Wednesday, March 2, 2011

Keputusan pemenang hadiah mingguan..

Syukur Alhamdulillah..

Dengan sedikit rezeki pemberiannya maka saya dapat mengadakan Contest blog sembang hari2 untuk kali yang kedua.. Tetapi sedihnya tiada rakan blogger yang mendaftar sebagai peserta pada minggu pertama "contest" ini diadakan..

Walaupun ada rakan-rakan pengunjug blog ini yang menulis komen, tapi kalau tak mendaftar kiranya tak layak untuk menjadi pemenang.. Maaf yer.. Tiada pemenang untuk penulis komen terbanyak pada minggu yang pertama..

Contest pada kali ini tidaklah menyediakan hadiah yang banyak seperti contest yang saya anjurkan sebelum ini.. Hadiah yang ditawarkan merupakan hadiah mingguan sebanyak RM10 untuk seorang pemenang mingguan..

Walaupun hadiah yang ditawarkan agak sedikit tetapi ianya dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakan-rakan blogger untuk memenangi hadiah mingguan tersebut..

Syarat penyertaannya juga mudah.. Asal sahaja ada blog, dah boleh sertai contest ini.. Untuk maklumat lanjut tentang syarat dan peraturan contest ini anda boleh klik pada banner di bawah:



Disamping anda mendapatkan hadiah yang disediakan untuk pengunjung blog ini, anda juga berpeluang menyertai contest ini setelah mendaftar dan menulis komen.. Manalah tahu rezeki anda untuk memenangi hadiah mingguan, walaupun hanya menulis 2 atau 3 komen..

Blog sembang hari2 tidak sepopular blog-blog lain yang terdapat diinternet.. Jadi dengan menulis 2 atau 3 komen pun anda berpeluang menjadi pemenang sekiranya tiada blogger lain yang menulis komen sebanyak anda..

Untuk contest pertama hadiah yang ditawarkan agak besar.. Sehinggakan saya tidak berkesempatan untuk mengeposkan hadiah kepada para pemenang.. Maklumlah agak sibuk dengan urusan kerja rasmi sejak akhir-akhir ini..Minta maaf banyak-banyak yer.. ;)

Hadiah-hadiah terakhir yang saya poskan untuk pemenang "contest" terdahulu adalah seperti berikut..



Bagi para pemenang, sila sentiasa periksa rekod perjalanan hadiah anda melalui laman web Pos Malaysia.. Hadiah-hadiah tersebut dihantar melalui e-parcel.. Nombor rujukan untuk disemak oleh setiap pemenang adalah seperti berikut:
  1. Atifah Izzatie Wahab        CD159997694MY
  2. Nurul Uyun Binti mazlan   CD159997725MY
  3. Yuni Nuraiti Binti Roslan  CD159997717MY
Untuk mengelakkan daripada kelewatan membungkus dan menghantar hadiah seperti di atas, pada contest kali ini saya menyediakan hadiah yang paling mudah untuk dihantar.. ;)

Kepada rakan-rakan blogger yang mengambil bahagian dalam "contest" terdahulu dialu-alukan untuk menyertai "contest" pada kali ini.. Mana tahu, pada kali ini ada rezeki anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan..

Bagi rakan-rakan yang baru mengunjungi blog ini juga dialu-alukan untuk menyertai "contest" ini. Semoga anda juga turut berpeluang menjadi pemenang hadiah yang ditawarkan disamping menarik pengunjung blog anda supaya berminat untuk membaca bahan bacaan yang disajikan..

Sahutlah kempen mari membaca.. "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya"

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Harga Minyak Ron 95 kekal
Apa itu f-commerce?
Chef Wan dah jadi Datuk?
Hadiah Istimewa Khas Untuk mu..
Lagi-lagi cerita pasal emas..
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..