Showing posts with label "Contest". Show all posts
Showing posts with label "Contest". Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Nak Simkad ONEXOX PERCUMA tak? BACA INI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dah lama tak tulis apa2 dekat blog ini..

Kali ni Tulis sekadar nak kongsi satu berita gembira...

Iaitu... Berminat tak nak dapatkan Sekeping SIMKAD ONEXOX PERCUMA?
Alah... Macam dalam gambar di bawah ni...


Nak Simkad ONEXOX PERCUMA tak?

Berminat?

Tak susah pun nakdapatkan SIMKAD ini PERCUMA..

Caranya mudah sahaja... semudah 1,2,3..
  1. Kena Ada Blog
  2. Kena tulis satu Entri Bertajuk "Nak Simkad ONEXOX PERCUMA"
  3. Daftar penyertaan contest/permohonan Simkad PERCUMA di blog http://contestonexox.blogspot.my

SIAP!!!

Mudah sajer kan? 
Kan betul saya kata.... Semudah 1,2,3...

Disamping anda mendapatkan sekeping Simkad PERCUMA, anda juga berpeluang menyertai contest SEO Bertajuk "Pengalaman Bersama ONEXOX"

Contest SEO Terbaik 2015 :  "Pengalaman Bersama ONEXOX"

Ada hadiah lumayan disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh Contest ini..

Sambil menyertai contest, dalam masa yang sama boleh menguji tahap penguasaan SEO blog anda.. 

Good Luck yer... 

Contest ini ditaja oleh:

Read more...

Thursday, May 5, 2011

Keputusan Keseluruhan Contest Penulis Komen Mingguan Blog Sembang hari2

Assalamualaikum w.b.t dan Slam Sejahtera..

Lama betul tak update blog sembang Hari2 ni.. Maklumlah tengah sibuk mengadakan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular di Blog Coretan Anuar..

Sebenarnya ramai juga rakan-rakan yang bertanya.. bila saya nak update blog sembang hari2 ni??.. Setiap kali mereka melawat blog ini.. mereka terbaca keputusan Pilihan Raya negeri Sarawak..

Dah kehabisan idea ke nak tulis, sampai tak berupdate blog?

Saya harap anda semua jangan salah faham.. Insya Allah idea untuk menulis blog ini takkan habis selagi kita hidup.. Dan selagi kita berjalan-jalan, baca buku, baca surat khabar, layari internet, menonton televisyen dan sebagainya.. Ada sahaja perkara nak ditulis.. Tentang itu dan ini.. kenapa begitu dan tidak begini.. dan sebagainya..

Ini yang dikatakan persepsi manusia terhadat pelbagai perkara yang berlaku di persekitaran kita.. Bak kata seorang rakan saya... Peduli apa orang nak kata.. kalau kita berjalan, orang akan kata kenapa kita tidak duduk.. kalau kita tidur, orang akan kata kenapa kita tidak berjaga.. dan sebagainya..

Tanpa membuang masa lagi saya nak mengumumkan keputusan keseluruhan Contest Penulis Komen terbanyak Mingguan blog sembang hari2 yang berlangsung selama 10 minggu...


Pemenang-pemenangnya adalah...
  1. Minggu pertama                        Tiada pemenang
  2. Minggu ke 2                             Tiefazatie
  3. Minggu ke 3                             Tiefazatie
  4. Minggu ke 4                             Tiefazatie
  5. Minggu ke 5                             Tiefazatie
  6. Minggu ke 6                             Izzatul Iman
  7. Minggu ke 7                             Tiefazatie
  8. Minggu ke 8                             Tiefazatie


Selepas minggu ke 8 saya jarang update blog.. Tiada pengomen terbanyak.. maka tiada pemenang untuk Contest ini..

Setakat ini semua hadiah telah pun di hantar.. Kecuali Izzatul Iman.. Disebabkan saya belum menerima akaun Bank untuk tujuan penghantaran hadiah kemenangan.. Walaupun hadiahnya cuma RM10, tapi rezeki juga namanya tu.. Jadi Izzatul Iman, kalau terbaca entri ini jangan lupa emailkan nombor akaun bank anda..
 
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/  

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Tuesday, April 5, 2011

Keputusan Contest Blog Sembang Hari2 pada Minggu ke 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

 
Terlebih dahulu saya ingin memoho maaf kepada semua pembaca blog sembang hari2 kerana jarang update blog sejak akhir-akhir ini.. Walaupun saya jarang update blog, tapi contest blog sembang hari2 tetap berjalan seperti biasa.. ;)

Bagi anda yang rajin singgah di blog ini dan meninggalkan komen.. Insya Allah anda akan berpeluang memenangi hadiah mingguan yang disediakan..

Sebenarnya terdapat beberapa entri yang terpaksa ditangguhkan daripada dipaparkan.. Tak dapat nak di "publish" disebabkan faktor-faktor tertentu.. Pada kebiasaannya, setiap entri yang saya tulis sekiranya melibatkan program atau peristiwa akan turut disertakan dengan beberapa gambar.. Ianya bertujuan untuk menarik rakan-rakan saya untuk terus mengunjungi blog ini walaupun mereka sebenarnya tiada masa untuk membaca.. ;)

Jadi dengan melihat gambar-gambar yang dipaparkan diharap mereka akan dapat memahami mesej yang saya cuba sampaikan..

Tapi pada hari Ahad baru-baru ini.. apabila saya cuba upload gambar-gambar program polibriged (siri 2)..  Mr Goggle telah memberi notice kepada saya bahawa ruang untuk upload gambar yang diberikan secara percuma sebayak 1G telah pun penuh.. Jadi saya perlu membayar untuk menggunakan ruangan tambahan.. Alamak!!!

Untuk menangani masalah ini, saya terpaksa memadamkan entri-entri lama.. Maka hilanglah diari-diari lama dari blog ini.. Disamping itu, saya juga perlu berhati-hati untuk memaparkan gambar-gambar untuk entri-entri seterusnya selepas ini..

Saya mula berkecimpung dalam dunia blogging ini pada bulan Disember 2009.. Sekarang baru bulan April 2010.. Hanya 1 tahun 5 bulan sahaja saya dapat "menconteng" blog saya secara suka hati dengan percuma..

Selepas ini masih boleh berblog secara percuma.. Tapi pengisiannya mungkin agak terbatas.. huhuhu..

Nampak gayanya tak dapatlah saya nak memaparkan gambar-gambar pertandingan projek akhir pelajar Jab. Kej. Elektrik dan Jab. Kej. Mekanikal yang diadakan pada minggu ini..

Ada beberapa projek pelajar yang menarik seperti robot-robot pengutip bola tenis, Gokart, mini bike, dan pelbagai lagi projek pelajar semester akhir sesi Disember 2010 yang lain..

Macamana nak buat erk???..

Anda juga mungkin pernah mengalami situasi yang sama seperti saya..  Bagaimana cara yang terbaik untuk menangani masalah ini.. Mungkin kita boleh sama-sama berkongsi pengalaman dan juga panduan buat diri saya dan juga blogger lain yang sedang seronok berkongsi informasi melalui blog..

Bertukar kepada Domain dan Hosting Berbayar..

Ya sememangnya itu salah satu jawapan terbaik.. Saya sebenarnya sudah pun membeli Domain dan Web hosting berbayar iaitu http://www.cariilmu.net/ dan http://www.diskaunhari2.com/

Masa awal-awal beli tu memang teruja nak menggunakan kedua-dua blog dengan domain dan web hosting berbayar ni.. Tapi bila berhadapan talian internet yang agak teruk semasa upload file ke server, saya jadi fobia.. Tiga malam saya tak tidur untuk memindahkan data ke server.. Tapi semuanya tak berjaya..

Lepas tu saya terus lupakan domain dan web hosting berbayar ini.. Sampailah sekarang.. Terasa juga ruginya.. Tapi apakan daya.. keadaan tak mengizinkan dari segi masa dan fasiliti.. 

Jadi sampailah sekarang saya ambil keputusan untuk meneruskan usaha untuk "mempopularkan" blog sembang hari2 sahaja.. Sehingga hampir melupakan Domain dan hosting berbayar yang telah saya beli pada tahun lepas..

Ok.. Takpelah kita lupakan sebentar permasalahan tersebut.. Untuk memberi laluan bagi mengumumkan keputusan pemenang Contest blog sembang hari2 untuk minggu yang ke 6..

Terdapat beberapa orang rakan blogger yang sudi datang menjengok blog ini dan meninggalkan komen.. Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat pada senarai di bawah:- 
  1. Tiefazatie http://tiefazatie.blogspot.com/   5 komen
  2. Izzatul Iman http://karismaizzah.blogspot.com/ 17 komen
  3. Khairul Akmal Azman http://khairulakmalazman.blogspot.com/ 2 komen
  4. Adzrial AB http://adzriel.blogspot.com/ 1 komen
  5. Fatihah http://nurfatihahchuan.blogspot.com/ 2 komen
  6. Wan Mohd Salim http://wanmohdsalim.blogspot.com/ 1 komen
  7. Novelgurl http://masturanasarudin.blogspot.com/ 1 komen
  8. Wen http://winkwinkwithwen.blogspot.com/ 1 komen

 Berdasarkan senarai tersebut, saya memilih Izzatul Iman sebagai pemenang Contest blog sembang hari2 untuk minggu ke 6.. Dengan menulis sebanyak 17 komen..
 
Tahniah diucapkan buat Izzatul Iman.. Sila emailkan kepada saya melalui anuarmarsib@gmail.com nama penuh, nama dan nombor akaun bank untuk tujuan pemberian hadiah kemenangan..
 
Untuk makluman lanjut tentang syarat peraduan dan hadiah yang disediakan anda boleh klik pada URL berikut:

 

Contest Blog sembang Hari2 kan diteruskan lagi untuk minggu yang seterusnya sehingga minggu ke 10..
 
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
 
Anda Juga Mungkin Meminati:
Program Perkhemahan Polibriged PMU siri 1
Panduan Menulis Resume Untuk Graduan
Keputusan Contest Blog Sembang Hari2 Minggu ke 5
Liga Cilik JMSK
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan 
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Monday, March 28, 2011

Keputusan Pemenang Contest Blog Sembang hari2 minggu ke 5

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Diharap anda berada dalam keadaan sihat sejahtera pada pagi Isnin ini untuk bekerja setelah bercuti pada hujung minggu.. Ceria-ceriakan diri selalu dan sentiasa berfikiran positif walaupun anda terpaksa menempuhi kesibukan lalu lintas untuk sampai ke tempat kerja.. ;)

Sebelum saya mengumumkan pemenang "contest" blog sembang hari2 saya ingin bertanyakan kepada anda.. Adakah anda pernah melihat Banner ini di mana-mana blog rakan-rakan anda..


 Kalau anda pernah melihat banner ini, jangan lupa untuk klik.. Sekiranya anda klik banner ini anda akan mendapat hadiah koleksi ebook sebagai panduan untuk anda lebih berjaya dalam kehidupan anda pada masa akan datang.. Insya Allah..

 Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sebagai pengunjung aktif blog ini.. Biasanya anda melawat blog, membaca dan meninggalkan komen tanpa berpeluang mendapat sebarang hadiah.. Tetapi di blog ini, anda berpeluang untuk mendapat hadiah mingguan yang disedikan khas untuk pengunjung mingguan paling aktif..

 Jadi tanpa melengahkan masa, saya dengan ini menyenaraikan rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan komen di blog sembang hari2 di sepanjang contest pada minggu ke 5.. 
Contest minggu ke 5 dinilai bermula pada 21 Mac 2011 pada jam 1.00 pagi dan berakhir pada 27 Mac 2011 pada jam 11.59 malam..

Berdasarkans senarai di atas, dengan sukacitanya diumumkan...."contest" blog sembang hari2 pada minggu ke 5 dimenangi oleh.. saudari Tiefazatie..

Tahniah diucapkan sekali lagi buat saudari Tiefazati.. Dan terima kasih saya ucapkan buat rakan-rakan yang sudi mengunjungi blog saya..

Contest blog sembang Hari2 akan diteruskan lagi untuk minggu ke 6 sehingga minggu ke 10.. (dan mungkin akan disambung lagi selepas minggu ke 10)..

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang "contest" ini, sila klik pada banner di bawah..


Semoga anda juga turut berpeluang untuk menjadi pemenang "contest" blog sembang hari2 pada minggu yang berikutnya.. Sekian dahulu daripada saya pada kali ini.. Jumpa lagi dilain waktu.. Insya Allah..;)


Admin blog

Anda Juga Mungkin Meminati:

Read more...

Tuesday, March 22, 2011

Tiefazatie pemenang "Hat Trick" Contest di blog sembang hari2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahniah saya ucapkan kepada Tiefazatie (blogger) kerana berjaya memenangi Contest penulis komen terbanyak blog sembang hari2 tiga minggu berturut-turut iaitu pada minggu ke 2, minggu ke 3 dan minggu ke 4..

Beliau telah berjaya memenangi Contest ini pada minggu ke 4 dengan menulis sebanyak 12 komen.. dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk melayakkan beliau sekali lagi dipilih sebagai pemenang.. Tahniah diucapkan..

Id follower : Tiefazati            Url blog : http://tiefazatie.blogspot.com




Hadiah kemenangan anda akan dihantar dalam masa terdekat.. Selain Tiefazatie terdapat lagi 2 orang rakan blogger yang turut memeriahkan contest ini pada minggu ke 4.. Mereka adalah:

Id Follower :   adysyariz      Url blog : http://ady-shariz.blogspot.com    menulis 3 komen
Id Follower :  Izzatul Iman   Url blog : http://karismaizzah.blogspot.com/ menulis  2 komen

Terima kasih diucapkan kepada adysyariz dan Izzatul Iman kerana memeriahkan lagi contest ini.. Cuba lagi pada minggu akan datang.. Contest ini akan berjalan selama 10 minggu.. Atau mungkin akan dilanjutkan lagi, bergantung kepada keadaan.. Jadi banyak lagi peluang untuk anda memenangi contest ini.. ;)

Bagi rakan-rakan blogger yang berminat untuk menyertai contest ini, anda boleh melihat hadiah yang ditawarkan dan syarat-syarat penyertaan dengan klik pada banner di bawah..



Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas kelewatan mengumumkan keputusan contest ini untuk minggu keempat..

Semalam sehari suntuk masa saya dihabiskan di jalanan untuk memperbaharui "passport" yang hampir tamat tempoh.. Kena perbaharui pasport tersebut kalau tak.. ada masalah untuk urusan keluar masuk ke negeri Sarawak..

Passport saya diperbaharui untuk tempoh 5 tahun lagi.. Sehingga 2016.. Mak oi lamanya.. Harap-harap dapat berpindah dalam tempoh tersebut.. ;)

Jadi semalam saya bertolak ke Sibu pada pukul 7.30 pagi.. Dan tiba semula ke Mukah pada pukul 8.00 malam.. Sememangnya satu perjalanan yang memenatkan untuk pergi balik dari Mukah ke Sibu dalam masa satu hari..

Walaupun jalan di antara Simpang Selangau dan Simpang Balingian dah semakin baik.. Tapi naik lenguh jugalah pinggang dibuatnya.. ;)

Selain urusan imigresen saya juga berjaya menyelesaikan pinjaman kereta di Ambank Sibu.. Syukur alhamdulillah.. semua perkara yang saya rancang semalam berjaya dilaksanakan..

Lepas ni mudah sedikit urusan saya sekiranya berjaya berpindah ke semenanjung.. Insya Allah..               

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Monday, March 14, 2011

Keputusan Pemenang Hadiah "Contest" pada minggu ke 3

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar sekolah, guru-guru sekolah dan ibu-bapa yang mengambil peluang untuk bercuti sempena minggu cuti persekolahan ini.. Saya bekerja seperti biasa pada hari ini ;)..  memandangkan anak-anak masih kecil dan belum ada yang bersekolah..

Pada kesempatan ini saya ingin mengumumkan pemenang bagi keputusan "contest" penulis komen terbanyak bagi minggu ke 3 yang berlangsung pada 7 sehingga 13 Mac 2011.. Pemenang penulis komen terbanyak blog sembang hari2 pada minggu ke 3 dimenangi oleh.... jeng.. jeng... jeng.....

blog   http://tiefazatie.blogspot.com/        Id Follower : Tiefazatie

Beliau telah menulis sebanyak 13 komen sepanjang "contest" pada minggu ke 3 berlangsung. Tahniah buat Tiefazatie kerana memenangi hadiah yang disediakan secara 2 minggu berturut-turut.. Dapatlah juga duit poket untuk "ngeteh" atau berjalan-jalan ;)..

"Contest" ini disambung untuk minggu keempat.. Sekiranya anda berminat untuk menyertai "contest" ini dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang peraturan dan hadiah yang ditawarkan, anda boleh klik pada "banner" di bawah...


Tujuan utama "contest" ini diadakan adalah untuk menarik rakyat Malaysia pada hari ini supaya menanamkan minat suka membaca.. Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang dapat kita timba sekiranya kita suka membaca.. Ilmu tersebut tidak akan datang sendiri kepada kita sekiranya kita tidak berusaha untuk mencarinya..

Pada hari ini untuk mencari ilmu tidak sesukar semasa zaman emak, ayah, atuk dan nenek kita pada suatu ketika dahulu.. Terdapat banyak alternatif untuk mendapatkan ilmu pada hari ini samada secara percuma ataupun berbayar..

Untuk mendapatkan ilmu secara percuma anda boleh layari internet dengan mengunjungi mana-mana laman web atau blog.. Disamping itu anda juga boleh menonton televisyen atau mengunjungi mana-mana perpustakaan yang terdapat berhampiran dengan anda.. Sebenarnya nak cari ilmu tersangat mudah pada hari ini..

Cuma persoalannya samada anda dapat meluangkan sedikit masa anda ataupun tidak untuk Membaca bahan-bahan ilmiah??

Terdapat banyak contoh orang-orang yang berjaya disebabkan mempunyai tabiat suka membaca.. Salah seorang daripadanya adalah Mantan Perdana Menteri Kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam banyak-banyak perdana menteri yang saya kenal dalam dunia ini, saya begitu menghormati beliau.. Ini kerana beliau merupakan seorang perdana menteri yang berfikiran luas, berpandangan jauh dan kaya dengan ilmu.. Disebabkan itu beliau bukan sahaja terkenal atau dihormati di Malaysia.. Malahan penduduk luar negara juga turut menghormati pendapat dan pandangan beliau..

Kunci utama kepada kejayaan beliau adalah melalui minat beliau yang suka membaca dan menulis.. Walaupun beliau telah berpencen daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun idea atau pandangan beliau masih diperlukan oleh sesetengah pihak dalam membantu membangunkan negara kita Malaysia..Beliau banyak menyalurkan pandangan tentang isu politik dan pembangunan Malaysia melalui blog beliau di URL berikut http://chedet.co.cc/chedetblog/

Baru-baru ini beliau turut menulis sebuah buku berjudul "A Doktor In The House (The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad)" . Buku setebal 800 muka surat yang diterbitkan oleh MPH Publishing ini dijangka laris jualannya disebabkan ianya begitu hangat diiklankan di televisyen, akhbar dan juga internet..

Buku "A Doktor In The House"

Saya berminat untuk membaca buku ini sekiranya mempunyai kesempatan masa.. Ini kerana penulis buku ini iaitu Tun Dr. Mahathir merupakan seorang yang suka membaca.. Dan saya menjangkakan pasti ada sesuatu perkara menarik yang cuba disampaikan oleh beliau kepada para pembaca buku tersebut..

Perkara positif yang ingin saya sampaikan di sini adalah supaya kita meluangkan sebahagian masa dalam kehidupan harian kita dengan membaca.. Terdapat banyak kelebihan orang-orang yang suka membaca.. Disebabkan itu wahyu pertama yang turun kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W juga adalah perkataan Iqra' yang bermaksud "Bacalah"..

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat daripadanya..

Sebelum saya mengundur diri, terdapat sebuah kata hikmah yang dapat saya kongsikan pada kali ini sebagai pembakar semangat untuk diri anda ..
"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan"
- Abdulah Mansur M.H


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Kajian tantang Tahap Kepuasan Kerja
Karnival Mesra Belia 1 Sarawak
Menjejaki Jetty 2002
Rumah Baru Untuk Anak-anakku
Kem Motivasi Di Kem Alapong (Siri 5)
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Monday, March 7, 2011

Keputusan Pemenang Penulis Komen Terbanyak minggu ke 2..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sebab tak "online" selama 3 hari.. Ini adalah disebabkan saya dan rakan-rakan jabatan membawa pelajar-pelajar pergi ke kem kepimpinan di Kem Alapong Lundu, Sarawak..

Kebetulan pula saya dilantik sebagai ketua fasilitator.. Jadi pagi, petang, siang dan malam masa saya diperuntukkan khas untuk semua sesi dalam program tersebut.. Bermula dari pelajar bangun tidur, makan, LDK,..sehingga peserta tidur semula..

Jadi memang tak berkesempatan untuk "online" walaupun ada bawa notebook dan Broadband.. Perjalanan ke Kem Alapong, Lundu tersebut memang memenatkan.. Untuk sampai ke kem tersebut dari Mukah memakan masa kira-kira 12 jam perjalanan.. Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Dan kami tiba semula ke Mukah semula pada pukul 2.30 pagi tadi.. huhuhu..

Untuk entri seterusnya, saya akan berkongsikan sedikit kisah di sepanjang program kepimpinan diadakan di kem Alapong, Lundu.. Insya Allah akan ada kisah-kisah menarik untuk tatapan anda semua..

Pagi ini baru berkesempatan untuk "online" lalu menyemak siapakah yang layak untuk memenangi hadiah penulis komen terbanyak blog sembang hari2 bagi minggu yang ke dua "contest" ini dijalankan..

Setakat ini "contest" ini hanya disertai oleh 6 orang peserta sahaja.. Dan daripada 6 peserta tersebut, pemenangnya adalah....

http://tiefazatie.blogspot.com/     dengan menulis sebanyak 11 komen...

Tahniah diucapkan kepada Tiefazatie.. Hadiah yang dijanjikan akan dihantar dalam masa terdekat..

Bagi rakan-rakan blogger yang berminat untuk menyertai "contest" ini, anda boleh membaca syarat dan peraturan pertandingan dengan klik pada banner di bawah..




Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Wednesday, March 2, 2011

Keputusan pemenang hadiah mingguan..

Syukur Alhamdulillah..

Dengan sedikit rezeki pemberiannya maka saya dapat mengadakan Contest blog sembang hari2 untuk kali yang kedua.. Tetapi sedihnya tiada rakan blogger yang mendaftar sebagai peserta pada minggu pertama "contest" ini diadakan..

Walaupun ada rakan-rakan pengunjug blog ini yang menulis komen, tapi kalau tak mendaftar kiranya tak layak untuk menjadi pemenang.. Maaf yer.. Tiada pemenang untuk penulis komen terbanyak pada minggu yang pertama..

Contest pada kali ini tidaklah menyediakan hadiah yang banyak seperti contest yang saya anjurkan sebelum ini.. Hadiah yang ditawarkan merupakan hadiah mingguan sebanyak RM10 untuk seorang pemenang mingguan..

Walaupun hadiah yang ditawarkan agak sedikit tetapi ianya dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakan-rakan blogger untuk memenangi hadiah mingguan tersebut..

Syarat penyertaannya juga mudah.. Asal sahaja ada blog, dah boleh sertai contest ini.. Untuk maklumat lanjut tentang syarat dan peraturan contest ini anda boleh klik pada banner di bawah:



Disamping anda mendapatkan hadiah yang disediakan untuk pengunjung blog ini, anda juga berpeluang menyertai contest ini setelah mendaftar dan menulis komen.. Manalah tahu rezeki anda untuk memenangi hadiah mingguan, walaupun hanya menulis 2 atau 3 komen..

Blog sembang hari2 tidak sepopular blog-blog lain yang terdapat diinternet.. Jadi dengan menulis 2 atau 3 komen pun anda berpeluang menjadi pemenang sekiranya tiada blogger lain yang menulis komen sebanyak anda..

Untuk contest pertama hadiah yang ditawarkan agak besar.. Sehinggakan saya tidak berkesempatan untuk mengeposkan hadiah kepada para pemenang.. Maklumlah agak sibuk dengan urusan kerja rasmi sejak akhir-akhir ini..Minta maaf banyak-banyak yer.. ;)

Hadiah-hadiah terakhir yang saya poskan untuk pemenang "contest" terdahulu adalah seperti berikut..



Bagi para pemenang, sila sentiasa periksa rekod perjalanan hadiah anda melalui laman web Pos Malaysia.. Hadiah-hadiah tersebut dihantar melalui e-parcel.. Nombor rujukan untuk disemak oleh setiap pemenang adalah seperti berikut:
  1. Atifah Izzatie Wahab        CD159997694MY
  2. Nurul Uyun Binti mazlan   CD159997725MY
  3. Yuni Nuraiti Binti Roslan  CD159997717MY
Untuk mengelakkan daripada kelewatan membungkus dan menghantar hadiah seperti di atas, pada contest kali ini saya menyediakan hadiah yang paling mudah untuk dihantar.. ;)

Kepada rakan-rakan blogger yang mengambil bahagian dalam "contest" terdahulu dialu-alukan untuk menyertai "contest" pada kali ini.. Mana tahu, pada kali ini ada rezeki anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan..

Bagi rakan-rakan yang baru mengunjungi blog ini juga dialu-alukan untuk menyertai "contest" ini. Semoga anda juga turut berpeluang menjadi pemenang hadiah yang ditawarkan disamping menarik pengunjung blog anda supaya berminat untuk membaca bahan bacaan yang disajikan..

Sahutlah kempen mari membaca.. "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya"

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Harga Minyak Ron 95 kekal
Apa itu f-commerce?
Chef Wan dah jadi Datuk?
Hadiah Istimewa Khas Untuk mu..
Lagi-lagi cerita pasal emas..
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Saturday, February 12, 2011

Keputusan Pemenang GA Pertama Blog Sembang Hari2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah dengan Izin Allah S.w.t akhirnya saya diberi kelapangan masa untuk menilai 10 blog terpilih untuk memenangi tempat pertama hingga ke 3 GA Pertama Blog Sembang Hari2..

Terasa susah juga nak menilai sebab kesemua 10 blog layak untuk memenangi hadiah tersebut..
Jadi saya pun membuat rubrik pemarkahan untuk menentukan siapa yang layak menang.. Baru lah Adil kan?

Berdasarkan rubrik pemarkahan tersebut bersama ini saya mengumumkan 5 blog terbaik yang dipilih untuk Contest ini.. Jadi blog yang mendapat tempat pertama hingga ke 3 dalam senarai ini, dah tentulah blog tersebut adalah pemenangnya..
  1. tiefazatie    http://tiefazatie.blogspot.com/                35 markah
  2. Cute Mum http://mamiuyuncontest.blogspot.com/   23 markah
  3. Izatul Iman http://whatrudoin.gaentries.blogspot.com/ 20 markah
  4. nelly           http://nellythestrange.blogspot.com/      14 markah
  5. Kak Yong  http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/ 9 markah
  6. Aaanie       http://aanie.blogspot.com/                      9 markah

Jadi kepada 3 pemenang tempat teratas boleh menghantar email kepada anuarmarsib@gmail.com  dengan menghantar maklumat berikut:-


1.Nama penuh :
2.Alamat :
3.Nama Bank :
4.Akaun Bank:
5.Barang Yang Mahu Dibeli di Blog Discount Hari:
6.Tarikh untuk booking Pak Ya Home Stay (bagi pemenang tempat pertama):



Hadiah-hadiah keseluruhan Contest ini disumbangkan oleh blog Discount Hari2
  • Hadiah wang tunai akan di bankin ke akaun bank pemenang
  • Baby Cloth Diapers akan dihantar melalui Pos
  • Rebat pembelian akan dibnk in ke akaun pemenang setelah membeli mana-mana barangan yang diiklankan di blog Discount Hari2
Keputusan pengadil adalah muktamad.. Sebarang bantahan dan surat-menyurat tidak akan dilayan..

Tahniah buat semua pemenang, dan terima kasih buat semua rakan-rakan blogger yang sudi memeriahkan Contest ini..

Menang dan kalah adat pertandingan.. Jika anda tidak berjaya pada kali ini, cuba lagi pada masa akan datang.. Insya Allah sekiranya ada rezeki lebih, akan ada 1 "contest" lagi menyusul pada bulan April ini..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Wednesday, February 2, 2011

Senarai 10 Blog Terpilih Untuk Dinilai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ini saya telah pun berada di Sibu.. Sementara menunggu hari siang, sempat luangkan masa untuk berblog sekejap.. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching lebih kurang pukul 10 pagi.. Dari Sibu nak ke Kuching akan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam. Ianya merupakan perjalanan yang diambil bagi driver beginner seperti saya.. ;)

Lepas sembahayang Subuh pagi tadi teringat untuk membuat cabutan bagi 10 blog yang bertuah untuk dinilai bagi memilih pemenang tempat pertama hingga ke 3 Giveaway Pertama blog Sembang Hari2..

Jadi sementara anak-anak sedang tidur ni sempatlah saya memotong 2 helai kertas A4 sekecil-kecilnya sehingga saya dapat 103 keratan yang sama besar.. Kemudian saya menulis nombor pada setiap keratan tersebut.. Selepas itu saya masukkan kesemua keratan kertas A4 tersebut ke dalam sebuah bekas..

Dan sekarang saya mencabut 10 daripada keratan tersebut... 10 blog bertuah untuk dinilai adalah:-

  1. Aaanie           http://aanie.blogspot.com/
  2. Cute Mum     http://mamiuyuncontest.blogspot.com/
  3. Taufidris        http://taufidris.blogspot.com/
  4. Izatul Iman    http://whatrudoin.gaentries.blogspot.com/
  5. tiefazatie        http://tiefazatie.blogspot.com/
  6. Kak Yong     http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/
  7. Cik Naz Ahmad  http://nazirahahmad.blogspot.com/
  8. nelly              http://nellythestrange.blogspot.com/
  9. muna            http://munalifestory.blogspot.com/
  10. Ayu              http://ayuayu101.blogspot.com/
Jadi saya ucapkan tahniah kepada 10 buah blog ini.. Semenatara saya sedang bercuti ini, mungkin anda berpeluang untuk mengemaskini apa-apa yang patut sebelum dinilai.. Anda boleh semak balik post sebelum ini tentang kriteria pemilihan pemenang..

Nak lagi mudah kerja saya, anda tuliskan perkara berikut:

"Kenapa saya layak untuk menjadi pemenang hadiah pertama GA pertama blog Sembang Hari2

1.
2.
3.
4.
5.
6.
dan seterusnya..

emailkan kepada anuarmarsib@gmail.com

Dengan cara ini lebih mudah untuk saya menilai blog-blog yang layak untuk menjadi pemenang supaya tiada keciciran maklumat semasa saya membuat penilaian..

Itu sahaja daripada saya untuk kali ini.. Salam cuti-cuti Malaysia        


Read more...

Tuesday, February 1, 2011

Contest Giveaway Pertama blog Sembang Hari2 telah Ditutup..

Contest Giveaway Pertama Blog Sembang Hari2 telah pun ditutup semalam..

Terima kasih kepada semua 103 peserta (Blogger) kerana telah turut serta dalam contest ini.. Jadi sekarang ini adalah masa untuk memberikan hadiah kepada para pemenang..

Pertama sekali hadiah untuk pendorong terbanyak minggu ke 5:
Maaf, tiada peserta yang layak memenangi hadiah pendorong terbanyak untuk minggu ke 5. Sebanyak 3 blog sahaja yang menyertai GA ini pada minggu ke 5.. Dan setiap peserta masing-masing di dorong oleh seorang pendorong iaitu Mamarifqy, nana dan Cute Mum.. Jadi ke tiga-tiga peserta ini seri dengan hanya menjadi 1 pendorong sahaja.. Macaman saya nak bagi hadiah ;).. Terselamat 1 Cloth Diapers saya.. ;)

Seterusnya Pemenang untuk pendorong terbanyak keseluruhan:
Hadiah ini dimenangi oleh Zaiikulim Tahniah buat puan Zai Kulim.. Sepanjang "Contest" ini berlangsung beliau telah berjaya mendorong 19 buah blog menyertai "Contest" ini. Dan ini merupakan hadiah ke 3 yangtelah beliau menangi sepanjang "contest" ini berlangsung.. TAHNIAH!!!

Hadiah yang beliau menangi adalah:-
  • Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
  • Wang tunai RM30 (Bank In)
  • Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

 Jadi Zaikulim boleh menghantar email kepada anuarmarsib@gmail.com dengan menghantar maklumat berikut:-
  1. Nama penuh :
  2. Alamat         :
  3. Nama Bank :
  4. Akaun Bank:
  5. Tarikh (untuk booking Pak Ya Home Stay):
  6. Barang Yang Mahu Dibeli di Blog Discount Hari:
 P/s: Rebat tunai hanya akan diberi (bank in) setelah anda membeli mana-mana barangan yang diiklankan di blog Discount Hari2..

Untuk hadiah tempat pertama hingga tempat ke 3, saya perlukan sedikit masa untuk mengumumkan senarai nama pemenang. Ini disebabkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi berdasarkan peraturan berikut:-

http://sembanghari2.blogspot.com/2010/12/giveaway-pertama-blog-sembang-hari2.html
http://sembanghari2.blogspot.com/2010/12/penyertaan-contest-giveaway-pertama.html

Jadi, diharap semua peserta dapat bersabar menunggu keputusan pemenang tempat pertama hingga ke 3..
Read more...

Tuesday, January 25, 2011

Minggu Terakhir "Contest" Giveaway Pertama Blog Sembang Hari2

Pejam celik-pejam celik sudah hampir sampai ke penghujungnya "Contest" Giveaway pertama blog Sembang Hari2 ini berlangsung..

Rasa seronok disebabkan inilah julung-julung kalinya "contest" ini saya anjurkan dan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan blogger begitu menggalakkan. Setakat hari ini terdapat sebanyak 100 buah blog yang turut sama mengambil bahagian dalam "contest" ini. Terima kasih di atas penyertaan anda semua. Tanpa anda semua siapalah saya.. Chewah.. ;)

Untuk makluman anda semua "contest" ini akan tutup pada 31 Januari 2011. Jadi bagi rakan-rakan blogger yang belum menyertai "contest" ini anda masih berpeluang untuk berbuat sedemikian pada minggu yang terakhir ini.

Setakat ini terdapat beberapa buah blog yang begitu aktif mendorong rakan-rakan blogger untuk menyertai "contest" ini. Dan mereka dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi hadiah pendorong terbanyak keseluruhan.

MamiuyunContest telah berjaya mendorong 10 buah blog menyertai "contest" ini.
Namarul-Contest telah berjaya mendorong 4 buah blog menyertai "contest" ini
Nellythestrange telah berjaya mendorong 9 buah blog menyertai "contest" ini
Zai Kulim telah berjaya mendorong 19 buah blog menyertai "contest" ini


Tuan rumah hanya berjaya mendorong 10 buah blog menyertai "contest" ini

 dan juga terdapat blog-blog lain yang tidak kurang juga hebatnya. Namun atas keterbatasan masa, saya tidak dapat untuk menulisnya satu persatu..

Walaupun kelihatan hadiah pendorong terbanyak keseluruhan seakan sudah mempunyai pemenang, namun begitu "contest" ini masih berjalan selama seminggu dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ianya diibaratkan sebagai sebuah permainan bola sepak. Baki masa 1/5 masa perlawanan boleh merubah segala-galanya.. ;)

Justeru itu bagi anda yang berminat untuk memenangi hadiah pendorong terbanyak keseluruhan dan juga hadiah tempat pertama hingga ke 3, inilah masa yang sebaik-baiknya untuk anda menyertai "contest" ini.

Maklumat lanjut tentang "contest" ini, anda boleh lihat 2 syarat berikut:
Semoga Berjaya

Read more...

Thursday, December 30, 2010

Keputusan terkini "contest" pendorong terbanyak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada sekuad Malaysia kerana telah berjaya memenangi piala Suzuki dengan kemenangan aggregate 4-2 ke atas Indonesia.. Syabas Malaysia.. Malaysia Boleh!!

Alhamdulillah dapat kita sama-sama bercuti pada 31 Disember 2010 hasil daripada kemenangan tersebut.. Yeye..

Disamping kita bersorak gembira izinkan saya untuk melaporkan perkembangan "Contest" Giveaway pertama Blog Sembang Hari2 bagi kategori pendorong terbanyak pada minggu pertama..

Jumlah penyertaan setakat ini sebanyak 44 penyertaan daripada rakan-rakan blogger..

 Rajah pendorong terbanyak dari fail Microsoft Excell..

Dan 3 pendorong terbanyak setakat ini adalah:

  1. http://sembanghari2.blogspot.com              pendorong 9 blog
  2. http://mamiuyuncontest.blogspot.com         pendorong 5 blog
  3. http://contestcontestcontest.blogspot.com  pendorong 4 blog
Setakat hari ini nampaknya blog mamiuyuncontest mendahului rakan-rakan blogger yang lain untuk memenangi hadiah minggu pertama pendorong terbanyak.. Namun begitu mamiuyuncontest belum lagi berada dalam zon selesa kerana ia diekori rapat oleh blog contestcontestcontest.

Jadi Mamiuyuncontest perlu berusaha lagi untuk mengekalkan kedudukan ini sehingga hari Ahad 2 Januari 2011 untuk melayakkan blog beliau memenangi hadiah minggu pertama. Buat rakan-rakan blogger lain anda juga berpeluang untuk menyaingi mamiuyuncontest dan contestcontestcontest kerana masih ada 3 hari lagi sebelum pemenang minggu pertama diumumkan..

Jangan berputus asa cuba lagi.. Malaysia Boleh!! Rakan-rakan Blogger juga Boleh!!
Read more...

Wednesday, December 29, 2010

Penyertaan "Contest" Giveaway pertama Blog Sembang Hari2 (Part 2)

Makluman tambahan:

Untuk makluman semua peserta, setiap penyertaan "contest" ini akan direkodkan ke dalam microsoft excell 2007. Ianya bagi memudahkan kami menyemak perkembangan pemenang mingguan..

Setakat penyertaan pada hari kedua ini, berikut adalah senarai 5 pendorong tertinggi mengikut turutan:

  1. http://sembanghari2.blogspot.com                  mendorong 9 blog
  2. http://thecolourfulisland.blogspot.com             mendorong 3 blog
  3. http://contestcontestcontest.blogspot.com      mendorong 2 blog
  4. http://hezesuze.blogspot.com                         mendorong 2 blog
  5. http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com mendorong 2 blog


 
 Namun begitu pendorong-pendorong ini belum tentu lagi dapat memenangi hadiah pendorong tertinggi minggu pertama dan juga pendorong tertinggi keseluruhan.. Ini kerana tempoh pertandingan untuk memilih pendorong tertinggi minggu pertama masih ada baki 4 hari lagi.. Rakan blogger yang baru turut serta dalam "contest" ini juga masih berpeluang menjadi pemenang pendorong tertinggi mingguan dan pendorong tertinggi keseluruhan..

Jadi rebut peluang keemasan ini.. Semoga rakan-rakan blogger dapat bersaing secara sihat dalam memeriahkan "contest" ini..

P/s: Untuk memudahkan anda mengetahui berapa bilangan pendorong blog anda, sila semak di bahagian komen yang ditinggalkan oleh para peserta..

Read more...

Penyertaan "Contest" Giveaway pertama Blog Sembang Hari2 (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog sembang hari2..


Semalam 28 Disember 2010 merupakan hari pelancaran Giveaway pertama blog sembang hari2. Jadi hari ni masuk hari kedua contest ini berjalan. Petang tadi saya buka blog dan rasa sangat gembira dan bersyukur dengan sambutan yang diberikan..

Tidak disangka "contest" ini telah pun disertai oleh 36 rakan-rakan blogger dari seluruh Malayisa. Terima kasih di atas sokongan semua rakan-rakan yang sudi menyertai contest ini. Jadi kalau dah semakin banyak rakan-rakan blogger yang menyertai pertandingan ini tentu agak sukar untuk saya memilih pemenang. Betul tak?


Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya pun berbincang dengan Ayah mertua dan isteri tentang perkara ini. Ayah mertua saya berpandangan untuk memilih pemenang blogger itu perlu ada kelebihan yang lain berbanding rakan-rakan blogger yang turut menjadi peserta. Lalu saya bertanya kepada ayah mertua saya berkenaan kelebihan tersebut.

Berikut adalah pandangan ayah mertua saya:

  1. Terdapat pelanggan yang menyewa Pak Ya Hometay yang mendapat informasi daripada blog pemenang (Pemenang pertama blog yang mendapat penyewa terbanyak diikuti blog kedua dan ketiga); Sekiranya tiada juga pemenang
  2. Blog yang rajin memberi komen di entri-entri lain di blog sembang hari2; sekiranya tiada juga pemenang
  3. Blog yang meletakkan blog sembanghari2 dalam senarai blog role ; Sekiranya tiada juga pemenang
  4. Bilangan semua penyertaan akan dibahagikan dengan 3 bahagian. Kemudian nombor penyertaan terakhir pada setiap bahagian akan dipilih sebagai pemenang tempat Pertama, kedua dan ketiga. Contohnya 99/3: Pemenang tempat pertama adalah penyertaan yang ke 33 dikuti penyertaan ke 66 (pemenang kedua) dan diikuti penyertaan yang ke 99 (pemenang ketiga)

Setakat itu sahaja 4 cara untuk memilih pemenang "contest" ini. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Jadi secara turutannya, kita memilih pemenang berdasarkan syarat yang pertama. Jika tiada yang memenuhi syarat pertama kita akan menggunakan syarat kedua, sekiranya tiada juga kita akan mengikuti syarat yang ketiga dan akhir sekali baru kita akan mengikuti syarat yang keempat.

Nota: Sebelum ini, Pak Ya Homestay dikunjungi oleh penyewa yang mendapat informasi daripada laman web Mudah.my. Tetapi untuk menjayakan contest ini saya tidak update iklan di mudah.my bagi memberi peluang kepada blogger untuk memeriahkan "contest" ini.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..