Tuesday, May 22, 2012

Walaupun tak menang RM200,000 dan Kereta, tapi Readers Digest tetap membawa tuah kepada Blog SH2

Masih ingat lagi tak tentang artikel yang pernah saya tulis tentang Peraduan Readers Digest.. Sekiranya anda masih belum pernah membaca artikel tersebut, sila klik di sini

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Readers Digest kerana sudi mengirimkan kepada saya 3 envelop secara bersiri tersebut..






Kesemua envelop tersebut kesudahannya saya buang ke dalam tong sampah sewaktu mengemas barang untuk berpindah dari Mukah ke semenanjung.. 

Tetapi sebelum saya membuang envelop-envelop tersebut, sempat juga saya mengabadikan pengalaman menerima envelop daripada Readers Digest ke dalam blog sembang hari2..

Hasilnya.. Apabila pengguna internet menaip perkataan Readers Digest di 'google search',  Blog  sembang hari2  berjaya tersenarai di muka surat pertama.. 

Contohnya apabila anda menaip keyword "Pemenang Readers Digest 2011" pada 'google search'.. Anda akan mendapati blog  sembang hari2  berada pada ranking pertama hasil pencarian tersebut..


Dapatlah juga sedikit trafik daripada google walaupun blog ini agak jarang berupdate.. setakat ini google merupakan penyumbang trafik terbesar kepada blog  sembang hari2 .. 

Cuba tengok gambar di bawah.. Trafik yang disumbangkan oleh google terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan trafik yang datang daripada pelbagai sumber lain seperti busuk.org, yahoo, facebook dan sebagainya..  


Inilah kelebihan berbaik dengan Encik google.. Boleh dapat trafik secara automatik, tanpa perlu kerap update blog dan blog walking.. Terima kasih Google dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Readers Digest... 



Read more...

Monday, May 21, 2012

Blog Sembang Hari2 terus cemerlang.. Terima kasih Nuffnang..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperi yang dijangka Blog sembang hari2 terus cemerlang berbanding 3 blog saya yang lain iaitu blog Coretan Anuar, Discount Hari2 dan blog Kelab Catur PSIS..dalam mendapatkan BE dari Nuffnang.. 

Sehingga sekarang saya masih belum mendapat jawapannya.. Kenapa Blog saya yang lain tidak berjaya mendapatkan BE seperti blog Sembang Hari2??

Walaubagaimanapun, Syukur Alhamdulillah.. Ada 3 BE sedang aktif di blog  Sembang Hari2 pada ketika ini.. Terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi BE kepada  Sembang Hari2  ..




Walaupun 3 blog saya yang lain tidak berjaya mendapatkan BE dari nuffnang, tetapi masing-masing turut memberi sumbangan kepada saya dalam pengiklanan nuffnang.. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit, tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang saya terima..

Semua rezeki yang saya perolehi di blog ini dan di 3 buah blog saya yang lain berpunca daripada anda yang sudi mengunjungi blog-blog saya.. Jadi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi membaca isi kandungan blog-blog saya yang tidak seberapa ini.. Semoga anda terus ceria dan murah rezeki selalu.. Amin..




Read more...

Monday, May 7, 2012

Info tentang Pelaburan emas yang kita patut tahu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang pelaburan emas.. Kita semua sedia maklum emas merupakan logam paling berharga selain daripada perak.. Bila sebut pasal emas, kita akan membayangkan satu logam yang berkilau dan ianya melambangkan kemewahan.. Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik. 

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan. 

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda. 

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu. 

Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini. 

Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas. Ianya merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan.. Dengan pelaburan emas anda boleh mendapat keuntungan purata lebih 20% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini.


Kenapa harga emas terus melonjak naik dengan pantas dan mampu memberi pulangan keuntungan purata melebihi 20% hingga 45% setahun?? 

Kenaikan ini berlaku terutama sekali selepas krisis subprime di Amerika Syarikat dan ekonomi dunia sejak tahun 2007/08.

Bayangkan dengan pulangan purata 20% setahun, jika anda ada RM1,000 dan tukarnya dengan beli emas setahun kemudian harganya dah jadi RM1,200. 

Kalau RM10,000 dah dapat extra RM2,000 senang sahajakan. 

Mana nak cari pulangan pelaburan macam ni kan? 


Tapi anda juga boleh mengalami kerugian jika anda tersilap langkah dalam memilih pelaburan emas ni. 

Sebab tu sebelum melabur dengan emas saya cadangkan rujuk dulu rahsia para pelabur emas menjana keuntungan dengan cara yang betul melalui laman web berikut :-


Selain daripada itu, emas adalah pelaburan dengan risiko yang sangat rendah. Ianya juga bebas dari cukai keuntungan (gain tax) dan sebarang kos pengurusan. Lebih menarik lagi ianya kalis inflasi. Ini bermakna, nilainya tidak jatuh jika dibandingkan dengan nilai matawang semasa.

Sekiranya kita lihat, pada sekitar tahun 80-an, nilai 50 sen masih besar nilainya. Dengan duit sebanyak itu kita masih boleh dapatkan sebungkus nasi lemak, minuman dan gula-gula 10 sen 5 biji. Tapi hari ini 50 sen dah tak dapat beli nasi lemak lagi, bahkan beli gula-gula pun mungkin dapat 3 biji sahaja. 

Inilah yang dikatakan inflasi. Harga barangan jadi semakin mahal. 

Berbeza dengan emas, harganya setiap tahun sentiasa naik dan risikonya sangat rendah jika kita tahu bagaimana nak laburkannya dan kaut keuntungan dengan betul. Sebenarnya apa yang saya kongsikan ini, saya dapat daripada laman web berikut ;

RahsiaPelaburEmas.com

Jadi jika nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca sendiri la yer …Info di laman web tersebut sangat bagus untuk pengetahuan pelaburan anda.


Read more...

Pemberian BE dari nuffnang terus menjadi tanda tanya sehingga kini..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Agak lama juga saya tidak menulis blog sembang hari2.. Adalah lebih kurang 5 minggu.. Sebenarnya agak sibuk pada ketika ini menguruskan isteri ketiga blog saya yang ketiga iaitu blog coretan Anuar.. Jadi kepada anda yang masih setia membaca blog ini, saya ucapkan bebanyak terima kasih.. 

Sebenarnya agak letih juga untuk menguruskan 3 buah blog sekaligus.. Jadi ada kalanya saya perlu fokus dalam satu-satu blog sebelum memberi perhatian kepada blog-blog yang lain.. Disebabkan itu, walaupun saya telah mempunyai blog keempat yang menggunakan domain dan hosting sendiri, tetapi saya masih belum mempunyai masa untuk menguruskannya..

Berbalik kepada tajuk artikel ini iaitu "Pemberian BE dari nuffnang terus menjadi tanda tanya sehingga kini".. Walaupun blog Sembang Hari2 dah 5 minggu tidak berupdate, tetapi syukur Alhamdulillah blog ini masih mempunyai 2 BE yang sedang aktif pada ketika ini iaitu:

  1. Sen Heng - Mothers day Promotion
  2. VW Polo Sedan Launch (Phase 3)

Hehehe.. Sebenarnya malu nak tunjuk gambar ni, disebabkan trafik blog sembang hari2 agak merudum pada ketika ini.. Jadi income pun ciput walaupun dapat BE..


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak nuffnang disebabkan sudi memberi BE kepada saya menerusi blog sembang hari2, walaupun blog ini sudah agak lama tidak berupdate..  Syukur Alhamdulillah..

Sehingga sekarang, cara pemberian BE ini terus menjadi persoalan kepada saya.. Kenapa blog-blog saya yang lain tidak menerima BE seperti blog sembang hari2, sedangkan blog saya yang lain lebih kerap di upadate pada ketika ini..

Selain daripada isi kandungan blog, Adakah terdapat faktor lain yang pihak nuffnang pertimbangkan untuk memberikan BE seperti Page Rank blog, SEO, dan sebagainya??

Kesian dekat blog saya yang lain iaitu:





dan Blog Discount Hari2..



Setakat ini rezeki daripada nuffnang berpihak pada blog saya yang pertama iaitu 




Semoga pada masa akan datang, pihak nuffnang sudi memberi BE kepada 2 blog saya yang lain.. ;)

P/s: Minta tolong undi saya dalam DiGi WWWOW Awards 2012 untuk kategori blogger Of The Year.. Cara nak undi mudah sahaja, anda hanya perlu klik pada banner di bawah dan tekan vote pada laman web DiGi WWWOW Awards.. TQ ;)



 

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..