Saturday, December 10, 2011

Pengalaman Bersama Irfan Khairi Di PSIS

kali Sembang2


"Siapa nak Jadi Jutawan, Sila angat tangan"...

Itu antara salah satu kata-kata Irfan Khairi untuk memberi semangat kepada para Peserta "Career Clinic" Sempena Program Kebolehpasaran Graduan Politeknik KPT 2011 yang berlangsung di Dewan Serbaguna PSIS..

Naik gamat dibuatnya Dewan Serbaguna PSIS, bila kebanyakan peserta mengangkat tangan sambil memberi sorakan gemuruh... Rupa-rupanya hampir kesemua peserta program tersebut (pelajar politeknik) bercita-cita untuk menjadi jutawan... 

Ini merupakan satu petanda yang baik untuk generasi muda negara kita.. Tapi nak jadi Jutawan bukannya senang Dik... Kena banyak belajar.. Kena rancang strategi betul-betul... Dan yang paling penting, jangan sesekali berputus asa apabila melalui kegagalan demi kegagalan dalam setiap usaha yang kita lakukan...


Sebenarnya Program bersama Irfan Khairi ini dah berlangsung kira-kira tiga bulan yang lalu... Tapi disebabkan tidak berkesempatan untuk menyiapkan entri ini, jadi ianya hanya menjadi Draft selama lebih daripada tiga bulan.. Walaupun program ini dah lapuk, tapi saya rasa masih releven untuk berkongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang pengikuti program tersebut.... 

Dalam Program selama satu hari tersebut, Irfan Khairi  sempat berkongsikan pengalaman-pengalaman beliau, tips-tips motivasi, serta kisah-kisah kejayaan orang-orang yang berjaya termasuk diri beliau yang telah berjaya menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun...



Menurut Irfan Khairi kebanyakan orang-orang yang berjaya telah meletakkan matlamat yang ingin mereka capai sewaktu masih muda lagi.. Kiranya dalam lingkungan umur para peserta program ini iaitu diantara 16 hingga 20 tahun... Fikirkanlah satu matlamat jangka masa panjang yang releven, dan jangan sesekali memikirkan halangan untuk mencapaianya...

Contohnya Lagenda seni Mempertahankan diri terkenal iaitu Bruce Lee..  Bruce Lee pernah menulis matlamat beliau di atas sehelai kertas kosong ketika bermur 16 tahun.. Kemudian beliau telah menyimpan kertas yang berisi matlamat tersebut dalam sebuah peti besi berkunci... 

Apabila peti besi tersebut dibuka setelah beliau meninggal dunia..., Kertas tersebut mengandungi matlamat Bruce Lee iaitu ingin menjadi seorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri di dunia... Akhirnya beliau berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.. ;)

Berdasarkan kisah kejayaan Bruce Lee ini, untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu memulakannya dengan matlamat. Sebaik-baiknya tulis matlamat kita pada sehelai kertas kosong supaya matlamat tersebut berada dalam minda kita.. Kemudian, kita perlu mengatur strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat tersebut.. Apablia kita telah menulis matlamat di atas kertas, minda separa sedar kita akan membantu kita mencapai matlamat tersebut..
----------------------------------------------------------------------------

Tugasan pertama yang diberikan oleh Irfan Khairi kepada peserta Program ialah..Para peserta dikehendaki menulis di atas sehelai kertas tentang tiga perkara berikut..
  1. Apa matlamat yang nak dicapai?
  2. Bila hendak mencapai matlamat tersebut?
  3. Bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut?

Setelah semua peserta selesai menulis tiga perkara tersebut di atas sehelai kertas, 4 orang Peserta secara sukarela di panggil ke hadapan untuk berkongsi maklumat tentang 3 perkara tersebut kepada para peserta... Ingat panggil sajer-sajer jer.. Siap dapat hadiah lagi daripada Irfan Khairi.. Tu yang ramai nak sukarela datang ke depan.. Irfan Khairi nak tiga orang, empat orang yang datang...;)

 Dua daripada empat orang peserta tersebut mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada para peserta kerana mempunyai isi kandungan maklumat yang sangat menarik... 

Seorang daripadanya merupakan peminat dunia fesyen. Beliau ingin menjadi seorang pereka fesyen terkenal pada satu hari nanti dan memiliki butik sendiri.. Strategi beliau ialah... Beliau akan melakar sekurang-kurangnya satu design rekaan fesyen beliau pada setiap hari...  Apabila dah tamat belajar nanti, banyaklah koleksi design fesyen beliau untuk dikomersialkan...

Seorang lagi peserta ingin membuka syarikat pembinaan sendiri.. Kemudian beliau ingin membeli saham Kelab pasukan Bola Sepak Menchester United secara sedikit demi sedikit sehingga menjadi pemegang saham terbesar syarikat tersebut... Dahsyat betul anda punya matlamat... Semoga anda berjaya mencapainya..

*P/s: Saya mengesyorkan anda  mencubaa menulis tiga perkara tersebut pada sehelai kertas... Saya juga ada menulisnya.. Tapi rahsia, tak boleh bagi tahu... ;)


Apakah yang menyebabkan Bill Gates, Warren Buffet dan Michael Dell menjadi Billionnare??


Jawapannya satu sahaja iaitu melakukan sesuatu perkara berdasarkan minat kita... 

Bill Gates seperti yang kita semua sedia maklum merupakan seorang pakar perisan.. Beliau menjadi seorang Billionare dengan melakukan kerja yang beliau minati walaupun tidak memiliki pendidikan tinggi...

Warren Buffet seorang yang pakar dalam bidang pelaburan.. Beliau mula terlibat dalam bidang pelaburan sejak dari zaman persekolahan lagi.. Disebabkan terlalu meminati urusan jual beli, beliau telah menjual botol coca Cola ketika berumur 6 tahun dan mula membeli dan menjual saham ketika berumur 11 tahun.. 

Micheal Dell pula seorang yang sangat meminati komputer walaupun ayah beliau mengiginkan beliau menjadi seorang doktor.. Disebabkan terlalu meminati komputer, beliau telah berusaha mengumpul wang melalui pelbagai cara (berkerja sambilan) untuk membeli sebuah komputer.. 

Berkat kesungguhan beliau, akhirnya beliau berjaya memperolehi komputer yang diinginkan ketika berumur 15 tahun.. Kemudian, beliau telah mencerai beraikan kesemua perkakasan komputer tersebut dan setelah itu beliau berusaha memasangya semula.. Untuk menjadikan diri beliau mahir dalam bidang perkomputeran, beliau pernah menawarkan perkhidmatan memperbaiki komputer tanpa mengenakan sebarang bayaran...

Berdasarkan kisah kejayaan ketiga-tiga orang Billionnare ini.. Jelas menunjukkan, minat terhadap sesuatu perkara menjadi pemangkin utama kepada seseorang untuk mengecapi kejayaan yang luar biasa.. Jadi mulai dari sekarang, cuba kita mengenal pasti minat kita..  Kemudian berusaha mengkomersialkan minat tersebut supaya menjadi sebuah perniagaan...


Tips untuk menjadi seorang yang pakar dalam satu-satu bidang berdasarkan "Zulu Principle"..
  1. Apabila anda membaca sebuah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi orang yang paling hebat di kalangan rakan-rakan anda
  2. Jika anda membaca 5 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi pakar di kalangan jiran-jiran anda
  3. Jika anda membaca 25-30 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi paling pakar dalam dalam satu daerah
  4. Untuk menjadi seorang yang pakar dalam Malaysia, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 200 buah buku dalam bidang anda..




Sebagai Contoh:
  1. Yusuf Haslam mempunyai 1500 buah buku tentang Board Casting dalam perpustakaan di rumah beliau
  2. Irfan Khairi mempunyai lebih 1000 buah buku dalam perpustakaan beliau
  3. Chef Ismail mempunyain lebih 1000 buku masakan.. 

 Jadi untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlu banyak membaca.. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak ilmu dapat kita perolehi... Sebenarnya galakan untuk membaca ini dah diterapkan sekian lama dalam ajaran Islam... Iaitu melalui wahyu Pertama berbunyi Iqra' (bacalah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Maikat Jibril .. 

Tapi agak sedih jugalah bila kita baca statistik, rupanya ramai rakyat Malaysia tidak suka membaca.. Bila tidak membaca macamana nak tambah ilmu?? Saya rasa ketiadaan wang tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca...

Sebabnya banyak bahan bacaan disediakan secara percuma di perpustakaan seluruh negara termasuk permukaan desa... Terdapat akhbar-akhbar disediakan secara Percuma di sesetengah tempat.. Banyak blog-blog baru wujud bertujuan untuk berkongsi maklumat secara percuma.. Terdapat pelbagai tajuk ebook disediakan secara Percuma walaupun penulis ebook tersebut bertungkus lumus secara berbulan-bulan untuk menyiapkannya.. 



Sebenarnya ada banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Irfan Khairi dalam Program selama satu hari tersebut.. Tapi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian saya di Blog Sembang Hari2.. Info selebihnya biar saya praktikkannya terlebih dahulu sebelum saya berkongsi keberkesanannya kepada pembaca blog sembang hari2...


Lagi pun kalau saya nak kongsikan semua ilmu tersebut di blog sembang hari2, nanti marah pula Irfan Khairi..  Ialah salah satu daripada sumber pendapatan beliau melalui kursus keusahawanan internet.. kalau saya dah berkongsi sebahagian besar daripada ilmu tersebut, nanti orang dah tak nak menghadiri kursus-kursus yang beliau adakan... 


Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang strategi keusahawanan melalui internet sehingga membolehkan  Irfan Khairi menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun rajin-rajinkan diri menghadiri kursus beliau... Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang beliau anda boleh klik pada pautan di bawah...



Sekiranya anda berminat untuk mempelajari ilmu keusahawanan internet secara Percuma, saya syorkan anda memuat turun koleksi ebook Percuma di pautan berikut:




No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..