Friday, February 19, 2010

Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Sekiranya anda pergi ke Ipoh, saya cadangkan anda mengunjungi Restoran Simpang Tiga, Ipoh.. Restoran ini kelihatan begitu 'exclusive' dengan penampilan dan layanan dari para pekerjanya seakan-akan anda berada di hotel 4-5 bintang tetapi menawarkan harga makanan yang berpatutan (Harga seperti di kedai-kedai makan biasa)..


Menu yang disajikan di Restoran ini begitu menyelerakan pengunjung yang datang.. Ianya terdiri daripada kepelbagaian lauk-pauk, sayur-sayuran dan aneka sup.. Cara makanan disediakan kepada para pelanggan mampu menarik orang ramai untuk mengunjungi restoran ini untuk ke sekian kalinya.. Restoran ini juga telah dirasmikan oleh Sultan negeri Perak iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbudin Shah..



 Dengan dirasmikan oleh Sultan negeri Perak menjadikan restoran ini mempunyai kelas tersendiri. Sekiranya diberi rating 1-5 bintang untuk beberapa perkara seperti layanan pelanggan, harga makanan, keenakan makanan, kebersihan, suasana persekitaran secara puratanya saya memberikan restoran ini 4.5 bintang..hehehe
Sebahagian Pemandangan Dari Dalam Restoran dan Pekerjanya yang Lengkap berpakaian kemeja Batik

Tinggalkan Komen Anda Di sini




Name:




Email Address:




Messege


                                                 Get your own free form like this one.

Read more...

Selesai Misi di Shah Alam..

Salam Satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Alhamdulillah, saya telahpun menghadiri mesyuarat lembaga di Quality Hotel Shah Alam bersama pegawai dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh.. Kami berada di sana selama 4 hari dari 9 Februari hingga 12 Februari 2010

Shah Alam merupakan sebuah bandar yang mempunyai pembangunan yang terancang.. Saya dapat menyaksikan pemandangan struktur pembangunan yang cantik dan terancang di Shah Alam dari bilik saya di tingkat 20.





Pemandangan Shah Alam dari Tingkat 20,Quality Hotel

Setelah selesai menghadiri Mesyuarat Lembaga kami membuat lawatan sambil bekerja di Politeknik Shah Alam.. Semasa lawatan di PSA banyak perkara baru yang dapat saya pelajari untuk memperbaiki sistem pentadbiran unit peperiksaan PMU..

Kemudian kami  bertolak balik ke Ipoh pada 12 Februari 2010 pada jam 12.00 tengahari.. Kami tiba di PUO pada jam 4.00 petang.. Alhamdulillah, selesai sudah misi saya di Shah Alam pada kali ini..
Read more...

Monday, February 8, 2010

Mukah-Dalat-Sibu-KL-Ipoh (Bahagian 2)

Syukur Alhamdulillah..

Akhirnya kami sekeluarga berlepas meninggalkan Bumi Kenyalang buat sementara waktu untuk berjumpa ayah,ibu dan ahli keluarga tercinta di samping melaksanakan satu misi yang telah diamanahkan kepada saya..Satu misi yang perlu dilaksanakan dengan telus demi masa depan anak-anak didik di tempat saya bekerja..

Gambar saya bersama Haikal sedang menunggu untuk menaiki pesawat

Walaupun perjalanan kami agak memenatkan tetapi dengan kerenah anak sulung kami yang sentiasa menghiburkan, membuatkan kami sentiasa bertenaga untuk meneruskan perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi yang di tuju..


Suasana di Lapangan Terbang Sibu pada malam tersebut

Pada malam ini, seperti biasa tidak banyak penerbangan. Jadi tidak banyak pengunjung yang datang ke Lapangan Terbang Sibu. Kebanyakan kaunter daftar masuk telah pun kosong disebabkan kebanyakan penumpang telah pun "Check In" dan bersedia untuk "terbang".

Kami berlepas dari Sibu ke LCCT pada pukul 8.50 minit malam.. Dan kami tiba di LCCT lebih kurang pukul 11.00 malam..

Gambar Haikal dan Adam yang berada di atas pangkuan isteri saya dalam kapal terbang


Alhamdulillah.. Inilah kali pertama Adam naik kapal terbang dan merupakan kali yang ke 19 buat Haikal.. Untungnya kanak-kanak zaman sekarang.. Umur tak sampai setahun pun dah merasa naik kapal terbang.. Saya dan isteri dapat merasai pengalaman pertama menaiki kapal terbang sewaktu berumur 25 tahun ;)

Sukur.. disebabkan segala yang dirancang pada malam tersebut berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja sampai di LCCT kami hanya menunggu lebih kurang 20 minit sebelum 2 orang adik ipar saya datang dengan menaiki kereta dan membawa kami pulang ke Ipoh..

Kami tiba di Ipoh hampir pukul 4.00 pagi setelah beberapa kali berhenti di kawasan rehat di sepanjang perjalanan kami. Peringkat ke 2 perjalanan saya telah pun selesai. Tapi saya perlu pergi ke Shah Alam pada hari Selasa 9 Februari 2010.. Nak naik apa nak pergi ni?

Disebabkan kepenatan dan terlalu seronok berjumpa ahli keluarga pada pagi-pagi buta tersebut, jadi saya tangguhkan untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut pada keesokan harinya.. Jawapan yang berlegar-legar di kepala saya nak tumpang sesiapa sahaja yang pergi ke Kuala Lumpur.. Maklumlah dekat-dekat nak cuti Tahun Baru China ni tiket bas selalunya dah habis di jual... Rasanya setakat ini sahaja penulisan saya pada kali ini.. Harap kita jumpa lagi di lain kali...
Read more...

Saturday, February 6, 2010

Mukah-Dalat-Sibu-KL-Ipoh (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Hampir seminggu rasanya saya tak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini atas kesibukan urusan kerja.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan kerja-kerja tersebut dan akan saya bawa semua hasil kerja saya dan rakan-rakan ke mesyuarat yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Februari 2009 di Shah Alam..


Hasil kerja saya dan rakan-rakan untuk di bawa ke mesyuarat

Lega betul rasanya bila berjaya menyiapkan laporan-laporan tersebut setelah bertungkus lumus hampir 3 minggu untuk menyiapkannya.. Ini adalah kali keempat saya menghadiri mesyuarat seumpama ini.. Dan seperti yang dijangkakan pada kali ini saya turut pergi dengan pengarah yang berbeza huhuhu..

Mesyuarat yang pertama kali saya hadiri bersama Tn Hj. Mordin Bin Mohammad. Seterusnya bersama Tn. Hj. Abdubrani Bin Yunos, Tn. Hj. Wan Muhammad Nasir Bin Wan Mos dan pada kali ini dengan Puan Kalsom Binti Sailan..

Bagi saya tidak menjadi masalah walau dengan siapa pun yang pergi bersama saya ke mesyuarat tersebut. Yang penting kerja saya berjalan lancar.. Bak kata Wonder Pet: "Apa yang penting? Kerja sama"..

Perjalanan Bermula

Alhamdulillah pada pagi ini bermulalah perjalanan saya dari Mukah-Dalat-Sibu-Kuala Lumpur-Ipoh-Shah Alam dan seterusnya Shah Alam-Ipoh-Kuala Lumpur-Sibu-Dalat-Mukah..

Saya bersama isteri dan dua orang anak bertolak dari Politeknik Mukah Sarawak pada pukul 6.10 minit pagi dengan menaiki kereta kesayangan yang serba hitam.. Sampai di Dalat pada pukul 6.45 minit pagi (Terlepas bot pukul 6.30 pagi). Itu semua saya punya pasal hehehe..

Nasib baik ada bot pukul 7.00 dan 7.30 pagi.. Pada mulanya kami nak menaiki bot pukul 7.00 pagi. Tapi memandangkan bot tersebut terlalu penuh, jadi kami telah bersetuju untuk menaiki bot pukul 7.30 pagi..

Alhamdulillah cuaca hari ini dalam keadaan baik.. Kami berjaya sampai ke Bandar Sibu pada jam 9.20 minit pagi.. Lama tak naik bot, rasa seronok pula dapat naik bot pada kali ini.. Walaupun rasa kelam kabut semasa dalam bot disebabkan melayan kerenah 2 orang anak kami yang seorang berumur 2 tahun 3 bulan dan seorang lagi berumur sebulan.. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya tangkap di sepanjang perjalanan meniki bot.


Antara penumpang yang turut menaiki bot

Bye-Bye Dalat: Jumpa 2 minggu lagi


Akhirnya kami sampai ke bandar Sibu.. Pengalaman pertama menaiki bot bersama 2 orang anak.. Saya jaga yang sulung isteri saya jaga yang nombor 2.. Kalau ada tiga?? Harap-harap masa tu kami sekeluarga telah pun berpindah ke semenanjung ;) hehehe..

Peringkat pertama telah pun tamat.. Perjalanan masih jauh lagi untuk diteruskan.. Kami akan menaiki pesawat Air Asia pada malam ini untuk ke Kuala Lumpur dan seterusnya menaiki kereta untuk ke Ipoh..

Jadi izinkan saya beristirehat sebentar.. Dan saya akan menulis lagi tentang perjalanan ke Mesyuarat Lembaga pada kali ini dalam masa yang terdekat.. Semoga berjumpa lagi..




Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..