Thursday, January 26, 2012

Pertandingan Mencipta Video Pendek Sempena MITF 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Siapa pandai menghasilkan Video Pendek angkat tangan????", tanya seorang guru dalam sebuah kelas 

"Saya Cikgu", jawab seorang pelajar bernama Ali (bukan nama sebenar)..

"Kalau betul awak pandai menghasilkan Video pendek, Jom masuk Pertandingan Mencipta Video Pendek Di PSIS" balas guru tersebut..

"PSIS tu dekat mana Cikgu?" Tanya pelajar yang lain..

"PSIS tu nama singkatan untuk Politeknik Sultan Idris Shah yang terletak di Sungai Lang, Bagan Nakhoda Omar, Selangor" Jawab guru tersebut...

"Sekarang ni PSIS sedang menganjurkan Program Multimedia Dan IT Fest 2012. Menghasilkan Video pendek merupakan salah satu tentatif dalam Festival tersebut"  penjelasan guru tersebut lagi dengan panjang lebar..

"Kalau macam tu jom kita pergi PSIS untuk menyertai Pertandingan tersebut" Kata Ali yang berminat untuk menjadi pengarah seperti Syamsul Yusof..


Kepada anda yang mempunyai bakat menghasilkan sebuah video pendek seperti Ali.. Kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk memeriahkan Pertandingan Mencipta Video Pendek sempena MITF 2012.. 

Yuran penyertaan cuma RM10 sahaja.. Hadiah lumayan menanti pemenang bertuah...

Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pertandingan ini, sila klik pada pautan di bawah:

Muat Turun Borang Penyertaan (Klik Di Sini)

Selamat Berjaya...
Read more...

Pertandingan Foto Journalism "DESA" sempena MITF 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Kepada anda yang meminati bidang Fotografi, di sini ada berita baik buat anda...

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ada menganjurkan pertandingan Fotografi sempena Program Multimedia IT Fest 2012 (MITF)..  Pertandingan ini dikenali sebagai Pertandingan Fotojournalism "Desa"..

Jom kita beramai-ramai memeriahkan pertandingan ini.. Melalui pertandingan ini secara tidak langsung dapat mengetengahkan bakat anda sebagai seorang jurugambar profesional... 

Manalah tahu, selepas menyertai pertandingan ini rezeki anda bertambah...Dapat tempahan menjadi jurugambar rebutan untuk majlis-majlis Perkahwinan di sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar... Siapa tahu??

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tetapi tidak melebihi tiga penyertaan.. Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10..

Pemenang akan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria seperti daya seni dan kreativiti, keaslian, penceritaan, dan mengikut tema yang ditetapkan..

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut tentang pertandingan ini, sila klik pada pautan di bawah:

Muat Turun Borang (Klik Di Sini)



Read more...

Pertandingan Video Game sempena MITF 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terdapat satu berita baik buat peminat 'Video Game' atau kaki Video Game..

Pertandingan Video Game akan diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sempena Multimedia Dan IT Fest 2012 (MITF)..


Jadi marilah beramai-ramai memeriahkan Pertandingan ini.. Manalah tahu rezeki anda untuk memenangi hadiah yang disediakan iaitu:
  • Tempat Pertama        RM150
  • Tempat Kedua          RM100
  • Tempat Ketiga          RM50

Kata orang tuah ayam nampak di kaki... Tuah manusia siapa yang tahu... Asalkan anda pernah bermain Video Game, anda sebenarnya mempunyai potensi kebarangkalian untuk memenangi salah satu hadiah yang disediakan...

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran, boleh dapatkan borang penyertaan dengan klik pada pautan di bawah:





Read more...

Multimedia & IT Fest 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) akan menganjurkan program Multimedia Dan IT Fest 2012...

Encik/Cik/Tuan/Puan/Dato'/Datuk/Tan Sri dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Festival ini yang akan berlangsung selama seminggu, iaitu bermula pada 30 Januari 2012 hingga 3 Februari 2012...



Festival ini akan diadakan di Dewan Sebaguna PSIS, bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.. Jemput rakan-rakan dan saudara mara anda yang berada di sekitar negeri Selangor untuk datang beramai-ramai memeriahkan Festival ini..

Datang, jangan tak datang... Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.. Antaranya:

  • Jualan Produk IT dan Multimedia
  • Produk IKS dan Bazar Rakyat
  • Pertandingan Video Pendek
  • Pertandingan Foto Jurnal
  • PC Game Challenge
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
  • Karaoke "Suara Emas PSIS"
  • Cabutan Bertuah Setiap Hari
  • MITF Explore Quest
  • Kempen Derma Darah
  • dan Macam-macam lagi... 




Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..