Saturday, December 31, 2011

Kumpulan OSBON Juara MAHARAJA LAWAK MEGA

Tahniah diucapkan kepada kumpulan OSBON kerana berjaya menjuarai Maharaja Lawak Mega.. Kumpulan yang dianggotai Oleh Os dan Abon ini menepati ramalan ramai apabila berjaya mengalahkan finalis yang lain untuk memenangi hadiah di tempat pertama berupa wang Tunai RM 350,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Pesaing terdekat mereka iaitu kumpulan Boboi yang membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Saehu yang memenangi wang tunai RM150,000..  Sekiranya anada berminat untuk menyaksikan keputusan penuh pertandingan ini, saya syorkan anda melihat video di bawah:


Tahniah diucapkan kepada semua finalis MLM yang telah menunjukkan persembahan menarik pada pertandingan ini yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada malam tadi.

Berikut merupakan beberapa babak menarik dalam pertandingan ini yang sempat saya 'copy' dari YouTube untuk tontonan kita bersama...



Semoga pertandingan ini mencapai objektifnya.. Setelah bersiaran selama 9 minggu, membuatkan orang ramai tidak kering gusi menontonnya...Diharapkan pertandingan Maharaja Lawak Mega ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.. MLM memang best!!!





Read more...

Thursday, December 29, 2011

Restoran Simpang Tiga Ipoh, Memang Best..

Restoran Simpang Tiga Ipoh menyediakan makanan yang sedap, layanan sangat bagus, dan harga yang berpatutan.. Menjadikan restoran ini berada pada kelasnya yang tersendiri...

Sekiranya anda berkunjung ke Bandaraya Ipoh saya syorkan anda singgah di Restoran Simpang Tiga Ipoh bagi merasai sendiri kebenaran kata-kata saya..

Semalam saya membawa keluarga saya makan di Restoran ini.. Kami memesan makanan berhidang untuk empat orang dewasa. Antara menu yang terdapat dalam hidangan kami adalah:

  1. Kari kepala ikan nyuk-nyuk atau dikenali sebagai ikan cupak atau ikan putih (Saiz agak besar)
  2. 2 ketul ayam Bistik
  3. 1 pinggan Sambal Terung
  4. Sambal Belacan
  5. 1 Pinggan Pucuk Ubi Rebus
  6. Semangkok Nasi Putih
  7. Sepinggan nasi Tambah
  8. 1 gelas Jus Tembikai
  9. 1 gelas Jus Laici
  10. 1 Gelas Milo Ais
  11. 1 Gelas Air Sirap Bandung
  12. 1 gelas Air Suam..

Hidangan yang disediakan memang Profesional, seperti makan di hotel 3-5 bintang.. Pendek kata sekiranya anda ingin merasai pengalaman makan di Hotel 3-5 bintang pada kos yang murah, saya syorkan anda berkunjung ke restoran ini.. Hidangan disediakan dengan menggunakan pinggan mangkuk yang standard seperti Hotel 5 Bintang. Kemudian kari kepala ikan yang kami pesan juga dipanaskan terlebih dahulu sebelum dihidang..

Semasa hendak membayar harga makanan tersebut, keluar peluh jugalah dahi saya.. Dalam kepala saya dan isteri dah terbayang, sekurang-kurangnya kena keluar dua keping wang kertas RM50 untuk membayar harga makanan tersebut..Masa nak pesan makanan tak fikir pasal harga.. Nampak sedap jer terus order.. Jadi Berapa pun harga yang perlu kami bayar, kami kena redha.. ;)

Semasa pergi ke kaunter pembayaran......

Fuh!! bukan main lega lagi rasanya... Apabila "cashier" memberitahu harga yang perlu saya bayar untuk kesemua makanan tersebut tak sampai pun RM50, . Sampai rasa tak percaya dibuatnya dengan harga tersebut..



Saya memohon maaf disebabkan tidak membawa kamera pada ketika itu untuk menangkap sebarang gambar tentang Restoran dan juga makanan yang kami pesan.. Resit ini sahaja yang dapat dijadikan bukti semasa kami pergi dan makan di restoran tersebut... Bayaran keseluruhan makanan berhidang untuk 4 orang makan cuma RM41.05.. Macamana, ok tak harga tersebut??

Sebelum ini saya pernah menulis satu Artikel ringkas tentang Restoran Simpang Tiga Ipoh ini.. Iaitu pada bulan Disember tahun lepas.. Sekiranya berminat untuk membaca Artikel tersebut bagi memperolehi gambaran tentang restoran ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Restoran Simpang Tiga (Klik Di Sini)

Melalui artikel tersebut, saya juga telah menerima beberapa maklum balas daripada pengunjung blog saya..


Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh Mat Pintu menunjukkan restoran tersebut memang sesuai untuk dikunjungi...



Kepada Miss Shahira, saya mohon maaf sebab tak dapat nak bagi email adress restoran tersebut kerana pada ketika itu, saya masih berada di Mukah Sarawak.. Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang menu yang dihidangkan di restoran ini, saya syorkan Miss Shahira hubungi 05-2551220 atau fax kepada 05-2551880..

Sebagai penutup Artikel ini, sekali lagi saya mengesyorkan anda berkunjung ke Restoran Simpang Tiga Ipoh untuk menikmati pelbagai menu yang disediakan.. disamping merasai sendiri pengalaman menjamu selera di restoran ini.. 

Restoran ini terletak berhampirang dengan Green Town Mall, Ipoh.. Cara paling mudah untuk sampai ke Restoran tersebut, adalah dengan menggunakan jalan menuju ke Green Town Mall, Ipoh..

Insya Allah anda akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan, keenakan makanan dan harga yang berpatutan...


Read more...

Wednesday, December 21, 2011

Perpustakaan Awam Di Negeri Selangor yang Bertaraf Dunia..

Di Negeri Selangor terdapat sebuah Perpustakaan Awam Bertaraf Dunia yang baru sahaja di buka sekitar bulan Julai yang lalu. Perpustakaan bernilai RM70 juta merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.

Nak tahu lebih lanjut tentang perpustakaan ini, sila lihat gambar-gambar di bawah:-  

Perpustakaan Bertaraf Dunia..


Tempat untuk mengadakan sesi Perbincangan..

Membaca buku dalam Taman. dalam bangunan. ;)

Perpustakaan ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Kedudukan perpustakaan ini agak tersorok sedikit. Untuk memudahkan anda pergi ke Perpustakaan ini, anda perlu mengikut petunjuk arah untuk pergi ke Kelab Golf Selangor. Kemudian cari bangunan perpustakaan ini seperti gambar di bawah:

Gambar Perpustakaan dari luar

Ruang membaca buku yang ekslusif dan selesa

Semua Komputer yang disediakan Berjenama Apple..

Selesa untuk aktiviti membaca buku, menaip atau melayari internet.

Perpustakaan ini juga boleh dijadikan tempat untuk beristirehat atau berekreasi bersama keluarga.. Selain daripada membaca buku, meminjam buku dan melayari internet, di perpustakaan ini juga turut menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur..

Jadi sambil anda membaca buku, dalam masa yang sama anak-anak anda boleh bermain di kawasan-kawasan yang disediakan..

Boleh bersantai dengan menonton bersama anak-anak..

Sambil baca buku sambil bersantai..

Menyediakan Ruang Khas untuk setiap peringkat umur..

Dilengkapi dengan ruang bermain untuk kanak-kanak..

Sempena cuti sekolah ini, jangan lepaskan peluang membawa ahli keluarga anda untuk berkunjung ke perpustakaan ini.. Di samping mendapatkan ilmu, anda juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak anda.. 

Cara nak pinjam buku dekat sini pun mudah sahaja.. Anda perlu terlebih dahulu menjadi ahli dengan mengisi borang pendaftaran keahlian secara Percuma. Semasa menghantar borang pendaftaram anda perlu sertakan sekali salinan fotostat IC/Mykid/Surat Beranak. Tempoh pendaftaran hanya selama 1 setengah jam sahaja. Lepas hantar borang, anda dah boleh pinjam buku..

Anda boleh membuat peminjaman maksimum 3 buah buku untuk orang dewasa. Tempoh peminjaman adalah selama 3 minggu. 

Dengan adanya perpustakaan bertaraf dunia ini, diharapkan akan dapat menarik minat orang ramai untuk datang ke perpustakaan ini bagi membaca buku. Melalui membaca, secara tidak langsung akan dapat menambah ilmu kita untuk memperbaiki kehidupan kita pada masa akan datang.. 

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"



Read more...

Tuesday, December 20, 2011

Jadual Gaji Baru Untuk Guru dan Pensyarah Politeknik (SBPA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jadual Gaji Baru Untuk Guru dan Pensyarah Politeknik di bawah Skim Baru  Perkhidmatan Awam (SBPA) telah pun keluar.. Tentu ramai yang tersenyum gembira apabila melihat Jadual gaji tersebut, disebabkan tahun depan dapat naik gaji.. Tetapi disebalik kegembiraan tersebut, mungkin ada perkara yang tersurat dan tersirat yang perlu sama-sama kita fikirkan demi masa hadapan anak bangsa dan negara yang kita cintai.. ...

Sekarang ni dekat mana-mana Jabatan Kerajaan orang sibuk memperkatakan tentang Skim Baru  Perkhidmatan Awam (SBPA).. Ramai yang berpuas hati dengan skim baru ini.. Tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan SBPA ini, termasuk juga Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS)..

Baru-baru ni Presiden CEUPACS, Omar Osman lantang bersuara meminta kerajaan menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Isu yang ditimbulkan oleh CEUPACS adalah Pihak Kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak langsung mengadakan rundingan dengan CEUPACS sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA ini..

Saya tidak berkesempatan untuk membaca secara menyeluruh tentang isi kandungan SBPA ini. Saya cuma sempat membaca bahagian-bahagian tertentu sahaja seperti hal kenaikan gaji, Penilaian LNPT, Had Umur Persaraan, dan Pencen.

Namun begitu seperti juga Penjawat Awam yang lain, saya mengharapkan hasil daripada rundingan yang dilakukan oleh JPA dan CEUPACS, akan memberi kebaikan kepada semua penjawat awam dan juga demi masa hadapan negara.  Jadi kemungkinan besar akan terdapat perubahan pada bahagian-bahagian tertentu dalam isi kandungan SBPA ini... Marilah sama-sama kita nantikan kesudahannya...

Semenjak SBPA ini diumumkan ramai pengguna internet membuat pencarian di google untuk mendapatkan maklumat tentang isi kandungan perlaksanaan SBPA.. Saya juga merupakan salah seorang daripadanya... Apa agaknya yang mereka cari???

Perkara utama yang biasanya pengguna internet cari adalah berkaitan dengan Jadual Pergerakan gaji.. Sebagai seorang yang terlibat dalam sektor pendidikan, sudah pasti saya mencari Jadual gaji untuk guru ataupun pensyarah politeknik..

Sememangnya benar seperti yang diumumkan Oleh Perdana Menteri, tangga kenaikan gaji dalam SBPA ternyata lebih baik berbanding tangga kenaikan gaji dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM)...Sebagai contoh, saya ambil sistem kenaikan gaji untuk guru pada gred DG44..

Dalam SSM, gaji permulaan untuk guru DG44  (T1) adalah sebanyak RM2,982.99 dan gaji maksimum adalah sebanyak RM 5,418.18.. Bagi SBPA pula, gaji permulaam untuk gred DG44 adalah sebanyak RM2985.00 dan gaji maksimum adalah sebanyak RM7235.00..

Jika kita lihat pada perbandingan gaji tersebut, tidak terdapat perbezaan yang banyak pada permulaan gaji (T1) di antara SSM dan SBPA.. Tetapi, terdapat perbezaan gaji yang sangat ketara apabila telah mencapai  gaji maksimum.. .. Banyak juga perbezaannya iaitu hampir RM 2000.00.. Kata orang kalau dapat berpencen pada gaji tersebut, pun dah kira boleh hidup selesa... ;)

tangga gaji guru 20121 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!
Info Gaji DG dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM)...

gaji guru sbpa 2012 Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!
Sifir Gaji Guru Bermula Januri 2012 di bawah Skim Baru  Perkhidmatan Awam (SBPA)

Tetapi untuk terus bertahan bekerja sehingga berpencen, merupakan satu cabaran yang besar dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).. Sebabnya bagi kakitangan kerajaan yang tidak mencapai prestasi  yang dihadkan, ada kebarangkalian untuk diberhentikan kerja.. Manakala bagi kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang sangat cemerlang pula, akan memperolehi kenaikan gaji yang lebih daripada kenaikan gaji biasa...

Bahagian ini yang agak merisaukan ramai penjawat awam.. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai hubungan yang agak 'hambar' dengan bos mereka.. Silap gaya, walaupun dah bertungkus lumus bekerja tetapi bos tetap bagi markah prestasi kerja yang rendah... Mungkin ini merupakan antara salah satu faktor yang membimbangkan pihak CEUPACS sehingga meminta pihak kerajaan menanggguhkan pelaksanaan SBPA ini...

Apabila tangga gaji guru dan Pensyarah Universiti telah keluar saya lihat terdapat blog yang telah pun membuat analisis tentang Jadual kenaikan gaji Guru dan Pensyarah Universiti.. Berdasarkan pemerhatian saya, adakalanya jadual gaji guru lebih banyak berbanding gaji pensyarah universiti.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang analisis tersebut, saya syorkan anda klik Di Sini 

Apabila terbaca tentang analsisis tersebut, tentu saya berasa tidak sabar untuk mengetahui jadual gaji sebenar untuk Pensyarah Politeknik.. Biasanya jadual gaji Pensyarah Politeknik ini dikeluarkan lebih lambat berbanding Jadual-jadual gaji yang lain.. Puas sudah saya membuat pencarian melalui Google, tetapi tidak berhasil...

Nasib baiklah ada seorang rakan pensyarah berjaya memperolehi jadual tangga gaji tersebut melalui seorang rakan menerusi Facebook... Jadi inilah dia Jadual Gaji bagi Pensyarah Politeknik (DH)..

Jadual Kenaikan Gaji Pensyarah Politeknik di bawah Skim Baru  Perkhidmatan Awam (SBPA)

Berdasarkan pemerhatian saya, Jadual gaji pensyarah Politeknik juga berbeza dengan jadual gaji guru... Namun begitu jumlah perbezaannya tidaklah kelihatan ketara... Contohnya gaji Maksimum untuk gred DG41 adalah sebanyak RM 6295.00 manakala gaji maksimum untuk Gred DH41 adalah sebanyak RM6220.00.. Perbezaan cuma sebanyak RM75 sahaja diantara gaji guru dan gaji pensyarah Politeknik pada gred tersebut..Namun begitu tiada sebarang perbezaan gaji pada gred-gred yang lain...

Bagi pendapat saya mungkin ada rasionalnya, kenapa pihak kerajaan memberi gaji yang berbeza-beza di antara guru, pensyarah politeknik, pensyarah UiTM dan Pensyarah Universiti... Jadi kita perlulah bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah S.W.T berikan kepada kita.. Kita bekerja bukan kerana gaji semata-mata tetapi untuk mendapatkan kesejahteraan di dunia dan akhirat ... Insya Allah...

Sekiranya anda yang masih kurang faham tentang perubahan gaji daripada SSM ke SBPA pada bulan Januari 2012 ini, saya syorkan anda membaca slide Power Point di bawah.. Saya memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengulas tentang perkara ini.. Diharap dengan merujuk kepada Slide ini akan membantu pemahaman anda tentang kaedah perubahan gaji tersebut...




Read more...

Saturday, December 17, 2011

OBE vs BBE, Cabaran Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Saya rasa terpanggil untuk menulis satu artikel berkaitan dengan OBE dan BBE ini setelah mendapat respon dari seorang sahabat dalam 'wall' akaun Facebook saya berkenaan dengan Artikel blog saya sebelum ini yang bertajuk "Asia eUniversity menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar setelah Tamat Pengjian".. Terima kasih saya ucapkan kepada Ahmad Fuad Afe kerana sudi memberi respon tetang Artikel tersebut.


Antara OBE dan BBE,  kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Berdasarkan pandangan peribadi saya kedua-dua perkara ini akan memberi satu impak yang besar dalam sistem pendidikan di Malaysia dalam membantu negara menjadi sebuah negara Maju menjelang 2020..

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam kedua-dua bidang ini.. Tetapi sebagai seorang penulis blog, tidak salah untuk saya mengulas atau memberi pandangan terhadap sesuatu perkara.. Jadi sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan saya mengenai kedua-perkara ini saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf.. Semoga selepas saya selesai menulis artikel ini akan dapat menambahkan lagi pemahaman saya berkaitan dengan OBE dan BBE ini...

Apa Itu OBE??

Terlebih dahulu saya ingin menerangkan serba sedikit tentang OBE berdasarkan pemahaman saya sewaktu mendengar taklimat di tempat kerja saya dan melalui sedikit pembacaan di internet.. OBE merupakan nama singkatan bagi Outcome Based Education (OBE) iaitu satu pendekatan yang digunakan untuk membolehkan pelajar membuat sesuatu selepas selesai mengikuti pembelajaran.. Contohnya saya mengajar pelajar huruf abjad A-Z, sepatutnya selepas selesai pengajaran pelajar dapat menulis huruf abjad A-Z dengan jayanya.

OBE mempunyai perbezaan dengan OBA (Outcome Base Assessment) yang mana dalam OBA pensyarah menekankan Kandungan (Content) yang hendak diajar kepada pelajarnya. Melalui OBA, hasil (outcomed) tidak terlalu ditekankan samada dalam kaedah pengajaran, penilaian dan dokumentasi. Pencapaian pelajar diukur melalui penilaian seperti Kuiz, Tugasan, Ujian, dan sebagainya. Keputusan peperiksaan di 'dalam kelas' menggambarkan tahap kecemerlangan pelajar tersebut. Tetapi apabila pelajar yang cemerlang ini memasuki alam pekerjaan, sebahagian daripada mereka tidak dapat menunjukkan 'tahap kecemerlangan' tersebut kepada majikan mereka.

Dalam OBE pula pencapaian pelajar bukan sahaja diukur melalui penilaian seperti kuiz, tugasan dan ujian. Sebaliknya turut mengukur kebolehan pelajar yang lain seperti kemahiran generik, nilai-nilai murni, kemahiran dan kecekapan menggunakan peralatan untuk menghasilkan sesuatu dan sebagainya.. Dengan erti kata lain sekiranya OBE benar-benar dilaksanakan, seorang pelajar telah bersedia 100% untuk menjadi seorang pekerja yang kompiten dan cemerlang di alam pekerjaan.

Pendek kata dalam OBE, penilaian dilakukan secara menyeluruh ke atas ketiga-tiga domain pembelajaran iaitu domain Kognitif (kebolehan pelajar menguasai tahap pembelajaran), domain Efektif (kebolehan pelajar mempraktikkan nilai-nilai murni) dan domain psikomotor (kebolehan pelajar menguasai kemahiran)

Dalam OBE, kurikulum dibangunkan untuk menjawab beberapa persoalan seperti apa yang pelajar hendak capai?, kenapa pelajar perlu mempelajari sesuatu topik?, Bagaimana cara terbaik untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik?, dan bagaimana hendak mengetahui pelajar telah dapat apa yang telah diajar?. Jika persoalan ini telah dapat dijawab, barulah sesuatu kurikulum itu dibentuk. Perkaitan di antara OBA, OBE dan kurikulum ini dapatlah digambarkan seperti dalam rajah di bawah:


Dalam perlaksanakaan OBE, para pelajar perlu didedahkan dengan PLO (Program Learning Outcome) bagi sesuatu Program dan CLO (Course Learning Outccome) bagi sesuatu kursus di awal sesi pengajian..

Kemudian pensyarah akan bertindak sebagai fasilitator untuk membantu pelajar mencapai CLO bagi sesuatu kursus dan seterusnya PLO untuk sesuatu Program.. Di sini menunjukkan satu sifat keterbukaan di mana pelanggan (pelajar) tahu produk (PnP) apa yang sepatutnya mereka perolehi? dan Adakah mereka berjaya memperolehi produk (PnP) tersebut dengan sempurna?

Jadi melalui proses keterbukaan dalam pendekatan OBE ini, para pelanggan (pelajar) dapat menilai samada mereka telah bersedia untuk memasuki alam pekerjaan dengan berbekalkan produk (PnP) yang telah mereka perolehi..

Apa itu BBE??

Ok sekarang kita pergi pula kepada BBE, atau nama singkatan untuk Business Based Education (BBE). Dalam BBE, pelajar tidak perlu menduduki penilaian seperti kuiz, menulis tesis, dan ujian.. Tetapi Pelajar hanya perlu menyiapkan dan melaksanakan beberapa tugasan sehingga selesai dan peluang pekerjaan telah tersedia kepada pelajar setelah menamatkan pengajian..

Setiap tugasan yang diberikan adalah berkaitan dengan persiapan yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Dengan erti kata lain pendekatan yang digunakan oleh BBE adalah belajar untuk menjadi seorang pekerja (usahawan) yang berjaya..

Tenaga pengajar (pekerja) yang membimbing pelajar pula merupakan seorang yang benar-benar berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi. Berjaya di sini tidak bermaksud mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Walaupun kita semua sedia maklum kelayakan akademik tenaga pengajar adalah penting, tetapi seorang yang berjaya tidak semestinya mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhri, walaupun tidak memiliki kelulusan pengajian yang tinggi tetapi berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Satu contoh lain yang dapat saya kongsikan kepada anda untuk melihat perbezaan diantara orang yang berjaya dan orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi dalam sesuatu bidang. Ali seorang lulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat, manakala Abu seorang lulusan pelajar Sijil Politeknik dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Setelah tamat pengajian Ali tidak pernah pun menghasilkan sebarang laman web, walaupun beliau mempunyai Ijazah dalam bidang berkenaan.. Tetapi Abu telah berjaya menghasilkan 10 buah laman web berkat usaha beliau mempelajari sendiri cara untuk membuat laman web daripada sumber-sumber rujukan. Sekiranya anda ingin mempelajari cara untuk membuat laman web, siapakah yang anda akan pilih untuk mengajar anda, samada Ali atau Abu?

Anda tahu Ali ada kelulusan Ijazah dalam bidang berkenaan, tetapi beliau tidak pernah menunjukkan kemampuan beliau untuk menghasilkan laman web. Sedangkan Abu tidak berpendidikan tinggi, tetapi mampu menghasilkan 10 buah laman web..

Sekiranya diberi pilihan kepada saya sudah tentu saya memilih Abu, sebab beliau telah menunjukkan bukti yang beliau boleh mengajar saya untuk menghasilkan sebuah laman web dengan sempurna. Begitu juga halnya sekiranya diberi peluang untuk saya memilih seorang mentor dalam bidang keusahawanan antara Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dengan seorang yang memiliki kelulusan Phd dalam bidang keusahawanan, tetapi tidak pernah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.. Sudah tentulah saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar disebabkan beliau telah membuktikan kejayaannya walaupun tanpa latar belakang pendidikan yang tinggi..

Dengan menggunakan tenaga pengajar daripada kalangan orang-orang yang berjaya secara tidak langsung dapat memberikan satu motivasi yang tinggi kepada pelajar untuk turut menjadi seorang yang berjaya seperti mentor merea..

Pendekatan BBE ini dilaksanakan oleh Asia eUniversity dalam programnya yang dikenali sebagai "Excecutive Diploma In Internet And Sosial Media Marketing". Tempoh pelajar mengikuti program ini  hanya selama 9 bulan sahaja.

Dalam program ini, pelajar akan didedahkan dengan cara menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan bantuan Internet. Antara isi kandungan kursus ini adalah:
  1. Cara membina laman web
  2. Kaedah Pengiklanan dan Grafik Internet
  3. Blog Dan Hubungan Awam dalam perniagaan
  4. Pemasaran Video Online
  5. Facebook dan Media Sosial
  6. Menganalisis dan Menjejak Pelawat Laman Web
  7. Pengoptimum Enjin Pencari (SEO)
  8. Pemasaran Affiliate
Apabila pelajar telah menyiapkan semua tugasan yang diberikan dalam tempoh 9 bulan tersebut, pelajar telah mempunyai peluang pekerjaan sebagai seorang usahawan dengan bantuan pemasaran internet..

Perbandingan Antara OBE dan BBE??

Bab ini agak sukar sedikit untuk saya ulas. Tetapi secara jujurnya saya berpendapat kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. BBE berperanan untuk melahirkan seorang usahawan, manakala OBE berperanan untuk melahirkan seorang perkerja yang mahir yang juga mempunyai kebarangkalian untuk menjadi seorang usahawan.

OBE sesuai dipraktikkan dalam kebanyakan kursus dan disiplin pembelajaran tetapi BBE setakat ini hanya dipraktikkan dalam kursus keusahawanan internet.. Bagi pendapat saya BBE ini juga sesuai dipraktikkan untuk kursus-kursus lain.. Sebagai contoh dalam rancangan realiti televisyen, Mentor.. Mentor menggunakan pendekatan BBE dimana seorang artis terkenal yang berjaya membimbing seorang Mentee. Setelah selesai mengikuti program tersebut akan lahir seorang artis yang boleh menghasilkan album di bawah syarikat-syarikat rakaman tertentu..

Ini menunjukkan konsep BBE ini boleh diterapkan dalam pelbagai bidang. Sekiranya konsep BBE ini berjaya melahirkan usahawan-usahawan berjaya, saya berpendapat ianya wajar diterapkan dalam penggubalan kursus-kursus baru dalam sistem pendidikan di negara kita.

Dalam jadual di bawah, menunjukkan sedikit analisis tentang perbandingan antara BBE dan OBE.. Sebenarnya banyak lagi item yang boleh difikirkan untuk ditambah dalam jadual tersebut.. Tetapi setakat ini, 6 item sahaja yang terlintas dalam fikiran saya.


Adakah konsep BBE sesuai di praktikkan dalam sistem Pendidikan Di Politeknik?

Politeknik sebagai sebuah institusi yang berperanan melahirkan tenaga pekerja separa Profesional untuk sektor awam dan Swatsa..

Pada pendapat saya, pendekatan BBE juga sesuai dipraktikkan di Politeknik kerana kita ada menawarkan pelbagai kursus yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi seorang usahawan seperti teknologi Maklumat, perdagangan, hospitaliti dan kejuruteraan.. Dalam bidang-bidang tersebut pasti ada sekurang-kurangnya satu program yang sesuai untuk menggunakan pendekatan BBE ini..

Sebenarnya saya tidaklah memihak 100% kepada mana-mana pendekatan. Dan skop kerja saya pula 100% berpihak ke arah melaksanakan sistem OBE. Tetapi pada peringkat dasar sistem pendidikan kita, saya syorkan supaya kita juga turut melihat kelebihan BBE ini demi masa hadapan negara.  

Zaman  sekarang sudah berubah. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini mempunyai sifat terbuka dalam memilih sistem pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka..  Seandainya ibu bapa mementingkan ilmu lebih daripada peluang pekerjaan untuk anak mereka, pilihan yang tepat adalah memilih institusi pendidikan yang melaksanakan sistem OBE. Tetapi jika sebaliknya, mungkin ibu bapa akan memilih institusi yang melaksanakan sistem BBE untuk masa hadapan anak mereka.

Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.. Diharap anda dapat memahami mesej yang saya cuba sampaikan dalam artikel ini.. Perkara yang baik itu datanganya daripada Allah S.W.T dan perkara yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri..




Read more...

Wednesday, December 14, 2011

Asia eUniversity menyediakan "peluang pekerjaan" kepada pelajar setelah Tamat Pengajian

Asia eUniversity menyediakan peluang pekerjaan sebagai seorang usahawan kepada para peserta setelah menamatkan pengajian di universiti tersebut nanti..

Tempoh masa pengajian di Asia eUniversiti ini adalah selama 9 bulan. Dalam tempoh tersebut para peserta akan didedahkan dengan kaedah memulakan perniagaan internet dan mengembangkan perniagaan menggunakan internet dan media sosial..  

Modul pembelajaran di Asia eUniversity ini dihasilkan oleh Irfan Khairi iaitu jutawan internet terkenal di Malaysia.. Modul-modul tersebut dihasilkan melalui pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang keusahawanan internet sehingga membolehkan beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya..

Kursus yang ditawarkan di Asia eUniversity ini dikenali sebagai "Executive Diploma In Internet And Sosial Media Marketing".  Modul ini dibangunkan berdasarkan "Business Based Learning" yang bermaksud selain memperolehi Sijil tamat pengajian, para peserta juga akan dapat menghasilkan perniagaan sendiri yang berjaya setelah "graduat" dari Universiti tersebut.






Antara modul yang akan disampaikan dalam kursus ini adalah:

  1. Cara membina laman web
  2. Kaedah Pengiklanan dan grafik internet
  3. Blog Dan Hubungan Awam dalam Perniagaan
  4. Pemasaran Video Online
  5. Fcebook dan Media Sosial
  6. Menganalisa dan menjejak pelawat laman web
  7. Pengoptimum enjin pencari
  8. Pemasaran Affiliate

Setelah tamat pengajian peserta akan memiliki perniaagaan online mereka sendiri nanti..

Kaedah pembelajaran di Universiti ini juga berbeza dengan kaedah pembelajaran di Universiti-Universiti lain yang pernah kita dengar sebelum ini. Di University ini tiada peperiksaan Akhir dan para "pelajar" juga tidak perlu bertungkus lumus menyiapkan Thesis.. Sebaliknya peserta hanya diberikan tugasan dan hasil kerja adalah perniagaan internet yang dibina sendiri sepanjang 9 bulan mengikuti modul ini..

Para peserta akan mengikuti masa pembelajaran secara flexible di mana kelas diadakan sebulan sekali (pada setiap hujung minggu sahaja).. Masa selebihnya peserta akan belajar secara online melalui e-seminar dan perbincangan online mengikut kesesuaian masa..

Jadi sesiapa sahaja berpeluang untuk mengikuti program ini, samada anda seorang pekerja, pelajar, peniaga atau suri rumah tangga sepenuh masa..

Anda boleh mengeluarkan EPF/KWSP untuk membiayai pengajian bagi program ini kerana ianya sebuah program yang diiktiraf..

Sekirnya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, sila layari laman web berikut: http://www.aeu.edu.my/



Read more...

"Money Drop" Daripada RM1 juta tinggal RM100,000

Tahniah diucapkan kepada pasangan sepupu, Hazril dan Arzi kerana berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dalam cabaran Money Drop Malaysia.. Kedua-dua pasangan sepupu ini telah bertungkus lumus untuk menjawab 8 soalan di sepanjang cabaran ini. 

Akhirnya rezeki berpihak kepada mereka setelah berjaya menyempurnakan kesemua 8 soalan tersebut untuk mempertahankan wang tunai RM100,000 daripada RM1,000,000 yang telah diberikan kepada mereka pada awal cabaran..

Dengan kemenangan ini, telah menjadikan Hazril Dan Arzi sebagai pemegang Rekod Tertinggi Cabaran ini setakat ini..    


Rancangan Money Drop Malaysia yang disiarkan di Astro Ria (104) pada setiap Hari Sabtu dan Ahad jam 10 malam ini menyediakan wang sebanyak RM 1,000,000 kepada setiap peserta yang menyertai cabaran ini..

Kemudian setiap peserta perlu melaburkan kesemua wang mereka pada pilihan jawapan yang "di gemari" bagi menjawab setiap soalan yang diajukan kepada mereka..

Seandainya pilihan jawapan yang dipilih adalah salah, maka wang mereka akan "lenyap" pada pilihan jawapan tersebut...  Perkara ini berterusan sehingga para peserta berjaya menyelesaikan kesemua soalan dalam cabaran ini..

Jadi sama-samalah kita nantikan "prestasi" para peserta seterusnya pada minggu-minggu yang akan datang...Adakah mereka berjaya memecahkan rekod tertinggi cabaran ini yang telah dimenangi oleh pasangan sepupu, Hazril dan Arzi??


Read more...

Tuesday, December 13, 2011

Tolong Jangan Baca, kalau taknak terkena dengan Sang Kancil

Terlebih dahulu saya nasihatkan anda supaya jangan membaca cerita ini, kalau tak nak terkena dengan Sang kancil.. Cerita ini sebuah cerita dongeng yang ditulis untuk suka-suka sahaja.. Iaitu cerita tentang binatang yang terkenal dengan kecerdikannya iaitu Sang Kancil yang berjaya menyelesaikan masalah seekor Beruk.....

Dalam sebuah hutan terdapat tiga ekor beruk yang bersahabat baik.. Keakraban 3 ekor beruk ini dapatlah digambarkan seperti ala-ala kisah Do Re Mi, Bujang Lapok, Bujang Sepah dan sebagainya.. Hubungan mereka terlalu akrab... sehingga kalau tak ada seekor pun dari kalangan mereka, pasti tak ceria jadinya..


Nak dijadikan cerita, Pada suatu hari datang pemburu haram menangkap dua ekor daripadanya..

Seekor lagi berjaya melarikan diri setelah ternampak rakan-rakannya kena tangkap.. Maka tinggallah keseekoran bersendirian.. Teman-teman haiwan yang lain terasa sedih melihat  keadaan beruk berkenaan .. Makan tak lalu, tidur tak lena, Mandi tak..... (Tak tahuler beruk ni madi ker tak?).. Namun yang pasti wajahnya sugul sekali, apabila tinggal berseekoran...

Maka bermesyuaratlah sekalian haiwan untuk membincangkan masalah ini..Satu keputusan kemudian berjaya diperolehi.. Dalam keputusan tersebut, kesemua Haiwan bersetuju melantik sang Kancil sebagai wakil untuk melaksanakan rancangan mereka...


Kancil mengajak beruk ke suatu tempat yang agak jauh dari tempat kediaman mereka... Malah suasana di sana jauh berbeza. Lalu sang Kancil pun menunjukkan tangannya ke arah satu objek. Apabila melihat Objek tersebut, Si beruk ni pun tersenyum kegembiraan...

"Nak tahu Kenapa?"

Sebab Sang Kancil membawa si beruk melihat sebuah cermin yang kebetulan terdapat di hutan tersebut. Jadi terpantullah bayang beruk itu di hadapan cermin tersebut.. Dan siberuk pun menyangka objek yang dilihat pada cermin tersebut adalah rakannya.. Kemudian dia bertanya kepada Sang Kancil di mana seekor lagi rakan Beliau??

Sang Kancil menjawab "Beruk. Seekor lagi rakanmu sedang membaca cerita ini?"

Hahahahahaha...

Kan dah terkena.. Saya dah berpesan supaya jangan baca cerita ini daripada awal lagi... Tapi disebabkan nak baca juga, saya tak boleh nak halang... ;)

Read more...

Sunday, December 11, 2011

Tips mendapatkan RM1 pertama melalui Facebook Secara Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada kali ini saya ingin berkongsi satu Tips kepada anda untuk mendapatkan RM1 pertama melalui Facebook tanpa perlu mempunyai Blog atau laman web..

Sehingga ke hari ini terdapat beberapa syarikat ataupun usahawan internet memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan melalui internet dengan cara yang mudah..

Anda boleh memperolehi pendapatan melalui internet tanpa terlibat dengan sebarang aktiviti jual beli... dan lebih menarik lagi anda tidak perlu mengeluarkan modal walau satu sen pun...

Kedah ini dikenali sebagai Pay Per Lead atau PPL... Melalui PPL, anda hanya perlu meletakkan url Affiliate anda pada mana-mana laman web jaringan sosial seperti Facebook..

Kemudian anda akan mendapat bayaran apabila terdapat pengguna internet mendaftar sebagai agen affiliate melalui link anda.. Salah satu contoh link affiliate adalah seperti berikut:

http://www.eruwangerryaffiliates.com/affiliate/scripts/click.php?a_aid=duit-buku&a_bid=31d008db

Anda akan memperolehi link seperti di atas, setelah mendaftar sebagai ejen Affiliate pada mana-mana laman web perniagaan internet...

Bayaran yang diperolehi untuk setiap satu pendaftaran ejen baru adalah sebanyak RM1.. Nilai tersebut mungkinlah tidak sebanyak mana.. Tapi jika dikumpulkan sedikit demi sedikit lama-lama banyak juga jadinya...

Pengalaman manis seorang usahawan internet apabila mereka berjaya memperolehi RM1 pertama melalui internet... Jangan sesekali memperkecilkan nilai RM1.. Setelah saya menceburkan diri dalam bidang penulisan Blog, baru saya tahu betapa bernilainya wang RM1... Kerana dengan wang RM1...

  1. Tak boleh nak Cash Out melalui ATM apabila duit dalam mesin ATM cuma ada wang kertas RM50 sedangkan dalam Bank cuma ada RM49.50  
  2. Tak dapat nak beli permainan 'bola' untuk anak saya
  3. Tak boleh nak masuk tandas awam di KLCC yang memerlukan bayaran RM2
  4. Tak dapat nak mendepositkan wang RM1000 apabila dalam simpanan cuma ada RM999
  5. Seorang ribuan tidak dapat nak bertukar status menjadi jutawan apabila memiliki simpanan sebanyak RM999,999 
  6. dan sebagainya...
Cuba bayangkan, jika anda boleh berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya RM1 sehari melalui Facebook... Bila dikumpulkan selama setahun, anda boleh mendapat wang sebanyak RM356 tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal... Tanpa perlu bersusah payah menulis Blog seperti saya ;)

Anda hanya perlu berhubung dengan kenalan Facebook anda seperti biasa, dan kemudian mendapatkan RM1 untuk setiap satu pendaftaran ejen Affiliate yang baru...

Bayaran RM1untuk setiap pendaftaran ahli baru ini diperolehi melalui satu laman web jualan sahaa.. Jika berminat nak tambahkan lagi pendapatan anda, Jadilah ejen affiliate untuk beberapa laman web perniagaan...

Sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana affiliate dan menjana RM1 pertama anda melalui facebook, sila klik pada mana-mana banner di bawah... 

Kemudian pada laman perniagaan tersebut, anda klik pada perkataan Sign Up atau pendaftaran Affiliate.. Pada kebiasanya ruangan pendaftaran Affiliate terletak pada bahagian atas atau bawah sesuatu laman web..

Apabila anda telah berada di ruangan pendaftaran Affiliate, sila isikan semua matlumat yang dikehendaki... Terutamanya nama penuh dan alamat untuk tujuan pembayaran melalui Cek.. Ataupun nama bank dan nombor akaun, sekiranya bayaran dilakukan melalui pemindahan wang...

Setelah selesai mengisi borang pendaftaran, maka sahlah anda sebagai seorang ejen Affiliate.. Biasanya status kejayaan pendaftaran anda akan dimaklumkan melalui email yang telah anda daftarkan...

Langkah seterusnya anda perlu Login ke dalam akaun Affiliate anda dengan menggunakan username dan Password yang telah anda daftarkan...

Cuba semak pada ruangan akaun Affiliate anda, untuk mendapatkan samada kod banner (seperti di bawah) ataupun url affiliate anda...

Akhir sekali, pergi ke akaun Facebook anda, dan seterusnya memulakan kerja-kerja mempromosi url affiliate anda... Cuba promosikan url Affiliate yang telah anda perolehi mengikut kreativiti anda supaya terdapat pengguna facebook yang turut berminat untuk menjadi ejen bagi menjana pendapatan


Eruwan Gerry Affiliates









Saya percaya tidak lama lagi anda akan berjaya memperolehi RM1 pertama anda melalui Facebook.. Dan nilai tersebut mungkin akan bertambah dari masa ke semasa... 

Selamat mencuba.. ;)

Read more...

Saturday, December 10, 2011

Pengalaman Bersama Irfan Khairi Di PSIS


"Siapa nak Jadi Jutawan, Sila angat tangan"...

Itu antara salah satu kata-kata Irfan Khairi untuk memberi semangat kepada para Peserta "Career Clinic" Sempena Program Kebolehpasaran Graduan Politeknik KPT 2011 yang berlangsung di Dewan Serbaguna PSIS..

Naik gamat dibuatnya Dewan Serbaguna PSIS, bila kebanyakan peserta mengangkat tangan sambil memberi sorakan gemuruh... Rupa-rupanya hampir kesemua peserta program tersebut (pelajar politeknik) bercita-cita untuk menjadi jutawan... 

Ini merupakan satu petanda yang baik untuk generasi muda negara kita.. Tapi nak jadi Jutawan bukannya senang Dik... Kena banyak belajar.. Kena rancang strategi betul-betul... Dan yang paling penting, jangan sesekali berputus asa apabila melalui kegagalan demi kegagalan dalam setiap usaha yang kita lakukan...


Sebenarnya Program bersama Irfan Khairi ini dah berlangsung kira-kira tiga bulan yang lalu... Tapi disebabkan tidak berkesempatan untuk menyiapkan entri ini, jadi ianya hanya menjadi Draft selama lebih daripada tiga bulan.. Walaupun program ini dah lapuk, tapi saya rasa masih releven untuk berkongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang pengikuti program tersebut.... 

Dalam Program selama satu hari tersebut, Irfan Khairi  sempat berkongsikan pengalaman-pengalaman beliau, tips-tips motivasi, serta kisah-kisah kejayaan orang-orang yang berjaya termasuk diri beliau yang telah berjaya menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun...



Menurut Irfan Khairi kebanyakan orang-orang yang berjaya telah meletakkan matlamat yang ingin mereka capai sewaktu masih muda lagi.. Kiranya dalam lingkungan umur para peserta program ini iaitu diantara 16 hingga 20 tahun... Fikirkanlah satu matlamat jangka masa panjang yang releven, dan jangan sesekali memikirkan halangan untuk mencapaianya...

Contohnya Lagenda seni Mempertahankan diri terkenal iaitu Bruce Lee..  Bruce Lee pernah menulis matlamat beliau di atas sehelai kertas kosong ketika bermur 16 tahun.. Kemudian beliau telah menyimpan kertas yang berisi matlamat tersebut dalam sebuah peti besi berkunci... 

Apabila peti besi tersebut dibuka setelah beliau meninggal dunia..., Kertas tersebut mengandungi matlamat Bruce Lee iaitu ingin menjadi seorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri di dunia... Akhirnya beliau berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.. ;)

Berdasarkan kisah kejayaan Bruce Lee ini, untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu memulakannya dengan matlamat. Sebaik-baiknya tulis matlamat kita pada sehelai kertas kosong supaya matlamat tersebut berada dalam minda kita.. Kemudian, kita perlu mengatur strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat tersebut.. Apablia kita telah menulis matlamat di atas kertas, minda separa sedar kita akan membantu kita mencapai matlamat tersebut..
----------------------------------------------------------------------------

Tugasan pertama yang diberikan oleh Irfan Khairi kepada peserta Program ialah..Para peserta dikehendaki menulis di atas sehelai kertas tentang tiga perkara berikut..
  1. Apa matlamat yang nak dicapai?
  2. Bila hendak mencapai matlamat tersebut?
  3. Bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut?

Setelah semua peserta selesai menulis tiga perkara tersebut di atas sehelai kertas, 4 orang Peserta secara sukarela di panggil ke hadapan untuk berkongsi maklumat tentang 3 perkara tersebut kepada para peserta... Ingat panggil sajer-sajer jer.. Siap dapat hadiah lagi daripada Irfan Khairi.. Tu yang ramai nak sukarela datang ke depan.. Irfan Khairi nak tiga orang, empat orang yang datang...;)

 Dua daripada empat orang peserta tersebut mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada para peserta kerana mempunyai isi kandungan maklumat yang sangat menarik... 

Seorang daripadanya merupakan peminat dunia fesyen. Beliau ingin menjadi seorang pereka fesyen terkenal pada satu hari nanti dan memiliki butik sendiri.. Strategi beliau ialah... Beliau akan melakar sekurang-kurangnya satu design rekaan fesyen beliau pada setiap hari...  Apabila dah tamat belajar nanti, banyaklah koleksi design fesyen beliau untuk dikomersialkan...

Seorang lagi peserta ingin membuka syarikat pembinaan sendiri.. Kemudian beliau ingin membeli saham Kelab pasukan Bola Sepak Menchester United secara sedikit demi sedikit sehingga menjadi pemegang saham terbesar syarikat tersebut... Dahsyat betul anda punya matlamat... Semoga anda berjaya mencapainya..

*P/s: Saya mengesyorkan anda  mencubaa menulis tiga perkara tersebut pada sehelai kertas... Saya juga ada menulisnya.. Tapi rahsia, tak boleh bagi tahu... ;)


Apakah yang menyebabkan Bill Gates, Warren Buffet dan Michael Dell menjadi Billionnare??


Jawapannya satu sahaja iaitu melakukan sesuatu perkara berdasarkan minat kita... 

Bill Gates seperti yang kita semua sedia maklum merupakan seorang pakar perisan.. Beliau menjadi seorang Billionare dengan melakukan kerja yang beliau minati walaupun tidak memiliki pendidikan tinggi...

Warren Buffet seorang yang pakar dalam bidang pelaburan.. Beliau mula terlibat dalam bidang pelaburan sejak dari zaman persekolahan lagi.. Disebabkan terlalu meminati urusan jual beli, beliau telah menjual botol coca Cola ketika berumur 6 tahun dan mula membeli dan menjual saham ketika berumur 11 tahun.. 

Micheal Dell pula seorang yang sangat meminati komputer walaupun ayah beliau mengiginkan beliau menjadi seorang doktor.. Disebabkan terlalu meminati komputer, beliau telah berusaha mengumpul wang melalui pelbagai cara (berkerja sambilan) untuk membeli sebuah komputer.. 

Berkat kesungguhan beliau, akhirnya beliau berjaya memperolehi komputer yang diinginkan ketika berumur 15 tahun.. Kemudian, beliau telah mencerai beraikan kesemua perkakasan komputer tersebut dan setelah itu beliau berusaha memasangya semula.. Untuk menjadikan diri beliau mahir dalam bidang perkomputeran, beliau pernah menawarkan perkhidmatan memperbaiki komputer tanpa mengenakan sebarang bayaran...

Berdasarkan kisah kejayaan ketiga-tiga orang Billionnare ini.. Jelas menunjukkan, minat terhadap sesuatu perkara menjadi pemangkin utama kepada seseorang untuk mengecapi kejayaan yang luar biasa.. Jadi mulai dari sekarang, cuba kita mengenal pasti minat kita..  Kemudian berusaha mengkomersialkan minat tersebut supaya menjadi sebuah perniagaan...


Tips untuk menjadi seorang yang pakar dalam satu-satu bidang berdasarkan "Zulu Principle"..
  1. Apabila anda membaca sebuah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi orang yang paling hebat di kalangan rakan-rakan anda
  2. Jika anda membaca 5 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi pakar di kalangan jiran-jiran anda
  3. Jika anda membaca 25-30 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi paling pakar dalam dalam satu daerah
  4. Untuk menjadi seorang yang pakar dalam Malaysia, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 200 buah buku dalam bidang anda..




Sebagai Contoh:
  1. Yusuf Haslam mempunyai 1500 buah buku tentang Board Casting dalam perpustakaan di rumah beliau
  2. Irfan Khairi mempunyai lebih 1000 buah buku dalam perpustakaan beliau
  3. Chef Ismail mempunyain lebih 1000 buku masakan.. 

 Jadi untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlu banyak membaca.. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak ilmu dapat kita perolehi... Sebenarnya galakan untuk membaca ini dah diterapkan sekian lama dalam ajaran Islam... Iaitu melalui wahyu Pertama berbunyi Iqra' (bacalah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Maikat Jibril .. 

Tapi agak sedih jugalah bila kita baca statistik, rupanya ramai rakyat Malaysia tidak suka membaca.. Bila tidak membaca macamana nak tambah ilmu?? Saya rasa ketiadaan wang tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca...

Sebabnya banyak bahan bacaan disediakan secara percuma di perpustakaan seluruh negara termasuk permukaan desa... Terdapat akhbar-akhbar disediakan secara Percuma di sesetengah tempat.. Banyak blog-blog baru wujud bertujuan untuk berkongsi maklumat secara percuma.. Terdapat pelbagai tajuk ebook disediakan secara Percuma walaupun penulis ebook tersebut bertungkus lumus secara berbulan-bulan untuk menyiapkannya.. 



Sebenarnya ada banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Irfan Khairi dalam Program selama satu hari tersebut.. Tapi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian saya di Blog Sembang Hari2.. Info selebihnya biar saya praktikkannya terlebih dahulu sebelum saya berkongsi keberkesanannya kepada pembaca blog sembang hari2...


Lagi pun kalau saya nak kongsikan semua ilmu tersebut di blog sembang hari2, nanti marah pula Irfan Khairi..  Ialah salah satu daripada sumber pendapatan beliau melalui kursus keusahawanan internet.. kalau saya dah berkongsi sebahagian besar daripada ilmu tersebut, nanti orang dah tak nak menghadiri kursus-kursus yang beliau adakan... 


Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang strategi keusahawanan melalui internet sehingga membolehkan  Irfan Khairi menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun rajin-rajinkan diri menghadiri kursus beliau... Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang beliau anda boleh klik pada pautan di bawah...



Sekiranya anda berminat untuk mempelajari ilmu keusahawanan internet secara Percuma, saya syorkan anda memuat turun koleksi ebook Percuma di pautan berikut:





Read more...

Thursday, December 8, 2011

Iklan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi Nuffnang..

Tahniah diucapkan kepada Nuffnang!!!

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPR) juga turut menggunakan perkhidmatan pengiklanan nuffnang untuk mengajak orang ramai supaya mendaftar untuk mengundi...

Nampak gayanya selepas ni berkerlipanlah iklan berwarna kuning kepunyaan SPR pada ruangan iklan nuffnang yang terdapat pada blog-blog di Malaysia...

Jadi kepada anda yang berumur 21 tahun ke atas, jangan lupa untuk mendaftar sebagai pemilih sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini.. Undian anda akan menentukan masa hadapan negara...

Nampak gayanya macam dah dekat sahaja tarikh Pilihanraya ini akan diadakan.. Tapi setakat ini tak tahu lagi bila??.. Sebab SPR belum mengumumkan tarikh rasmi pilihanraya sebenar akan diadakan..

Harap-harap Pilihan raya pada kali ini dapat berjalan dengan lancar.. Kepada yang telah mendaftar, selamat menunaikan tanggungjawab anda untuk mengundi pada PRU ke 13 nanti..
Read more...

Persamaan di antara Menulis Blog dan memancing Ikan..

Syukur Alhamdulillah... Tinggal beberapa hari sahaja lagi, genap 2 tahun saya berkecimpung dalam bidang penulisan Blog.. Pastinya banyak pengalaman berharga yang berjaya saya timba dalam tempoh tersebut..  Disamping itu, saya juga berjaya memperolehi ilmu-ilmu baru dalam dunia internet dan mendapat ramai rakan baru dari kalangan Blogger-blogger tanah air...

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi datang ke blog ini..  Walaupun blog ini hanyalah sebuah blog peribadi biasa-biasa sahaja.. Terima kasih di atas kesudian anda membaca Artikel (entri), meninggalkan komen, serta memberikan idea, kritikan dan pendapat yang berguna pada ruangan yang disediakan..  

Sokongan yang telah anda berikan telah memberikan satu semangat kepada saya untuk terus menulis dengan lebih baik lagi pada masa akan datang... Insya Allah..

Sepanjang saya terlibat dalam penulisan Blog ini dapat saya rumuskan bahawa, bidang penulisan blog ini mempunyai persamaan dengan memancing ikan di sebuah lautan yang luas..  

Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google

Seorang penulis blog akan memperolehi kepuasan apabila semakin ramai pengguna internet membaca artikel atau entri yang ditulis di blog mereka.. Seorang kaki pancing pula akan memperolehi kepuasan apabila umpan yang digunakan dijamah ikan dan berjaya mendapat hasil tangkapan yang banyak... 

Internet diibaratkan sebagai lautan ilmu yang mempunyai jutaan Keyword di dalamnya dan sedang menunggu pengguna internet mendapatkan keyword tersebut. Ianya iibaratkan seperti laut yang mengandungi berjuta ekor ikan di dasarnya, dan sedang menanti umpan yang dihulurkan oleh para pemancing.. 

Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google

Google diibaratkan sebagai sebuah lautan ilmu.. 

Adakah anda tahu, Berapa juta ekor ikan yang terdapat dalam sebuah laut yang luas???

Adakah kita mempunyai statistik yang menunjukkan bilangan ikan tersebut semakin bertambah ataupun berkurang??? 

Setakat ini belum ada satu alat lagi yang dapat membantu kita mengira bilangan ikan di dalam laut yang tersangat luas... Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui apa sahaja yang terkandung didasar laut dan berapa bilangan ikan yang terdapat di dalamnya... Subhannallah..

Tetapi dalam dunia internet, kita dapat mengetahui bilangan pengguna internet dari masa ke semasa samada ianya semakin bertambah ataupun berkurang.. Statistik tersebut boleh diperolehi melalui laman web berikut:


Statistik di bawah menunjukkan bilangan pengguna internet di seluruh Dunia yang bilanggannya telah melebihi 2 billion pengguna.. 932 juta Daripada nilai tersebut merupakan pengguna internet dari Asia..

INTERNET USERS AND POPULATION STATISTICS FOR ASIA
ASIA REGIONPopulation
( 2011 Est. )
Pop.
% World
Internet Users,
Latest Data
Penetration
(% Population)
Users
% World
Facebook
Subscribers
Asia Only
3,879,740,877
56.0 %
932,393,209
24.0 %
44.2 %
152,957,480
Rest of World
3,050,314,277
44.0 %
1,178,372,601
38.6 %
55.8 %
557,771,240
WORLD TOTAL
6,930,055,154
100.0 %
2,110,765,810
30.5 %
100.0 %
710,728,720


Statistik di bawah pula menunjukkan Pengguna internet di Malaysia telah bertambah sehingga mencapai 16.9 juta pengguna pada 31 Mac 2011.. Ini menunjukkan satu petanda yang sangat positif buat usahawan-usahawan internet dan juga penulis-penulis blog seperti saya..

Asia Top Internet Countries


Pengguna internet semakin bertambah dari masa ke semasa.. Tetapi bagaimana untuk menarik pengguna internet tersebut supaya datang beramai-ramai ke blog anda??

Dalam aktiviti memancing, umpan yang kita gunakan mempengaruhi hasil tangkapan yang berjaya kita perolehi.. Begitu juga halnya dengan penulisan blog.  Seorang penulis blog perlu mencari umpan yang berkualiti untuk menarik pengunjung datang ke blog mereka.. 

Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google

Umpan yang digunakan oleh seorang penulis blog adalah "keyword" ataupun perkataan... Umpan yang baik terdiri daripada "keyword" atau perkataan yang berkualiti dalam penulisan artikel di blog mereka.. 

"Keyword" tersebut perlu sepadan dengan "keyword" yang dicari oleh pengguna internet melalui engine-engine pencarian seperti google, yahoo, MSN dan sebagainya..

Bagaimana hendak memastikan samada keyword yang kita gunakan sepadan dengan keyword yang dicari oleh kebanyakan pengguna internet?? 

Terdapat satu tools kepunyaan google yang dapat kita gunakan untuk menganalisis keyword-keyword yang berkualiti.. Anda boleh menggunakan Tools tersebut dengan klik pada pautan di bawah:


Melalui Tools ini anda dapat mencari "keyword" yang biasa di cari oleh pengguna-pengguna internet di seluruh dunia.. 

Sebagai contoh saya menaip perkataan "photography" pada ruangan yang disediakan seperti dalam rajah di bawah..

Keyword yang digunakan sama seperti umpan yang digunakan oleh kaki pancing..

Lihat hasilnya.. terdapat 30.4 juta pengguna internet mencari perkataan ini dalam tempoh satu bulan sahaja.. Perkataan-perkataan lain yang mempunyai perkaitan dengan Photography juga tidak kurang hebatnya..  Statistik menunjukkan semua perkataan yang dicari mempunyai lebih daripada 10 ribu pencarian sebulan...

Sekiranya anda berjaya menggunakan "keyword" yang baik dalam hasil penulisan artikel anda, ia akan dapat memberikan trafik yang banyak kepada blog anda.. Secara tidak langsung ianya dapat memberi kepuasan kepada anda sebagai seorang penulis blog...

Tapi sebelum itu... Anda perlu tahu bagaimana caranya untuk memastikan artikel anda berada pada muka surat pertama dan terletak dalam kedudukan yang baik supaya boleh mendapat klik yang tinggi hasil daripada pencarian sesuatu "keyword"...

Untuk memastikan artikel anda boleh berada pada kedudukan yang baik dalam pencarian sesuatu "Keyword", anda perlu mahir dalam dua perkara iaitu:

1) Search Engine Optimization (SEO)
2) Search Engine Result Page (SERP)

SEO

SEO dan SERP merupakan cabaran utama yang perlu dikuasai oleh seorang Blogger untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya.. Sehingga ke hari ini saya masih dalam proses mempelajari kedua-duanya.. Terdapat tiga tips asas yang dapat saya kongsikan untuk berjaya mengoptimumkan SEO iaitu:


  1. Memilih nama Domain yang mempunyai "keyword" yang ramai orang cari
  2. Menentukan Tema blog
  3. Menentukan "keyword" yang ramai orang cari pada setiap artikel (entri)

Setakat ini blog sembang hari2 cuba memberi fokus kepada tips yang ketiga sahaja...  Agak sukar untuk saya mengikuti tips Pertama dan kedua disebabkan blog ini mempunyai isi kandungan yang agak caca merba... Saya cuba untuk berkongsikan pelbagai info yang dirasakan menarik kepada pembaca blog saya tanpa sebarang tema... ;)


Akhir kata, Menulis Blog dan memancing ikan mempunyai banyak persamaan.. Kedua-duanya mempunyai cabaran dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..

Cuma yang berbeza.. Seorang penulis blog menerokai lautan ilmu yang luas dihadapan komputer untuk mendapatkan trafik.. Sedangkan seorang kaki pancing menerokai lautan yang luas dengan bot dan peralatan memancing untuk memperolehi hasil tangkapan yang banyak...
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..