Showing posts with label kempen mari membaca. Show all posts
Showing posts with label kempen mari membaca. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Perpustakaan Awam Di Negeri Selangor yang Bertaraf Dunia..

Di Negeri Selangor terdapat sebuah Perpustakaan Awam Bertaraf Dunia yang baru sahaja di buka sekitar bulan Julai yang lalu. Perpustakaan bernilai RM70 juta merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.

Nak tahu lebih lanjut tentang perpustakaan ini, sila lihat gambar-gambar di bawah:-  

Perpustakaan Bertaraf Dunia..


Tempat untuk mengadakan sesi Perbincangan..

Membaca buku dalam Taman. dalam bangunan. ;)

Perpustakaan ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Kedudukan perpustakaan ini agak tersorok sedikit. Untuk memudahkan anda pergi ke Perpustakaan ini, anda perlu mengikut petunjuk arah untuk pergi ke Kelab Golf Selangor. Kemudian cari bangunan perpustakaan ini seperti gambar di bawah:

Gambar Perpustakaan dari luar

Ruang membaca buku yang ekslusif dan selesa

Semua Komputer yang disediakan Berjenama Apple..

Selesa untuk aktiviti membaca buku, menaip atau melayari internet.

Perpustakaan ini juga boleh dijadikan tempat untuk beristirehat atau berekreasi bersama keluarga.. Selain daripada membaca buku, meminjam buku dan melayari internet, di perpustakaan ini juga turut menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur..

Jadi sambil anda membaca buku, dalam masa yang sama anak-anak anda boleh bermain di kawasan-kawasan yang disediakan..

Boleh bersantai dengan menonton bersama anak-anak..

Sambil baca buku sambil bersantai..

Menyediakan Ruang Khas untuk setiap peringkat umur..

Dilengkapi dengan ruang bermain untuk kanak-kanak..

Sempena cuti sekolah ini, jangan lepaskan peluang membawa ahli keluarga anda untuk berkunjung ke perpustakaan ini.. Di samping mendapatkan ilmu, anda juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak anda.. 

Cara nak pinjam buku dekat sini pun mudah sahaja.. Anda perlu terlebih dahulu menjadi ahli dengan mengisi borang pendaftaran keahlian secara Percuma. Semasa menghantar borang pendaftaram anda perlu sertakan sekali salinan fotostat IC/Mykid/Surat Beranak. Tempoh pendaftaran hanya selama 1 setengah jam sahaja. Lepas hantar borang, anda dah boleh pinjam buku..

Anda boleh membuat peminjaman maksimum 3 buah buku untuk orang dewasa. Tempoh peminjaman adalah selama 3 minggu. 

Dengan adanya perpustakaan bertaraf dunia ini, diharapkan akan dapat menarik minat orang ramai untuk datang ke perpustakaan ini bagi membaca buku. Melalui membaca, secara tidak langsung akan dapat menambah ilmu kita untuk memperbaiki kehidupan kita pada masa akan datang.. 

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"



Read more...

Saturday, December 10, 2011

Pengalaman Bersama Irfan Khairi Di PSIS


"Siapa nak Jadi Jutawan, Sila angat tangan"...

Itu antara salah satu kata-kata Irfan Khairi untuk memberi semangat kepada para Peserta "Career Clinic" Sempena Program Kebolehpasaran Graduan Politeknik KPT 2011 yang berlangsung di Dewan Serbaguna PSIS..

Naik gamat dibuatnya Dewan Serbaguna PSIS, bila kebanyakan peserta mengangkat tangan sambil memberi sorakan gemuruh... Rupa-rupanya hampir kesemua peserta program tersebut (pelajar politeknik) bercita-cita untuk menjadi jutawan... 

Ini merupakan satu petanda yang baik untuk generasi muda negara kita.. Tapi nak jadi Jutawan bukannya senang Dik... Kena banyak belajar.. Kena rancang strategi betul-betul... Dan yang paling penting, jangan sesekali berputus asa apabila melalui kegagalan demi kegagalan dalam setiap usaha yang kita lakukan...


Sebenarnya Program bersama Irfan Khairi ini dah berlangsung kira-kira tiga bulan yang lalu... Tapi disebabkan tidak berkesempatan untuk menyiapkan entri ini, jadi ianya hanya menjadi Draft selama lebih daripada tiga bulan.. Walaupun program ini dah lapuk, tapi saya rasa masih releven untuk berkongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang pengikuti program tersebut.... 

Dalam Program selama satu hari tersebut, Irfan Khairi  sempat berkongsikan pengalaman-pengalaman beliau, tips-tips motivasi, serta kisah-kisah kejayaan orang-orang yang berjaya termasuk diri beliau yang telah berjaya menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun...



Menurut Irfan Khairi kebanyakan orang-orang yang berjaya telah meletakkan matlamat yang ingin mereka capai sewaktu masih muda lagi.. Kiranya dalam lingkungan umur para peserta program ini iaitu diantara 16 hingga 20 tahun... Fikirkanlah satu matlamat jangka masa panjang yang releven, dan jangan sesekali memikirkan halangan untuk mencapaianya...

Contohnya Lagenda seni Mempertahankan diri terkenal iaitu Bruce Lee..  Bruce Lee pernah menulis matlamat beliau di atas sehelai kertas kosong ketika bermur 16 tahun.. Kemudian beliau telah menyimpan kertas yang berisi matlamat tersebut dalam sebuah peti besi berkunci... 

Apabila peti besi tersebut dibuka setelah beliau meninggal dunia..., Kertas tersebut mengandungi matlamat Bruce Lee iaitu ingin menjadi seorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri di dunia... Akhirnya beliau berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.. ;)

Berdasarkan kisah kejayaan Bruce Lee ini, untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu memulakannya dengan matlamat. Sebaik-baiknya tulis matlamat kita pada sehelai kertas kosong supaya matlamat tersebut berada dalam minda kita.. Kemudian, kita perlu mengatur strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat tersebut.. Apablia kita telah menulis matlamat di atas kertas, minda separa sedar kita akan membantu kita mencapai matlamat tersebut..
----------------------------------------------------------------------------

Tugasan pertama yang diberikan oleh Irfan Khairi kepada peserta Program ialah..Para peserta dikehendaki menulis di atas sehelai kertas tentang tiga perkara berikut..
  1. Apa matlamat yang nak dicapai?
  2. Bila hendak mencapai matlamat tersebut?
  3. Bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut?

Setelah semua peserta selesai menulis tiga perkara tersebut di atas sehelai kertas, 4 orang Peserta secara sukarela di panggil ke hadapan untuk berkongsi maklumat tentang 3 perkara tersebut kepada para peserta... Ingat panggil sajer-sajer jer.. Siap dapat hadiah lagi daripada Irfan Khairi.. Tu yang ramai nak sukarela datang ke depan.. Irfan Khairi nak tiga orang, empat orang yang datang...;)

 Dua daripada empat orang peserta tersebut mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada para peserta kerana mempunyai isi kandungan maklumat yang sangat menarik... 

Seorang daripadanya merupakan peminat dunia fesyen. Beliau ingin menjadi seorang pereka fesyen terkenal pada satu hari nanti dan memiliki butik sendiri.. Strategi beliau ialah... Beliau akan melakar sekurang-kurangnya satu design rekaan fesyen beliau pada setiap hari...  Apabila dah tamat belajar nanti, banyaklah koleksi design fesyen beliau untuk dikomersialkan...

Seorang lagi peserta ingin membuka syarikat pembinaan sendiri.. Kemudian beliau ingin membeli saham Kelab pasukan Bola Sepak Menchester United secara sedikit demi sedikit sehingga menjadi pemegang saham terbesar syarikat tersebut... Dahsyat betul anda punya matlamat... Semoga anda berjaya mencapainya..

*P/s: Saya mengesyorkan anda  mencubaa menulis tiga perkara tersebut pada sehelai kertas... Saya juga ada menulisnya.. Tapi rahsia, tak boleh bagi tahu... ;)


Apakah yang menyebabkan Bill Gates, Warren Buffet dan Michael Dell menjadi Billionnare??


Jawapannya satu sahaja iaitu melakukan sesuatu perkara berdasarkan minat kita... 

Bill Gates seperti yang kita semua sedia maklum merupakan seorang pakar perisan.. Beliau menjadi seorang Billionare dengan melakukan kerja yang beliau minati walaupun tidak memiliki pendidikan tinggi...

Warren Buffet seorang yang pakar dalam bidang pelaburan.. Beliau mula terlibat dalam bidang pelaburan sejak dari zaman persekolahan lagi.. Disebabkan terlalu meminati urusan jual beli, beliau telah menjual botol coca Cola ketika berumur 6 tahun dan mula membeli dan menjual saham ketika berumur 11 tahun.. 

Micheal Dell pula seorang yang sangat meminati komputer walaupun ayah beliau mengiginkan beliau menjadi seorang doktor.. Disebabkan terlalu meminati komputer, beliau telah berusaha mengumpul wang melalui pelbagai cara (berkerja sambilan) untuk membeli sebuah komputer.. 

Berkat kesungguhan beliau, akhirnya beliau berjaya memperolehi komputer yang diinginkan ketika berumur 15 tahun.. Kemudian, beliau telah mencerai beraikan kesemua perkakasan komputer tersebut dan setelah itu beliau berusaha memasangya semula.. Untuk menjadikan diri beliau mahir dalam bidang perkomputeran, beliau pernah menawarkan perkhidmatan memperbaiki komputer tanpa mengenakan sebarang bayaran...

Berdasarkan kisah kejayaan ketiga-tiga orang Billionnare ini.. Jelas menunjukkan, minat terhadap sesuatu perkara menjadi pemangkin utama kepada seseorang untuk mengecapi kejayaan yang luar biasa.. Jadi mulai dari sekarang, cuba kita mengenal pasti minat kita..  Kemudian berusaha mengkomersialkan minat tersebut supaya menjadi sebuah perniagaan...


Tips untuk menjadi seorang yang pakar dalam satu-satu bidang berdasarkan "Zulu Principle"..
  1. Apabila anda membaca sebuah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi orang yang paling hebat di kalangan rakan-rakan anda
  2. Jika anda membaca 5 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi pakar di kalangan jiran-jiran anda
  3. Jika anda membaca 25-30 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi paling pakar dalam dalam satu daerah
  4. Untuk menjadi seorang yang pakar dalam Malaysia, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 200 buah buku dalam bidang anda..




Sebagai Contoh:
  1. Yusuf Haslam mempunyai 1500 buah buku tentang Board Casting dalam perpustakaan di rumah beliau
  2. Irfan Khairi mempunyai lebih 1000 buah buku dalam perpustakaan beliau
  3. Chef Ismail mempunyain lebih 1000 buku masakan.. 

 Jadi untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlu banyak membaca.. Lebih banyak kita membaca, lebih banyak ilmu dapat kita perolehi... Sebenarnya galakan untuk membaca ini dah diterapkan sekian lama dalam ajaran Islam... Iaitu melalui wahyu Pertama berbunyi Iqra' (bacalah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Maikat Jibril .. 

Tapi agak sedih jugalah bila kita baca statistik, rupanya ramai rakyat Malaysia tidak suka membaca.. Bila tidak membaca macamana nak tambah ilmu?? Saya rasa ketiadaan wang tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca...

Sebabnya banyak bahan bacaan disediakan secara percuma di perpustakaan seluruh negara termasuk permukaan desa... Terdapat akhbar-akhbar disediakan secara Percuma di sesetengah tempat.. Banyak blog-blog baru wujud bertujuan untuk berkongsi maklumat secara percuma.. Terdapat pelbagai tajuk ebook disediakan secara Percuma walaupun penulis ebook tersebut bertungkus lumus secara berbulan-bulan untuk menyiapkannya.. 



Sebenarnya ada banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Irfan Khairi dalam Program selama satu hari tersebut.. Tapi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian saya di Blog Sembang Hari2.. Info selebihnya biar saya praktikkannya terlebih dahulu sebelum saya berkongsi keberkesanannya kepada pembaca blog sembang hari2...


Lagi pun kalau saya nak kongsikan semua ilmu tersebut di blog sembang hari2, nanti marah pula Irfan Khairi..  Ialah salah satu daripada sumber pendapatan beliau melalui kursus keusahawanan internet.. kalau saya dah berkongsi sebahagian besar daripada ilmu tersebut, nanti orang dah tak nak menghadiri kursus-kursus yang beliau adakan... 


Jadi kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang strategi keusahawanan melalui internet sehingga membolehkan  Irfan Khairi menjadi jutawan internet ketika berumur 25 tahun rajin-rajinkan diri menghadiri kursus beliau... Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang beliau anda boleh klik pada pautan di bawah...



Sekiranya anda berminat untuk mempelajari ilmu keusahawanan internet secara Percuma, saya syorkan anda memuat turun koleksi ebook Percuma di pautan berikut:





Read more...

Monday, March 14, 2011

Keputusan Pemenang Hadiah "Contest" pada minggu ke 3

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar sekolah, guru-guru sekolah dan ibu-bapa yang mengambil peluang untuk bercuti sempena minggu cuti persekolahan ini.. Saya bekerja seperti biasa pada hari ini ;)..  memandangkan anak-anak masih kecil dan belum ada yang bersekolah..

Pada kesempatan ini saya ingin mengumumkan pemenang bagi keputusan "contest" penulis komen terbanyak bagi minggu ke 3 yang berlangsung pada 7 sehingga 13 Mac 2011.. Pemenang penulis komen terbanyak blog sembang hari2 pada minggu ke 3 dimenangi oleh.... jeng.. jeng... jeng.....

blog   http://tiefazatie.blogspot.com/        Id Follower : Tiefazatie

Beliau telah menulis sebanyak 13 komen sepanjang "contest" pada minggu ke 3 berlangsung. Tahniah buat Tiefazatie kerana memenangi hadiah yang disediakan secara 2 minggu berturut-turut.. Dapatlah juga duit poket untuk "ngeteh" atau berjalan-jalan ;)..

"Contest" ini disambung untuk minggu keempat.. Sekiranya anda berminat untuk menyertai "contest" ini dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang peraturan dan hadiah yang ditawarkan, anda boleh klik pada "banner" di bawah...


Tujuan utama "contest" ini diadakan adalah untuk menarik rakyat Malaysia pada hari ini supaya menanamkan minat suka membaca.. Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang dapat kita timba sekiranya kita suka membaca.. Ilmu tersebut tidak akan datang sendiri kepada kita sekiranya kita tidak berusaha untuk mencarinya..

Pada hari ini untuk mencari ilmu tidak sesukar semasa zaman emak, ayah, atuk dan nenek kita pada suatu ketika dahulu.. Terdapat banyak alternatif untuk mendapatkan ilmu pada hari ini samada secara percuma ataupun berbayar..

Untuk mendapatkan ilmu secara percuma anda boleh layari internet dengan mengunjungi mana-mana laman web atau blog.. Disamping itu anda juga boleh menonton televisyen atau mengunjungi mana-mana perpustakaan yang terdapat berhampiran dengan anda.. Sebenarnya nak cari ilmu tersangat mudah pada hari ini..

Cuma persoalannya samada anda dapat meluangkan sedikit masa anda ataupun tidak untuk Membaca bahan-bahan ilmiah??

Terdapat banyak contoh orang-orang yang berjaya disebabkan mempunyai tabiat suka membaca.. Salah seorang daripadanya adalah Mantan Perdana Menteri Kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam banyak-banyak perdana menteri yang saya kenal dalam dunia ini, saya begitu menghormati beliau.. Ini kerana beliau merupakan seorang perdana menteri yang berfikiran luas, berpandangan jauh dan kaya dengan ilmu.. Disebabkan itu beliau bukan sahaja terkenal atau dihormati di Malaysia.. Malahan penduduk luar negara juga turut menghormati pendapat dan pandangan beliau..

Kunci utama kepada kejayaan beliau adalah melalui minat beliau yang suka membaca dan menulis.. Walaupun beliau telah berpencen daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun idea atau pandangan beliau masih diperlukan oleh sesetengah pihak dalam membantu membangunkan negara kita Malaysia..Beliau banyak menyalurkan pandangan tentang isu politik dan pembangunan Malaysia melalui blog beliau di URL berikut http://chedet.co.cc/chedetblog/

Baru-baru ini beliau turut menulis sebuah buku berjudul "A Doktor In The House (The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad)" . Buku setebal 800 muka surat yang diterbitkan oleh MPH Publishing ini dijangka laris jualannya disebabkan ianya begitu hangat diiklankan di televisyen, akhbar dan juga internet..

Buku "A Doktor In The House"

Saya berminat untuk membaca buku ini sekiranya mempunyai kesempatan masa.. Ini kerana penulis buku ini iaitu Tun Dr. Mahathir merupakan seorang yang suka membaca.. Dan saya menjangkakan pasti ada sesuatu perkara menarik yang cuba disampaikan oleh beliau kepada para pembaca buku tersebut..

Perkara positif yang ingin saya sampaikan di sini adalah supaya kita meluangkan sebahagian masa dalam kehidupan harian kita dengan membaca.. Terdapat banyak kelebihan orang-orang yang suka membaca.. Disebabkan itu wahyu pertama yang turun kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W juga adalah perkataan Iqra' yang bermaksud "Bacalah"..

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat daripadanya..

Sebelum saya mengundur diri, terdapat sebuah kata hikmah yang dapat saya kongsikan pada kali ini sebagai pembakar semangat untuk diri anda ..
"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan"
- Abdulah Mansur M.H


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Kajian tantang Tahap Kepuasan Kerja
Karnival Mesra Belia 1 Sarawak
Menjejaki Jetty 2002
Rumah Baru Untuk Anak-anakku
Kem Motivasi Di Kem Alapong (Siri 5)
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Saturday, February 19, 2011

Hadiah Istimewa Khas Untukmu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung dan follower blog ini.. Anda begitu berharga buat diri saya.. tanpa anda siapalah saya.. Tanpa pembaca siapalah penulis.. Tanpa pengunjung tiada maknanya saya menjadi blogger..

Atas penghargaan ini, saya ingin berkongsikan beberapa berita gembira kepada anda semua.. Berita gembira yang pertama adalah Entri yang saya tulis pada kali ini merupakan entri yang ke 48 bagi tahun 2011..

Ini merupakan berita gembira buat saya kerana dalam kesibukan kerja dan urusan keluarga, akhirnya saya berjaya juga menulis entri yang ke 48 pada bulan Februari.. Sedangkan pada tahun 2010, saya hanya mampu menghasilkan 48 entri sahaja..;)

Berita gembira lain yang ingin saya kongsikan adalah blog ini telah dikunjungi lebih 10,000 kali dan juga mempunyai lebih 200 follower.. Walaupun nak dikirakan 200 follower tidaklah sebanyak mana.. Tetapi, bagi blog yang tak secantik blog orang lain, saya rasa sudah cukup gembira.. Terima kasih kepada anda yang sudi menjadi follower blog saya..

Saya masih ingat lagi pesan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam salah satu ceramahnya berjudul Petua/Tips menghilangkan perasaan Bosan Di Tempat Kerja..

Beliau menyarankan supaya kita menghadiahkan sesuatu kepada diri kita sekiranya kita berpuas hati dengan kerja yang kita lakukan.. Antara hadiah yang boleh diberikan kepada diri sendiri adalah buku, ebook, Pen, Pakaian, minyak wangi, Peralatan sukan dan sebagainya..

Sebenarnya saya suka menghadiahkan buku dan ebook kepada diri saya sendiri atas setiap kejayaan yang saya kecapi.. Tapi masalahnya dah banyak "hadiah" buku yang saya ada.. Dan ada diantaranya tak sempat pun saya nak baca..

Jadi disebabkan itu, saya berhasrat untuk menghadiahkan 6 buah ebook kepada pengunjung blog saya sebagai satu perkongsian ilmu untuk menggalakkan orang ramai supaya minat membaca..
 

 
Salah satu daripada ebook  tersebut merupakan hasil penulisan saya yang kedua.. Pada awalnya saya ingin menjadikan ebook ini sebagai bonus dalam penjualan ebook saya suatu hari nanti.. Tapi di atas kekangan masa, saya sendiri pun tak pasti bila masa yang sesuai untuk saya menjual ebook sendiri yang dapat memuaskan hati pembaca saya..

Jadi daripada ilmu yang saya tulis disimpan begitu lama tanpa dibaca, lebih baik saya hadiahkan kepada pengunjung-pengunjung blog saya.. Anda boleh memuat turun ebook saya dan juga ebook usahawan internet yang lain dengan klik pada mana-mana gambar atau tulisan yang terdapat di bawah:-

  

 

 
 
 
 
 
 
 

 
Selain daripada ebook, saya juga turut mengadakan "Contest Pengunjung Paling aktif Setiap Minggu" Cara untuk menyertai Contest ini mudah sahaja. Anda hanya perlu:
  1. Menjadi Follower blog sembang hari2
  2. Menulis ID Follower dan Url blog anda di bahagian komen entri ini
  3. Meletakkan banner berserta URL entri ini di bahagian side bar blog anda..
  4. Rajin-rajin menulis komen di blog sembang hari2..
  5. Pemenang akan dipilih berdasarkan komen terbanyak yang ditulis di mana-mana entri yang terdapat di blog ini oleh pengunjung pada minggu tersebut (Dikira bermula pada pukul 1 pagi Isnin sehingga pukul 12.00 malam Ahad)
  6. Sekiranya anda merupakan penulis komen terbanyak tetapi anda tidak melaksanakan syarat nombor 1 sehingga nombor 3, hadiah akan diberikan kepada penulis komen kedua terbanyak
Hadiah untuk pemenang mingguan adalah wang tunai RM10.. Walaupun hadiah yang diberikan tak seberapa, tetapi kalau dikumpul RM10 seminggu, lambat laun jadi bayak juga..

Contest ini bukan bertujuan untuk mencari trafik semata-mata.. Tetapi ianya juga untuk menarik orang ramai supaya minat membaca.. Jadi kalau niat kita betul insya Allah, kita juga akan mendapat keuntungan di akhirat selain daripada keuntungan di dunia..
 
 
Nota : Sekiranya anda mendapat manfaat dengan membaca ebook-ebook yang saya hadiahkan diharap sudi follow blog saya dan tinggalkan komen yang membina. Komen anda amat diperlukan untuk memberi semangat kepada saya untuk terus menulis pada masa akan datang. Melalui komen anda juga secara tidak langsung akan dapat merangsang orang ramai untuk turut membaca..

 


 

 
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

 
Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..