Sunday, July 29, 2012

Trafik Blog Sembang hari2 telah melebihi 100K

Syukur Alhamdulillah..

Setelah terlibat dalam penulisan Blog hampir 3 tahun, Akhirnya Trafik blog sembang hari2  telah melebihi 100,000 trafik..


Lama betul saya menunggu saat-saat ini.. 

Disebabkan Blog  Sembang Hari2  ini blog yang biasa-biasa sahaja, jadi susah sikit nak dapat banyak trafik.. Terlalu kerdil trafik blog Picisan ini jika hendak dibandingkan dengan blog-blog yang seusia dengannya..Pada masa sekarang ni terdapat banyak blog yang berjaya mencapai lebih 1 juta trafik dalam tempoh 3 tahun kewujudannya di alam Cyber.. 

Antara penyebab utama kelembapan trafik yang singgah di blog sembang hari2 adalah disebabkan blog ini jarang berupdate.. maklumlah Sejak akhir-akhir ini saya lebih banyak memberi tumpuan kepada Blog Coretan Anuar dan juga blog Discount hari2..

Walaupun Blog  Sembang Hari2  jarang berupdate, tetapi pihak nuffnang masih sudi lagi memberikan BE kepada blog picisan ini.. Terima kasih Nuffnang..

BE terbaru yang sedang aktif di Blog Sembang Hari2 ialah Colgate Palmolive MBBC.. Pada pandangan saya.. iklan Colgate pada kali Ini merupakan antara iklan paling menarik daripada nuffnang.... 


Kalau nak tahu apa yang menarik, jangan lupa untuk mengunjungi Page Colgate di Facebook dengan klik pada banner Colgate yang tertera di blog  Sembang Hari2 ..

Terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung blog ini, sehingga membolehkan blog picisan ini berjaya memperolehi lebih 100K trafik..



Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..