Friday, August 19, 2011

Persiapan hari raya dan menghayati 10 malam terakhir Ramadhan..

Masuk hari ni dah 19 hari umat Islam berpuasa di Bulan Ramadhan.. Kiranya tinggal lagi 11 hari sebelum menjelangnya 1 Syawal di mana umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Saya percaya pada ketika ini semua orang sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya.. Masa ni tentu baju raya telah pun ditempah.. Ataupun nak senang beli sahaja di kedai.. Ada rakan-rakan kita yang rajin tentunya dah mula buat kuih raya.. Bagi yang tak rajin tu, pergi sahaja ke kedai dan tunjuk itu dan ini..

Walaupun sedang sibuk membuat persiapan hari raya, jangan pula lupa untuk menambahkan amal ibadah.. Terutamanya pada malam 10 terakhir bulan Ramadhan ini.. Manalah tahu ada rezeki kita dapat menghayati malam Lailatul Qadar..

Bukan semua orang berpeluang untuk menghayati atau merasai suasana pada malam tersebut walaupun malam lailatul Qadar benar-benar wujud.. hanya insan-insan tertentu yang dipilih oleh Allah S.W.T sahaja yang berpeluang merasai dan menghayati malam tersebut.. 

Banyakkanlah amal ibadah pada 10 malam terakhir ini... Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang terpilih untuk menikmati dan menghayati malam tersebut.. Insya Allah.. 

Selain itu, kita juga jangan lupa untuk membayar zakat Fitrah.. Pesanan ini saya tujukan juga buat diri saya yang suka membayar zakat Fitrah di saat-saat terakhir Ramadhan.. ;) 

Jadi kalau dapat bayarlah zakat lebih awal sedikit.. Lagi awal bayar, lagi bagus.. Takderlah rasa kelam kabut mencari kaunter bayaran zakat di saat-saat akhir nanti..

Bagi rakan-rakan kita yang tinggal berjauhan dari keluarga pula.. tentu sudah membuat perancangan untuk pulang berhari raya di kampung halaman.. 

Bagi mereka yang tinggal di seberang laut, tentu telah pun membeli tiket kapal terbang samada MAS atau Air Asia..  Kalau terlambat beli tiket harga tiket pastinya melambung tinggi.. Dan lagi menyedihkan seandainya kehabisan tiket kapal terbang.. 

Kalau kehabisan tiket kapal terbang tak dapatlah eden nak nolongnya.. Nak cari perahu pun berbulan mendayung baru boleh sampai ke semenanjung.. kalau kehabisan tiket bas, ok lagi.. Masih banyak lagi alternatif lain untuk beraya di kampung halaman.. Tapi kalau kehabisan tiket kapal terbang, kirim salam jerlah..

Pengalaman  5 tahun tinggal di seberang laut pastinya akan saya kenang sampai bila-bila... Terasa betapa gembira dan bermaknanya apabila dapat bercuti pulang ke kampung (semenanjung) semasa hari raya..

Syukur alhamdulillah.. Sepanjang berkhidmat di Mukah Sarawak tak pernah sekali pun kami menyambut satu syawal di sana.. Kesemuanya kami sambut di kampung halaman.. 

Itu semua cerita dalam tempoh 5 tahun terdahulu semasa berada di seberang laut.. Semasa terkejar-kejar untuk menaiki kapal terbang yang takkan menunggu kita walau seminit pun untuk berlepas..

Tapi sekarang ni lain pula ceritanya.. Kali ni.. kalau nak pergi ke mana-mana destinasi kena pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik terutamanya menjelang musim perayaan ini..

Antara penyebab utama kemalangan adalah disebabkan kenderaan yang dipandu tidak berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan di jalan raya.. 



Jadi sebelum pulang berhari raya ni, pastikan kita servis dahulu kenderaan kita mana yang patut.. Pastikan tayar berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.. Kalau tayar dah botak tu, kenalah ganti.. Kalau tayar tak cukup tekanan angin, pastikan pam dahulu sebelum memulakan perjalanan..

Jagalah keselamatan nyawa diri kita dan insan-insan yang kita sayangi supaya hari raya hari ni kita dapat mencatat rekod baru iaitu sifar dari kemalangan.. Insya Allah semoga kita sama-sama dapat menyambut hari raya ini dengan penuh muhibbah dan kemesraan..

Salam sayang, salam Ramadhan dan selamat membuat persiapan hari raya daripada saya yang turut nak menyambut kemeriahan satu Syawal...

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
  Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Dah Lama tak tengok wayang dekat Pawagam...

Dah Lama betul tak tengok wayang dekat pawagam ni.. Dekat 4 tahun lamanya.. Kalau tak silap saya, kali terakhir saya pergi menonton wayang di pawagam pada tahun 2007 di Sibu..  Cerita yang kami tonton masa tu cerita Mr. Bean.. Tajuknya dah lupa dah..

Kebetulan masa tu kami sedang menunggu penerbangan Air Asia dari Sibu ke KL.. Memandangkan masa masih awal lagi, jadi kami buat keputusan untuk menonton wayang bersama 2 orang rakan yang juga kebetulan menaiki pesawat yang sama...

Dekat panggung wayang tak ada cerita lain yang dapat kami tonton pada masa tu.. yang ada cuma cerita Mr. Bean..

Mr. Bean pun Mr Bean lah.. Janji dapat tengok wayang...Tapi yang kelakarnya.. 3 daripada 4 orang dikalangan kami tertidur semasa movie dimainkan.. Seorang sahaja yang berjaga menonton wayang dari mula sehingga habis...hehehe..

Maklumlah kami semua kepenatan duduk di atas kereta melalui perjalanan Mukah-Sibu yang masih mencabar pada ketika itu (Alasan yang remeh)..

Saya confirm tidur punya.. Maklumlah nak cas tenaga mata yang keletihan selepas memandu.. Masa tu, saya ingat saya seorang sahaja yang mengambil kesempatan untuk tidur.. Rupa-rupanya ada lagi orang lain yang turut beli tiket wayang untuk tidur.. hehehe..

Syabab diucapkan kepada isteri saya yang dapat menonton wayang dari mula sehingga tamat pada ketika itu.. Tak rugi duit beli tiket wayang.. Yang lain termasuk saya buat membazir duit sahaja.. ;)

Selepas peristiwa tersebut ada juga perancangan saya dan isteri nak pergi tengok wayang.. Tapi dari sehari ke seharai tidak pernah berkesempatan.. Maklumlah anak-anak masih kecil.. Nak tengok wayang takder orang yang nak tolong jaga anak.. kalau nak bawa sekali masuk ke pawagam, nanti lain pula jadinya.. Ada hero tambahan lain pula yang muncul secara live semasa movie sedang dimainkan .. ;)

Jadi kalau teringin nak tengok movie terkini, kami carilah DVD di kedai-kedai CD.. Di Sibu agak mudah untuk kami mendapatkan DVD yang cetak rompak mahupun original.. terlalu banyak kedai DVD terdapat di sana.. Tinggal pilih sahaja mana yang berkenan di hati...

Sekarang ni kami dah berkhidmat di semenanjung.. anak-anak pula dah semakin membesar.. jadi Insya Allah kalau ada kesempatan lepas bulan Ramadhan ini teringin juga nak pergi tengok wayang..

Tapi tak sempat survey lagi Movie apa yang best ada dekat panggung wayang pada bulan September ni.. Kalau ada yang menarik boleh juga kami layan..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan 
Bayi Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..