Sunday, July 29, 2012

Trafik Blog Sembang hari2 telah melebihi 100K

Syukur Alhamdulillah..

Setelah terlibat dalam penulisan Blog hampir 3 tahun, Akhirnya Trafik blog sembang hari2  telah melebihi 100,000 trafik..


Lama betul saya menunggu saat-saat ini.. 

Disebabkan Blog  Sembang Hari2  ini blog yang biasa-biasa sahaja, jadi susah sikit nak dapat banyak trafik.. Terlalu kerdil trafik blog Picisan ini jika hendak dibandingkan dengan blog-blog yang seusia dengannya..Pada masa sekarang ni terdapat banyak blog yang berjaya mencapai lebih 1 juta trafik dalam tempoh 3 tahun kewujudannya di alam Cyber.. 

Antara penyebab utama kelembapan trafik yang singgah di blog sembang hari2 adalah disebabkan blog ini jarang berupdate.. maklumlah Sejak akhir-akhir ini saya lebih banyak memberi tumpuan kepada Blog Coretan Anuar dan juga blog Discount hari2..

Walaupun Blog  Sembang Hari2  jarang berupdate, tetapi pihak nuffnang masih sudi lagi memberikan BE kepada blog picisan ini.. Terima kasih Nuffnang..

BE terbaru yang sedang aktif di Blog Sembang Hari2 ialah Colgate Palmolive MBBC.. Pada pandangan saya.. iklan Colgate pada kali Ini merupakan antara iklan paling menarik daripada nuffnang.... 


Kalau nak tahu apa yang menarik, jangan lupa untuk mengunjungi Page Colgate di Facebook dengan klik pada banner Colgate yang tertera di blog  Sembang Hari2 ..

Terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung blog ini, sehingga membolehkan blog picisan ini berjaya memperolehi lebih 100K trafik..



Read more...

Monday, July 16, 2012

Lab Sheet PIC Microcontroller

Lab 1 microcontroller
View more documents from mkazree
Lab 2 microcontroller
View more documents from mkazree
Lab 3 microcontroller
View more documents from mkazree
Lab 6 microcontroller
View more documents from mkazree

Read more...

Friday, July 6, 2012

Bagaimana dapat duit secara Percuma melalui Blog?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini saya nak berkongsi sedikit info.. Bagaimana untuk mendapat duit secara percuma melalui blog walaupun tanpa perlu menjual apa-apa..

Sekiranya difikirkan balik memang pelik bunyinya.. Ialah dalam dunia ini siapalah yang bermurah hati nak bagi duit kepada kita secara percuma.. Secara logiknya, kalau kita nak dapat duit, kita kena bekerja atau menjual sesuatu.. Kalau tak bekerja atau menjual, siapa nak bagi kita duit? Betul tak?

Ini kerja pun tidak.. menjual pun tidak.. Tapi boleh dapat duit secara Percuma.. Tak masuk akal betul.. ;)

Mungkin itulah tanggapan bagi orang ramai yang tidak tahu, tentang selok belok menjana pendapatan secara percuma menerusi blog..

Betul!! Ini bukan cerita tipu.. Dah ramai dah orang buat duit melalui cara ini.. Ada rakan blogger tu dah dapat sampai beribu-ribu ringgit melalui blog mereka.. hanya dengan menulis blog.. (klik di sini)

Bagaimana cara nak dapat duit secara Percuma melalui Blog??

Caranya mudah sahaja.. Anda boleh mengikuti tips secara ringkas seperti berikut:
  • Anda hanya perlu mempunyai sebuah blog.. 
  • Kemudian anda menulis seikhlas hati di blog anda.. 
  • Buka akaun nuffnang
  • Daftarkan url blog anda di akaun nuffnang
  • Letakkan tiga iklan nuffnang di blog anda
  • Teruskan menulis dengan seikhlas hati..
  • Rajin-rajin melawat blog rakan-rakan dan meninggalkan komen
  • Rajin-rajin berkongsi maklumat terkini di blog anda dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter dan sebagainya
  • Pelajari teknik SEO
  • Cuba dapatkan trafik sebanyak yang mungkin..


Sekali sekala cuba anda semak dekat akaun nuffnang samada anda ada berjaya memperolehi sebarang Buffered Earning daripada Nuffnang.. 


Apabila anda berjaya mendapat Buffered Earning (BE) daripada nuffnang, inilah masa yang paling baik untuk anda menjana pendapatan secara Percuma.. 

Dengan adanya BE anda tidak memerlukan sebarang respon daripada pengunjung blog anda untuk menjana pendapatan.. Anda tidak memerlukan pengunjung blog anda klik sebarang iklan untuk mendapatkan duit.. Memadai sekadar pengunjung datang ke blog anda, untuk membolehkan anda mendapat duit.. ;)

Walaubagaimanapun nilai pendapatan yang boleh kita perolehi menerusi BE bergantung kepada trafik blok kita.. Semakin tinggi trafik blog anda semakin banyak duit yang akan berjaya anda perolehi.. Insya Allah..

Macamana senang tak nak dapat duit menerusi blog? Sebenarnya takderlah susah manapun.. Yang penting kita kena bersabar dan teruskan berusaha.. 

Insya Allah.. Penat lelah kita mencari idea untuk menulis blog akan membuah hasil juga pada suatu hari nanti.. Percayalah.. ;)

P/s: Anda boleh klik disini untuk mempelajari beberapa teknik menjana pendapatan menerusi blog..



Read more...

Thursday, July 5, 2012

2 BE terbaru dari Nuffnang.. Syukur Alhamdulillah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Syukur Alhamdulillah..

Akaun nuffnang saya telah pulih seperti biasa.. Dan hasilnya saya telah mula mendapat "Buffered Earnings" semula..

Setakat ini blog sembang hari2 baru berjaya mendapat 2 BE.. Syukur Alhamdulillah.. 


Semoga selepas ini ada lagi BE yang akan menyusul di blog sembang hari2 .. dan juga blog Coretan Anuar


Terima kasih nuffnang.. Diharap selepas ini segalanya akan berjalan dengan lancar semula..Saya dah tak sanggup lagi jadi macam sebelum ini.. Sedang BE rancak menari-nari di blog saya tiba-tiba BE tersebut digugurkan disebabkan keahlian nuffnang saya bertukar menjadi keahlian biasa.. 

P/s: Sekarang ini saya sedang mempelajari teknik SEO.. untuk memantapkan ketiga-tiga blog saya.. ;)

Read more...

Wednesday, July 4, 2012

Saya Mahu Tiket Nuffnang Blogopolis 2012 dari Eyriqazz.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila saya melawat dekat blog Eyriqazz saya tertarik dengan Giveaway yang sedang beliau anjurkan iaitu "Give Away - Tiket Nuffnang Blogopolis 2012"
  

Sebenarnya saya teringin juga nak bersua muka dengan rakan-rakan bloggers.. Selama ini saya hanya berkesempatan melihat rakan-rakan bloggers ini di alam maya sahaja.. 

Begitu juga dengan pihak nuffnang yang sentiasa bermurah hati memberikan cek kepada kami semua.... Selama ini saya hanya akan mengunjungi laman web nuffnang bila nak semak berapa jumlah wang yang terkumpul dalam akaun saya.. Ataupun sekiranya ada masalah tentang status keahlian, saya akan menghubungi pihak nuffnang menerusi email untuk mengadu tentang masalah tersebut.. Tapi secara realitinya saya tidak pernah pun bersua muka dengan "majikan" part time saya.. ;)

Jadi, bila Eyriqazz mengadakan segmen Giveaway ini, apa salahnya saya join.. manalah tahu ada rezeki saya dapat tiket percuma ke Nuffnang Blogpolis 2012.. Dengan erti kata lain saya menyertai Segmen Giveaway ini, sebab saya nak berpeluang dapatkan tiket bernilai RM300 tersebut secara percuma.. hehehe..

Semasa event tersebut nanti, bolehlah saya berkenalan dengan blogger-blogger handalan seperti Beautifulnara,Eyriqazz dan sesiapa sahaja blogger yang turut menyertai event ini..  

Disamping itu saya juga nak belajar daripada speaker-speaker jemputan yang didatangkan khas untuk memberi ilmu dalam bidang penulisan blog.. 

Sekiranya anda juga mempunyai hajat seperti saya, jom kita beramai-ramai memeriahkan segmen giveaway ini.. Dengan mengunjungi blog Eyriqazz 

Insya Allah, Dengan ilmu yang dapat kita pelajari semasa di Nuffnang Blogopolis 2012, sedikit sebanyak dapat meningkat pengetahuan kita dalam bidang ini.. ;)


P/s: Saya juga menjemput rakan-rakan semua untuk menyertai Contest SEO : Eyriqazz vs Denaihati.. Terdapat hadiah lumayan menanti anda..


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..