk menulis sedikit post untuk blog ini. Sambil-sambil buat kerja sementara anak-anak sedang tidur ternampak lah gambar-gambar yang ada dalam simpanan saya tentang pengalaman-pengalaman hidup di Mukah. Saya tertarik dengan dengan salah satu event menarik yang diadakan di Mukah setiap tahun iaitu Pesta Kaul.

Jadi untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang Pesta Kaul 2010 yang berlangsung pada 19 hingga 25 April 2010. Pesta Kaul adalah acara tahunan dalam kalendar pelancongan Negeri Sarawak. Setiap tahun pesta kaul di adakan di Pantai Kala Dana Mukah, Sarawak.Disini saya sempat merakamkan sedikit gambar untuk tatapan bersama...




SEDIKIT KISAH TENTANG PESTA KAUL

Untuk makluman pembaca semua kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain. Dalam keadaan Masyarakat di Negeri Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan adat jadi Kaul boleh dijadikan sebagai medan untuk setiap orang mengenali dan seterusnya menghormati adat kaum-kaum lain. Ini antara salah satu cara untuk mengeratkan siratulrahim di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.


Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.

Pesta Kaul menjadi medan penyatuan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menunjukkan betapa uniknya budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.


Tibow

Tibow-sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.


Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung.Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.

Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Tetapi pada hari ini kita semua boleh bermain Tibow sebagai salah satu aktiviti rekreasi. Untuk golongan yang tidak berapa 'ekstrem' seperti saya cukup lah untuk bermain sorang-sorang tanpa melibatkan aktiviti-aktiviti lompatan sebagaimana di lakukan oleh Tarzan dan stuntman seperti dalam aksi-aksi filem... huhuhu..
Tibow ini didirikan dengan dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki sebagai tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana. Anda semua bolehlah tengok gambar-gambar menarik yang sempat saya tangkap masa Pesta Kaul 2010..

Insya-Allah kalau panjang umur tahun depan dapat lagi saya merasai pengalaman menyambut Pesta Kaul di Sarawak. Bagi pembaca uang ingin merasai suasana Pesta Kaul ini saya syorkan datang ke Mukah pada minggu ke 3 atau minggu ke 4 bulan April setiap tahun.. Setakat ini pesta kaul Mukah merupakan Pesta Kaul terbesar dan ianya mendapat liputan media termasuk akhbar dan televisyen.. Sekian dahulu perkongsian daripada saya untuk post pada kali ini.. Jumpa lagi di lain masa..




Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Read more...

Cuti-cuti Malaysia Bahagian 1 (Mukah-Miri)

Pada 28 Mei hingga 2 Jun 2010 saya sekeluarga sempat bercuti-cuti Malaysia pergi ke Miri dengan kereta sendiri.. Saya yang dah teringin sangat nak pergi Miri pada ketika itu mengalu-alukan pelawaan rakan-rakan yang ingin pergi ke bandar tersebut.


Aktiviti ini turut disertai oleh rakan-rakan dari Politeknik Mukah, dengan menaiki 7 buah kereta kesemuanya..Kami memulakan perjalanan pada 28 Mei 2010 (jumaat) pada jam sekitar 8 pagi.. Dalam kereta saya agak penuh berbanding kereta-kereta yang lain disebabkan pada ketika itu kami turut membawa pengasuh anak saya dan dua orang anak buahnya..
 
Kami tiba di Simpang Selangau pada sekitar pukul 10 pagi kemudian berhenti berehat di sebuah restoran untuk berkumpul sebelum menyambung perjalanan seterusnya ke Tatau, Bintulu dan Miri. Jalan yang kami laluin pada masa tersebut agak baik berbanding yang pernah saya lalui sebelum-sebelum ini. "Kawah-kawah" yang terpaksa kami tempuhi sebelum ini alhamdulillah telah pun tiada dan jalan-jalannya nampak ada perubahan di bahagian-bahagian tertentu.. Dari segi 'progres' kerja membuat jalan tu ada, tapi tak banyak. Cuma apa yang boleh saya katakan saya rasa bersyukur sebab ada perbuahan daripada sebelum ini..
 
Setelah lebih kurang 2 jam berehat (tunggu rakan-rakan yang lewat sampai), kami meneruskan perjalanan pada pukul 12 tengahari ke Tatatu dengan harapan sempat untuk mengikuti sembahyang jumaat di sana.. Tetapi kami tiba di pekan Tatau pada pukul 1 petang.. Sembahyang jumaat telah pun tamat dan kami meneruskan  perjalanan seterusnya. Saya lewat sedikit berbanding rakan-rakan lain disebabkan singgah di Pekan Tatau untuk mengisi minyak.. hehehe..
 
Kami tiba di persimpangan Simalajau-Miri sekitar pukul 2 petang. Pada ketika itu saya terpaksa berehat di sebuah masjid disebabkan menunggu rakan-rakan lain yang telah terlajak menggunakan jalan lama. Untuk mekluman pembaca terdapat 2 jalan yang digunakan untuk ke Miri. Satu dengan menggunakan jalan lama yang tempoh perjalanannya lebih panjang iaitu dalam anggaran 4 jam. Dan satu lagi menggunakan jalan pesisir pantai dalam anggaran perjalanan 1 setengah hingga 2 jam..
 
Jadi kami berhasrat untuk menggunakan jalan pesisir pantai yang lebih menjimatkan masa.. Setelah semua berkumpul di sebuah Masjid di kawasan berhampiran dengan Hospital Bintulu (maaf terlupa nama masjid tersebut) kami meneruskan perjalanan selanjutnya pada pukul 4.30 petang. Kami menyusuri jalan pesisir pantai dan tiba di Miri pada pukul 6.30 petang.
 
Kami mendaftar masuk di Imperial Hotel yang terletak di kawasan Bandar Miri. Hotel tersebut menarik an sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang berkunjung ke Miri secara berkeluarga. Suite yang terdapat di hotel tersebut ada yang mengandungi 2 bilik adan ada pula yang mengunjungi 3 bilik Suite tersebut turut dilengkapi dengan ruang tamu, televisyen, CD player, set sofa, pinggan mangkuk, peti ais, dapur elektrik, dan mesin basuh. Cukup cerita untuk hari pertama sebab masing-masing dah keletihan dan dapat tidur dengan bestnya pada malam tersebut....
 
HARI KEDUA DI MIRI
 
Pada pagi keesokan harinya kami telah pergi ke Muzium Petronas untuk melihat khazanah-khazanah kepunyaan petronas.
 
 
 
Kemudian kami pergi ke kedai kraftangan untuk mencari sedikit ole-ole sebagai kenangan. Pada sebelah petangnya pula kami berkunjung ke Bintang Mall Plaza untuk memberi peluang kepada kaum-kaum hawa untuk bershopping.. Maklumlah dekat pekan Mukah tiada Shopping Complex yang besar jadi kami ambil kesempatan untuk melepaskan "stress" bekerja.. hehehe.. Pada kesempatan ini saya dan beberapa rakan lain yang tidak mahu bershopping pergi bermain bowling.. (Kempunan lama tak main hehehe..)
 
Di sebelah malamnya pula saya sekeluarga, Syafaril dan isteri di bawa oleh student kami (orang miri) makan di tempat pelabuhan kapal berdekatan dengan Marina Bay.. Pada malam tersebut hujan renyai-renyai dan berlaku inseden pelanggaran diantara kereta saya dengan kereta syafaril. Saya langgar kereta syafaril disebabkan brek tidak melekat semasa di traffik light, kemungkinan disebabkan jalan licin. Mujur kedua-dua kereta dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan atau calar.
 
Walaupun begitu 'mood' makan malam kami pada hari itu tak berapa 'masyuk' disebabkan dah kenyang, menjaga anak-anak yang telah tidur disamping memikirkan insiden yang baru sahaja berlaku.. ;(.. Jadi pada malam tersebut seakan-akan kami tengok makanan tanpa banyak menjamah makanan tersebut walaupun pelbagai menu di 'order' oleh student kami. Cukup setakat ini untuk hari yang ke dua...
 
HARI KETIGA DI MIRI
 
Pada hari ketiga semua rakan-rakan saya mendaftar keluar pada pagi tersebut disebabkan kebanyakan daripada mereka akan bekerja keesokan harinya. Saya sekeluarga sahaja yang masih terus berada di Miri untuk meneruskan saki baki percutian kami.. Cuma yang menyedihkan kami terpaksa bergerak keluar dari Hotel Imperial disebabkan Hotel tersebut telah pun penuh ditempah.. Jadi atas bantuan pelajar kami, kami menempah bilik di Dynasty Hotel..
 
Tips daripada saya kepada pembaca semua, sekiranya anda ingin menempah hotel dan anda adalah pekerja kerajaan, jangan tinggal kad pekerja anda. Dan sekiranya dalam masa yang sama rakan anda bekerja swasta dan boleh mendapatkan diskaun sekiranya menginap di Hotel, saya mengesyorkan kepada anda supaya teruskan menyewa dengan Goverment Rate..Ini kerana menyewa hotel dengan goverment rate lebih murah jika dibandingkan dengan corporate rate (pekerja swasta yang dapat diskaun).. Perbezaan harga dalam RM10..
 
Kami mendaftar keluar dari Imperial Hotel pada pukul 12 tengahari dan akan mendaftar masuk ke Dynasti Hotel pada jam 2 petang.. Jadi sementara menuggu pukul 2 petang kami pergi ke taman buaya yang terletak lebih kurang 15 km dari sempadan Brunei.. Menarik juga taman buaya di sini.. Di taman buaya ini terdapat pelbagai spesis buaya.. Daripada buaya air tawar sehingga ke buaya air masin.. Buaya Darat??? Tentulah ada di mana-mana hehehe...

Untuk pengetahuan pembaca semua terdapat terlalu banyak buaya di sana. Tidak seperti anda mengunjungi taman-taman buaya di semenanjung.. Di sana anda akan berjumpa dengan buaya di mana-mana sahaja tempat anda berjalan. Malah ada kedai makanan yang menjual menu daging buaya. Pada waktu makan tengahari semua pengunjung dipanggil untuk menyaksikan buaya-buaya makan secara 'live'. Selain taman buaya sebenarnya tempat ini merupakan mini zoo.. Ada haiwan-haiwan lain yang turut terdapat di sini seperti burung-burung, ular, monyet, beruang, kura-kua, kuda, ikan, dll.  Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya tangkap di taman buaya tersebut.
 

Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..